
Allah knows
When you feel all alone in this world
And every word I share,


Lagi parah bila kita memilih untuk bersedih sepanjang masa…Air mata asyik bergenang je kat tubir mata. Kalau tak menangis pun, kita bawakla muka sedih tu ke hulu hilir. Time makan pun macam kena paksa…menggagahkan tangan menyuap makanan. Dah la muka tu pun pucat bukan main lagi dah.
Hai kenapa la menzalimi diri. Menzalimi diri berdosa tau. Apabila kita ‘moody’ marah marah atau bersedih orang di sekililing kita juga turut terkesan tau. Diaorang pun tak gembira bila kita tak gembira camtu. Macam nilah, bila kawan kita borak2 bercakap dengan muka ceria dengan mata yang bersinar sinar kita pun rasa senangkan. Dan
Allah tidak membebani seseorag melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Percayalah pada setiap kesusahan dan kesukaran pasti ada jalan keluarnya. Belajar lah untuk take things easy. Be cool dude. Senyumlah…
| Your Brain is 73% Female, 27% Male |
| Your brain leans female |
tawa tangis suka duka
dia : ?......jhf mjhngftrfcdfvbnmnfvcvbnyjhnbfvmnhuymubv yugngynbggyn?
sue : hmmm...i have a lot more things to think, plan and do. don't think i'm ready for a very serious commitment...
meja studi ku zaman kat UKM. dulu2 kakak2 umah panggil sue, Lin...tapi sue rasa cam Lin tu lembut sangat utk Sue. mcm tak sesuai lak...tapi kat sekolah ni Kakzuraidah adalah satu2nya orang yg panggil aku Lin...fuhhh
Leadership Camp
kata kata kakak2 rumah kelmarin buat aku 'gulp' menelan air liur
kakR: Sue, kot kot kitaorang kawen tahun ni...hajat dihati la kan...ehe.kita orang dah 'ada' ...aha..ko sue, kena cari housemates baru laa nanti...
kakak kakak ku, moga dipermudahkan urusan kalian..jangan risau. Pandaila Sue jaga diri...
Allah adalah sebaik sebaik-baik pelindung.
Ini adalah taqi. my student. Primary 3 alQamar(but his age is 8 years old) gambar ni diambil masa penutup Leadership camp kat Pangsun tempoh hari.dia penat sangat...tertido.cute kan?
taqi ni anak Board of governor tempat sue bekerja. isnin tempoh hari (17/3) sue mengamuk dalam kelas (kelas kul 3ptg, budak dah tak ambil perhatian sangat, main,tak mahu duduk diam dah )Teacher Sue pun naik berang. marah marah, membebel dan bagi ceramah kesedaran sivik...tapi taqi tetap juga tak mahu duk diam, apa lagi Sue guna la volume halilintar halau taqi dari kelas!
Sue memang mengamuk sungguh...plus menangis. tak tahu lah kenapa (aku tak boleh marah, bila marah aku sedih, bila sedih aku menangis, uhu)...satu alQamar senyap....
tapi sebenarnya Sue rasa bersalah sungguh...tak patut marah budak kecik macam tu. tak patut cakap macam tu...jadi hari isnin tu sepanjang petang hingga abih masa keje (dlm kul 6 ptg Sue balik) air mata duk berlinang kat kelopak mata. yang si U.B duk ngintai ngintai muka aku, mesti tengah buat pelbagai spekulasi kenapa la si Sue ni nangis agaknya. yang U. Miftah lagi kelakar direct tanya "are u ok? " hee benci betul la sekolah kecik sedikit perubahan atau menda tak kena je cepat je orang perasan. tapi kalau female teachers hmm ntah lah sue pun tak berani nak mengandaikan apa yang mereka fikir...sebab 'gosip liar tapi BENAR' pasal Sue and U.X mungkin masih lagi jadi topik perbincangan....lantakla, malas nak ambil port dah..haha
rupa rupanya ibunya taqi tahu hal tu. anak dia 4 orang kat sekolah tu. budak2 alQamar plak duk menyebarkan cerita Taqi buat teacher Sue nangis..huhu. hari ni program qiyamulail utk secondary students, jadi Sue pun tido sekolah gak malam ni. tadi sempat la bincang isu tu secara heart to heart ngn Pn H (masa abgK duk kusyuk bagi kuliah maghrib kat musolla aku menyelinap turun g kelas, terserempak lak ngn Pn H yang duk menyelongkar cari buku anak dia dalam kelas alqamar. kelas Sue sebelah je ngan alQamar)
alhamdulillah Pn H tak la blame sue hundred percent. dia rotan taqi dan 'basuh' sikit taqi...sampai taqi pun nangis dia cakap. dan sue pun sebenarnya salah juga...
