About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

23 June 2007

aku dan sesuatu...

Salam buat semua. Harap kalian semua sihat. Sudah lama benar tak update.. Pelbagai perkara berlaku dalam tempoh tersebut. Suka duka, tangis tawa, resah gundah ceria lara...

Kehidupan ini satu misteri...

Sekarang Sue berada di rumah, di Temerloh. Punya urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Sepatutnya hari ini Sue ke sekolah...Perlu bertugas sebagai 'guru pemerhati' bagi 'Karate grading'... Alhamdulillah Ustaz Arif dan Ustaz Fakha bersedia 'menggantikan'...Terima kasih tak terhingga buat kalian berdua.

Hari ini ada rasa terkejut sedikit dengan kedatangan emel daripada orang yang Sue tak pernah jangka pun... Siap dengan ucapan 'Tahniah di atas pertunangan'... herkkkk. Kepulangan Sue ke ke kampung bukanlah atas tujuan nak bertunang pun, Sue hanya bergurau je kat Ustaz ustaz di sekolah (yang bertanya :'kenapa tiba tiba nak balik kampung ni?') Sue kata nak balik bertunang...Sengal kan Sue, perkara macam ni pun nak buat bergurau....Astagfirullah...


Terkadang aku tak sedar,
Terkadang aku leka,

seringkali juga alpa

dan akhirnya bersarang di dada

Teacher Sue and Teacher Awie

Acara berbalas pantun Minggu Bahasa Melayu
Apa diharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap padanya orang,
Entahkan sudi entahkan tidak...


Teachers' Training

Love
Sue

5 comments:

ASSA said...

Betullah tu, usah diharap padi seberang, kat Malaysia ni banyak padi lagi... Benih padi kat Malaysia ni berkualiti dan terjamin oleh Jabatan Pertanian. he...
Dua tiga kucing berlari
kucing yang lain pulak berjogging
Depan mata 'sue' ada abang B.... menanti'
Tak perlu mengharap orang seberang...

'Jangan marah...'

Anonymous said...

amboiiii...

2 3 kucing tertawa
bukan tak sudi bukan tak suka
tapi usul tu macam nak menganiaya
kasihani lah saya...

-sue-

Anonymous said...

wahhhhh..balas pantun..abg B?sape tuh kakSue?baik cite...nak majuk neih

ASSA said...

sorry sue.. sekadar bergurau..

Anonymous said...

Sue.. terdera saya dengan budak2 F1 hari ni. siap suruh junjung al-quran lagi untuk menafikan ...... faham kan. dah cakap saya dah ada orang kat ADNI tapi diorang tak percaya. pelik betullah.. nak marah je tapi mungkin diorang sekadar bergurau jer. siap tak nak bagi keluar kelas... selagi saya tak ngaku...


ASSA