About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

22 October 2007

selamat pengantin baru!!!

selamat pengantin baru!

Aman&Nadia

20Oktober2007


Assalamualaikum. Dah lama benar membiarkan blog ini bersawang. Dah lama benar tak menulis dalam erti kata sebenar menulis...


Alhamdulillah minggu minggu 'tak menang tangan kerja berlambak kejar dateline' tu baru berakhir (fasa pertamanya lah). Budak budak tengah exam sekarang. (Hari pertama final semester exam). Lepas ni nanti nak kena mark exam papers dan key in marks.


Sakit belakang yang dah lama menyepi tu tiba tiba menyerang pulak pagi ni..adoila. sakit mencucuk cucuk...Tapi sue tetap OK. alhamdulillah (^_^)


Pagi tadi Adzreel berdarah hidungnya. Biasa la budak budak. Cuma Sue agak kesal akan 'tindak balas' Sue yang slow cam kekura. kurang alert...impuls jalan lambat tul tadi...hehe. Dengan keadaan Adzreel yang dikurumuni orang..(di muka pintu lab-jarak Sue dalam 3m kot dari pintu tu) entah kenapa Sue masih melekat di kerusi, hanya jadi pemerhati kepada kekacauan sedangkan Sue adalah maknya Si Adzreel tu.Setelah dapat 'alarm siren' dari enchikB, baru Sue bangun. Bergegas ke dining hall cari tisu. Sue cuci kesan darah dihidung serta dimuka Adzreel sambil borak borak kosong.ehe. Adzreel ni kelakar budaknya, sempat pulak buat lawak...ehe. Terima kasih tak terhingga buat UstazA dan sesiapa sahaja yang telah menolong anak Sue ni tadi. THANX


Oh oleh kerana mood pengantin baru aman masih lagi 'in the air' Sue nak berkongsi sebuah artikel yang relate dengan perkahwinan. mmm pada saat tok Kadi membacakan khutbah nikah di hadapan Aman tempoh hari, ada rasa sebak dan insaf menyapa lubuk hati...

TUJUAN BERUMAHTANGGA
Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima
kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari
satu prinsip hidup saya yang penting, ‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’.

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan....

-mahu baca selanjutnya? sila ke http://saifulislam.com/?p=75

-salam sayang bergula-

Sue Abdullah


1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin yer sue..miss u..lama tak dgr kabar berita sue, hopefully sumenye ok..take care!