About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

29 December 2006

woman and apples???

original art: amik kat alwancomics.
original ayat: ntah tak ingat dapat kat aner...

-salam sayang dan Selamat Hari Raya AidilAdha-
Sue

20 December 2006

Ishh tak sempatttt

credit:Barb Uil...lagi..kehkeh...teruk tul aku asyik kidnap pic Barb

gambo baby sungguh buat saya teruja!!!

Assalamualaikum.
Sebenarnya ada banyak menda nak tulis hari ini. Tapi...nak taip handout untuk student plak nih...ishh tak sempat la hari ni den nak tulih panjang2.

Ni dah kul 9malam. Petang duk 'termenung memandang siling'...malam baru gelabah macam apa. Ok la. Bye.


-ada Sesuatu yang menyesakkan jiwa saya...ada sesuatu yang memakan hati saya...argghhh betapa rapuhnya saya-

-Sue-

18 December 2006

Entry hari ini...

credit: Barb Uil
-bila tengok baby comel, Saya rasa teruja untuk punya satu(from my own)...Wah wahhh...Tapi bila memikirkan perkahwinan, rasa itu jadi tawar plak(takut dengan tanggungjawab???)...ahaksss-

Assalamualaikum

Isnin datang lagi. Alhamdulillah.

Tadi Sue baca satu artikel di theCicak.com. Artikel yang menarik bertajuk ; I attacked a Sikh boy. Penulis itu menceritakan bagaimana dia di zaman kanak-kanak (zaman nakal dan ‘kejam’) telah membuli seorang kanak-kanak lelaki Sikh. Penulis tersebut dan rakan-rakannya punya rasa ‘ingin tahu sangat-sangat’ apa yang ‘tersembunyi’ di sebalik turban(kain lilit kepala sikh tu…) yang dipakai budak tersebut.

Jadi kawan-kawan penulis itu telah mencabut turban tersebut dari kepala budak malang tersebut(tentunya atas arahan penulis itu: wahh gangster betul budak tu[penulis itu seorang perempuan]). Budak malang itu hanya mampu menangis…huhu. Tak melawan pun? Penulis dan gengnya yang berhati kering gelak suka hati. But then the writer pat the boy’s back and said: “Don’t cry”… haha…kelakar betul la…Lepas buli orang, pujuk plak. Tapi mereka semua masa tu langsung tak sedar betapa ‘salahnya’ perlakuan mereka itu(ye la sebab budak sangat lagi, masa tu).

Dan setelah bertahun-tahun berlalu dan penulis itu sendiri makin dewasa…maka penulis itu sedar betapa ‘salahnya’ perbuatan dia dan gengnya terhadap budak lelaki itu. Betapa kita di zaman kanak-kanak sangat ‘tidak sensitif’ terhadap perasaan (dan agama) orang lain.

Teringat sesuatu:

-Lokasi: Bilik kuliah sebuah uni tempatan(3tahun lepas)

-aktiviti: menunggu lecturer masuk kelas

ShiauBin: ‘I suka la tudung u Sue. Dan cara u pakai pun menarik. Semacam ada fesyen pulak’

Sue: ‘Oo thanx.’

(sambil melirik tudung koko feveret yang dipakai. Sebenarnya pakai silang pangkah macam biasa aja…Tapi mungkin sebab Sue yang pakai, Shiau bin nampak tudung tu jadi extra cantik plak. Ahaks.)

Shiau bin: ‘Tapi dia tak pakai tudung pun.’(sambil mengunjukkan tangan ke arah salah seorang teman sekuliah(girl) yang berbangsa Melayu[dan Islam] ).

‘Boleh ke?’

Sue: ‘Tak boleh! Berdosa!’

Shiau bin: ‘Ooo berdosa’

Teringatkan Shuh Pying…(disaat kami di tahun akhir (awal tahun 06)

Sue and Yani: Ala Shuh Pying nape u tak pakai sexy-sexy macam kawan-kawan u yang lain? Ni nampak cam amoi kampong jer.

(hee memang Shuh Pying datang dari desa pun…Jahat tul kitaorang. kami pun gadis desa yang terpingit juga.ahaks)

Shuh Pying: Hmm tak elok lah. Dalam Islam tak elokkan. Pakai sexy berdosa, orang yang tengok pun berdosa kan?

