About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

29 March 2009

Pengumuman lagi...

credit: alwanComics.
color: Che'Sue


Pemilik blog ini sangat busy...
Dia akan:

  • Exam di UIA (3hb April dan 7hb April)
  • berusaha memastikan persediaan Parent-TeacherMeeting (11hb April) berjalan lancar- kena pastikan guru-guru (termasuk dia sendiri) tanda kertas exam anak-anak dan submit results kepada Homeroom Teachers sebelum 7hb. Kemudian homeroom teachers (pemilik blog ini juga seorang homeroom teacher) mesti menyiapkan report card anak-anak.
  • mengajar dengan bos ada dalam kelas. Bos nak masuk kelas Biologi aku. uhu. Aku cuak...Lesson plan tak siap lagi...
  • siapkan assignment!
  • cuba sedaya upaya jadi kuat walau punya timetable mengajar yang full dari pagi sampai pukul4 petang, straight in a row.
  • cuba tidak lepaskan marah pada anak-anak kecil walaupun kerenah mereka buat hati TeacherSue kadang-kadang jadi panas. Mengajarlah dengan penuh kasih sayang...mereka kan penawar, penyejuk hati...pembawa tawa^^
  • minum banyak air. jaga kesihatan
  • cuba jadi tabah. Tak mahu menangis walaupun rasa sangat stress atau dimarahi bos...


Segalanya akan jadi baik. Berusahalah!
with love
TeacherSue,
yang ajar 2 level. anak-anak kecil Primary 1&2 juga remaja 15&16 tahun





20 March 2009

tengah malas...sangat...

TeacherSue kepala tengah tak betul, serabut, berasap sampai tumbuh tanduk? Astagfirullah...



Hari ini adalah hari kelam kabut tapi ceria. walaupun kepala serabut tapi tetap gelak-gelak padahal dalam hati punyalah merabak meraung. ikut hati yang fed up mau aku tinggalkan kerja, pastu balik pahang berehat...haha. ishh takkan la saya nak buat begitu kan...sayakan pekerja yang dedikasi, tekun dan sabar. ahaks

selepas kelas di uia pukul 6.30 tadi sue terus mendrive balik kerumah. Jalan jem...hee..benci betul...Adik sue telah menSET radio kepada channel IKIM.Fm..jadi..sue nak tukar channel lain pun rasa sedikit bersalah..sedikit la..ehe. Ok jadi,tadi petang ada ustaz bagi talk kat radio tu. Pasal rezeki...Ok. bagus juga ada pengisian sambil mengharungi jalan jem tanpa adeq di sisi. kalau ada adek, sah la Sue jadi radio, bercakap tak henti henti macam bertih jagung meletup. Adek pula jadi pendengar sejati yang lali..ehe


Sue dah merapu, bukan patut kupas apa yang dapat masa dengar pengisian agama di radio tu ke? cakap pasal rezki. nanti lah... tengah malas nyer...tulis pun merapik meraban.


cukup lah. Sue dah baik dari demam dan batuk. alhamdulillah^^

Bilik sangat sepah. esok pagi mahu bangun awal, kemas bilik, pergi library, ajak adek gi servis kereta, gi window shopping kemudian di petang hari mahu singgah ke swimming pool!


senyumlah

17 March 2009

PENGUMUMAN

PEMILIK BLOG INI SEDANG DEMAM.
PEMILIK BLOG INI JUGA PERLU BEKERJA SEMASA CUTI SEKOLAH INI.
TIADA CUTI.



SEKIAN, HARAP MAKLUM.

09 March 2009

mari cuci mata


Salam. takde mood nak bercerita. Letak gambar je lah ye.
Ok, gambar pertama, Ini Aisyah. Primary 1, student sue. masa ni sports day training. hari panas, dia dah merungut rungut dan mengadu pening pening...Usahkan dia, Teacher Sue pun pening kepala panas tapi buat buat gagah je depan budak...ahaks
s



sports training (feb 2009)


march 2009- Ini Exam Room merangkap office sue (bilik ni sangat kecik serta panas..sue mintak air-cond, macam tak dapat je...kipas pun orait la kan, takpe lah yang duduk dalam bilik tu pun sue sorang je... ofis ku sangat sepah...alahai)



Err ini kereta ku...Enche'Poji dah melihat secara 'Live' myVi biru yang dah tercalar akibat terlanggar divider jalan hari jumaat tempoh hari,uhu...sob sob sob


Cukuplah..ngantuk...nak tido.


wassalam

06 March 2009

insyirah



Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad),

Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu,
Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah...


InsyaAllah, segalanya kan jadi baik...

(^_^)^

che'Gu sue tgh bz la..