Pn H : sue, dont worry k, if he refuse to do his work just tell me k. if he not pay attention let me know k. i have to go now, my taqi, my zaim and my ika are waiting at home. k take care.
--dan Pn H kata taqi bagi tahu semua apa yang terjadi dlm kelas masa tu...buku nota taqi yang sue meriahkan dengan "Incomplete' tu pun dah jadi complete.homework pun siap--
dan pagi selasa(18/3) tu sebenarnya sue pergi mintak maaf kat taqi (tak la ego sangat aku ni kan) Jumpa taqi kat tangga terus grab dan hug dia...
Sue: taqi, forgive me k. O-O
yang kelakarnya Pn H cakap taqi tanya abang dia (yg umur 12 thn tu) , What is Zero- zero? Teacher Sue said 0-0 diz morning
aha..cutenya Taqi. dia tak jahat...cuma kadang kadang mood swing (macam aku..aha) dia pandai mlukis. pernah lukiskan sue rama rama yang sangat cantik...dia juga bijaki...
sedikit sedutan , scene teacher sue mengamuk:
3.05 pm
t. sue: ok everybody please stand up. stand behind your chair, hands by ur side.
students: ada yang bergerak gerak usik usik kawanlagi.
t.Sue : on the counting of three, i want everybody stand up!
baru la dengar cakap...sue pun mengajar. tulis dgn guna marker pen yang pelbagai colour, supaya budak budak tengok, bercakap dengan suara yang jelas dan ceria..ehe. (aiza, kakSue ni walaupun kecik, tp suara masa ngajar kuat gak tau)
3.20 : start bising balik..budak budak kan...15min tu pun lama...
t.sue: ok i give u 2 mins to play. and then after that we'll continue with our lesson
budak budak pun main.
bila dah abis 2 min. sue mintak semua sit properly. tapi a few students tak mhu duduk termasuk la taqi. Pn H kata taqi tak puas hati, tak cukup 2 min lagi (mengikut kiraan dia la)...tu yang dia protes.bergerak dari satu meja ke meja yang lain.buat kecoh...
t.sue: can u please sit down taqi, hakim and hazman. look in front. don't make noise. listen up.
--berkali kali cakap mcm tu, tak mahu juga duduk, Sue pun panggil dia ke depan. pegang tangan dia dan bercakap dengan suara paling lembut, Taqi please dont disturb your friend. u r a good muslim right? is this how a good muslim behave? i know that u r a good boy, so please obey...
tak lama pastu dia singgah pula kat meja zafran..hazman, zafran dah buat bising..aku dah naik geram.
T.sue: how can i deliver my teaching smooothly if some of u still keep on talking. can i be the only person who do d talking now? what i asked u to do is to be silent and listen. is dat too hard to do? bla bla bla. (taqi duk tersengih sengih buat muka tak bersalah-sebenarnya mungkin dia tak faham apa yang aku duk bebelkan-teacher Sue siap bagi definisi MURID-plus adaab-and bla bla)
dan akhirnya
t.sue: Taqi, why are u smiling? i don't think diz is funny. get out of this classroom now! (sambil hentak tangan atas meja dia...ganas tul aku..sakit sebenarnya tapak tangan aku tu..tahan je buat macho..uhu)
sue ulang berkali, sambil membebel siap dgn air mata yang berlinang...kelas jadi senyap. loceng bunyi, sue pun kuar tanpa beri salam...malah selalunya sue end lesson dgn tasbih kaffarah n surah al asr, budak2 akn salam tgn sue. dn kekdg sue cium dahi diaorang...tapi petang tu..aku keluar je dari kelas, tanpa penutup. anak sue (al fajr) yg duk menunggu kat pintu alqamar pun tak jd nak dtg salam sue yang dah kelihatan macam apa..
haiiii....memang la kena belajar lagi handle emosi....
sue
21/3
ngantuknya...ustaz2 tgh bagi talk kat musolla ni, ya Allah 'bagusnya' kau Sue, sempat siap tulis blog..ish ish

Hari Ini saNgat HuRuHara!!!
-sue akan g camping kat LembahPangsun ngan students-
doakan kesejahteraan kami
Sue
off to pangsun
6-8th Feb 08
Love
Jelas sangat ke riak sedih di muka aku? Kenapa ramai yang bertanya:
"Sue ok?"