Sue and Yani: Jaw dropped…

Kadang kadang kita jadi malu sendiri pada kawan kawan seagama yang terang-terangan mengingkari perintah agama dan menimbulkan perasaan pelik pada kawan-kawan ‘non muslim’ yang tahu perlakuan itu tidak dibolehkan dalam agama! Islam!

-Islam is the way of life-

Sue


17 December 2006

jalan jalan ke kuantan

a lady surfer
adik Sue cakap: Nampak macam nyah je along...
Haha...ada plak nyah...Betul la perempuan tuh...

hmm cari aper?

adik no3
huh adikku sudah 19 tahun umur kamu...cepatnya besar...

-Sue-

15 December 2006

JiwaKacau...

Assalamualaikum...
Bagaimana kalian hari ini? Ceria?
Sue tak tahu lah kenapa, jiwa ini semakin parah...Runsing, risau dan sedih bersarang dan bermaharajalela di hati...

Hari ini sepanjang hari Sue duduk mengadap PC. Cuba-cuba guna photoshop software(walaupun tak pandai) Tibai aja la labu...Sebenarnya cuba cari aktiviti yang mampu melekakan jiwa buat sekejap cuma(huh sebentar?) Ingat mahu praktis mengait, tapi dah tiada hati langsung...Belajar mengaitpun sempat dua hari aja...Pandai buat tali air jer...Menyedihkan sungguh...

Jadi Sue cuba-cuba explore 'Kedai Gambar'...Thanx to Amar yang installkan software ni kat PC Sue ni dulu...


-jiwakacau-
Masa nih memang rasa nak marah sangat...Abah Sue bertanya soalan yang betul-betul buat Sue rasa stress yang amat...Maaf abah. Along tak mampu nak mengawal diri...
Sue conteng layer dengan warna-warna terang dan garisan berselirat...Namun akhirnya Sue tukar kaler...Sakit seh mata nengok warna merah menyala...


myLOvely Haziqqq...Windunyerrrr

-banyak jugakla gambo yang di hancur dan dicacatkan dek Sue...gambar bunga, baby, gambar Sue, gambar lelaki itu....Lelaki yang tiba-tiba hadir menjadi salah seorang pemain(penyeri???) dalam pentas hidupku...

-Doa untuk menghilangkan Kesedihan-
(maaf lupa nak letak baris)
'Tidak ada Tuhan selain Engkau, maha Tinggi Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim'

-eh adik Sue yang lelaki(umo 19 tahun) call skjp tadi...Mengadu, jatuh motor...Luka-luka, calar-calar...Hai adikku, macam-macam...Bikin Along risau saja...

-Sue-

14 December 2006

credit: Barb Uil
-goshhh i really love this pic-

Assalamualaikum...
Apa khabar kalian semua?
Harap baik baik aja deh...

Pagi tadi abis bersarapan Sue ke kedai...Beli barang-barang dapur:
1) ikan selar kuning 8-9 ekor Rm 5
2) Petola 2 ketul Rm1.10
3) ikan bilis sepeket Rm 1.00
4) Beras Jati 5kg Rm 10.50

Setelah selesai beruurusan dengan Minah kedai tu, Sue pun berjalan pulang terkedek-kedek dengan tangan kanan menjinjit plastik barang manakala beras 5kilo tu Sue peluk dan dakap erat ke dada. Berat jugak beras tu sehhh. Tapi bila dukung baby yang beratnya 8-10 kg tu takdelah rasa berat mana pun...

Tetiba Sue ternampak one of my student( for my tuition class) tengah duduk melepak sambil isap rokok. kelas Sue bermula pukul 9pagi, jadi mungkin dia tunggu Sue lah tu, sambil tu 'bersarapan' ringkas dengan rokok sebatang?erkkkk. kelakar, muka dia agak gelabah bila tengok Sue. Mujur tak dicampaknya rokok tu jauh-jauh...hehe. Puas dia 'cover' dibawah lengan..kehkeh.Macam lah aku tak nampak...

'Ha buat aper tu?' Sue saja je provoke.
Dia sengeh jer...buat muka 5 sen...
Kemudian dia tolong Sue angkat beras dan ikut Sue masuk ke rumah...
-9.30 pagi-
Kelas berjalan seperti biasa. Kebetulan pagi tadi kami bincang topik 'Hormonal Coordination'. So under the topic ada subtopic drug abuse.

