About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

31 October 2007

dah abih marking paper..ehe

Selepas ini Sue akan sibuk key in markah dan siapkan report card anak anak pulak..uhu. chayo chayo ^^


--salam sayang--
Teacher Sue aka Homeroom Teacher 2 alBuruj yang bizi...ehe

30 October 2007

my adib..

Rabbi zidni ilman...

Salam sayang

Teacher Sue yang sibuk sangat sekarang ni..uhu


24 October 2007

Salam hari rabu...

--raindrops-morning glory--
Sue pakai purple hari ni..Love purple!
Salam

8.30am


Teacher Sue escape dari assembly. kalau time time skolah dulu buat perangai camni, mesti kena denda punya..ehe.

Hari ni banyak kena jaga kelas exam. dari pagi sampai pukul 3.30...huhu.

2 hari yang gembira tidak boleh dipanjangkan lagi hari ini. huhu...Paper banyak nak mark..kerja homeroom teacher lagi...kerja2 pemfailan yang banyak tak ingat tuu...(mmmm ada rasa tak puas hati juga, elaun homeroom tak dapat pun..alasannya aku ni masih under probationary, tapi sekurang2nya bagi separuh la...kerja banyak bukan main...mereka mereka tu suka benar guna perkataan jihad bila bab gaji diungkitkan. Tapi bab kebajikan pekerja ada fikirkan sekali? Bukan duduk padang pasir la...I need to pay bills with money bukan air liur! hmm kalau nak kira menda tak puas hati, BANYAK...)

"wahai orang orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiaplah dan bertakwalah kepada Allah, moga moga kamu beruntung" surah Ali Imran: ayat 200

nak gi breakfast...babai

SueAbdullah






22 October 2007

selamat pengantin baru!!!

selamat pengantin baru!

Aman&Nadia

20Oktober2007


Assalamualaikum. Dah lama benar membiarkan blog ini bersawang. Dah lama benar tak menulis dalam erti kata sebenar menulis...


Alhamdulillah minggu minggu 'tak menang tangan kerja berlambak kejar dateline' tu baru berakhir (fasa pertamanya lah). Budak budak tengah exam sekarang. (Hari pertama final semester exam). Lepas ni nanti nak kena mark exam papers dan key in marks.


Sakit belakang yang dah lama menyepi tu tiba tiba menyerang pulak pagi ni..adoila. sakit mencucuk cucuk...Tapi sue tetap OK. alhamdulillah (^_^)


Pagi tadi Adzreel berdarah hidungnya. Biasa la budak budak. Cuma Sue agak kesal akan 'tindak balas' Sue yang slow cam kekura. kurang alert...impuls jalan lambat tul tadi...hehe. Dengan keadaan Adzreel yang dikurumuni orang..(di muka pintu lab-jarak Sue dalam 3m kot dari pintu tu) entah kenapa Sue masih melekat di kerusi, hanya jadi pemerhati kepada kekacauan sedangkan Sue adalah maknya Si Adzreel tu.Setelah dapat 'alarm siren' dari enchikB, baru Sue bangun. Bergegas ke dining hall cari tisu. Sue cuci kesan darah dihidung serta dimuka Adzreel sambil borak borak kosong.ehe. Adzreel ni kelakar budaknya, sempat pulak buat lawak...ehe. Terima kasih tak terhingga buat UstazA dan sesiapa sahaja yang telah menolong anak Sue ni tadi. THANX


Oh oleh kerana mood pengantin baru aman masih lagi 'in the air' Sue nak berkongsi sebuah artikel yang relate dengan perkahwinan. mmm pada saat tok Kadi membacakan khutbah nikah di hadapan Aman tempoh hari, ada rasa sebak dan insaf menyapa lubuk hati...

TUJUAN BERUMAHTANGGA
Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima
kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari
satu prinsip hidup saya yang penting, ‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’.

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan....

-mahu baca selanjutnya? sila ke http://saifulislam.com/?p=75

-salam sayang bergula-

Sue Abdullah