About Me
- d ordinary me
- just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.
26 April 2009
Bizi...
Sibuk dengan persiapan First Semestral Assessment. Nak set exam papers dan mengejar silibus.
18 April 2009
escapism
Current mood: alhamdulillah. Ok.
saya balik kampung, 'charge' bateri...bukan lari ke mana pun la...
16 April 2009
betul?

betul ke sue tu stress kerja sampai makan tak lalu...pucat dan hilang seri...betul ke...
betul ke dia merajuk dengan bos sampai macam tu sekali bawa diri?
Betul ke Sue?
Sue: entah lah...aku nak bawak diri ...tak nyusahkan hidup orang lain pun. jangan kacau la!
09 April 2009
realiti itu...
02 April 2009
Tenangkan fikiran sekejap....
29 March 2009
Pengumuman lagi...
Dia akan:
- Exam di UIA (3hb April dan 7hb April)
- berusaha memastikan persediaan Parent-TeacherMeeting (11hb April) berjalan lancar- kena pastikan guru-guru (termasuk dia sendiri) tanda kertas exam anak-anak dan submit results kepada Homeroom Teachers sebelum 7hb. Kemudian homeroom teachers (pemilik blog ini juga seorang homeroom teacher) mesti menyiapkan report card anak-anak.
- mengajar dengan bos ada dalam kelas. Bos nak masuk kelas Biologi aku. uhu. Aku cuak...Lesson plan tak siap lagi...
- siapkan assignment!
- cuba sedaya upaya jadi kuat walau punya timetable mengajar yang full dari pagi sampai pukul4 petang, straight in a row.
- cuba tidak lepaskan marah pada anak-anak kecil walaupun kerenah mereka buat hati TeacherSue kadang-kadang jadi panas. Mengajarlah dengan penuh kasih sayang...mereka kan penawar, penyejuk hati...pembawa tawa^^
- minum banyak air. jaga kesihatan
- cuba jadi tabah. Tak mahu menangis walaupun rasa sangat stress atau dimarahi bos...
with love
TeacherSue,
yang ajar 2 level. anak-anak kecil Primary 1&2 juga remaja 15&16 tahun
20 March 2009
tengah malas...sangat...
selepas kelas di uia pukul 6.30 tadi sue terus mendrive balik kerumah. Jalan jem...hee..benci betul...Adik sue telah menSET radio kepada channel IKIM.Fm..jadi..sue nak tukar channel lain pun rasa sedikit bersalah..sedikit la..ehe. Ok jadi,tadi petang ada ustaz bagi talk kat radio tu. Pasal rezeki...Ok. bagus juga ada pengisian sambil mengharungi jalan jem tanpa adeq di sisi. kalau ada adek, sah la Sue jadi radio, bercakap tak henti henti macam bertih jagung meletup. Adek pula jadi pendengar sejati yang lali..ehe
Sue dah merapu, bukan patut kupas apa yang dapat masa dengar pengisian agama di radio tu ke? cakap pasal rezki. nanti lah... tengah malas nyer...tulis pun merapik meraban.
cukup lah. Sue dah baik dari demam dan batuk. alhamdulillah^^
Bilik sangat sepah. esok pagi mahu bangun awal, kemas bilik, pergi library, ajak adek gi servis kereta, gi window shopping kemudian di petang hari mahu singgah ke swimming pool!
17 March 2009
PENGUMUMAN
PEMILIK BLOG INI JUGA PERLU BEKERJA SEMASA CUTI SEKOLAH INI.
TIADA CUTI.
SEKIAN, HARAP MAKLUM.
09 March 2009
mari cuci mata
Ok, gambar pertama, Ini Aisyah. Primary 1, student sue. masa ni sports day training. hari panas, dia dah merungut rungut dan mengadu pening pening...Usahkan dia, Teacher Sue pun pening kepala panas tapi buat buat gagah je depan budak...ahakss
wassalam
06 March 2009
insyirah

Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad),
Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu,
Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah...
InsyaAllah, segalanya kan jadi baik...
(^_^)^
che'Gu sue tgh bz la..
25 February 2009
terkejar mengejar...
Banyak nya deadlines nak dikejar...OCTOPUSism...uhu.Oh ya, kereta sue dah selamat sampai selasa lepas. Sekarang saya bergelar lady driver pula...