Category of drug

stimulants
Examples
amphetamines, cocaine, caffeine, nicotine, marijuana
Effects on body coordination
-stimulate the CNS
-make the user more alert and confident
-increase pulse rate and blood pressure

'Haikal(bukan nama sebenar), name a drug that is found in cigarettes?' Hehe saja jer Sue usik dia...
Dia pun tunduk jer, malu jer...Nicotine...

Hai, bebudak ni umur baru 16 tahun...Muda sangat..Sayanglah diri tu sikit...Bukannya tak tahu merokok tu tak elok untuk kesihatan...(Diorang muda lagi, boleh di'basuh' dan dimarah)
Malah Sue pernah jumpa iklan kerja yang tertera besar-besar perkataan:
SMOKERS ARE NOT ENCOURAGED TO APPLY

Dan perempuan yang merokok tuu memang obvious giler la'aura slut' dia(oppps sorry)...Buruk kan perempuan yang sepatutnya lemahlembut dan gemalai dilihat merokok...Hilang ayu korang beb...

Teringat sesuatu:
Lelaki: Awak tak suka smoker? nape?
Sue: Sebab diaorang busuk!!!!

Bagi Sue, Lelaki yang merokok itu jelaslah tak sayang diri sendiri...jadi macam mana kita sebagai perempuan nak mengharapkan lelaki perokok ini untuk menyayangi diri kita pula...kan?


-maaf andai ada tersalah kata-
-Sue-

12 December 2006

Jaga lah anak- anak gadis anda...

-Artikel yang diculik dari forum www.ukhwah.com untuk dikongsi bersama...

AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM


Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah,sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja,hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.

Kemudian,mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?",

"Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak".
"Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur,ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk
memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka,mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.


DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggungjawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama"

Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan
agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"

Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa.
Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa)yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita"

Untuk makluman semua,mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel
11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima.........hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

##wallahualam...from mail##

10 December 2006

had a bad day....

crying out my tears

I went to the KLCC today. argghhh there are sooooo many unpleasant thingz happened to me!!!

i feel bad, sad, tired, angry and stupid

Aku fikir lebih baik aku kekal bersama-sama makcik makcik yang sibuk berkenduri saban minggu, dari jadi macam nih...
astaghfirullah Sue...

(hehee 'biskut' jer takkan la nak kawan ngan makcik makcik ajer kan...heh)

-sue-

09 December 2006

Firdaus- Ku berLari (feat Akbar and Cat Farish)


-Haziqq my lil cousin...wahrghh kakLong windu sangat sama kamu-


Assalamualaikum.
Pernah dengar lagu Ku berlari tak? Sue suka SANGAT SANGAT lagu tuh. Hmm sebenarnya suka semua lagu yang Akbar nyanyi... suka tengok rambut Akbar...hehe. 'Senget' betul la...

Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..

senyum [^_^]

-sue-

07 December 2006

Jamuan Perpisahan Tingkatan 5

Assalamualaikum
Sue baru balik majlis perpisahan pelajar SPM 06... huhu rasa sedih jugak...sebab dah sayang sangat...
Ok, Sue nak 'tayang' la student student Sue kat blog nih...

-Zul, student yang Sue suka usik dalam kelas-

-shakirah, si gadis garang, dan bak kata dia 'Saya Strong cikgu grrr'

-Iman, budak baik yang penuh kontroversi-
-Dayah, manja sangat orangnya-

-bebudak lelaki yang sempoi-
-iman, mawi, rahimi, hazwan, yusri, osman, azman, Zul, rauf, firdaus-

-bebudak perempuan yang ayu lagi manja-
-nadia, amalina, fatin, wardah, illi, anisah, zaharah-

-maaf kalau ada nama yang tertinggal(mungkin ada yang tiada dalam gambar), namun kamu semua dekat dan tetap ada di hati cikgu-

Cikgu doakan kamu semua agar murah rezeki, diberkati, jadilah manusia berguna dan Yang Penting Sekali Jaga Diri...

YaALLAH, adik-adikku buah hatiku,
mesra kami penawar duka, rindu kami menambah cinta, rajuk kami membuah ceria,
Ya ALLAH, silaturrrahim kami ukhwah Fillah, bermusuh kami nauzubillah,
berpisah mati INSYAALLAH, pengubat hati doa robtah,
Ya ALLAH rahmati kami meniti usia, terpisah kami di alam nyata,
temukan semula di taman syurga...

