About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

22 July 2009

kepenatan berganda...

-heart is under construction. kalau nampak Sue 'emo' semacam sila jauhkan diri demi kesejahteraan sejagat- sekian terima kaseh



rabu, malam.

Alhamdulillah, satu lagi hari yang sibuk berjaya dilalui....Alhamdulillah...

Hari ini anak anak Primary 6 exam UPSR Trial.. Terima kaseh tak terhingga kepada enchik enchik yang membantu xerox exam paper. Moga Allah permudahkan urusan kalian..

Hari ini belajar cara solat sunat gerhana. Alhamdulillah atas rezeki kesempatan menambah ilmu.

Hari ini jari Dalia luka tersepit pintu.. Anak anak Sue di al-ikhlas tu memang lasak, baik lelaki mahupun perempuan...Jadi nak tinggalkan tanpa pengawasan memang agak risau...

Hari ini Batrisha terkencing dalam seluar. Sue pun dah sibuk dengan baldi dan mop nak 'menyucikan' kelas. kakHasmah datang, amek mop dan suruh Sue uruskan batrisha.Sue bawak batrisha naik atas, tukarkan seluar batrisha dengan seluar spare. Sue perlukan banyak pakaian spare untuk kes2 emergency sebegini...(kakHasmah, i love you...tak terbalas budi baik akak)
Hari ini selepas habis kelas dengan al-ikhlas, pergi UIA. perkara sengal berlaku di jalanan. Alhamdulillah segalanya OK..

Hari ini belajar pasal hmm belajar...statistik la. Belajar tentang nominal scale, ordinal dan bla bla bla... ya Allah dah seharian di sekolah dengan kerenah anak anak. Sungguh mujahadah nak focus dalam kelas. Mujur lepas tu ada sesi amali guna komputer, cerah lah mata che Sue.

Siapa ada SPSS installer? Meh sue nak pinjam...ehe.

Habis kelas hari dah malam. Sungguh badan dah longlai. kalau lah boleh bawak kereta sambil tido kan best..ahaks

Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah...

Sekarang masa berehat untuk menghadapi hari esok yang semestinya sibuk juga...ehe

(Ini adalah entri 'tiada modal' ...Tapi nak juga apdet, baru sue perasan sue biarkan blog bersawang selama 2 bulan. Patutlah enchikAman cakap mungkin ada toyol bermukim disini...ye lah tu. sue dah menulis semula. Sedang mencari 'aura'. tgh sindrom writer's block la...stuck)

sue, kena kuat macam kakhamah tu. go go!
(Aku juga seorang manusia....)

2 comments:

fauzi said...

kalau ade spss tu saye pon nak pinjam

d ordinary me said...

lah..g la cr poji, pastu aku pinjam kt ko. deal? ehe