
Assalamualaikum...
Harap kalian semua dalam keadaan yang BEST!!!
Hari ini bilik guru perempuan dilanda mood sedih dan syahdu...ex'Bakal'tunang salah seorang guru meninggal accident. Dulu(baru-baru ni sebenarnya;ogos) kawan kami ni yang meminta dibatalkan majlis pertunangan mereka pada saat-saat genting. Persiapan semua dah dibuat...Kawan kami ni ada alasan dia sendiri...Family arwah memang marah sangat la...Then Ibu arwah (yang masih menyimpan rasa tak puas hati) sangat berang dengan kawan kami ni, sampai nak naik ke rumah tengok jenazah pun tak dibaginya...
makArwah: 'Engko, keturunan Engko jangan jejak jejak lagi ke rumah ni. Sebab engko la anak aku mati!!!'
Astagfirullah...Ajal dan maut di tangan TUHAN. Terima la ketentuanNYA.
Haiiii....Barang yang lepas jangan dikenang... Sedih memang sedih kan...Ntah macam mana yang lain-lain ni pun turut la berkongsi kisah sedih suka duka frust cinta masing-masing...Heh....(saja nak mensyahdu kan lagi suasana..kahkah).Peritkan patah hati? Dah sayang dah berperasaan, dah menganyam impian...tiba-tiba kandas di tengah jalan...Huiii memang sedih...Menangis sampai basah bantal dan tilam tuhh dengan airmata yang bila dikumpul agaknya cukup sebaldi!!! Seksa nya la masa putus cinta...hanya yang pernah lalui jer tahu macam mana kan? hmmmm
Maka wahai jiwa yang gundah, dengarkan ini dari ALLAH:
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.AllaH Maha mengetahui sedangkan kamu Tidak Mengetahui.' (alBaqarah:216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini, benar-benar perlu bila ada relevennya dengan harapan kita agar bahagia di akhirat.kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya; hidup di akhirat kelak...
maka sudah lah, JANGAN KAU TANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU...
-simpanlah air mata itu-
sob sob sob
(Jue thanx ye sebab bagi pinjam artikel-artikel yang mendidik jiwa tuh kat Sue'z .MUAhhHHH Juju)
maaaf kalau ada tersalah kata
-simpanlah air mata itu-
sob sob sob
(Jue thanx ye sebab bagi pinjam artikel-artikel yang mendidik jiwa tuh kat Sue'z .MUAhhHHH Juju)
maaaf kalau ada tersalah kata
Love-Sue'z

5 comments:
err riz letak shoutbox baru happening ye?hmmm
Betul tu...letak la shout box...
Komen ni pun kalau setkan bg dia pop up pun best juga. ^_^
-----------
Mmg susah kalau kita anggap semua ada dlm kawalan kita...hidup pastiakan bertemu mati, cuma masanya sahaja tak tahu bila.
Hmm inchikNabil, camner nak letak shoutbox tu? sue'z kurang arif...
nak letak shoutbox tu mula2 kena la gi register dulu. Boleh pergi kat http://www.shoutmix.com/
Setting warna apa semua ada lepas register tu. Lps tu nanti adalah dia bagi kod utk kita copy paste masuk ke dalam blog kita.
Bila dah ada kod tu, sue editlah template blog sue pada bhg yang ada bhg about me, cool stuff etc tu..paste kat situ kodnya. Then try test preview dulu tgk ada tak.
Ok...faham tak? ^_^
ok thanx Inchik Nabil
Post a Comment