Ya ALLAh KAU berkati lah hidup adik adikku yang sangat ku kasihi ini...AMIN

-Sue-

06 December 2006

Jika Aku Jatuh Cinta...



Assalamualaikum.
Harap kalian semua sihat.
hari ini Sue mahu kongsi satu doa...

Jika aku Jatuh Cinta
BIsmillahirrahmanirrahim
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

agar tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....
Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu

janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....
Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.......Amin.....

-YaALLAH kau jaga lah hati kami agar tidak lalai...moga penghujungnya indah dan diberkati.

Wahai hati, tersenyumlah...cukuplah lah, sudah lah, episod duka itu biarkan saja berlalu...

-sue-

05 December 2006

Senyum

-anak orang aku kidnapp-

Assalamualaikum
Mulakan hari anda dengan senyuman...

grass is greener,
Air is fresher,
Thank you ALLAH

-hati perlu sentiasa tersenyum-
Sue

04 December 2006

Saya tak mahu cakap!!!


Off hp sejak dari pagi. (hee sengal je buat perangai cam nih)
Dekat dekat pukul 3 petang on kan.

-One msg received-
[sue] hmmm.
short reply from me: Waalaikumussalam

-My phone ringing.
[sue] arghhh I'm not in the mood la.

[sue] hello assalamualaikum
[caller] waalaikumussalam. bla bla bla...
[sue] listening and gave short anwers.
[caller] moody ke? coming moon?
[sue] ............
[caller] bla bla bla...
[sue] malas la cakap!!! (trying not to shout...huh lega tak.)
[caller] bla bla. ok la. bye. I will call u later.
-mati-

[sue] sorry ye caller...didn't mean to...

03 December 2006

UFO Baby

UFo Baby
Kelly, Lu & Cody

Assalamualaikum.
Harap semua orang dalam keadaan yang best.
Hari ini pagi-pagi Sue bangun dalam keadaan yang ceria dan tersenyum. Hari ini mood saya baik sebab puas tido. kehkeh. Syukur Alhamdulillah kerana berpeluang lagi menghirup udara pagi Ahad yang nyaman. Thank you ALLAH.
Abis sarapan, tengok tv. Tengok UFO baby...comey sangat. hehe.
Ok la nak siap-siap gi kenduri kahwin lagi (hmm asyik gi kenduri kawen orang jerr...)
babai semua. Senyum ye.

[^_^]
-Sue-

02 December 2006

Kenduri kahwin

Novel rnysa yang manis ini bakal berada dipasaran disember ini
salah diakah...kerana mengambil berat?
atau salah akukah...kerana dalam diam menyimpan harap?

Sue suka sangat enovel RADHA ni, akhirnya versi cetak nya lahir juga.Tahniah buat rnysa yang manis...


Salam. Harap kalian semua sihat dan ceria. Senyum senyum selalu ye. Hari ini Sue pergi kenduri kahwin lagi. Tiap tiap minggu ada saja orang kawen. Musim cuti sekolah kan…Entah lah kenapa kenduri kali ini mak Sue semangat nak menunggu pengantin lelaki sampai. Nak tengok pengantin katanya. Sedangkan Sue tiada hati langsung nak menunggu di tengah terik matahari camtuh. Sudah lah pengantinnya lambat sampai…Mak Sue and kengkawan nyer pakat dok menunggu sambil BERDIRI!!! Mahu dekat sejam berdiri tegak camtuh. Baju kurung pun dah basah lencun dengan peluh. Mak seronok la borak borak dengan kawan-kawan seangkatan..Sue jugak la yang macam dah mati kutu…Makcik makcik ni plak bila tengok kita senyap jer mula bertanya pelbagai soalan ‘cepuemas’…alahai….nasib baik mak pandai ‘cover’...

Akhirnya pengantin lelaki sampai juga ke perkarangan rumah…Segak berbaju melayu merah hati…wajahnya mengingatkan Sue pada seseorang…Hmmmm tiba tiba ‘mood blues’ datang melanda..kahkah…Sengal betul!

Dugaan Kasih

Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

Lagu : Ali Hj Yassin
Lirik : Ali Hj Yassin
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : Magic Eyes Production

-senyum senyum selalu-
-Sue-