-goshhh i really love this pic-
Assalamualaikum...Apa khabar kalian semua?
Harap baik baik aja deh...
Pagi tadi abis bersarapan Sue ke kedai...Beli barang-barang dapur:
1) ikan selar kuning 8-9 ekor Rm 5
2) Petola 2 ketul Rm1.10
3) ikan bilis sepeket Rm 1.00
4) Beras Jati 5kg Rm 10.50
Setelah selesai beruurusan dengan Minah kedai tu, Sue pun berjalan pulang terkedek-kedek dengan tangan kanan menjinjit plastik barang manakala beras 5kilo tu Sue peluk dan dakap erat ke dada. Berat jugak beras tu sehhh. Tapi bila dukung baby yang beratnya 8-10 kg tu takdelah rasa berat mana pun...
Tetiba Sue ternampak one of my student( for my tuition class) tengah duduk melepak sambil isap rokok. kelas Sue bermula pukul 9pagi, jadi mungkin dia tunggu Sue lah tu, sambil tu 'bersarapan' ringkas dengan rokok sebatang?erkkkk. kelakar, muka dia agak gelabah bila tengok Sue. Mujur tak dicampaknya rokok tu jauh-jauh...hehe. Puas dia 'cover' dibawah lengan..kehkeh.Macam lah aku tak nampak...
Tetiba Sue ternampak one of my student( for my tuition class) tengah duduk melepak sambil isap rokok. kelas Sue bermula pukul 9pagi, jadi mungkin dia tunggu Sue lah tu, sambil tu 'bersarapan' ringkas dengan rokok sebatang?erkkkk. kelakar, muka dia agak gelabah bila tengok Sue. Mujur tak dicampaknya rokok tu jauh-jauh...hehe. Puas dia 'cover' dibawah lengan..kehkeh.Macam lah aku tak nampak...
'Ha buat aper tu?' Sue saja je provoke.
Dia sengeh jer...buat muka 5 sen...
Kemudian dia tolong Sue angkat beras dan ikut Sue masuk ke rumah...
-9.30 pagi-
Kelas berjalan seperti biasa. Kebetulan pagi tadi kami bincang topik 'Hormonal Coordination'. So under the topic ada subtopic drug abuse.Category of drug
stimulants
Examples
amphetamines, cocaine, caffeine, nicotine, marijuana
Effects on body coordination
-stimulate the CNS
-make the user more alert and confident
-increase pulse rate and blood pressure
'Haikal(bukan nama sebenar), name a drug that is found in cigarettes?' Hehe saja jer Sue usik dia...
Dia pun tunduk jer, malu jer...Nicotine...
Hai, bebudak ni umur baru 16 tahun...Muda sangat..Sayanglah diri tu sikit...Bukannya tak tahu merokok tu tak elok untuk kesihatan...(Diorang muda lagi, boleh di'basuh' dan dimarah)
Malah Sue pernah jumpa iklan kerja yang tertera besar-besar perkataan:
Malah Sue pernah jumpa iklan kerja yang tertera besar-besar perkataan:
SMOKERS ARE NOT ENCOURAGED TO APPLY
Teringat sesuatu:
Lelaki: Awak tak suka smoker? nape?
Sue: Sebab diaorang busuk!!!!
-maaf andai ada tersalah kata-
-Sue-
Dan perempuan yang merokok tuu memang obvious giler la'aura slut' dia(oppps sorry)...Buruk kan perempuan yang sepatutnya lemahlembut dan gemalai dilihat merokok...Hilang ayu korang beb...
Teringat sesuatu:
Lelaki: Awak tak suka smoker? nape?
Sue: Sebab diaorang busuk!!!!
Bagi Sue, Lelaki yang merokok itu jelaslah tak sayang diri sendiri...jadi macam mana kita sebagai perempuan nak mengharapkan lelaki perokok ini untuk menyayangi diri kita pula...kan?
-maaf andai ada tersalah kata-
-Sue-
2 comments:
Seorang rakan sepejabat mempunyai tabiat merokok yang sukar untuk dilepaskan. Setiap hari dia merokok paling kurang 2-3 batang rokok sehari dan sekiranya dia terasa bosan, dia akan merokok sebanyak 14 rokok sehari. Sudah pelbagai cara dia gunakan untuk menghindari tabiatnya. Memakan coklat. Berjimat. Malah berjumpa bomoh! Namun dia asyik memikirkan tentang sahabat kecilnya itu.
"Awek aku suruh berenti merokok, dia tak tau ke aku tgh berusaha? Riz, aku bukannya tanak berenti, tapi bila aku bosan, mesti aku terpikir pasal rokok! Kiranya rokok ni peneman aku! Macam mana aku nak tinggalkan teman aku?"
Saya cuma senyum sambil menggeleng kepala, "Semuanya bergantung pada diri sendiri, aku takut bila ko dah "kena" nanti baru ko nak insaf! Sementara stok kesihatan ko masih elok, baik ko berenti la~!"
Tapi biasa la, orang muda ni susah untuk makan nasihat. Bila dah kena penangan baru nak berhenti. Tapi ada juga kes dimana bekas perokok yang sudah mempunyai penyakit kembali merokok atas dasar tension! Saya masih ingat janjinya setelah doktor mengesahkan penyakitnya semakin menjadi-jadi.
"Riz, mulai besok, I akan berhenti merokok! Kalau cukup sebulan, saya akan buat pulut kuning!"
Dan dia berjaya menyahut cabarannya. Tapi, itu cuma muslihat semata-mata. Cukup sahaja sebulan, dia kembali merokok.
Haihh, bila dah ketagih, semua perkara ditolak ke tepi.
14 batang sehari??? ngeri...
Tapi sekurang-kurangnya dia ada pasang niat untuk berhenti...Cuma tak cukup kuat saja.
Apabila kita dah mulakan sesuatu yang akhirnya jadi tabiat kita, memang lah susah nak dikikis dan dibuang semula...
Sue doakan kesemua perokok diluar sana yang sedang dalam usaha untuk 'berhenti' moga BERJAYA!!!
Bukan sebab awek marah tapi atas dasar sayang kepada diri sendiri. Jangan harapkan orang lain nak sayang kita kalau kita sendiri tak sayangkan diri kita sendiri.NOKTAH
-katakan taknak kepada ROKOK-
Post a Comment