About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

31 January 2009

gee...orennya kaklong...







Sue ada beli tudung ber'awning dari satu online boutique. Tudung tu sampai hari jumaat. Tudung two pieces [tudung (dengan lining untuk elakkan nampak bayang bayang leher) plus selendang yang dijahit sekali] Selendang dia ala ala transparent sikit...(tapi cantik) Jadi kena fikirkan cara lilitan yang betul, serta baju yang sesuai untuk tetap nampak sopan. Sue rasa kena pakai pashmina sekali kat luar tudung ni untuk tutup apa yang patut ditutup.

Masa sue buat order, warna dia nampak macam peachy sikit...Tapi bila dapat kat tangan..Waaaaaa....menyalanya! oren terang..i love orange..but this one is too orange...tapi bila pakai, nampak macam ok pulak...(pujuk hati..aha)
hmm, terang sangat kan...Menarik perhatian sangat kot...Hmm tertarik ke? err saya bukan magnet...

Sue ada baca artikel 'Bertudung atau Berfesyen' yang dijumpai di salah satu ruangan forum. Artikel tu macam tak menggalakkan sangat muslimah berfesyen...Untuk mengelakkan fitnah dan takut timbul rasa sombong dan riak, jadi tak perlu bergaya.

Tapi kan...dah namanya perempuan, kita mesti la nak cantek kan. Jadi bila kata tak boleh bergaya tu, rasa macam extrem sangat untuk orang-orang biasa macam saya ni (hehe, ada orang luar biasa ke?) Ini adalah pandangan Sue sahaja tau bukan untuk panduan. (perlu diingat, sue ni boleh tahan nakal juga orangnya) Ya, kita mesti berpakaian menutup aurat dengan warna yang tidak menarik perhatian. Tudung boleh digayakan dengan pelbagai cara selagi sopan dan kemas. Kerlipan batu manik atau labuci pula perlu la diminimumkan..tak perlu la sarat sangat...

Dulu, masa sekolah menengah, kami diwajibkan pakai tudung bulat labuh. Tapi sue, pakai tudung bundar, labuh la juga. Sue jahit sendiri tudung sue, tak nak labuh sangat...rimas...Masa remaja saya brutal juga orangnya. Bila keluar dengan family, sue cuba cuba la juga pakai macam dalam sekolah, Tudung labuh berstoking bagai dengan baju kurung warna yang paling dull. Tapi abah cakap, 'Along, pakai je macam yang along nak, bukan seperti yang sekolah suruh' Hmm apa maksud abah? tapi pakaian Sue tetap sopan, berlengan panjang dengan seluar baggy tapi tak pakai stoking kaki..(mm tak lengkap juga la). Masa sue umur 15tahun, Sue belajar pakai tudung di rumah bila ada tetamu datang. Agak sukar juga bila balik kampung umah atuk untuk tetap bertudung hingga ke tengah malam kerana sepupu sepupu sue ramai lelaki (err belum termasuk suami makcik makcik) Nak memulakan sesuatu memang payah, tapi bila dah lama lama jadi biasa.

Apa yang sue perasan, abah tak la kata 'Jangan!' walaupun dia kadang kadang tak berapa setuju dengan pemilihan pakaian kami, anak dia yang 5 orang ni. Sue ingat lagi, sue pernah pakai seluar ketat warna puteh gading. tahun 2005 kot. masa tu Sue baru habis buat praktikal kat IMR KL, dan balik rumah untuk menghabiskan cuti semester. Beberapa hari sebelum balik kampung sue gi shopping kat Sungei Wang Plaza, jumpa seluar tu (ala ala bell bottom, tight sikit kat paha, tapi loose kat betis) Berkenan, lalu Sue beli. Sue pakai seluar tu dengan blouse pendek (lepas pinggul juga la) Tapi, betul la, pakaian yang sopan menjauhkan gangguan dari lelaki gatal. Sepanjang perjalanan dari KL ke kampung, ada beberapa lelaki yang datang 'mendekat'...siapa suruh sexy kan (weii aku bertudung la, baju lengan panjang apa-sexy tang mana-huhu tak nak ngaku lagi tu) Sampai rumah abah cakap 'Kenapa pakai seluar tu? Baru beli?'
Mak tambah sikit 'Seluar tu ikut bentuk kaki...'

