About Me
- d ordinary me
- just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.
28 November 2006
24 November 2006
Hari ini hari Jumaat...
Harap kalian semua sihat dan ceria.
Sekarang cuti sekolah...Bosannya la...
Asyik tengok TV jer. huhu..pukul 8 tadi anime Midori No Hibi(ayark cutenya la citer nih). Pukul 9 tengok Longkorn(arts of devil 2)....Whoooaaa takutnya, seram tahap dewa dewi...
Sekarang Sue in process cari students untuk kelas tusyen.
InsyaALLAH minggu depan Sue nak mulakan kelas tusyen untuk bebudak yang bakal amik SPM tahun depan. Buat kat umah ni ha...meriah sikit...huhu.
Ini ada doa yang Sue ingin kongsi ngan korang semua. dapat dari seorang sahabat.Thanx ek Jue
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya tetapi untuk MU
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan ENGKAU
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan sekadar otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku
Seorang lelaki yang tidak hanya mengagumiku tetapi dapat menasihati ketika aku berbuat salah
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna
Dan aku juga meminta...
Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga
Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku
dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami dapat mengatakan "Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang KAU tentukan...
Ucapan 'Bahagia Sentiasa' buat all married couple yang baca blog Sue ni.
Ok Sue nak la mention beberapa happy couple tu...
1) Abang Afiz and kakZubaidah [senyum senyum selalu ye]
2] Inchik Nabil and Isteri [^_^]^
3] Hafiz and Azi [korang ni betul betul la sweet couple...antagonist and unix][although aku baru jer tahu akan wujudnya 2 manusia ni di muka bumi ni Hari ini..huhu]
4) Spesel tuk KakGee and Along yang nak kawen ahad ni(wah kakGee, nak berubah phase dah ni, dah tak leh nak'freewilly' macam dulu2 lagi tau...)
ok moga semua orang happy sentiasa....
-Sue'z-
22 November 2006
Hmmmmm
Semalam Sue terbaca satu entry yang menarik dalam blog seorang penulis terkenal negara kita. Penulis muda. Lelaki. Orang sastera. Novelnya Sue ada beli sebuah. Bagus, menyentuh dan mengupas isu Hedonisme yang makin pesat membiak macam virus…
Ini petikannya.
(dipetik tanpa pengetahuan tuan punya tulisan...erkkk)
Memang dasar tak tahu malu.
UPD yang bertanggungjawab untuk memasang dan melekatkan iklan serta pemberitahuan di dinding gerabak LRT (dalam hal ini puisi) tak memikir ke? Dari menepek puisi merepek When I Was One and Twenty Karya A.E Housman (1859-1936) yang tidak ada erti apa-apa, mengapa tidak menampal Gurindam 12 Raja Ali Haji yang tinggi nilai sasteranya dan mengajar akhlak serta persoalan agama dan budaya dengan penuh hemah.
Dah nak 50 tahun merdeka, mentaliti nak agungkan Barat masih tak dapat nak diubah?
Bandingkan:
When I was one-and-twenty
I heard a wise man say,
"Give crowns and pounds and guineas
But not your heart away;
Give pearls away and rubies
But keep your fancy free."
But I was one-and-twenty,
No use to talk to me.
When I was one-and-twenty
I heard him say again,
"The heart out of the bosom
Was never given in vain;
'Tis paid with sighs a plenty
And sold for endless rue."
And I am two-and-twenty
And oh, 'tis true, 'tis true.
dengan salah satu rangkap Gurindam 12:
Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat
dan lebih memalukan ialah peribadi Housman adalah seorang homoseksual dan atheis sementara Raja Ali Haji ialah seorang ulama dan pejuang.
¶ 19.11.06
Selepas membaca tulisan beliau, Sue senyum sendiri kerana Sue pernah menyalin salah satu puisi Inggeris yang terpapar cantik dalam bingkai tu. Masa tu dalam perjalanan dari stesen Bandar Tasik Selatan ke Titiwangsa.
Tapi semasa menyalin puisi tu, terlintas jugak kat fikiran, Apa motifnya puisi ini ditampal di dalam tren LRT negara kita? Adalah lebih patut kiranya puisi yang ditampal itu adalah hasil nukilan penulis tempatan…Kenapa pulak mesti ditampal puisi ‘import’? Puisi hasil nukilan penulis-penulis besar negara kita bagus bukan. Punya nilainya tersendiri. Punya mesej yang murni. Puisi bahasa Melayu itu kita tampal la dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris(malah boleh juga dalam bahasa Cina). Selain puisi, pantun-pantun nasihat pun sesuai juga
Ok ini puisi yang Sue salin tempoh hari…
How Do I love thee?
