
Salam, harap kalian sihat...
Semalam ke bandar ikan patin. Urusan KWSP. Kemudian membeli tiket untuk pulang KL. Esok teacher Sue akan kembali semula ke Kota Damansara. Singgah ke maybank. Alhamdulillah gaji dah masuk. Rasa bangga juga kerana dengan gaji yang tak seberapa itu, masih boleh 'membelanja' mak abah dan adik adik, masih boleh juga simpan sedikit sedikit dan masih boleh juga digunakan untuk menyara hidup sendiri dan memanjakan diri. Masih mampu beli baju baru sebulan sekali serta masih mampu pergi shopping di kedai buku...
Semalam ke bandar ikan patin. Urusan KWSP. Kemudian membeli tiket untuk pulang KL. Esok teacher Sue akan kembali semula ke Kota Damansara. Singgah ke maybank. Alhamdulillah gaji dah masuk. Rasa bangga juga kerana dengan gaji yang tak seberapa itu, masih boleh 'membelanja' mak abah dan adik adik, masih boleh juga simpan sedikit sedikit dan masih boleh juga digunakan untuk menyara hidup sendiri dan memanjakan diri. Masih mampu beli baju baru sebulan sekali serta masih mampu pergi shopping di kedai buku...
Terkadang rasa takut juga bila kawan kawan se'mengajar' bersama berkata: 'Sampai bila kita nak stay kat sekolah ni?' Serius kawan, aku takut...Bunyi macam tiada masa depan je...(sengal je cakap macam ni) Dan aku bertambah kecut sekarang kerana antara kita berempat hanya aku yang tak pergi ambil ujian MTest tempoh hari. Ditakdirkan ALLAH, aku sakit dan tak berupaya untuk pergi pada hari itu...Dan ditakdirkan Allah borang permohonan master aku 'sesat'...tidak sampai ke UKM.
Maka sekarang aku berkira kira untuk hantar lagi borang permohonan master tapi kepada UIA pula. Nak rasa 'angin' lain pula... Di mana silapnya ya kawan, kita rasa 'tak selamat' di sekolah itu. Serius aku cakap, aku dah rasa sayang (sama anak anak didik aku, sama rakan rakan guru) namun untuk kekal lama...susah!!! Paling lama rasanya, seperti yang kita berempat rancang sehingga hujung tahun ini... Betapa kelakar, ungkapan 'aku nak resign' yang kita asyik asyik sebut tu masih tak terrealisasi...faktor utama, aku kasihankan anak-anak...Guru silih berganti. Itupun kalau ada ganti....Aku jadi sebak bila ada student yang cakap; Ahhh teachers always come and go...I like you teacher Sue, can you please stay here a little bit longer?
Aku tak tahu apa yang sedang berlaku dalam diri aku, dalam jiwa aku... rasa itu datang bertalu talu...Cuba ku usir namun tetap mendekat, mendakap erat hati ini... Mungkin salah aku...Ego melangit, menafikan rasa hati sehingga buat kau terguris, merajuk dan menjauh...Itu rahsia hati yang sepatutnya tetap jadi rahsia bukan... Walau tak kuluah namun aku yakin kau tahu... Cukuplah...aku dah terlalu penat...hentikan permainan ini! hati aku dah terlalu sakit....aku mahu kau yang dulu. Pulanglah, aku tunggu...
Ya Allah kurniakan kepadaku kecintaan kepadaMU...
Seandainya telah Engaku takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

4 comments:
salam sue, nak masukkan lagu dalam blog senang je..mula2 sue pergi website www.imeem.com..sign up dlu..pastu bile dh register, sue leh search lagu yg sue nak..pastu kan, nanti dia akan kasik html code utk lagu tu..sue just copy and paste html code tu dekat template sue..slamat mencuba, hehe
salam..
siapapun boleh bercakap untuk resign.. caranya mudah je.. tak payah cakap. cuma sekadar tak payah datang sekolah.. dua atau tiga hari tak datang management akan cakap tak dah resign.. macam 2 3 orang guru yang pernah buat dulu...
sejujurnya, student form 1 selalu tanya 'Ustaz, akan pergi ke kalau dapat tawaran kerja yang lebih baik..?' saya cuma senyum dan senyum sahaja. bukan mudah untuk menjawab soalan mereka. kalau jawab 'ya' tentu hati mereka akan ada rasa kecewa.. guru berganti lagi. kalau jawab 'tidak', takut nanti diri sendiri yang tak terlaksana apa yang dikata..
Thanks for you work and have a good day
salam..
bila nk update ni Sue? dah rindu sgt kat Sue ni. nk dgr cite terbaru lak dari Sue. update la ye. cite psal anak2 buah Sue tu ke, best gak baca.
Post a Comment