About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

21 February 2009

kalau nak menyakitkan hati, baik tak payah...

Assalamualaikum...

Agak sibuk kebelakangan ni...

Mendapat panggilan telefon dari kawan sekampung sebelum senja tadi...

  • Fared : Awak tak balas pon sms saya?
  • Sue : Maaf, kan dah saya cakap...agak bz
  • Fared : Bz buat apa?Awak buat apa sekarang? (selama ni kami hanya tahu perkembangan cerita masing masing dari ayah kami yang terserempak di jalan, lalu bersembang perihal anak anak-nama pun sekampung. Adatlah bila dah dewasa, tak rapat dah) Awak sambung belajar lagi ? buat master?
  • Sue : ye...
  • Fared : Ho, tak dapat keje ye?
  • Sue : ha ????
  • Fared : Ye la, selalunya orang sambung belajar buat master sebab tak dapat keje. Dari tak buat apa2..aha aha
  • Sue : saya bekerja sambil belajar
  • Fared: Keja apa?
  • Sue : cikgu
  • Fared: eh awak dulu bukan amek course cikgu. sebab tak dapat keje len terpaksa jadi cikgu la kan..
  • Sue : ini dah tahun ke3 saya kat sini...kalau rasa terpaksa, takkan boleh bertahan. saya cintakan kerja saya.(Kerja saya dah jadi hidup saya.Ruh saya)

Dan dia, kawan sejak zaman anak anak, yang dulu sama-sama berjalan kaki ke sekolah, sama-sama pergi belajar mengaji di surau, satu sekolah rendah, satu matrix, menyindir sue sesedap rasa. Bagi dia kerjaya guru hanya layak diletakkan di tangga terakhir pilihan. Alah, cikgu je...Ergghh, dia lupa,dulu masa kecil siapa yang mengajar tulis baca, kenal huruf tambah tolak kalau bukan GURU? Boleh dia belajar sendiri? Agak agak kalau dia tak diajar kenal huruf dahulu boleh tak dia sekarang jadi Jurutera Mekanikal (Marin) kat pelabuhan mana ntah, apa aku peduli!



Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat sombong,angkuh dan bongkak


4 comments:

alifmimyanun said...

sabarlah, walaupun saye sendiri tak setuju ngan kerjaye cekgu, tapi itu kerjaye jugak. takde yang tak halal jadik cekgu ni. asalkan bahagie sudahla.

Anonymous said...

ya...bahgia itukan subjektif..

lain orang lain pendapat kan...

ini jalan yang sue pilih. my life, my decision. kita kena hormat pilihan orang kan (^_^)


(masa tulis entry tu tengah beremosi berapi..huhu)

fauzi said...

saye mengerti....walaupun saye bukan cekgu sepenuhnye (betul ke ayat ni)

Anonymous said...

sue to fauzi

-terima kasih kerana mengerti-