About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

22 July 2009

kepenatan berganda...

-heart is under construction. kalau nampak Sue 'emo' semacam sila jauhkan diri demi kesejahteraan sejagat- sekian terima kaseh



rabu, malam.

Alhamdulillah, satu lagi hari yang sibuk berjaya dilalui....Alhamdulillah...

Hari ini anak anak Primary 6 exam UPSR Trial.. Terima kaseh tak terhingga kepada enchik enchik yang membantu xerox exam paper. Moga Allah permudahkan urusan kalian..

Hari ini belajar cara solat sunat gerhana. Alhamdulillah atas rezeki kesempatan menambah ilmu.

Hari ini jari Dalia luka tersepit pintu.. Anak anak Sue di al-ikhlas tu memang lasak, baik lelaki mahupun perempuan...Jadi nak tinggalkan tanpa pengawasan memang agak risau...

Hari ini Batrisha terkencing dalam seluar. Sue pun dah sibuk dengan baldi dan mop nak 'menyucikan' kelas. kakHasmah datang, amek mop dan suruh Sue uruskan batrisha.Sue bawak batrisha naik atas, tukarkan seluar batrisha dengan seluar spare. Sue perlukan banyak pakaian spare untuk kes2 emergency sebegini...(kakHasmah, i love you...tak terbalas budi baik akak)
Hari ini selepas habis kelas dengan al-ikhlas, pergi UIA. perkara sengal berlaku di jalanan. Alhamdulillah segalanya OK..

Hari ini belajar pasal hmm belajar...statistik la. Belajar tentang nominal scale, ordinal dan bla bla bla... ya Allah dah seharian di sekolah dengan kerenah anak anak. Sungguh mujahadah nak focus dalam kelas. Mujur lepas tu ada sesi amali guna komputer, cerah lah mata che Sue.

Siapa ada SPSS installer? Meh sue nak pinjam...ehe.

Habis kelas hari dah malam. Sungguh badan dah longlai. kalau lah boleh bawak kereta sambil tido kan best..ahaks

Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah...

Sekarang masa berehat untuk menghadapi hari esok yang semestinya sibuk juga...ehe

(Ini adalah entri 'tiada modal' ...Tapi nak juga apdet, baru sue perasan sue biarkan blog bersawang selama 2 bulan. Patutlah enchikAman cakap mungkin ada toyol bermukim disini...ye lah tu. sue dah menulis semula. Sedang mencari 'aura'. tgh sindrom writer's block la...stuck)

sue, kena kuat macam kakhamah tu. go go!
(Aku juga seorang manusia....)

19 July 2009

strive mardhatillah...Hidup untuk berjuang!

credit: komikdakwah


Monolog

The Fitrah of Man is the innate tendency to worship Allah, to be good and to perform right action....(Yassien Mohamed)

"Hari ini melompat lagi dari satu blog ke satu blog (hop hop hop bloghopper). Kononnya online untuk cari materials assignments dan nak set up iium library proxy setting kat laptop (semalam BroAzlan demonstrate mcm mana nk buat menda alah tu masa kelas Prof Sahari yg disayangi- prof sahari, walaupun dia kedekut markah tapi dia baik, dia cam lg sue sebagai a teacher from kota Dsara. gee, sahlah dia akan giat point soalan utk sue lagi, mcm sem lepas..terpaksa lah sue goreng...huhu).

Tapi bila dah on9, 'lupa' kerja...aha. leka browse internet...hanyut...tiba tiba smpai kt blog seorg adik UM ni. kami satu sekolah lah pulak...Jejak kasihan...ehe. ex TAHAPian juga. Teringat zaman duduk asrama dulu. Zaman qudus bak kata Ruby Aya^^ Memang sangat kudus. Lebih2 lagi kelas sue (5 ibnu sina 2001) yg ahlinya memang sangatlah 'SOPAN'...bercakap dgn bdk lelaki dr sebalik 'tabir'...Itu pun kalau ada urusan, kalau tak...mmg tak bercakap.

