About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

31 January 2009

gee...orennya kaklong...







Sue ada beli tudung ber'awning dari satu online boutique. Tudung tu sampai hari jumaat. Tudung two pieces [tudung (dengan lining untuk elakkan nampak bayang bayang leher) plus selendang yang dijahit sekali] Selendang dia ala ala transparent sikit...(tapi cantik) Jadi kena fikirkan cara lilitan yang betul, serta baju yang sesuai untuk tetap nampak sopan. Sue rasa kena pakai pashmina sekali kat luar tudung ni untuk tutup apa yang patut ditutup.

Masa sue buat order, warna dia nampak macam peachy sikit...Tapi bila dapat kat tangan..Waaaaaa....menyalanya! oren terang..i love orange..but this one is too orange...tapi bila pakai, nampak macam ok pulak...(pujuk hati..aha)
hmm, terang sangat kan...Menarik perhatian sangat kot...Hmm tertarik ke? err saya bukan magnet...

Sue ada baca artikel 'Bertudung atau Berfesyen' yang dijumpai di salah satu ruangan forum. Artikel tu macam tak menggalakkan sangat muslimah berfesyen...Untuk mengelakkan fitnah dan takut timbul rasa sombong dan riak, jadi tak perlu bergaya.

Tapi kan...dah namanya perempuan, kita mesti la nak cantek kan. Jadi bila kata tak boleh bergaya tu, rasa macam extrem sangat untuk orang-orang biasa macam saya ni (hehe, ada orang luar biasa ke?) Ini adalah pandangan Sue sahaja tau bukan untuk panduan. (perlu diingat, sue ni boleh tahan nakal juga orangnya) Ya, kita mesti berpakaian menutup aurat dengan warna yang tidak menarik perhatian. Tudung boleh digayakan dengan pelbagai cara selagi sopan dan kemas. Kerlipan batu manik atau labuci pula perlu la diminimumkan..tak perlu la sarat sangat...

Dulu, masa sekolah menengah, kami diwajibkan pakai tudung bulat labuh. Tapi sue, pakai tudung bundar, labuh la juga. Sue jahit sendiri tudung sue, tak nak labuh sangat...rimas...Masa remaja saya brutal juga orangnya. Bila keluar dengan family, sue cuba cuba la juga pakai macam dalam sekolah, Tudung labuh berstoking bagai dengan baju kurung warna yang paling dull. Tapi abah cakap, 'Along, pakai je macam yang along nak, bukan seperti yang sekolah suruh' Hmm apa maksud abah? tapi pakaian Sue tetap sopan, berlengan panjang dengan seluar baggy tapi tak pakai stoking kaki..(mm tak lengkap juga la). Masa sue umur 15tahun, Sue belajar pakai tudung di rumah bila ada tetamu datang. Agak sukar juga bila balik kampung umah atuk untuk tetap bertudung hingga ke tengah malam kerana sepupu sepupu sue ramai lelaki (err belum termasuk suami makcik makcik) Nak memulakan sesuatu memang payah, tapi bila dah lama lama jadi biasa.

Apa yang sue perasan, abah tak la kata 'Jangan!' walaupun dia kadang kadang tak berapa setuju dengan pemilihan pakaian kami, anak dia yang 5 orang ni. Sue ingat lagi, sue pernah pakai seluar ketat warna puteh gading. tahun 2005 kot. masa tu Sue baru habis buat praktikal kat IMR KL, dan balik rumah untuk menghabiskan cuti semester. Beberapa hari sebelum balik kampung sue gi shopping kat Sungei Wang Plaza, jumpa seluar tu (ala ala bell bottom, tight sikit kat paha, tapi loose kat betis) Berkenan, lalu Sue beli. Sue pakai seluar tu dengan blouse pendek (lepas pinggul juga la) Tapi, betul la, pakaian yang sopan menjauhkan gangguan dari lelaki gatal. Sepanjang perjalanan dari KL ke kampung, ada beberapa lelaki yang datang 'mendekat'...siapa suruh sexy kan (weii aku bertudung la, baju lengan panjang apa-sexy tang mana-huhu tak nak ngaku lagi tu) Sampai rumah abah cakap 'Kenapa pakai seluar tu? Baru beli?'
Mak tambah sikit 'Seluar tu ikut bentuk kaki...'

