About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

25 February 2009

terkejar mengejar...

Banyak nya deadlines nak dikejar...OCTOPUSism...uhu.

Oh ya, kereta sue dah selamat sampai selasa lepas. Sekarang saya bergelar lady driver pula...
Malam semalam, ada group discussion di library uia. Pulang dalam pukul 11 lebih. Dan entah macam mana dan entah masa bila silap lane sedar sedar sue dah 'TERSESAT JALAN' uhu uhu

Memang tak tahu langsung dah sampai mana...kiri kanan semuanya nampak tak familiar. Dekat 2jam berpusing pusing....nak cari penchala link tak jumpa tak jumpa...betul betul sesat. Hari dah lewat sangat, meter minyak dah blinking, petrol station tak tahu kat mana...tawakal je...Sendirian...drive sambil cry...sebab takut...tak tahu kenapa mesti nanges...sebab takut la kot...akhirnya sue sampai ke TOL Kota Damansara...Sepatutnya tak lalu situ...takpe, asalkan sampai rumah...kalau sue tersilap amek lane kat highway kota damansara tu, sue akan sampai ke JB...uhu...Alhamdulillah...sue sampai juga rumah (di seksyen 11 kota damansara) pada pukul 1.30 pagi...

21 February 2009

kalau nak menyakitkan hati, baik tak payah...

Assalamualaikum...

Agak sibuk kebelakangan ni...

Mendapat panggilan telefon dari kawan sekampung sebelum senja tadi...

  • Fared : Awak tak balas pon sms saya?
  • Sue : Maaf, kan dah saya cakap...agak bz
  • Fared : Bz buat apa?Awak buat apa sekarang? (selama ni kami hanya tahu perkembangan cerita masing masing dari ayah kami yang terserempak di jalan, lalu bersembang perihal anak anak-nama pun sekampung. Adatlah bila dah dewasa, tak rapat dah) Awak sambung belajar lagi ? buat master?
  • Sue : ye...
  • Fared : Ho, tak dapat keje ye?
  • Sue : ha ????
  • Fared : Ye la, selalunya orang sambung belajar buat master sebab tak dapat keje. Dari tak buat apa2..aha aha
  • Sue : saya bekerja sambil belajar
  • Fared: Keja apa?
  • Sue : cikgu
  • Fared: eh awak dulu bukan amek course cikgu. sebab tak dapat keje len terpaksa jadi cikgu la kan..
  • Sue : ini dah tahun ke3 saya kat sini...kalau rasa terpaksa, takkan boleh bertahan. saya cintakan kerja saya.(Kerja saya dah jadi hidup saya.Ruh saya)

Dan dia, kawan sejak zaman anak anak, yang dulu sama-sama berjalan kaki ke sekolah, sama-sama pergi belajar mengaji di surau, satu sekolah rendah, satu matrix, menyindir sue sesedap rasa. Bagi dia kerjaya guru hanya layak diletakkan di tangga terakhir pilihan. Alah, cikgu je...Ergghh, dia lupa,dulu masa kecil siapa yang mengajar tulis baca, kenal huruf tambah tolak kalau bukan GURU? Boleh dia belajar sendiri? Agak agak kalau dia tak diajar kenal huruf dahulu boleh tak dia sekarang jadi Jurutera Mekanikal (Marin) kat pelabuhan mana ntah, apa aku peduli!



Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat sombong,angkuh dan bongkak


15 February 2009

sunday morning...

Saya berdosa kerana tidak menjaga diri dengan baik...Dalam fridge takde makanan berkhasiat pun...No veggie, no fruit, no meat, no chicken...tapau je food dari kedai. Saya lapar tapi bila makan tak selera...selalu tak abis...uhu...

Saya berdosa kerana tidak menguruskan masa dengan baik. tidak bersistematik...Banyak pending works...arghh segala macam...


Badan saya sakit sakit... Rambut saya luruh dengan dahsyatnya...isk isk isk


Saya rindu mak abah saya...Minggu depan nak balik kampung. Tak kesah lah kerja bertimbun banyak mana pun saya tetap nak balik!