Mak dan abah memang tak banyak cakap...Tapi Sue faham la mesej diaorang. Itulah kali pertama dan kali terakhir Sue pakai seluar tu...aha. Sue pernah tengok abah marah sungguh satu hari tu . Tahun 2007 rasanya. Dia ternampak dari jauh anak dia duduk melepak dengan geng sengal mana ntah kat town tak pakai tudung. Waa..adek aku...Tapi adik sue perasan, lalu sempat lari (angah, mujur sempat ko lari.kalau tak memang parah kena belasah dengan abah.. free hair, hilang akal apa!) Masa tu adeq sue liar sikit. Sekarang dah banyak berubah, walaupun baju tak berapa nak longgar lagi tapi lengan panjang dan bertudung...Tak boleh paksa, karang langsung tak mahu pakai tudung pulak. Lagipun dia jenis yang soft, lambat laun sue yakin dia kan faham apa maksud 'menutup aurat dengan sempurna'

Sekarang ni adik lelaki Sue (meir) dah mula rasa tanggungjawab menjaga kakak. Kalau keluar dengan dia tak pakai sarung kaki kena la juga se das. Sue suka pakai selipar..sangat selekeh...

Sue sebenarnya garang juga. Adek sue yang bongsu (lelaki) pernah pakai tShirt dengan gambar setan apa ntah. Sue dengan kuasa veto : Along tak mahu tengok lagi baju ni dalam rumah. Baik ko buang sebelum aku bakar! Berbeza dengan abah Sue, lembut je cara dia tegur. Mungkin sebab abah dah tua kot, dia jadi lembut. Dulu masa muda garang wooo.



***********************************************************************

E eh, apasal jadi panjang lak ni…Karangan dah tersasar ni. Bertudung lah, tapi jangan mencemarkan nilai tudung…Perempuan memang makhluk yang menarik…tapi kalau nak kata tak boleh bergaya langsung, saya memang tak boleh terima!

-Sue-

saya ajar anak anak kecil. Kanak kanak suka warna terang…Mesti diaorang suka kan kalau teacherSue pakai oren menyala ni. Ahaks.


27 January 2009

perihal tudung..

tudung ekin


Sekarang demam tudung ber 'awning' ni...yang lelaki tertanya tanya...awning? tudung ada awning? Ye, bahagian keras atas kepala ni kita panggil awning la.

Yang bestnya tudung ber'awning' ni senang pakai..sarung je, siap! (ini kalau yang bukan ada belahan tengah dan tak perlu lilit...)

tapi, kalau yang harga murah RM15 tu, pendek la sangat...tak lepas bahu, macam yang dalam gambar diatas...Kalau nak pakai, kena beli yang saiz M atau L.

Yang panjang labuh, harganya boleh tahan mahal: Rm 50-RM 70...huhu. Kenapa mahal? mmm sebab dia guna fabrik spandex dan sutera thai..tu yang jadi mahal..(tahan lasak dan tak payah iron-jimatkan elektrik.err)



Memang mahal..tapi sue nak la...nak survey, kot kot ada yang jual murah dari Rm50, nak cari warna hitam arang ber'awning' koko...ehe.


***********************************************************************************

Check 'beg sekolah' sebentar tadi..Sue ada banyak kerja sekolah la..Hapesal la buat perangai 'relax' macam ni..ish ish apa nak jadi la..

Ok. mahu buat kerja sekolah. Bye^^
jaga diri

-sue-

26 January 2009

tentang cinta...

Assalamualaikum

Apa ye yang sue dah buat dalam tempoh 3 hari bercuti ? Penyakit malas datang menyerang. Membuang masa dengan bersenang senang je...Hari jumaat hanya duduk di rumah berehat (demam dan sakit tekak, suara tak keluar langsung-penangan SportsDay Training-Guru guru dah jadi komandan kem tentera, termasuk la sue...Gagah di padang, kemudian demam..ehe. InsyaAllah sukan besar awal februari nanti..tunggu...ahaks)




Sabtu sue kesekolah sekejap (ahad dan isnin..termenung merenung). Menyusun dan mengkoordinasi semula susun atur kelas alIkhlas. Sue pindah kelas lagi...An-nahl sue tinggalkan dengan berat hati (walau baru 2minggu sue jadi 'ibu' mereka, tapi dah rapat...Malah sue dah mula berkawan berSMS dengan ibu mereka. 16 Januari yang lepas Sue pindahkan barang barang Sue dari an-Nahl ke al-Ikhlas.Anak anak remaja yang 7 orang tu (6 lelaki dan 1 perempuan) berkali kali bertanya, 'kenapa teacher...kenapa? Teacher stay la...' Sue hanya senyum..


Al-Ikhlas dan penghuninya (anak kecil, 19 orang, Primary 1) lebih memerlukan Sue...Kasihan, Homeroom mereka tidak 'muncul'. Si Azie jadi makAngkat mereka untuk 2minggu, dan Azie dah resign...jadi,Sue masuk alIkhlas, Ustaz Asghrar Khan take over an-Nahl. Memang la sedih juga, dah mula rapat dengan an-nahl.Dah berkongsi cerita, bergelak tawa, malah sempat juga 'berduka' bersama...






