About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

26 September 2008

raya





Buat sahabat sahabat yang balik kampung hati hati ya. Yang kampung kat KL tu, hati2 juga ye.ehe

Jaga diri

Take Care

Esok saya balik kampung^^

cikSue-PAHANGian

22 September 2008

delusion?


credit: alwanComics

Entry kali ini akan jadi sedikit Blues...serta Gwang. Jangan baca sekiranya anda alergik kepada tulisan yang 'jiwa jiwa'
Sekian Harap maklum.
-
Cuti Nuzul Quran yang lepas-
Sue duduk di rumah menyiapkan exam paper.
-tengahHari-
Tidur sekejap menunggu Zuhur.
Sue bermimpi suami sue nak bunuh Sue guna pisau (pisau
tu sebijik ngan pisau dapur umah sewa Sue sekarang ni..ehe)
Sangat takut. Sue lari sungguh2 nak selamatkan diri. Berlari
dengan pantasnya, menyorok balik pintu, terjun dalam sungai, berenang, kayuh
sampan, panjat pokok serta terbang! ahaks.
Tapi akhirnya sue pulang semula ke rumah. Adik lelaki Sue dah
tunggu kat rumah. Dia marah Sue...
Meir : Dah la Along...Asyik nak lari je. Kesian abang. Kenapa
sebenarnya?
Sue : Dia nak tikam along dgn pisau...mesti la
along lari.
Meir : Adoi...along, kenapa la...takkan la abang nak tikam
along dgn pisau. Along sakit ni. n bla2
Adik sue nasihatkan sue serta membebel juga. Sue pun dah
ingat2 lupa apa yang dia cakap dalam mimpi tu. tapi yang sue faham dia cakap Sue
sakit mental...Suka fikir yang bukan2. Terbayang yang bukan2. Langsung tiada
rasa percaya kepada hubby sue sedangkan menurut meir Suami sue sayang
sue...
Sehari sebelum tu, ada kawan semengajar yang mengadu meminta pandangan pada kawan2 seperjuangan; dia ada masalah dengan suami dia. Sue jadi 'takut' bila dengar kisah dia. Sue tak ikut secara aktif pun cuma jadi pendengar dan pemerhati dalam perbincangan tu...Ye la nak bagi point of view pun, bukannya tahu...
Kisah dia betul betul memberi kesan pada Sue. Asyik terngiang-ngiang...
Dia dah kahwin 4tahun. Timbul masalah komunikasi. Suami dia semakin dingin...Mudah marah. Tak membantu dengan kerja rumah. Kawan kami ni siang mengajar (dari 8am to 5pm kat sekolah) malam nya pula mengajar kat pusat tuisyen...(Suami dia kerja syif malam)
Penat usah cerita, nak layan kerenah anak lagi, suami pula semakin hari makin menyakitkan jiwa...tapi kawan kami ni baik..lembut orangnya. Dia cuba ajak suami dia berbincang..tapi lelaki, biasa la ego!
Apa yang buat Sue jadi sedih sangat bila dengar dia cakap 'Apa ye yang boleh saya buat supaya Suami saya ni jadi lembut hati sikit..tak baran. Ada doa? Atau amalan ke...Selected Surah ke..apa ke...apa apa la yang boleh...'
Masa untuk pulang. nanti sue sambung ye. InsyaAllah.
Senyum selalu^^
-nanti nak tulis pasal 'Kerja Keras tak Selalunya Membawa makna. Tapi Tanggungjawab kita untuk memastikan segala usaha kita membawa makna memberi erti'
salam. Bye

16 September 2008

hibernateTerminate

-ini adalah entry yang sepatutnya dipublish semalam-

Salam. Hmm oleh kerana encik AlifMimYaNun dah rindu pada saya, dah bising bising suruh saya si Cikgu yang Chun ini mengapdet, maka dengan ini ‘saya mengapdet’ . [Aku tak puas hati betul mamat tu, ada ke kat aku yang ayu ni boleh guna :hei. “Hei chekgu, apdet la” apa hei hei, tak leh berlembut sikit ke dgn perempuan? Eh tetiba plak aku hangin..]

Nak cerita apa ye..Ok, hari ini Sue dapat hadiah dari students. TShirt Sumayya warna magenta. Esok Sue nak pakai g ngaja. Esok Sue nak pakai kasual aje. TShirt labuh+seluar baggy+tudungPink+stokingkakiHitam+sarunglenganHitam+spekBingkaiHitam. Juga dapat sepasang brooch pearl. Thanx ye anak2, susah susah aje…segan teacher…

Sue banyak kerja sangat…Polisi ‘kerja Sekolah jgn bawa balik ke rumah’ dah tak boleh nak di praktikkan lagi akhir akhir ni…Allah je tahu betapa penatnya saya. Pinggang sakit, tumit sakit…Kerja semakin menimbun nimbun. Baru je habis exam, dah nak exam lagi…Exam papers pun tak siap set lagi. Preparation nak mengajar, nak mark buku, kadang kadang kena ganti cikgu yang absent, working hours yg sampai ptg (bunyi macam lama, tapi kalau dah kelas penuh, bila nak buat lesson preparation lagi?). Tak baik mengeluh bukan. Saya tak mengeluh, Cuma nak meluah…

Tapi Sue suka kerja Sue tau…tersangat suka…

Sebagai cikSetiausahaExamSkolah, sue jga ada kerja2 administrative. Kena buat exam timetable dan memastikan exam preparation berjalan lancar. InsyaAllah dgn tenaga examCommitte yg berdedikasi tu, semuanya akan berjalan lancar hendaknya.
Sabtu lepas, kami kerja, ParentsTeacherMeet (13/9)
Kelakarnya, Boss (PuanH) sambil pegang pegang Sue “Suzlim, what happened to you sue? You look sooooo skinny. Sambil cubit2 pipi yang tulang pipi je yang makin menonjol, pegang lengan yang dah tinggal tulang aje. “Why?” is it bCoz of the fasting Month? Or? What? Sue?” Aku tak tahan tengok mata dia…
Teringat kat mak. Ntahlah, rasanya seorang ibu tahu kan kalau anak dia bersedih…
--Rasa tak selesa pula Boss tanya macam tu..macam ada double meaning plak. Sebelum ni my kakak ada cakap Boss Boss ‘ada tanya pasal personal life, personal matters Sue pada dia (my kakak la). Ye la aku kan penuh kontroversi…macam2 orang bercerita, bergosip jga mfitnah—

Saya tak apa apa. Cuma penat. Banyak yang nak dikejar. Segala-galanya akan jadi baik.
Be positive, think positive, it will give us energy. What you think the most, It will,InsyaAllah happen to you.

05 September 2008

hmm...

Salam.
Sue terlalu penat...
Stress sehingga jadi 'terlebih gembira dan terlebih bising' plak.
Semenjak kakSham pindah ke rumah family, dan kakRad yg sekejap ada sekejap takde kat rumah sewa tu...sue rasa macam 'sendirian' sgt la plak. KakRad dpt MC 2 hari, dari hari Rabu mlm dah stay kat umah kakak dia, tinggal la aku sendirian...bosan nya la....takde org nak lawan bercakap kat umah. Jadi bila duk kat Skolah T.Sue jadi terlebih 'petah' la pula...alahai

--Sue- kat Skolah, ada majlis berbuka puasa-