
Assalamualaikum
Abah Sue baru balik dari berkursus 3 hari di Hotel G*ld*o*rse, Klang. Kursus Motivasi Kerja, Peringkat Negeri Pahang anjuran unit Kaunseling dan Keutuhan Jabatan Pelajaran Pahang.
Along : Abah, kenapa kursus ni buat kat sana? Buat kat pahang je tak bleh ke?
Abah : Sebab..dia nak bawak melawat Putrajaya…eleh, orang dah pergi banyak kali dah..
Bila Sue tengok buku program tu,…70% aturcara program adalah lawatan. Lawatan ke taman botani, lawatan sekitar putrajaya, lawatan ke INTAN BukitKiara…hmm. Hoo ni kira macam program motivasi sambil makan angin la kot…
Abah cakap dia penat sangat duduk dalam bas…Dengar ceramah kat hall pun badan dah lesu, dah kanyor…Kecian abah. Kanyor tu maksudnya hmmm maksudnya, drowsiness- tired and almost asleep. Ya, itulah maksudnya.
Apa yang Sue nak kongsikan dengan sahabat sahabat ialah apa yang sue baca kat dalam buku program abah sue ni.
Kategori Pekerja
a) MAHU dan TAHU
Tahu dan mahu melaksanakan tugas Memahami standard/piawaian yang cemerlang
Berusaha ke arah yang cemerlang
Kometmen dan iltizam tinggi (mmm, iltizam tu apa ye?)
Meningkatkan ilmu, kemahiran dan kepakaran
Boleh menyumbang idea dan tenaga
Menjadi sumber rujukan oleh orang lain
Kehadirannya sentiasa dinanti dan dirindui....awww
b) MAHU tetapi TAK TAHU
Sikap positif dan mampu menyumbang tenaga
Menerima kritikan dan cemuhan
Sentiasa ingin berusaha
Suka bertanya dan merujuk
Memerlukan motivasi, dorongan dan bimbingan
Kehadirannya akan membantu
c) TAK MAHU tetapi TAHU
Kecewa dan tak puas hati
Komitmen rendah
Patuh arahan tahap minima (tahap minima? ahaksss..ayat dia...)
Tiada inisiatif
Tidak aktif dan proaktif
Memerlukan motivasi dan dorongan yang tinggi
Kehadirannya ada atau tiada sama sahaja ...ouch
d) TAK MAHU dan TAK TaHU
Curi tulang
Kurang berdisplin
Suka menghabiskan masa
Suka melawan (??? memberontak, tak mahu dengar cakap boss...)
Pemalas dan menyusahkan orang
Kerja sambil lewa dan tidak cekap
Penghasut
Kehadirannya tidak disukai....aduhai
-ok sue, where should I put you? Under which category? erkk
sue pernah baca artikel yang bagus sekali kat iluvIslam yang relate dgn topik ni : Tajuk dia, Kemuliaan sesuatu pekerjaan. ada masa pergilah cari kat iLuvIslam.com. Moga ada manfaatnya
Berusahalah!
Ok cukupla…Sue nak gi tengok tv.
Seronoknya cuti...
Potato Chips, please la...leave me..go away...Jajan tak elok untuk kesihatan..Tapi dia sedap.ahaks