"I heard some rumours.. What's going on? Tell me.. I want to hear it from you" and blah blah. I should hang a note on my forehead that says : Please don't ask whether I'm ok or not coz i feel very HAPPPY today. Got It?
LOve-Sue
Hari ni banyak kena jaga kelas exam. dari pagi sampai pukul 3.30...huhu.
2 hari yang gembira tidak boleh dipanjangkan lagi hari ini. huhu...Paper banyak nak mark..kerja homeroom teacher lagi...kerja2 pemfailan yang banyak tak ingat tuu...(mmmm ada rasa tak puas hati juga, elaun homeroom tak dapat pun..alasannya aku ni masih under probationary, tapi sekurang2nya bagi separuh la...kerja banyak bukan main...mereka mereka tu suka benar guna perkataan jihad bila bab gaji diungkitkan. Tapi bab kebajikan pekerja ada fikirkan sekali? Bukan duduk padang pasir la...I need to pay bills with money bukan air liur! hmm kalau nak kira menda tak puas hati, BANYAK...)
"wahai orang orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiaplah dan bertakwalah kepada Allah, moga moga kamu beruntung" surah Ali Imran: ayat 200
nak gi breakfast...babai
SueAbdullah
Assalamualaikum. Dah lama benar membiarkan blog ini bersawang. Dah lama benar tak menulis dalam erti kata sebenar menulis...
Alhamdulillah minggu minggu 'tak menang tangan kerja berlambak kejar dateline' tu baru berakhir (fasa pertamanya lah). Budak budak tengah exam sekarang. (Hari pertama final semester exam). Lepas ni nanti nak kena mark exam papers dan key in marks.
Sakit belakang yang dah lama menyepi tu tiba tiba menyerang pulak pagi ni..adoila. sakit mencucuk cucuk...Tapi sue tetap OK. alhamdulillah (^_^)
Pagi tadi Adzreel berdarah hidungnya. Biasa la budak budak. Cuma Sue agak kesal akan 'tindak balas' Sue yang slow cam kekura. kurang alert...impuls jalan lambat tul tadi...hehe. Dengan keadaan Adzreel yang dikurumuni orang..(di muka pintu lab-jarak Sue dalam 3m kot dari pintu tu) entah kenapa Sue masih melekat di kerusi, hanya jadi pemerhati kepada kekacauan sedangkan Sue adalah maknya Si Adzreel tu.Setelah dapat 'alarm siren' dari enchikB, baru Sue bangun. Bergegas ke dining hall cari tisu. Sue cuci kesan darah dihidung serta dimuka Adzreel sambil borak borak kosong.ehe. Adzreel ni kelakar budaknya, sempat pulak buat lawak...ehe. Terima kasih tak terhingga buat UstazA dan sesiapa sahaja yang telah menolong anak Sue ni tadi. THANX
TUJUAN BERUMAHTANGGA
Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima
kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari
satu prinsip hidup saya yang penting, ‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’.Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan....
-mahu baca selanjutnya? sila ke http://saifulislam.com/?p=75
-salam sayang bergula-
Sue Abdullah
--blackie--

Terkadang rasa takut juga bila kawan kawan se'mengajar' bersama berkata: 'Sampai bila kita nak stay kat sekolah ni?' Serius kawan, aku takut...Bunyi macam tiada masa depan je...(sengal je cakap macam ni) Dan aku bertambah kecut sekarang kerana antara kita berempat hanya aku yang tak pergi ambil ujian MTest tempoh hari. Ditakdirkan ALLAH, aku sakit dan tak berupaya untuk pergi pada hari itu...Dan ditakdirkan Allah borang permohonan master aku 'sesat'...tidak sampai ke UKM.
Maka sekarang aku berkira kira untuk hantar lagi borang permohonan master tapi kepada UIA pula. Nak rasa 'angin' lain pula... Di mana silapnya ya kawan, kita rasa 'tak selamat' di sekolah itu. Serius aku cakap, aku dah rasa sayang (sama anak anak didik aku, sama rakan rakan guru) namun untuk kekal lama...susah!!! Paling lama rasanya, seperti yang kita berempat rancang sehingga hujung tahun ini... Betapa kelakar, ungkapan 'aku nak resign' yang kita asyik asyik sebut tu masih tak terrealisasi...faktor utama, aku kasihankan anak-anak...Guru silih berganti. Itupun kalau ada ganti....Aku jadi sebak bila ada student yang cakap; Ahhh teachers always come and go...I like you teacher Sue, can you please stay here a little bit longer?