(-_-)

13 February 2009

kelam kabut bikin ribut...

Apabila kita buat kerja dalam ketergesaan, gopoh gopoh nak siap kita cenderung melakukan kesilapan...

Lakukan kerja dalam keadaan yang tenang. Mulakan dengan Bismillah. FOCUS!

************************************************************************

Hari ini Sue tersilap bagi 'note for parents' with regard the textbook and workbook issues...(ada students yang belum ada kesemua buku yang yang diperlukan)
Kesilapan teknikal dari pihak Sue yang membuatkan Mama Ezwan rasa tidak puas hati...
Mak dia agak bengang...Sebab dia beli 2 set untuk setiap buku anak dia untuk setiap subject.1 set untuk kegunaan di sekolah, satu set lagi simpan di rumah. Cuba bayangkan harga kesemua buku 1 whole set is RM443, dia pulak beli 2 set...hui..dah berapa dah dia spent tu, tetiba de Sengal teacherSue minta beli lagi 2 buah buku (yang anak dia sepatutnya ada...siapa tak bengangkan...)




  • Tak jumpa buku MAth Ezwan kat dalam kelas...Sue pulak tak check betul betul, tengok sekali lalu je bookshelf and pigeon hole kat dalam kelas tu. Takut misplace atau terselit kat mana mana...Itu kesilapan no.1, no2, dia dah ada buku BM tapi sue minta beli lagi sebab tersilap baca report dari Guru Bahasa Melayu mereka yang meminta Sue sampaikan pesan pada ibubapa untuk belikan buku, sepatutnya untuk orang lain, tapi Sue ter 'tulis mesej dalam Communication Book Ezwan..uhu uhu




My mistake. I'll fix it. Kena jumpa juga mama Ezwan tu isnin nanti...Tadi dia cuma sampaikan pesan bengang pada admin, sebab tadi petang kami guru guru ada meeting Sports Day postMorterm. Semalam ada jumpa juga mama dia sebab, Ezwan menangis hiba macam la kena belasah sebab taknak pergi swimming lesson at 4.00pm. Dah bersiap bagai dengan swimmingsuit dan goggle, tiba tiba tak mahu pergi...Puas pujuk...plus terMARAH juga...pergi swimming lesson tak mahu, nak naik ke kelas sementara tunggu mama jemput pun tak mahu.berdiri kaku sambil nanges. takkan teacher nak tinggal je dekat muka pintu sekolah tu...Lagipun Sue pun tak sampai hati nak biarkan dia sorang sorang menangis...Boleh je biarkan dia di muka pintu, enche' Guard sekolah ada boleh tengokkan...TApi dia dah menangis macam tu, mana la sue sampai hati nak tinggalkan..




  • Walaupun baru 2minit sebelum tu teacher Sue jerkah, lepas tu teacher jadi lembut semula.. Tanggalkan kasut dia, tuntun naik ke kelas, pakaikan balik uniform sekolah dia, dudukkan dia dikerusi. Sue kemas kelas, simpan buku buku serta alat tulis anak anak, susun meja sambil ajak dia berbual bual. Tak sampai 15 minit dia dah senyum semula...fuhhh lega...NextWeek pergi swimming ye Ezwan, takpe teacher hantar sampai kat pintu bas, lepas tu nanti UstazAsghrar akan jagakan.Sue tak dapat bayangkan Ustaz Asghrar nak kena handle budak budak kecik (boys) berumur 6-9tahun yang seramai 40 orang tu sendirian...ahaks. Sepatutnya kena berdua, tapi dah guru lelaki kat sekolah tu kurang...naseb la ustaz...Swimming boys, jadi guru pengiring kena la male teacher. Teacher Sue and Teacher Dayana boleh tolong siapkan anak anak sebelum naik bas je...ehe



*Communication Book adalah salah satu medium untuk berkomunikasi dengan ibubapa. Guru kelas seperi Sue akan tampalkan memo dari management sekolah, timetable, dan pelbagai lagi hal berkaitan untuk tindakan ibubapa.



