betul ke sue tu stress kerja sampai makan tak lalu...pucat dan hilang seri...betul ke...
betul ke dia merajuk dengan bos sampai macam tu sekali bawa diri?
Betul ke Sue?
Sue: entah lah...aku nak bawak diri ...tak nyusahkan hidup orang lain pun. jangan kacau la!
Kesilapan terbesar seorang manusia, ialah terlalu meletakkan harapan pada manusia...Allah lah pemilik hati-hati...Pohonlah padaNYA...Dia yang meletakkan rasa Kasih dalam hati...
Ezwan's Birthday 6-Year-old Primary 1 al-Ikhlas 2009 3oth March
Ezwan sayang...dah besar tau, tak mau nanges nanges lagi ye. Teacher memang 'kalah' dengan awak, nak marah awak bila awak meragam pun tak sampai hati. mata bulat awak tu buat hati teacher cair...ahaks
berusaha memastikan persediaan Parent-TeacherMeeting (11hb April) berjalan lancar- kena pastikan guru-guru (termasuk dia sendiri) tanda kertas exam anak-anak dan submit results kepada Homeroom Teachers sebelum 7hb. Kemudian homeroom teachers (pemilik blog ini juga seorang homeroom teacher) mesti menyiapkan report card anak-anak.
mengajar dengan bos ada dalam kelas. Bos nak masuk kelas Biologi aku. uhu. Aku cuak...Lesson plan tak siap lagi...
siapkan assignment!
cuba sedaya upaya jadi kuat walau punya timetable mengajar yang full dari pagi sampai pukul4 petang, straight in a row.
cuba tidak lepaskan marah pada anak-anak kecil walaupun kerenah mereka buat hati TeacherSue kadang-kadang jadi panas. Mengajarlah dengan penuh kasih sayang...mereka kan penawar, penyejuk hati...pembawa tawa^^
minum banyak air. jaga kesihatan
cuba jadi tabah. Tak mahu menangis walaupun rasa sangat stress atau dimarahi bos...
Segalanya akan jadi baik. Berusahalah! with love TeacherSue, yang ajar 2 level. anak-anak kecil Primary 1&2 juga remaja 15&16 tahun
TeacherSue kepala tengah tak betul, serabut, berasap sampai tumbuh tanduk? Astagfirullah...
Hari ini adalah hari kelam kabut tapi ceria. walaupun kepala serabut tapi tetap gelak-gelak padahal dalam hati punyalah merabak meraung. ikut hati yang fed up mau aku tinggalkan kerja, pastu balik pahang berehat...haha. ishh takkan la saya nak buat begitu kan...sayakan pekerja yang dedikasi, tekun dan sabar. ahaks
selepas kelas di uia pukul 6.30 tadi sue terus mendrive balik kerumah. Jalan jem...hee..benci betul...Adik sue telah menSET radio kepada channel IKIM.Fm..jadi..sue nak tukar channel lain pun rasa sedikit bersalah..sedikit la..ehe. Ok jadi,tadi petang ada ustaz bagi talk kat radio tu. Pasal rezeki...Ok. bagus juga ada pengisian sambil mengharungi jalan jem tanpa adeq di sisi. kalau ada adek, sah la Sue jadi radio, bercakap tak henti henti macam bertih jagung meletup. Adek pula jadi pendengar sejati yang lali..ehe
Sue dah merapu, bukan patut kupas apa yang dapat masa dengar pengisian agama di radio tu ke? cakap pasal rezki. nanti lah... tengah malas nyer...tulis pun merapik meraban.
cukup lah. Sue dah baik dari demam dan batuk. alhamdulillah^^
Bilik sangat sepah. esok pagi mahu bangun awal, kemas bilik, pergi library, ajak adek gi servis kereta, gi window shopping kemudian di petang hari mahu singgah ke swimming pool!