Malam semalam, ada group discussion di library uia. Pulang dalam pukul 11 lebih. Dan entah macam mana dan entah masa bila silap lane sedar sedar sue dah 'TERSESAT JALAN' uhu uhu
Memang tak tahu langsung dah sampai mana...kiri kanan semuanya nampak tak familiar. Dekat 2jam berpusing pusing....nak cari penchala link tak jumpa tak jumpa...betul betul sesat. Hari dah lewat sangat, meter minyak dah blinking, petrol station tak tahu kat mana...tawakal je...Sendirian...drive sambil cry...sebab takut...tak tahu kenapa mesti nanges...sebab takut la kot...akhirnya sue sampai ke TOL Kota Damansara...Sepatutnya tak lalu situ...takpe, asalkan sampai rumah...kalau sue tersilap amek lane kat highway kota damansara tu, sue akan sampai ke JB...uhu...Alhamdulillah...sue sampai juga rumah (di seksyen 11 kota damansara) pada pukul 1.30 pagi...
21 February 2009
kalau nak menyakitkan hati, baik tak payah...
Assalamualaikum...Agak sibuk kebelakangan ni...
Mendapat panggilan telefon dari kawan sekampung sebelum senja tadi...
- Fared : Awak tak balas pon sms saya?
- Sue : Maaf, kan dah saya cakap...agak bz
- Fared : Bz buat apa?Awak buat apa sekarang? (selama ni kami hanya tahu perkembangan cerita masing masing dari ayah kami yang terserempak di jalan, lalu bersembang perihal anak anak-nama pun sekampung. Adatlah bila dah dewasa, tak rapat dah) Awak sambung belajar lagi ? buat master?
- Sue : ye...
- Fared : Ho, tak dapat keje ye?
- Sue : ha ????
- Fared : Ye la, selalunya orang sambung belajar buat master sebab tak dapat keje. Dari tak buat apa2..aha aha
- Sue : saya bekerja sambil belajar
- Fared: Keja apa?
- Sue : cikgu
- Fared: eh awak dulu bukan amek course cikgu. sebab tak dapat keje len terpaksa jadi cikgu la kan..
- Sue : ini dah tahun ke3 saya kat sini...kalau rasa terpaksa, takkan boleh bertahan. saya cintakan kerja saya.(Kerja saya dah jadi hidup saya.Ruh saya)
15 February 2009
sunday morning...
Saya berdosa kerana tidak menguruskan masa dengan baik. tidak bersistematik...Banyak pending works...arghh segala macam...
Badan saya sakit sakit... Rambut saya luruh dengan dahsyatnya...isk isk isk
Saya rindu mak abah saya...Minggu depan nak balik kampung. Tak kesah lah kerja bertimbun banyak mana pun saya tetap nak balik!
(-_-)
13 February 2009
kelam kabut bikin ribut...
Lakukan kerja dalam keadaan yang tenang. Mulakan dengan Bismillah. FOCUS!
Kesilapan teknikal dari pihak Sue yang membuatkan Mama Ezwan rasa tidak puas hati...
Mak dia agak bengang...Sebab dia beli 2 set untuk setiap buku anak dia untuk setiap subject.1 set untuk kegunaan di sekolah, satu set lagi simpan di rumah. Cuba bayangkan harga kesemua buku 1 whole set is RM443, dia pulak beli 2 set...hui..dah berapa dah dia spent tu, tetiba de Sengal teacherSue minta beli lagi 2 buah buku (yang anak dia sepatutnya ada...siapa tak bengangkan...)
- Tak jumpa buku MAth Ezwan kat dalam kelas...Sue pulak tak check betul betul, tengok sekali lalu je bookshelf and pigeon hole kat dalam kelas tu. Takut misplace atau terselit kat mana mana...Itu kesilapan no.1, no2, dia dah ada buku BM tapi sue minta beli lagi sebab tersilap baca report dari Guru Bahasa Melayu mereka yang meminta Sue sampaikan pesan pada ibubapa untuk belikan buku, sepatutnya untuk orang lain, tapi Sue ter 'tulis mesej dalam Communication Book Ezwan..uhu uhu
My mistake. I'll fix it. Kena jumpa juga mama Ezwan tu isnin nanti...Tadi dia cuma sampaikan pesan bengang pada admin, sebab tadi petang kami guru guru ada meeting Sports Day postMorterm. Semalam ada jumpa juga mama dia sebab, Ezwan menangis hiba macam la kena belasah sebab taknak pergi swimming lesson at 4.00pm. Dah bersiap bagai dengan swimmingsuit dan goggle, tiba tiba tak mahu pergi...Puas pujuk...plus terMARAH juga...pergi swimming lesson tak mahu, nak naik ke kelas sementara tunggu mama jemput pun tak mahu.berdiri kaku sambil nanges. takkan teacher nak tinggal je dekat muka pintu sekolah tu...Lagipun Sue pun tak sampai hati nak biarkan dia sorang sorang menangis...Boleh je biarkan dia di muka pintu, enche' Guard sekolah ada boleh tengokkan...TApi dia dah menangis macam tu, mana la sue sampai hati nak tinggalkan..