Rindu zaman remaja time sekolah yg sangat menggembirakan penuh tawa ceria (oppss ada juga air mata bergenang kalau kena jerkah dgn ustaz Syed bila baca buku teks arabic yg takde baris tu...kena bariskan sendiri, mana pandai...main belasah je nahu...) Rindu juga dengan masakan UstazSyed (dia suka jamu kami dgn makanan) Dia ajar arabic merangkap warden asrama...Garang macam singa, tapi kami sayang...kalau time kuliyyah maghrib, dia akan baca kitab sirah dalam bhs arab lalu dia translatekan (tapi dia selalu juga buat kitaorg putus napas bila dia panggil nama kami Budak Form 5sina sorg2 untuk translatekan text tu..hadoi..malu giler kat adek2 junior kalau tak bleh jawab, sebab kononnya lah kami ni dari kelas elit yg pandai lah sangat kononnnya...Rindu juga pada teacher Hew yg ajar biology..Rajin sungguh dia 'paksa' kami datang kelas hr sabtu. Sungguh rasa terpaksa... Tapi sekarang bila dah ajar Biologi baru sue faham kenapa...Nak kejar silibus yang tahap gaban banyak tu memang lah kena buat extra kelas...Aku pun dah cuak sangat skrg ni sempat ke nak cover semua sebelum budak2 tu exam IGCSE thn dpn? Cuti sekolah perlu dikorban kan demi kesejahteraan sejagat la...Nak amek kelas sabtu pun teacher Sue pun kena gi kelas hr sabtu kat UIA tu...

habis spm, masuk matrix kat kuantan... kami semua berubah sikit. Young and wild! ehe....time tu memang gila! ke memang gila? era kegelapan...tak payah cerita sangat...ehe.

Habis matrix, terpisah dgn geng sekolah, Sue masuk UKM. kenal Ain dan Nurul (2 muslimah ni memang sangat baik...tabik spring kat korang berdua) Zaman UKM la baru kenal jemaah. Bergiat aktif dengan persatuan, ikut Ain&Nurul pergi usrah, iftar sama2 makan sedulang kat masjid ukm tu, ada sekali tu, masa malam pilihanraya kampus diaorang culik sue dari kolej bawak lari keluar ke markas*** kat Teras Jernang bangi . ...dengar ceramah pastu berbaiah..Sue memang sungguh blur masa tu. I was only 19 at that time..still a baby....tapi malam tu membawa perubahan besar jga kepada hidup sue...Mula mencari.... mencari....sampai rasa stress sebab rasa macam ada konflik identiti...

habis UKM bawa haluan diri, berpisah....tapi apa yg menyebabkan kami ber tiga sama, masing2 memilih profesion perguruan...tiga2 jatuh cinta pada kerja CIKGU...geng satu sekolah dulu pun kebanyakkan jadi cikgi..ehe...sekarang ni semua dah dewasa, memandang kehidupan dgn worldview tersendiri...


jadi guru tak la gah mana, tapi kita happy. Tp jadi guru juga tak semudah yang disangka...tak setiap hari kita rasa sangat berinspirasi, ada hari rasa macam tak mahu datang ke sekolah langsung, kadang2 ada rasa bersalah kat anak murid dan parents, semua tu ada dalam dada dan hati setiap guru..ada perkara yang cikgu tak mampu luahkan walau perkara tu kadang sangat menyesakkan..

Dan sekarang..masih mencari...Life is a journey, to strengthen belief and shape noble character to be useful..."

26 April 2009

Bizi...

credit: iluvislam


Sibuk dengan persiapan First Semestral Assessment. Nak set exam papers dan mengejar silibus.

18 April 2009

escapism

Sue Abdullah, sabtu, Temerloh, Pahang.
Current mood: alhamdulillah. Ok.

saya balik kampung, 'charge' bateri...bukan lari ke mana pun la...

16 April 2009

betul?



betul ke sue tu stress kerja sampai makan tak lalu...pucat dan hilang seri...betul ke...

betul ke dia merajuk dengan bos sampai macam tu sekali bawa diri?


Betul ke Sue?



Sue: entah lah...aku nak bawak diri ...tak nyusahkan hidup orang lain pun. jangan kacau la
!



Kesilapan terbesar seorang manusia, ialah terlalu meletakkan harapan pada manusia...Allah lah pemilik hati-hati...Pohonlah padaNYA...Dia yang meletakkan rasa Kasih dalam hati...

09 April 2009

realiti itu...


sue ada cakap kan sue tak mahu menangis...tapi hari ini saya nak menangis juga...


saya sedih...



