kadang-kadang kehendak hati dan perasaanlah yang menyiksa diri kita sendiri. walaupun kita cuba lari namun bisikan hati dan naluri rasa hati membantutkan segalanya. orang pernah berkata 'ikut hati, mati, ikut rasa binasa. biarlah segalanya berpada-pada. masih ada jalan keluar dari segala kemelut yang menghantui hidup sehari-hari. apa jua keputusan hari ini akan menjadi sandaran hidup kita di masa depan. usah diperjudikan nasib dan erti kehidupan dek hanya kerana ikut rasa hati yang 'halus'. usah ditambah kemelut hanya kerana ada rasa kasihan dalam diri.
hidup perlukan kejujuran. lebih baik menipu diri sendiri daripada menipu orang lain hanya kerana kita hanyut dengan bisikan hati sendiri. masih ada insan yang meyayangi dan masih ada insan lain yang disayangi selain dari insan yang ingin kita sayangi dan insan yang ingin menyayangi kita hari ini...
jadilah insan yang kuat dalam segalanya. kuatkan hidup dengan senyuman. InsyaAllah semuanya akan menjadi baik....
"Sesungguhnya Allah SWT akan berkata pada hari kiamat kelak; dimanakah orang yang berkasih sayang keranaKu, pada hari ini aku melindungi mereka di bawah naunganKu, pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindunganKu sahaja"... ( Muslim )
2 comments:

Dicelah hiuk pikuk suara..
Al-Kauthar
See Here or Here
Post a Comment