- Walaupun baru 2minit sebelum tu teacher Sue jerkah, lepas tu teacher jadi lembut semula.. Tanggalkan kasut dia, tuntun naik ke kelas, pakaikan balik uniform sekolah dia, dudukkan dia dikerusi. Sue kemas kelas, simpan buku buku serta alat tulis anak anak, susun meja sambil ajak dia berbual bual. Tak sampai 15 minit dia dah senyum semula...fuhhh lega...NextWeek pergi swimming ye Ezwan, takpe teacher hantar sampai kat pintu bas, lepas tu nanti UstazAsghrar akan jagakan.Sue tak dapat bayangkan Ustaz Asghrar nak kena handle budak budak kecik (boys) berumur 6-9tahun yang seramai 40 orang tu sendirian...ahaks. Sepatutnya kena berdua, tapi dah guru lelaki kat sekolah tu kurang...naseb la ustaz...Swimming boys, jadi guru pengiring kena la male teacher. Teacher Sue and Teacher Dayana boleh tolong siapkan anak anak sebelum naik bas je...ehe
*Communication Book adalah salah satu medium untuk berkomunikasi dengan ibubapa. Guru kelas seperi Sue akan tampalkan memo dari management sekolah, timetable, dan pelbagai lagi hal berkaitan untuk tindakan ibubapa.
-Sekolah kami tak cukup guru. Memerlukan guru BM, Islamic Studies, serta Maths. Jika berminat boleh emel Sue-
Sue, al-Ikhlas Homeroom Teacher. Mama angkat untuk 21 anak anak darjah 1
Jumaat- hari ini anak anak sangat Hyper...cikgu cikgu sangat penat jadinya.
Wassalam.
Zzzzz
12.20 am
09 February 2009
saya buntu...
yang lepas
Alhamdulillah, Sports Day dah selesai dan selamat berlangsung sabtu lepas. Bila dapat gambar nanti Sue uploadkan kat sini.
Seronokkan sukan...Wadah untuk berjumpa dengan parents dalam suasana yang
santai. Mak Umar Daniel sangat cool...Sempat tolong sue siapkan anak anak untuk
march pass. Dia tolong sue pakaikan bandana, sematkan star pada bandana tu serta
ikatkan riben pada lengan anak anak red house. ramai tau...tak menang tangan gak
sue, berpeluh peluh kakak tu..Thanx akak...(sengal tak, punya la lama dia
berdiri dengan Sue bawah tent Red House tu, tapi sue LUPA nak tanya nama dia
apa..ish ish) Mak Fathin, Parents Bazil&Zarif, Mak Zarif Aiman, Ayah Ku
Myrah, Ayah Aida Sofea, ayah Syasya dua beradik (yang buat aku bengang sekejap
masa telematch...thanx enche' for that comments.Kita belajar dari kesilapan
kan.takpe.Akan diperbaiki) dan Parents Ezwan adalah antara parents yang sempat
sue tegur semalam.
- Kawan kawan semengajar yang dah resign pun ramai juga yang datang. Azie,
KakRaff dan Bro. Ismail. - KakRaff : Sue, dah terlebih 'cerah' dah awak ni...haha.
- Sue : Biasalah kak, nama pun sukan..haha
- Bro.Ismail d Nigerian : Sis, you look different...
- Sue : Yeah, look a bit dark rite?
- Bro. Ismail : No. not dark but...
- Sue : Tan?
- Bro. Ismail : Yeah..hmm, it's a good thing you know. because you look..fresh! ehe
- Sue : haha haha
(tan = fresh???? gee man, i donno dat. freshly baked,fresh from the oven.aha)
Saya dah hitam. Muka berbelang...Sangat...Malas nak pakai sunblock, dekat
sebulan ke padang berpanas terik, mau nya tak gelap...Alah takpelah, 2, 3 minggu
ni elok la nanti. Warna kulit akan kembali semula kepada asal. Kulit sue, sue
tau la..ehe.
06 February 2009
lumberJack
Penat betul...
Macam la kerja tebang balak...
02 February 2009
at last...
Aman dah resign, sue kna jadi Exam coordinator la..
Esok pagi kami semua warga sekolah akan ke padang untuk sportsTraining lagi. Tengahhari kembali kesekolah. Petang nak jumpa BondaBos nak tunjukkan List dan Taqwim ni,dapatkan approval.
Minggu ni kena siapkan Manual Exam yang tak siap siap tuh...
Saya berdoa agar anak anak saya berkelakuan baik esok...Tak mahu ada yang menangis bergaduh bertumbuk melompat dan berlari dalam kelas dengan kuasa kuda tanpa henti...Tolong jangan...
2.26 a.m
Ok...ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzz
31 January 2009
gee...orennya kaklong...