-hati hancur-



kenapa...kenapa...

3.33 pm.al-ikhlas

-tears in my eyes-

02 April 2009

Tenangkan fikiran sekejap....




BEN 10 go!


Ezwan's Birthday
6-Year-old
Primary 1 al-Ikhlas 2009
3oth March



Ezwan sayang...dah besar tau, tak mau nanges nanges lagi ye. Teacher memang 'kalah' dengan awak, nak marah awak bila awak meragam pun tak sampai hati. mata bulat awak tu buat hati teacher cair...ahaks



29 March 2009

Pengumuman lagi...

credit: alwanComics.
color: Che'Sue


Pemilik blog ini sangat busy...
Dia akan:

  • Exam di UIA (3hb April dan 7hb April)
  • berusaha memastikan persediaan Parent-TeacherMeeting (11hb April) berjalan lancar- kena pastikan guru-guru (termasuk dia sendiri) tanda kertas exam anak-anak dan submit results kepada Homeroom Teachers sebelum 7hb. Kemudian homeroom teachers (pemilik blog ini juga seorang homeroom teacher) mesti menyiapkan report card anak-anak.
  • mengajar dengan bos ada dalam kelas. Bos nak masuk kelas Biologi aku. uhu. Aku cuak...Lesson plan tak siap lagi...
  • siapkan assignment!
  • cuba sedaya upaya jadi kuat walau punya timetable mengajar yang full dari pagi sampai pukul4 petang, straight in a row.
  • cuba tidak lepaskan marah pada anak-anak kecil walaupun kerenah mereka buat hati TeacherSue kadang-kadang jadi panas. Mengajarlah dengan penuh kasih sayang...mereka kan penawar, penyejuk hati...pembawa tawa^^
  • minum banyak air. jaga kesihatan
  • cuba jadi tabah. Tak mahu menangis walaupun rasa sangat stress atau dimarahi bos...


Segalanya akan jadi baik. Berusahalah!
with love
TeacherSue,
yang ajar 2 level. anak-anak kecil Primary 1&2 juga remaja 15&16 tahun





20 March 2009

tengah malas...sangat...

TeacherSue kepala tengah tak betul, serabut, berasap sampai tumbuh tanduk? Astagfirullah...



Hari ini adalah hari kelam kabut tapi ceria. walaupun kepala serabut tapi tetap gelak-gelak padahal dalam hati punyalah merabak meraung. ikut hati yang fed up mau aku tinggalkan kerja, pastu balik pahang berehat...haha. ishh takkan la saya nak buat begitu kan...sayakan pekerja yang dedikasi, tekun dan sabar. ahaks

selepas kelas di uia pukul 6.30 tadi sue terus mendrive balik kerumah. Jalan jem...hee..benci betul...Adik sue telah menSET radio kepada channel IKIM.Fm..jadi..sue nak tukar channel lain pun rasa sedikit bersalah..sedikit la..ehe. Ok jadi,tadi petang ada ustaz bagi talk kat radio tu. Pasal rezeki...Ok. bagus juga ada pengisian sambil mengharungi jalan jem tanpa adeq di sisi. kalau ada adek, sah la Sue jadi radio, bercakap tak henti henti macam bertih jagung meletup. Adek pula jadi pendengar sejati yang lali..ehe


Sue dah merapu, bukan patut kupas apa yang dapat masa dengar pengisian agama di radio tu ke? cakap pasal rezki. nanti lah... tengah malas nyer...tulis pun merapik meraban.


cukup lah. Sue dah baik dari demam dan batuk. alhamdulillah^^

Bilik sangat sepah. esok pagi mahu bangun awal, kemas bilik, pergi library, ajak adek gi servis kereta, gi window shopping kemudian di petang hari mahu singgah ke swimming pool!


senyumlah

17 March 2009

PENGUMUMAN

PEMILIK BLOG INI SEDANG DEMAM.
PEMILIK BLOG INI JUGA PERLU BEKERJA SEMASA CUTI SEKOLAH INI.
TIADA CUTI.



SEKIAN, HARAP MAKLUM.