Jadi lah Sue sekarang ibu kepada 19 anak kecil yang pelbagai ragam...(10 lelaki+9perempuan)
Yang lelaki, lasaknya bukan main...Meja, tingkap habis dipanjatnya...Sue kadang kadang risau nak tinggalkan tanpa pengawasan.





Subjects yang Sue ajar pun berubah...My new subjects :

Science: Primary 1 and 2

plus Biology untuk budak IGCSE.

Ajar anak kecil, dan anak remaja (kelas IGCSE belum mula lagi-soon)


Eh, sekejap sekejap...tajuk bukan pasal CINTA ke? Bila nak mula?
Ehe, sue asyik bercerita pasal students...itukan satu tanda cinta guru pada anak murid. Adat orang bila cinta, mesti selalu sebut...aha

***********************************************************************************

Minggu lepas, masa lunch dengan rakan rakan guru.

  • Jun : Sumie nak kawen bulan 4. Ada sape lagi tak antara kita nak kawen tahun ni?Seronok la gi kawen member..Takde ke lagi yang nak kawen..aku memang la lambat lagi..
  • Azliha : Tu lah...ada lagi tak. syok gak penuhkan kalendar dengan walimah kawan kawan. Sue, kawen lah..


-Aku yang sedang menyuap...Terhenti...la...apa pulak sebut nama eden ni...Topik sensitif ni...

  • Sue : (senyum dulu) Nak kawen? Belum lagi...Aku nak orang, orang tak nak aku...ehe (cakap dengan perlahan..takut kakSham my kakak dengar,lalu cubit dengan geram)
  • Jun+Azliha : Aduh...Kisah sedih la pulak...Perempuan sekarang kena aggresif.Lelaki sekarang slow..hmm Kita nak, kita cakap. Kalau tak jadi takpe la, nak wat camner.Cari lain. Yang penting usaha. Usaha tangga Kejayaan.

  • Dayana : dayana rasa kita kena buat resume la...untuk purpose ni..ehe

Dah..geng cikgu cikgi mula mengarut dan merapu..Tak perlu disebut details kemengarutan kami di sini (malu...ehe)

kakAzeanti : ha, pastu nanti mamat tu cakap 'Your application will be considered. u will get the results in 10 days working days'



HAHA HAHA. kita orang dah gelak sakan...Nak pecah dining hall...





***********************************************************************************************

Sue dalam urusan nak beli kereta. bank minta EPF statement...Pejabat KWSP petaling jaya jauh betul...kat jalan Gasing tu..sue pulak 'pandai', tak buka iAkaun..kan dah susah sekarang...hee, kena gi Jalan gasing semata mata nak print penyata kwsp dari kiosk...lecehnya...arghhh saya tertekan!




25 January 2009

Workspace aka meja study

Bagaimana rupa meja studi saya?
haa, macam ni la. warna hijau yang mendamaikan.


bagimana rupa meja studi kalian? Sue nak tengok boleh?

Aiza, Poji dan AlifMimYanun (korang la kalian yang sue maksudkan ni)




*****************************************************

Ini lah dia my pencilCase. hadiah dari farhan pada tahun 2007 (tahun 2008 diz boy pindah ke Holland. Farhan, teacher rindu sangat pada kamu dan suara kamu yang husky tu!Farhan ni petah dan cheeky, tapi cepat merajuk...ehe)

Koala Bear yang comel tu pula faridIzany hadiahkan...Budak tu suka bagi bear...gee...obvious sangat ke teacher Sue suka teddyBear?

Allah anugerahkan airmata untuk 'meluahkan' rasa...




menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia

-firdaus-


Sue jumpa lagu ni di iLuvIslam.Menyentuh hati...



12 January 2009

cutie pink

Senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyum lah dari hati duniamu berseri...



-sue-

palestine


USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah.. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam. Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net

6 Januari 2009

08 January 2009

KEHIDUPAN....

KADANG KADANG KITA TERPAKSA LEPASKAN PERKARA YANG KITA NAK DAN SAYANG SANGAT... KITA JUGA TAK SELALUNYA DAPAT APA YANG KITA NAK...

BELAJARLAH TERIMA HAKIKAT...

sue


Redha dan sabar


07 January 2009

sangat sibuk...kesihatan sangat teruk....






ok, sahabat sahabat, Jaga diri ye...


Salam sayang...Teacher Sue