How do I love thee?
Let me count the ways
I love you to the depth and breadth and hight my soul can reach
When feeling out of sight
For the ends of being and ideal grace
I love thee to the level of everyday’s most quiet need
By sun and candle light
I love thee freely
As men strive for right
I love thee purely,
As they turn from praise
I love with a passion put to use in my old griefs,
And with my childhoods faith
I love thee with a love I seemed to lose
With my lost saints
I love thee with the beneath
Smiles, tears of all my life!
And if God choose
I shall but love thee better after death
English 1806-1861
LRT Train 04/10/06
(ish tak mahu cakap lebih lebih pasal bahasa…isu sensitive ni, malah tulisan aku ni pun bahasanya berterabur dan cacamerba…)
How do I love you?
-Sue-
17 November 2006
Miya...
-keadaan agak huru hara…I’m Late for school!!!
Miya : Tayong nak gi aner ni?(kakLong nak pergi mana ni?)
Miya dengan bau masam, muka sememeh berbaju tidur dengan botol susu feveret di tangan duk mengekor sue’z ke hulu ke hilir.
Tayong : Lah nak pergi sekolah lah…Kerja…
sambil kelamkabut menyemat brooch pada tudung, terjingkit-jingkit melihat refleksi diri di depan cermin.
Sue’z berlari plak ke dapur mengisi air ke dalam tumbler, si kecik Miya pun ikut berlari sambil membawa handbag sue’z…
Berlari semula ke living room, duduk sarungkan stoking ke kaki, then salam tangan mak, ambil buku-buku atas meja lalu terus berlari ke pintu…opps handbag kat Miya. Ambik handbag kat Miya, kiss pipi tembam Miya, pergi ke muka pintu, terus sarung sandal (sandal jer, tak kuasanya aku nak pakai kasut)…tetiba dengar bunyi ‘kaChing kaChing’ coins…Miya datang berdiri depan aku sambil pegang tabung…
Miya : Nahh tayong wat anja kat anteen (nah kakLong, buat belanja kat kantin)
Sambil menghulurkan beberapa keping syiling.
Miya : ama ama(sama-sama)
Belum pun sempat Sue’z cakap thanx dia dah cakap sama-sama…
Miya : bye tayong!!!
Miya berpaling ke belakang, berlari terkedek-kedek mendapatkan mak yang dah tersenyum meleret….
Tayong : -senyum-
Hai, kakLong nak beli apa la dengan duit 3 sen ni Miya…Miya miya…
KakLong sayang sangat sangat Miya…
Miya, you are my strawberry shortcake, so sweet… Muahhh!!!
-Sue-
16 November 2006
Hari ini semua orang sedih...[-_-]

Assalamualaikum...
Harap kalian semua dalam keadaan yang BEST!!!
Hari ini bilik guru perempuan dilanda mood sedih dan syahdu...ex'Bakal'tunang salah seorang guru meninggal accident. Dulu(baru-baru ni sebenarnya;ogos) kawan kami ni yang meminta dibatalkan majlis pertunangan mereka pada saat-saat genting. Persiapan semua dah dibuat...Kawan kami ni ada alasan dia sendiri...Family arwah memang marah sangat la...Then Ibu arwah (yang masih menyimpan rasa tak puas hati) sangat berang dengan kawan kami ni, sampai nak naik ke rumah tengok jenazah pun tak dibaginya...
makArwah: 'Engko, keturunan Engko jangan jejak jejak lagi ke rumah ni. Sebab engko la anak aku mati!!!'
Astagfirullah...Ajal dan maut di tangan TUHAN. Terima la ketentuanNYA.
Haiiii....Barang yang lepas jangan dikenang... Sedih memang sedih kan...Ntah macam mana yang lain-lain ni pun turut la berkongsi kisah sedih suka duka frust cinta masing-masing...Heh....(saja nak mensyahdu kan lagi suasana..kahkah).Peritkan patah hati? Dah sayang dah berperasaan, dah menganyam impian...tiba-tiba kandas di tengah jalan...Huiii memang sedih...Menangis sampai basah bantal dan tilam tuhh dengan airmata yang bila dikumpul agaknya cukup sebaldi!!! Seksa nya la masa putus cinta...hanya yang pernah lalui jer tahu macam mana kan? hmmmm
Maka wahai jiwa yang gundah, dengarkan ini dari ALLAH:
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.AllaH Maha mengetahui sedangkan kamu Tidak Mengetahui.' (alBaqarah:216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini, benar-benar perlu bila ada relevennya dengan harapan kita agar bahagia di akhirat.kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya; hidup di akhirat kelak...