09 March 2009

mari cuci mata


Salam. takde mood nak bercerita. Letak gambar je lah ye.
Ok, gambar pertama, Ini Aisyah. Primary 1, student sue. masa ni sports day training. hari panas, dia dah merungut rungut dan mengadu pening pening...Usahkan dia, Teacher Sue pun pening kepala panas tapi buat buat gagah je depan budak...ahaks
s



sports training (feb 2009)


march 2009- Ini Exam Room merangkap office sue (bilik ni sangat kecik serta panas..sue mintak air-cond, macam tak dapat je...kipas pun orait la kan, takpe lah yang duduk dalam bilik tu pun sue sorang je... ofis ku sangat sepah...alahai)



Err ini kereta ku...Enche'Poji dah melihat secara 'Live' myVi biru yang dah tercalar akibat terlanggar divider jalan hari jumaat tempoh hari,uhu...sob sob sob


Cukuplah..ngantuk...nak tido.


wassalam

06 March 2009

insyirah



Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad),

Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu,
Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah...


InsyaAllah, segalanya kan jadi baik...

(^_^)^

che'Gu sue tgh bz la..

25 February 2009

terkejar mengejar...

Banyak nya deadlines nak dikejar...OCTOPUSism...uhu.

Oh ya, kereta sue dah selamat sampai selasa lepas. Sekarang saya bergelar lady driver pula...
Malam semalam, ada group discussion di library uia. Pulang dalam pukul 11 lebih. Dan entah macam mana dan entah masa bila silap lane sedar sedar sue dah 'TERSESAT JALAN' uhu uhu

Memang tak tahu langsung dah sampai mana...kiri kanan semuanya nampak tak familiar. Dekat 2jam berpusing pusing....nak cari penchala link tak jumpa tak jumpa...betul betul sesat. Hari dah lewat sangat, meter minyak dah blinking, petrol station tak tahu kat mana...tawakal je...Sendirian...drive sambil cry...sebab takut...tak tahu kenapa mesti nanges...sebab takut la kot...akhirnya sue sampai ke TOL Kota Damansara...Sepatutnya tak lalu situ...takpe, asalkan sampai rumah...kalau sue tersilap amek lane kat highway kota damansara tu, sue akan sampai ke JB...uhu...Alhamdulillah...sue sampai juga rumah (di seksyen 11 kota damansara) pada pukul 1.30 pagi...

21 February 2009

kalau nak menyakitkan hati, baik tak payah...

Assalamualaikum...

Agak sibuk kebelakangan ni...

Mendapat panggilan telefon dari kawan sekampung sebelum senja tadi...

  • Fared : Awak tak balas pon sms saya?
  • Sue : Maaf, kan dah saya cakap...agak bz
  • Fared : Bz buat apa?Awak buat apa sekarang? (selama ni kami hanya tahu perkembangan cerita masing masing dari ayah kami yang terserempak di jalan, lalu bersembang perihal anak anak-nama pun sekampung. Adatlah bila dah dewasa, tak rapat dah) Awak sambung belajar lagi ? buat master?
  • Sue : ye...
  • Fared : Ho, tak dapat keje ye?
  • Sue : ha ????
  • Fared : Ye la, selalunya orang sambung belajar buat master sebab tak dapat keje. Dari tak buat apa2..aha aha
  • Sue : saya bekerja sambil belajar
  • Fared: Keja apa?
  • Sue : cikgu
  • Fared: eh awak dulu bukan amek course cikgu. sebab tak dapat keje len terpaksa jadi cikgu la kan..
  • Sue : ini dah tahun ke3 saya kat sini...kalau rasa terpaksa, takkan boleh bertahan. saya cintakan kerja saya.(Kerja saya dah jadi hidup saya.Ruh saya)

Dan dia, kawan sejak zaman anak anak, yang dulu sama-sama berjalan kaki ke sekolah, sama-sama pergi belajar mengaji di surau, satu sekolah rendah, satu matrix, menyindir sue sesedap rasa. Bagi dia kerjaya guru hanya layak diletakkan di tangga terakhir pilihan. Alah, cikgu je...Ergghh, dia lupa,dulu masa kecil siapa yang mengajar tulis baca, kenal huruf tambah tolak kalau bukan GURU? Boleh dia belajar sendiri? Agak agak kalau dia tak diajar kenal huruf dahulu boleh tak dia sekarang jadi Jurutera Mekanikal (Marin) kat pelabuhan mana ntah, apa aku peduli!



Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat sombong,angkuh dan bongkak


15 February 2009

sunday morning...