Mak dan abah memang tak banyak cakap...Tapi Sue faham la mesej diaorang. Itulah kali pertama dan kali terakhir Sue pakai seluar tu...aha. Sue pernah tengok abah marah sungguh satu hari tu . Tahun 2007 rasanya. Dia ternampak dari jauh anak dia duduk melepak dengan geng sengal mana ntah kat town tak pakai tudung. Waa..adek aku...Tapi adik sue perasan, lalu sempat lari (angah, mujur sempat ko lari.kalau tak memang parah kena belasah dengan abah.. free hair, hilang akal apa!) Masa tu adeq sue liar sikit. Sekarang dah banyak berubah, walaupun baju tak berapa nak longgar lagi tapi lengan panjang dan bertudung...Tak boleh paksa, karang langsung tak mahu pakai tudung pulak. Lagipun dia jenis yang soft, lambat laun sue yakin dia kan faham apa maksud 'menutup aurat dengan sempurna'

Sekarang ni adik lelaki Sue (meir) dah mula rasa tanggungjawab menjaga kakak. Kalau keluar dengan dia tak pakai sarung kaki kena la juga se das. Sue suka pakai selipar..sangat selekeh...

Sue sebenarnya garang juga. Adek sue yang bongsu (lelaki) pernah pakai tShirt dengan gambar setan apa ntah. Sue dengan kuasa veto : Along tak mahu tengok lagi baju ni dalam rumah. Baik ko buang sebelum aku bakar! Berbeza dengan abah Sue, lembut je cara dia tegur. Mungkin sebab abah dah tua kot, dia jadi lembut. Dulu masa muda garang wooo.



***********************************************************************

E eh, apasal jadi panjang lak ni…Karangan dah tersasar ni. Bertudung lah, tapi jangan mencemarkan nilai tudung…Perempuan memang makhluk yang menarik…tapi kalau nak kata tak boleh bergaya langsung, saya memang tak boleh terima!

-Sue-

saya ajar anak anak kecil. Kanak kanak suka warna terang…Mesti diaorang suka kan kalau teacherSue pakai oren menyala ni. Ahaks.


8 comments:

fauzi said...

kaki itu kalau mengikut hanafi tidaklah aurat...ade khilaf....
tapi kalau di tutup bagus juga...

d ordinary me said...

eh? sue tak tahu pulak tu...

tapi bagus tutup la...elakkan dari berdebu berkotor.rosak kaki nanti

fauzi said...

jangan sampai jatuh hukum tabarruj hahaha..

khilafnye banyak..biasa mazhab hanafi mmg beza dgn syafi'e..tapi kita kat malaysia sekarang banyak campur, guna ikut keadaan semasa yang sesuai..

d ordinary me said...

eh jap..tabarruj tu, menunjuk nunjukkan maksudnya?...agak keliru

alifmimyanun said...

alaa, ade orang tutup nak menunjuk2, jangan ingat orang macam tu takde. ni jenis suke kutuk2 orang yang tak tutup aurat. tapi die jenis tak tutup mulut.

tutup nak mengelak kaki berdebu pun bagus, tapi jangan sampai kaki berbau ahar har har harr harrumm.

tengok dari gambar memang tersangat oren. wee wit. peeace

fauzi said...

ahaha...tabarruj tu try tanye ustazah@ustaz kat sekolah..tak pun kat uia...musti depa tau..

tutup aurat tapi tak tutup mulut...memang ramai pon.....

d ordinary me said...

abgAman cakap : 'blebih2 dlm bpakaian, phiasan. terutamanya wanita. lebih kurang macam tu lah'



ustazX cakap : tabarruj tu 'berhias dan bersolek untuk tujuan dilihat lelaki lain selain suami atau mahram'


sue: saya tak la berniat bergaya untuk dilihat orang dgn pndgn sebegitu.(dan bukannya nak melaram ala ala makDatin atau artis nak buat show pun.aha)

tapi melawa sikit untuk gembirakan hati sendiri. kalau ada baju atau pakaian baru, kita jadi terlebih bersemangat untuk memulakan hari
(sebab excited nak cuba pakaian baru-ha cam gitu la)

fauzi said...

iya betol..tepat sekali maksudnya