Aku tak tahu apa yang sedang berlaku dalam diri aku, dalam jiwa aku... rasa itu datang bertalu talu...Cuba ku usir namun tetap mendekat, mendakap erat hati ini... Mungkin salah aku...Ego melangit, menafikan rasa hati sehingga buat kau terguris, merajuk dan menjauh...Itu rahsia hati yang sepatutnya tetap jadi rahsia bukan... Walau tak kuluah namun aku yakin kau tahu... Cukuplah...aku dah terlalu penat...hentikan permainan ini! hati aku dah terlalu sakit....aku mahu kau yang dulu. Pulanglah, aku tunggu...
Assalamualaikum
Harap kalian sihat. Sue jumpa sesuatu yang menarik di mumsgather.com-where moms gather and chat. Yes although I am not a mom yet but I love to hang out there. I learn a lot from that site, it’s about mum’s life and kids. It’s fun to read about her experiences; a mom with 2 adorable kids.
One of the entry is about the counting discipline. Eg: "Pick up your toys before you play something else/we go out/we go to sleep etc. I'm going to count to 10. 1....2....3....4...5...6...7...8....9....10!"
I also practice this in my class. Ye lah sue
So Sue pun: ‘in 5 seconds I want to see everybody put your text and activity book on the table. 1 2 3 4 5 ‘
dan anak anak kecil tu berlari ke rak buku. Nampak comel je…
Sue: Everyone ready? Ok lets start our lesson with your dua’ Bismillah….
Tapi kadang kadang bila keadaan jadi tak terkawal bila anak anak kecil tu tak mahu senyap maka Sue pun : Ok children please say Astaghfirullahalazim 3 times… maka mereka ni termasuk Sue pun beristighfar la (sebenarnya supaya hati Sue cool, tak jadi marah) Memang ada masa budak budak ni meragam…menangis( girls la), merajuk( girls lagi) bertumbuk(boys la)…tapi ntah kehidupan rasa macam ‘ceria’ je dengan mereka ni.
Pagi pagi sebelum sesi akademik bermula, mereka masuk ke kelas mengheret beg, bagi salam kat Sue yang duduk terperosok kat homeroom’s cubicle tu.
Syifa: Assalamualaikum teacher Sue. You know teacher, just now I went to
Sue: And you eat roti canai…(hai tiap tiap pagi dia pekena roti canai kat situ dan bila time breakfast(
Anak anak, tengok wajah mereka pun dah buat aku tenang. Berserabut berselirat macam mana pun otak ni jadi ok balik bila tengok keletah mereka.. Lebih lebih lagi si Ainussofiyyah yang kelakar tu. Dia suka sebut, ‘ala teacher, Ain lupa la’...Dia tak suka pakai anak tudung, rambut dia akan berjuraian keluar berjuntai di dahi...Rimas betul Sue melihatnya...
Namun ada juga students yang punya masalah keluarga(yang buat aku jadi kasihan sungguh). Memang dari segi materialistiknya tak dinafikan mereka mewah,,,tapi dari segi ‘jiwa’….Mereka betul betul mengharapkan agar ada yang mendengar cerita mereka, yang tunjukkan betapa sayangnya kita kepada mereka, betapa prihatinnnya kita…(chewaahh prihatin sangat ke kau Sue, sampai kes Amar zarif terluka kat kelas pun kau tak perasan sehinggalah mak dia bagi tahu melalui communication book...)
Pernah sekali Sue sibuk menggunting name sticker untuk dilekatkan pada meja masing masing, one of the student suddenly say: Eh teacher, ni bukan ayah dia lagi, mak dia dah kahwin dengan lelaki lain. Nama ayah baru dia Ismail!
Sue tak tahu apa perasaan Sue masa tu…
Itu belum lagi dengan students yang parents sedang in process nak bercerai. Bila dia bercerita, Sue tak sampai hati nak buat tak layan jer (walaupun masa tu penat sangat…)
Amin: teacherSue, last night my father and I had a big dinner at a big restaurant…with my new mak tiri…
Umar: Teacher, how can I give this card to my mom? She’s in US now…
(masa ni Sue mintak dioarang buat kad sempena hari ibu)
Girl: My mom is not here teacher, my father too. They went to
(dan Sue yang 'teringin nak tahu' bertanya dengan lebih lanjut lagi....)
Aduhhh Sue pun pelik la macam mana ada parents yang sanggup tinggalkan anak dengan maid untuk jangka masa yang lama hanya atas urusan biznes?
Tapi segelintir je yang begini