Saya berdosa kerana tidak menjaga diri dengan baik...Dalam fridge takde makanan berkhasiat pun...No veggie, no fruit, no meat, no chicken...tapau je food dari kedai. Saya lapar tapi bila makan tak selera...selalu tak abis...uhu...

Saya berdosa kerana tidak menguruskan masa dengan baik. tidak bersistematik...Banyak pending works...arghh segala macam...


Badan saya sakit sakit... Rambut saya luruh dengan dahsyatnya...isk isk isk


Saya rindu mak abah saya...Minggu depan nak balik kampung. Tak kesah lah kerja bertimbun banyak mana pun saya tetap nak balik!


(-_-)

13 February 2009

kelam kabut bikin ribut...

Apabila kita buat kerja dalam ketergesaan, gopoh gopoh nak siap kita cenderung melakukan kesilapan...

Lakukan kerja dalam keadaan yang tenang. Mulakan dengan Bismillah. FOCUS!

************************************************************************

Hari ini Sue tersilap bagi 'note for parents' with regard the textbook and workbook issues...(ada students yang belum ada kesemua buku yang yang diperlukan)
Kesilapan teknikal dari pihak Sue yang membuatkan Mama Ezwan rasa tidak puas hati...
Mak dia agak bengang...Sebab dia beli 2 set untuk setiap buku anak dia untuk setiap subject.1 set untuk kegunaan di sekolah, satu set lagi simpan di rumah. Cuba bayangkan harga kesemua buku 1 whole set is RM443, dia pulak beli 2 set...hui..dah berapa dah dia spent tu, tetiba de Sengal teacherSue minta beli lagi 2 buah buku (yang anak dia sepatutnya ada...siapa tak bengangkan...)




  • Tak jumpa buku MAth Ezwan kat dalam kelas...Sue pulak tak check betul betul, tengok sekali lalu je bookshelf and pigeon hole kat dalam kelas tu. Takut misplace atau terselit kat mana mana...Itu kesilapan no.1, no2, dia dah ada buku BM tapi sue minta beli lagi sebab tersilap baca report dari Guru Bahasa Melayu mereka yang meminta Sue sampaikan pesan pada ibubapa untuk belikan buku, sepatutnya untuk orang lain, tapi Sue ter 'tulis mesej dalam Communication Book Ezwan..uhu uhu




My mistake. I'll fix it. Kena jumpa juga mama Ezwan tu isnin nanti...Tadi dia cuma sampaikan pesan bengang pada admin, sebab tadi petang kami guru guru ada meeting Sports Day postMorterm. Semalam ada jumpa juga mama dia sebab, Ezwan menangis hiba macam la kena belasah sebab taknak pergi swimming lesson at 4.00pm. Dah bersiap bagai dengan swimmingsuit dan goggle, tiba tiba tak mahu pergi...Puas pujuk...plus terMARAH juga...pergi swimming lesson tak mahu, nak naik ke kelas sementara tunggu mama jemput pun tak mahu.berdiri kaku sambil nanges. takkan teacher nak tinggal je dekat muka pintu sekolah tu...Lagipun Sue pun tak sampai hati nak biarkan dia sorang sorang menangis...Boleh je biarkan dia di muka pintu, enche' Guard sekolah ada boleh tengokkan...TApi dia dah menangis macam tu, mana la sue sampai hati nak tinggalkan..




  • Walaupun baru 2minit sebelum tu teacher Sue jerkah, lepas tu teacher jadi lembut semula.. Tanggalkan kasut dia, tuntun naik ke kelas, pakaikan balik uniform sekolah dia, dudukkan dia dikerusi. Sue kemas kelas, simpan buku buku serta alat tulis anak anak, susun meja sambil ajak dia berbual bual. Tak sampai 15 minit dia dah senyum semula...fuhhh lega...NextWeek pergi swimming ye Ezwan, takpe teacher hantar sampai kat pintu bas, lepas tu nanti UstazAsghrar akan jagakan.Sue tak dapat bayangkan Ustaz Asghrar nak kena handle budak budak kecik (boys) berumur 6-9tahun yang seramai 40 orang tu sendirian...ahaks. Sepatutnya kena berdua, tapi dah guru lelaki kat sekolah tu kurang...naseb la ustaz...Swimming boys, jadi guru pengiring kena la male teacher. Teacher Sue and Teacher Dayana boleh tolong siapkan anak anak sebelum naik bas je...ehe



*Communication Book adalah salah satu medium untuk berkomunikasi dengan ibubapa. Guru kelas seperi Sue akan tampalkan memo dari management sekolah, timetable, dan pelbagai lagi hal berkaitan untuk tindakan ibubapa.