-Sekolah kami tak cukup guru. Memerlukan guru BM, Islamic Studies, serta Maths. Jika berminat boleh emel Sue-


Sue, al-Ikhlas Homeroom Teacher. Mama angkat untuk 21 anak anak darjah 1
Jumaat- hari ini anak anak sangat Hyper...cikgu cikgu sangat penat jadinya.
Wassalam.
Zzzzz

12.20 am

09 February 2009

saya buntu...

sekadar hiasan
yA Allah...tolong hambaMu...



Ada project proposal perlu disiapkan...Tiada idea...isk isk
idea idea idea idea...arghhhh

yang lepas

Alhamdulillah, Sports Day dah selesai dan selamat berlangsung sabtu lepas. Bila dapat gambar nanti Sue uploadkan kat sini.



Seronokkan sukan...Wadah untuk berjumpa dengan parents dalam suasana yang
santai. Mak Umar Daniel sangat cool...Sempat tolong sue siapkan anak anak untuk
march pass. Dia tolong sue pakaikan bandana, sematkan star pada bandana tu serta
ikatkan riben pada lengan anak anak red house. ramai tau...tak menang tangan gak
sue, berpeluh peluh kakak tu..Thanx akak...(sengal tak, punya la lama dia
berdiri dengan Sue bawah tent Red House tu, tapi sue LUPA nak tanya nama dia
apa..ish ish) Mak Fathin, Parents Bazil&Zarif, Mak Zarif Aiman, Ayah Ku
Myrah, Ayah Aida Sofea, ayah Syasya dua beradik (yang buat aku bengang sekejap
masa telematch...thanx enche' for that comments.Kita belajar dari kesilapan
kan.takpe.Akan diperbaiki) dan Parents Ezwan adalah antara parents yang sempat
sue tegur semalam.

  • Kawan kawan semengajar yang dah resign pun ramai juga yang datang. Azie,
    KakRaff dan Bro. Ismail.
  • KakRaff : Sue, dah terlebih 'cerah' dah awak ni...haha.
  • Sue : Biasalah kak, nama pun sukan..haha
  • Bro.Ismail d Nigerian : Sis, you look different...
  • Sue : Yeah, look a bit dark rite?
  • Bro. Ismail : No. not dark but...
  • Sue : Tan?
  • Bro. Ismail : Yeah..hmm, it's a good thing you know. because you look..fresh! ehe
  • Sue : haha haha
    (tan = fresh???? gee man, i donno dat. freshly baked,fresh from the oven.aha)



Saya dah hitam. Muka berbelang...Sangat...Malas nak pakai sunblock, dekat
sebulan ke padang berpanas terik, mau nya tak gelap...Alah takpelah, 2, 3 minggu
ni elok la nanti. Warna kulit akan kembali semula kepada asal. Kulit sue, sue
tau la..ehe.

06 February 2009

lumberJack

Mengalami sindrom 'letak kepala je terus lena'...
Penat betul...
Macam la kerja tebang balak...



02 February 2009

at last...

Alhamdulillah...Siap juga Order List (Exam Materials-hui penting ni, kalau takde orderList ni barang barang untuk exam tak dapat la..sure kena marah dengan administrator nanti bagi Order List lewat) dan Exam Taqwim(Exam Deadlines)

Aman dah resign, sue kna jadi Exam coordinator la..

Esok pagi kami semua warga sekolah akan ke padang untuk sportsTraining lagi. Tengahhari kembali kesekolah. Petang nak jumpa BondaBos nak tunjukkan List dan Taqwim ni,dapatkan approval.

Minggu ni kena siapkan Manual Exam yang tak siap siap tuh...

Saya berdoa agar anak anak saya berkelakuan baik esok...Tak mahu ada yang menangis bergaduh bertumbuk melompat dan berlari dalam kelas dengan kuasa kuda tanpa henti...Tolong jangan...

2.26 a.m

Ok...ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzz