About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

13 February 2009

kelam kabut bikin ribut...

Apabila kita buat kerja dalam ketergesaan, gopoh gopoh nak siap kita cenderung melakukan kesilapan...

Lakukan kerja dalam keadaan yang tenang. Mulakan dengan Bismillah. FOCUS!

************************************************************************

Hari ini Sue tersilap bagi 'note for parents' with regard the textbook and workbook issues...(ada students yang belum ada kesemua buku yang yang diperlukan)
Kesilapan teknikal dari pihak Sue yang membuatkan Mama Ezwan rasa tidak puas hati...
Mak dia agak bengang...Sebab dia beli 2 set untuk setiap buku anak dia untuk setiap subject.1 set untuk kegunaan di sekolah, satu set lagi simpan di rumah. Cuba bayangkan harga kesemua buku 1 whole set is RM443, dia pulak beli 2 set...hui..dah berapa dah dia spent tu, tetiba de Sengal teacherSue minta beli lagi 2 buah buku (yang anak dia sepatutnya ada...siapa tak bengangkan...)




  • Tak jumpa buku MAth Ezwan kat dalam kelas...Sue pulak tak check betul betul, tengok sekali lalu je bookshelf and pigeon hole kat dalam kelas tu. Takut misplace atau terselit kat mana mana...Itu kesilapan no.1, no2, dia dah ada buku BM tapi sue minta beli lagi sebab tersilap baca report dari Guru Bahasa Melayu mereka yang meminta Sue sampaikan pesan pada ibubapa untuk belikan buku, sepatutnya untuk orang lain, tapi Sue ter 'tulis mesej dalam Communication Book Ezwan..uhu uhu




My mistake. I'll fix it. Kena jumpa juga mama Ezwan tu isnin nanti...Tadi dia cuma sampaikan pesan bengang pada admin, sebab tadi petang kami guru guru ada meeting Sports Day postMorterm. Semalam ada jumpa juga mama dia sebab, Ezwan menangis hiba macam la kena belasah sebab taknak pergi swimming lesson at 4.00pm. Dah bersiap bagai dengan swimmingsuit dan goggle, tiba tiba tak mahu pergi...Puas pujuk...plus terMARAH juga...pergi swimming lesson tak mahu, nak naik ke kelas sementara tunggu mama jemput pun tak mahu.berdiri kaku sambil nanges. takkan teacher nak tinggal je dekat muka pintu sekolah tu...Lagipun Sue pun tak sampai hati nak biarkan dia sorang sorang menangis...Boleh je biarkan dia di muka pintu, enche' Guard sekolah ada boleh tengokkan...TApi dia dah menangis macam tu, mana la sue sampai hati nak tinggalkan..




  • Walaupun baru 2minit sebelum tu teacher Sue jerkah, lepas tu teacher jadi lembut semula.. Tanggalkan kasut dia, tuntun naik ke kelas, pakaikan balik uniform sekolah dia, dudukkan dia dikerusi. Sue kemas kelas, simpan buku buku serta alat tulis anak anak, susun meja sambil ajak dia berbual bual. Tak sampai 15 minit dia dah senyum semula...fuhhh lega...NextWeek pergi swimming ye Ezwan, takpe teacher hantar sampai kat pintu bas, lepas tu nanti UstazAsghrar akan jagakan.Sue tak dapat bayangkan Ustaz Asghrar nak kena handle budak budak kecik (boys) berumur 6-9tahun yang seramai 40 orang tu sendirian...ahaks. Sepatutnya kena berdua, tapi dah guru lelaki kat sekolah tu kurang...naseb la ustaz...Swimming boys, jadi guru pengiring kena la male teacher. Teacher Sue and Teacher Dayana boleh tolong siapkan anak anak sebelum naik bas je...ehe



*Communication Book adalah salah satu medium untuk berkomunikasi dengan ibubapa. Guru kelas seperi Sue akan tampalkan memo dari management sekolah, timetable, dan pelbagai lagi hal berkaitan untuk tindakan ibubapa.



-Sekolah kami tak cukup guru. Memerlukan guru BM, Islamic Studies, serta Maths. Jika berminat boleh emel Sue-


Sue, al-Ikhlas Homeroom Teacher. Mama angkat untuk 21 anak anak darjah 1
Jumaat- hari ini anak anak sangat Hyper...cikgu cikgu sangat penat jadinya.
Wassalam.
Zzzzz

12.20 am

3 comments:

fauzi said...

saye kurang fasih berbahase inggeris hahaha

alifmimyanun said...

kalau stp aje bole apply tak?
pastu bole pakai sandal tak pegi keje?
bole berambut panjang kalau lelaki?

Anonymous said...

stp? hmm tak tahu plak. tapi min requirementDegree.

Boleh je pakai sandal. dalam sekolah kami buka kasut...lantai kayu

rambut panjng..hmm boleh kot