-Sekolah kami tak cukup guru. Memerlukan guru BM, Islamic Studies, serta Maths. Jika berminat boleh emel Sue-


Sue, al-Ikhlas Homeroom Teacher. Mama angkat untuk 21 anak anak darjah 1
Jumaat- hari ini anak anak sangat Hyper...cikgu cikgu sangat penat jadinya.
Wassalam.
Zzzzz

12.20 am

09 February 2009

saya buntu...

sekadar hiasan
yA Allah...tolong hambaMu...



Ada project proposal perlu disiapkan...Tiada idea...isk isk
idea idea idea idea...arghhhh

yang lepas

Alhamdulillah, Sports Day dah selesai dan selamat berlangsung sabtu lepas. Bila dapat gambar nanti Sue uploadkan kat sini.



Seronokkan sukan...Wadah untuk berjumpa dengan parents dalam suasana yang
santai. Mak Umar Daniel sangat cool...Sempat tolong sue siapkan anak anak untuk
march pass. Dia tolong sue pakaikan bandana, sematkan star pada bandana tu serta
ikatkan riben pada lengan anak anak red house. ramai tau...tak menang tangan gak
sue, berpeluh peluh kakak tu..Thanx akak...(sengal tak, punya la lama dia
berdiri dengan Sue bawah tent Red House tu, tapi sue LUPA nak tanya nama dia
apa..ish ish) Mak Fathin, Parents Bazil&Zarif, Mak Zarif Aiman, Ayah Ku
Myrah, Ayah Aida Sofea, ayah Syasya dua beradik (yang buat aku bengang sekejap
masa telematch...thanx enche' for that comments.Kita belajar dari kesilapan
kan.takpe.Akan diperbaiki) dan Parents Ezwan adalah antara parents yang sempat
sue tegur semalam.

  • Kawan kawan semengajar yang dah resign pun ramai juga yang datang. Azie,
    KakRaff dan Bro. Ismail.
  • KakRaff : Sue, dah terlebih 'cerah' dah awak ni...haha.
  • Sue : Biasalah kak, nama pun sukan..haha
  • Bro.Ismail d Nigerian : Sis, you look different...
  • Sue : Yeah, look a bit dark rite?
  • Bro. Ismail : No. not dark but...
  • Sue : Tan?
  • Bro. Ismail : Yeah..hmm, it's a good thing you know. because you look..fresh! ehe
  • Sue : haha haha
    (tan = fresh???? gee man, i donno dat. freshly baked,fresh from the oven.aha)



Saya dah hitam. Muka berbelang...Sangat...Malas nak pakai sunblock, dekat
sebulan ke padang berpanas terik, mau nya tak gelap...Alah takpelah, 2, 3 minggu
ni elok la nanti. Warna kulit akan kembali semula kepada asal. Kulit sue, sue
tau la..ehe.

06 February 2009

lumberJack

Mengalami sindrom 'letak kepala je terus lena'...
Penat betul...
Macam la kerja tebang balak...



02 February 2009

at last...

Alhamdulillah...Siap juga Order List (Exam Materials-hui penting ni, kalau takde orderList ni barang barang untuk exam tak dapat la..sure kena marah dengan administrator nanti bagi Order List lewat) dan Exam Taqwim(Exam Deadlines)

Aman dah resign, sue kna jadi Exam coordinator la..

Esok pagi kami semua warga sekolah akan ke padang untuk sportsTraining lagi. Tengahhari kembali kesekolah. Petang nak jumpa BondaBos nak tunjukkan List dan Taqwim ni,dapatkan approval.

Minggu ni kena siapkan Manual Exam yang tak siap siap tuh...

Saya berdoa agar anak anak saya berkelakuan baik esok...Tak mahu ada yang menangis bergaduh bertumbuk melompat dan berlari dalam kelas dengan kuasa kuda tanpa henti...Tolong jangan...

2.26 a.m

Ok...ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzz