About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

24 November 2006

Hari ini hari Jumaat...

Freeze!!!!
Assalamualaikum
Harap kalian semua sihat dan ceria.
Sekarang cuti sekolah...Bosannya la...
Asyik tengok TV jer. huhu..pukul 8 tadi anime Midori No Hibi(ayark cutenya la citer nih). Pukul 9 tengok Longkorn(arts of devil 2)....Whoooaaa takutnya, seram tahap dewa dewi...

Sekarang Sue in process cari students untuk kelas tusyen.
InsyaALLAH minggu depan Sue nak mulakan kelas tusyen untuk bebudak yang bakal amik SPM tahun depan. Buat kat umah ni ha...meriah sikit...huhu.

Ini ada doa yang Sue ingin kongsi ngan korang semua. dapat dari seorang sahabat.Thanx ek Jue

Doaku...

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya tetapi untuk MU
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan ENGKAU
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan sekadar otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku
Seorang lelaki yang tidak hanya mengagumiku tetapi dapat menasihati ketika aku berbuat salah
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Dan aku juga meminta...
Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga
Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku
dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami dapat mengatakan "Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang KAU tentukan...

Ucapan 'Bahagia Sentiasa' buat all married couple yang baca blog Sue ni.
Ok Sue nak la mention beberapa happy couple tu...
1) Abang Afiz and kakZubaidah [senyum senyum selalu ye]
2] Inchik Nabil and Isteri [^_^]^
3] Hafiz and Azi [korang ni betul betul la sweet couple...antagonist and unix][although aku baru jer tahu akan wujudnya 2 manusia ni di muka bumi ni Hari ini..huhu]
4) Spesel tuk KakGee and Along yang nak kawen ahad ni(wah kakGee, nak berubah phase dah ni, dah tak leh nak'freewilly' macam dulu2 lagi tau...)

ok moga semua orang happy sentiasa....

-Sue'z-

5 comments:

Gadis said...

selamat pagi cikgu..hehehe

hey ho, thanx sebab jenguk my blog..xde ape ppun blog tuh..buang masa je klau awk baca..hehe..apepun blog awk mmg nice..awk minat art eh..i love arts tooo..sesape x minat arts ni jiwa die mmg jiwa batu la...haha..apepun nice knowing u..ur great..thanx bebyk..rasa mcm kt dh lama knal plak kan..hoho

d ordinary me said...

Jiwa batu plus kayu kan...haha
Ok have a great day sis(^.^)

riz said...

huhu, cekgu tgk midori no hibi gak yer? best citer tu, happy pun ada, sedey pun ada.

apa2 hal, enjoy your holiday!! =D

d ordinary me said...

midori tu cute kan...haha.malam-malam sebelum tido Midori mesti tulis diari...sweet tul la. selain Midori, Emma(the victorian romance) pun bagus gak...touching seh...

Anonymous said...

Mmg cute si midori tu ^_^
Pandai je jepun ni buat situasi giler2 macam tu ^_^