-simpanlah air mata itu-
sob sob sob
(Jue thanx ye sebab bagi pinjam artikel-artikel yang mendidik jiwa tuh kat Sue'z .MUAhhHHH Juju)
maaaf kalau ada tersalah kata
15 November 2006
Sungguh-sungguh!!!
pic: pergh.com(comey betul gadis kat atas ni...hmm ada macam sue'z tak dia? sama macam sue'z kan...perasannya aku..ahaks)
harap kalian semua berada dalam keadaan yang BEST!!
The school break will start next week...and I will lost my job here isk isk...poyo jer...dah memang aku ni temporary teacher jer kat sini..
I haven't received my MRSM posting placing yet(dat should be in diz december)...sekolah start semula bulan Januari nanti...sekarang bulan November...urghhh...tak berduit la aku kalau tak kerja...arghhh...mesti carik kerja baru!mesti! CHaYo-cHayo Sue'z!!!
Malah sue'z tak pergi pun kemana-mana MRSM to observe the learning process there. Masa sue'z gi Kolej Mara Seremban(Okt 06) hari tuh de Officer had advised me to visit any nearest MRSM...tengok-tengok environment, nanti start ngajor senang...tapi tak bekesempatan plak nak gi...syukurlah dapat jadik guru sementara kat sekolah nih walaupun bukan MRSM tapi SMA. sekurang-kurangnya dapat belajar jadi guru. Dapat belajar on How to be A good Teacher...
Menjadi pendidik, diri sendiri pun perlu terdidik...Banyak perkara lagi yang perlu Sue'z pelajari...tambahan pula Sue'z nih bukan buat degree in Education, but Bsc(Biology), jadi Sue'z tak amik subjek psikologi macam bebudak Education...lalu Sue'z kena belajar lebih lah...Perlu mempersiapkan diri untuk jadi guru yang baik, kalau tak buat penat je MARA bagi scholarship and serapkan Sue'z ke Program tindikkan Guru MRSM nih...ok chayo-chayo SUe'Z!!!
orang yang bersungguh dia boleh hasilkan banyak benda dalam satu masa.
orang yang tak bersungguh satu kerja pun tak siap-siap.
orang yang bersungguh dia boleh puas hati dengan apa yang dia capai sebab itu takdirnya...
orang yang tak bersungguh tak boleh berasa puas sebab dia yang menjadikan rezekinya terhenti dan tersekat!!!
Salam 'sungguh-sungguh' sayang
-Sue'z-
14 November 2006
mood sentimental...

(hari ni mood aku SENtiMenTaL+karaT tak InGat!!!!)
harap kalian semua sihat ceria and breathing the good and fresh air...
Esok my students dah start exam SPM...wuish aku plak yang rasa cuak...
Moga mereka beroleh kejayaan yang diidam-idamkan...AMin.
Thiz morning aku gi kelas bebudak spm tuh kasi pensel yang aku decorated khas untuk diorang...
then memasing pun sebok la mintak2 maaf ngn aku. Mintak halalkan ilmu...As a teacher aku pun banyak belajar new thingz dari deorang...Sendu plak rasanya...ada yang mintak maaf bcoz selalu ter'moody' dalam kelas...Buat muka cemberut jer bila aku ngaja kat depan...heheh.
Tapi ada plak tuh yang nak rekemenkan aku kat abang diaorang...haha..gelak jap...
MuRiD: Abang saya loaded cikgu, engineer, baik, tapi tak baper hensem la...Yang penting baik cikgu..
CiKgu : hmmm tak ensem tak mo la...kahkah
Sweet words are easy to say,
Sweet things are easy 2 buy,
But sweet people are difficult to find...
Got work to do...but feel so malas la today...kepala swing swing jer...Layan pulak music sentimental slow tak ingat homepage anna abadi nih...Haiiih...Ok la cukup la aku mengarut takat nih..
Sorry atas penggunaan ayat yang agak kelam kabut...
Love-Sue'z
12 November 2006
Rama-rama Indah....
Assalamualaikum...kaifahalukum? Harap semuanya sihat dan tersenyummm, walaupun gambar Rukia di atas tak tersenyum...masam aja rukia ni...siapalah Rukia ni ye? kepada peminat manga /anime Jepun mesti tahu siapa Rukia...karakter bagi anime BLEACH..heheh. Noktah buat RUKIA.
OK kali ini sue'z ingin berkongsi satu kisah menarik berkaitan rama-rama...
Lihatlah rama-rama, ia cantik… Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda ? warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulit untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.
Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar ? indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke
Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan.
Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang!
Love-Sue'Z


