About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

15 December 2006

JiwaKacau...

Assalamualaikum...
Bagaimana kalian hari ini? Ceria?
Sue tak tahu lah kenapa, jiwa ini semakin parah...Runsing, risau dan sedih bersarang dan bermaharajalela di hati...

Hari ini sepanjang hari Sue duduk mengadap PC. Cuba-cuba guna photoshop software(walaupun tak pandai) Tibai aja la labu...Sebenarnya cuba cari aktiviti yang mampu melekakan jiwa buat sekejap cuma(huh sebentar?) Ingat mahu praktis mengait, tapi dah tiada hati langsung...Belajar mengaitpun sempat dua hari aja...Pandai buat tali air jer...Menyedihkan sungguh...

Jadi Sue cuba-cuba explore 'Kedai Gambar'...Thanx to Amar yang installkan software ni kat PC Sue ni dulu...


-jiwakacau-
Masa nih memang rasa nak marah sangat...Abah Sue bertanya soalan yang betul-betul buat Sue rasa stress yang amat...Maaf abah. Along tak mampu nak mengawal diri...
Sue conteng layer dengan warna-warna terang dan garisan berselirat...Namun akhirnya Sue tukar kaler...Sakit seh mata nengok warna merah menyala...


myLOvely Haziqqq...Windunyerrrr

-banyak jugakla gambo yang di hancur dan dicacatkan dek Sue...gambar bunga, baby, gambar Sue, gambar lelaki itu....Lelaki yang tiba-tiba hadir menjadi salah seorang pemain(penyeri???) dalam pentas hidupku...

-Doa untuk menghilangkan Kesedihan-
(maaf lupa nak letak baris)
'Tidak ada Tuhan selain Engkau, maha Tinggi Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim'

-eh adik Sue yang lelaki(umo 19 tahun) call skjp tadi...Mengadu, jatuh motor...Luka-luka, calar-calar...Hai adikku, macam-macam...Bikin Along risau saja...

-Sue-

2 comments:

Anonymous said...

Waah~ dah blajar photoshop! =D Nanti bleh la tambah profession; jadi pereka grafik! =D Awal2 artwork pun dah pandai lukis abstrak, contengan yang penuh dengan amarah dan perasaan! Jual bleh dapat lima ploh inggit ni!! hihi

yang doa tu sue snap gambo pakai digital camera ke?

Mujur la luka2 dan calar2 saja! Saya sangat2 tak suka kalo member2 bawak motor, bimbang sangat. =(

d ordinary me said...

Belaja suka suka aja riz..eheh. Seronok jugak kan..bila tak faham function ape2 tools tanya aje inchik Help.

Limo ploh hinggit aje ker? Penuh perasaan lukisan abstrak tu sehh.

yap doa tu snap guna inchik Sony.

Alhamdulillah adikku itu tidak patah dimana2...Tapi setiap kali naik motor ngan dia memang peluk kuat-kuat...Takut sangat, sebab dia bawak laju...Bila kita marah, nanti dia cakap : 'Tak rasa la along bawak slow!'
Heee hati kering sungguh!!!