About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

22 November 2006

Hmmmmm

Nadia and Miya
-hari ini Miya genap 2 tahun...heh walaupun lilinnya ada 4 batang...

Semalam Sue terbaca satu entry yang menarik dalam blog seorang penulis terkenal negara kita. Penulis muda. Lelaki. Orang sastera. Novelnya Sue ada beli sebuah. Bagus, menyentuh dan mengupas isu Hedonisme yang makin pesat membiak macam virus…

Ini petikannya.

(dipetik tanpa pengetahuan tuan punya tulisan...erkkk)

Memang dasar tak tahu malu. Malaysia dah nak merdeka 50 tahun tapi pada dinding gerabak LRT masih nak puja dan mempertuankan penjajah Inggeris. Sudahlah puisinya tak ada makna, hanya ada bentuk; dan tak tahulah siapa nak baca puisi dari bahasa penjajah ini. Memang dasar tak sedar diri. Orang Inggeris pun sudah tak baca puisi lapuk dan tak ada maksud signifikan seperti ini. Nak harap tampal puisi Siti Zainon Ismail ke, Usman Awang ke, Pak Samad Said ke, jangan haraplah.

UPD yang bertanggungjawab untuk memasang dan melekatkan iklan serta pemberitahuan di dinding gerabak LRT (dalam hal ini puisi) tak memikir ke? Dari menepek puisi merepek When I Was One and Twenty Karya A.E Housman (1859-1936) yang tidak ada erti apa-apa, mengapa tidak menampal Gurindam 12 Raja Ali Haji yang tinggi nilai sasteranya dan mengajar akhlak serta persoalan agama dan budaya dengan penuh hemah.

Dah nak 50 tahun merdeka, mentaliti nak agungkan Barat masih tak dapat nak diubah?


Bandingkan:

When I was one-and-twenty
I heard a wise man say,
"Give crowns and pounds and guineas
But not your heart away;
Give pearls away and rubies
But keep your fancy free."
But I was one-and-twenty,
No use to talk to me.

When I was one-and-twenty
I heard him say again,
"The heart out of the bosom
Was never given in vain;
'Tis paid with sighs a plenty
And sold for endless rue."
And I am two-and-twenty
And oh, 'tis true, 'tis true.

dengan salah satu rangkap Gurindam 12:

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

dan lebih memalukan ialah peribadi Housman adalah seorang homoseksual dan atheis sementara Raja Ali Haji ialah seorang ulama dan pejuang.

Elizabeth barret Browning.

English 1806-1861

LRT Train 04/10/06

(ish tak mahu cakap lebih lebih pasal bahasa…isu sensitive ni, malah tulisan aku ni pun bahasanya berterabur dan cacamerba…)

How do I love you?

-Sue-

4 comments:

Somebody said...

salam,

very nice blog u have

seems like u real love art right?

well u have talent,so keep on writing ok..

baca dr blog ni, i know that ur a teacher?..good morning cikgu..hehe

well, keep up the good work ok..saya doakan sue mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat,InsyaAllah..

p.s: my zaujah loves art too..sometimes i can't even understad what she's trying to say..tersirat sungguh..hehe..i'm a very direct person.

check out this page : nurkaseh.blogspot.com

d ordinary me said...

Salam
thanx for that nice comment Hafiz.
already jenguk ya wife's blog(nurkaseh).
Hmmm cara korang menulis memang berbeda. Hafiz nyer gaya tulisan lebih 'soft' dari Azi..haha
Suami isteri fitrahnya saling lengkap melengkapi kan...
Ok Sue doakan korang 'Bahagia Sentiasa'

Somebody said...

salam,
haha..kami memang sungguh berbeda..langit dan bumi..in any way mmg totally different..mungkin sue ada terbaca entry saya bertajuk 'jodoh itu'..itulah kami sebenarnya..hoho..anyway, thanx for all the prayers (for me and zaujah) from u (refer to ur above entry)..Allah swt will pay the best for ur kindness..amin

d ordinary me said...

Amin...
yap memang sue ada baca artikel jodoh tu..very nice. thanx for sharing.
Moga hafiz and Azi bahagia sentiasa