Current mood: alhamdulillah. Ok.
saya balik kampung, 'charge' bateri...bukan lari ke mana pun la...


Banyak nya deadlines nak dikejar...OCTOPUSism...uhu.
Assalamualaikum...Sue, al-Ikhlas Homeroom Teacher. Mama angkat untuk 21 anak anak darjah 1
Jumaat- hari ini anak anak sangat Hyper...cikgu cikgu sangat penat jadinya.
Wassalam.
Zzzzz
Alhamdulillah, Sports Day dah selesai dan selamat berlangsung sabtu lepas. Bila dapat gambar nanti Sue uploadkan kat sini.
Seronokkan sukan...Wadah untuk berjumpa dengan parents dalam suasana yang
santai. Mak Umar Daniel sangat cool...Sempat tolong sue siapkan anak anak untuk
march pass. Dia tolong sue pakaikan bandana, sematkan star pada bandana tu serta
ikatkan riben pada lengan anak anak red house. ramai tau...tak menang tangan gak
sue, berpeluh peluh kakak tu..Thanx akak...(sengal tak, punya la lama dia
berdiri dengan Sue bawah tent Red House tu, tapi sue LUPA nak tanya nama dia
apa..ish ish) Mak Fathin, Parents Bazil&Zarif, Mak Zarif Aiman, Ayah Ku
Myrah, Ayah Aida Sofea, ayah Syasya dua beradik (yang buat aku bengang sekejap
masa telematch...thanx enche' for that comments.Kita belajar dari kesilapan
kan.takpe.Akan diperbaiki) dan Parents Ezwan adalah antara parents yang sempat
sue tegur semalam.
Sue ada beli tudung ber'awning dari satu online boutique. Tudung tu sampai hari jumaat. Tudung two pieces [tudung (dengan lining untuk elakkan nampak bayang bayang leher) plus selendang yang dijahit sekali] Selendang dia ala ala transparent sikit...(tapi cantik) Jadi kena fikirkan cara lilitan yang betul, serta baju yang sesuai untuk tetap nampak sopan. Sue rasa kena pakai pashmina sekali kat luar tudung ni untuk tutup apa yang patut ditutup.
Masa sue buat order, warna dia nampak macam peachy sikit...Tapi bila dapat kat tangan..Waaaaaa....menyalanya! oren terang..i love orange..but this one is too orange...tapi bila pakai, nampak macam ok pulak...(pujuk hati..aha)
hmm, terang sangat
Sue ada baca artikel 'Bertudung atau Berfesyen' yang dijumpai di salah satu ruangan forum. Artikel tu macam tak menggalakkan sangat muslimah berfesyen...Untuk mengelakkan fitnah dan takut timbul rasa sombong dan riak, jadi tak perlu bergaya.
Tapi
Dulu, masa sekolah menengah, kami diwajibkan pakai tudung bulat labuh. Tapi sue, pakai tudung bundar, labuh la juga. Sue jahit sendiri tudung sue, tak nak labuh sangat...rimas...Masa remaja saya brutal juga orangnya. Bila keluar dengan family, sue
Apa yang sue perasan, abah tak la kata 'Jangan!' walaupun dia kadang kadang tak berapa setuju dengan pemilihan pakaian kami, anak dia yang 5 orang ni. Sue ingat lagi, sue pernah pakai seluar ketat warna puteh gading. tahun 2005 kot. masa tu Sue baru habis buat praktikal kat IMR KL, dan balik rumah untuk menghabiskan cuti semester. Beberapa hari sebelum balik kampung sue gi shopping kat
Mak tambah sikit 'Seluar tu ikut bentuk kaki...'
Mak dan abah memang tak banyak cakap...Tapi Sue faham la mesej diaorang. Itulah kali pertama dan kali terakhir Sue pakai seluar tu...aha. Sue pernah tengok abah marah sungguh satu hari tu . Tahun 2007 rasanya. Dia ternampak dari jauh anak dia duduk melepak dengan geng sengal mana ntah kat town tak pakai tudung. Waa..adek aku...Tapi adik sue perasan, lalu sempat lari (angah, mujur sempat ko lari.kalau tak memang parah kena belasah dengan abah.. free hair, hilang akal apa!) Masa tu adeq sue liar sikit. Sekarang dah banyak berubah, walaupun baju tak berapa nak longgar lagi tapi lengan panjang dan bertudung...Tak boleh paksa, karang langsung tak mahu pakai tudung pulak. Lagipun dia jenis yang soft, lambat laun sue yakin dia
Sekarang ni adik lelaki Sue (meir) dah mula rasa tanggungjawab menjaga kakak. Kalau keluar dengan dia tak pakai sarung kaki kena la juga se das. Sue suka pakai selipar..sangat selekeh...
Sue sebenarnya garang juga. Adek sue yang bongsu (lelaki) pernah pakai tShirt dengan gambar setan apa ntah. Sue dengan kuasa veto : Along tak mahu tengok lagi baju ni dalam rumah. Baik ko buang sebelum aku bakar! Berbeza dengan abah Sue, lembut je cara dia tegur. Mungkin sebab abah dah tua kot, dia jadi lembut. Dulu masa muda garang wooo.
***********************************************************************
E eh, apasal jadi panjang lak ni…Karangan dah tersasar ni. Bertudung lah, tapi jangan mencemarkan nilai tudung…Perempuan memang makhluk yang menarik…tapi kalau nak kata tak boleh bergaya langsung, saya memang tak boleh terima!
-Sue-
saya ajar anak anak kecil. Kanak kanak suka warna terang…Mesti diaorang suka
AssalamualaikumkakAzeanti : ha, pastu nanti mamat tu cakap 'Your application will be considered. u will get the results in 10 days working days'