Sue ada beli tudung ber'awning dari satu online boutique. Tudung tu sampai hari jumaat. Tudung two pieces [tudung (dengan lining untuk elakkan nampak bayang bayang leher) plus selendang yang dijahit sekali] Selendang dia ala ala transparent sikit...(tapi cantik) Jadi kena fikirkan cara lilitan yang betul, serta baju yang sesuai untuk tetap nampak sopan. Sue rasa kena pakai pashmina sekali kat luar tudung ni untuk tutup apa yang patut ditutup.
Masa sue buat order, warna dia nampak macam peachy sikit...Tapi bila dapat kat tangan..Waaaaaa....menyalanya! oren terang..i love orange..but this one is too orange...tapi bila pakai, nampak macam ok pulak...(pujuk hati..aha)
hmm, terang sangat
Sue ada baca artikel 'Bertudung atau Berfesyen' yang dijumpai di salah satu ruangan forum. Artikel tu macam tak menggalakkan sangat muslimah berfesyen...Untuk mengelakkan fitnah dan takut timbul rasa sombong dan riak, jadi tak perlu bergaya.
Tapi
Dulu, masa sekolah menengah, kami diwajibkan pakai tudung bulat labuh. Tapi sue, pakai tudung bundar, labuh la juga. Sue jahit sendiri tudung sue, tak nak labuh sangat...rimas...Masa remaja saya brutal juga orangnya. Bila keluar dengan family, sue
Apa yang sue perasan, abah tak la kata 'Jangan!' walaupun dia kadang kadang tak berapa setuju dengan pemilihan pakaian kami, anak dia yang 5 orang ni. Sue ingat lagi, sue pernah pakai seluar ketat warna puteh gading. tahun 2005 kot. masa tu Sue baru habis buat praktikal kat IMR KL, dan balik rumah untuk menghabiskan cuti semester. Beberapa hari sebelum balik kampung sue gi shopping kat
Mak tambah sikit 'Seluar tu ikut bentuk kaki...'
Mak dan abah memang tak banyak cakap...Tapi Sue faham la mesej diaorang. Itulah kali pertama dan kali terakhir Sue pakai seluar tu...aha. Sue pernah tengok abah marah sungguh satu hari tu . Tahun 2007 rasanya. Dia ternampak dari jauh anak dia duduk melepak dengan geng sengal mana ntah kat town tak pakai tudung. Waa..adek aku...Tapi adik sue perasan, lalu sempat lari (angah, mujur sempat ko lari.kalau tak memang parah kena belasah dengan abah.. free hair, hilang akal apa!) Masa tu adeq sue liar sikit. Sekarang dah banyak berubah, walaupun baju tak berapa nak longgar lagi tapi lengan panjang dan bertudung...Tak boleh paksa, karang langsung tak mahu pakai tudung pulak. Lagipun dia jenis yang soft, lambat laun sue yakin dia
Sekarang ni adik lelaki Sue (meir) dah mula rasa tanggungjawab menjaga kakak. Kalau keluar dengan dia tak pakai sarung kaki kena la juga se das. Sue suka pakai selipar..sangat selekeh...
Sue sebenarnya garang juga. Adek sue yang bongsu (lelaki) pernah pakai tShirt dengan gambar setan apa ntah. Sue dengan kuasa veto : Along tak mahu tengok lagi baju ni dalam rumah. Baik ko buang sebelum aku bakar! Berbeza dengan abah Sue, lembut je cara dia tegur. Mungkin sebab abah dah tua kot, dia jadi lembut. Dulu masa muda garang wooo.
***********************************************************************
E eh, apasal jadi panjang lak ni…Karangan dah tersasar ni. Bertudung lah, tapi jangan mencemarkan nilai tudung…Perempuan memang makhluk yang menarik…tapi kalau nak kata tak boleh bergaya langsung, saya memang tak boleh terima!
-Sue-
saya ajar anak anak kecil. Kanak kanak suka warna terang…Mesti diaorang suka
27 January 2009
perihal tudung..
Yang bestnya tudung ber'awning' ni senang pakai..sarung je, siap! (ini kalau yang bukan ada belahan tengah dan tak perlu lilit...)
tapi, kalau yang harga murah RM15 tu, pendek la sangat...tak lepas bahu, macam yang dalam gambar diatas...Kalau nak pakai, kena beli yang saiz M atau L.
Yang panjang labuh, harganya boleh tahan mahal: Rm 50-RM 70...huhu. Kenapa mahal? mmm sebab dia guna fabrik spandex dan sutera thai..tu yang jadi mahal..(tahan lasak dan tak payah iron-jimatkan elektrik.err)
Memang mahal..tapi sue nak la...nak survey, kot kot ada yang jual murah dari Rm50, nak cari warna hitam arang ber'awning' koko...ehe.
***********************************************************************************
Ok. mahu buat kerja sekolah. Bye^^
jaga diri
-sue-