Salam. takde mood nak bercerita. Letak gambar je lah ye. Ok, gambar pertama, Ini Aisyah. Primary 1, student sue. masa ni sports day training. hari panas, dia dah merungut rungut dan mengadu pening pening...Usahkan dia, Teacher Sue pun pening kepala panas tapi buat buat gagah je depan budak...ahakss
sports training (feb 2009)
march 2009- Ini Exam Room merangkap office sue (bilik ni sangat kecik serta panas..sue mintak air-cond, macam tak dapat je...kipas pun orait la kan, takpe lah yang duduk dalam bilik tu pun sue sorang je... ofis ku sangat sepah...alahai)
Err ini kereta ku...Enche'Poji dah melihat secara 'Live' myVi biru yang dah tercalar akibat terlanggar divider jalan hari jumaat tempoh hari,uhu...sob sob sob
Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad), Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu, DanKami tinggikan(muliakan) namamu, Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain), Dan kepada Tuhanmu, berharaplah...
Banyak nya deadlines nak dikejar...OCTOPUSism...uhu.
Oh ya, kereta sue dah selamat sampai selasa lepas. Sekarang saya bergelar lady driver pula... Malam semalam, ada group discussion di library uia. Pulang dalam pukul 11 lebih. Dan entah macam mana dan entah masa bila silap lane sedar sedar sue dah 'TERSESAT JALAN' uhu uhu
Memang tak tahu langsung dah sampai mana...kiri kanan semuanya nampak tak familiar. Dekat 2jam berpusing pusing....nak cari penchala link tak jumpa tak jumpa...betul betul sesat. Hari dah lewat sangat, meter minyak dah blinking, petrol station tak tahu kat mana...tawakal je...Sendirian...drive sambil cry...sebab takut...tak tahu kenapa mesti nanges...sebab takut la kot...akhirnya sue sampai ke TOL Kota Damansara...Sepatutnya tak lalu situ...takpe, asalkan sampai rumah...kalau sue tersilap amek lane kat highway kota damansara tu, sue akan sampai ke JB...uhu...Alhamdulillah...sue sampai juga rumah (di seksyen 11 kota damansara) pada pukul 1.30 pagi...
Mendapat panggilan telefon dari kawan sekampung sebelum senja tadi...
Fared : Awak tak balas pon sms saya?
Sue : Maaf, kan dah saya cakap...agak bz
Fared : Bz buat apa?Awak buat apa sekarang? (selama ni kami hanya tahu perkembangan cerita masing masing dari ayah kami yang terserempak di jalan, lalu bersembang perihal anak anak-nama pun sekampung. Adatlah bila dah dewasa, tak rapat dah) Awak sambung belajar lagi ? buat master?
Sue : ye...
Fared : Ho, tak dapat keje ye?
Sue : ha ????
Fared : Ye la, selalunya orang sambung belajar buat master sebab tak dapat keje. Dari tak buat apa2..aha aha
Sue : saya bekerja sambil belajar
Fared: Keja apa?
Sue : cikgu
Fared: eh awak dulu bukan amek course cikgu. sebab tak dapat keje len terpaksa jadi cikgu la kan..
Sue : ini dah tahun ke3 saya kat sini...kalau rasa terpaksa, takkan boleh bertahan. saya cintakan kerja saya.(Kerja saya dah jadi hidup saya.Ruh saya)
Dan dia, kawan sejak zaman anak anak, yang dulu sama-sama berjalan kaki ke sekolah, sama-sama pergi belajar mengaji di surau, satu sekolah rendah, satu matrix, menyindir sue sesedap rasa. Bagi dia kerjaya guru hanya layak diletakkan di tangga terakhir pilihan. Alah, cikgu je...Ergghh, dia lupa,dulu masa kecil siapa yang mengajar tulis baca, kenal huruf tambah tolak kalau bukan GURU? Boleh dia belajar sendiri? Agak agak kalau dia tak diajar kenal huruf dahulu boleh tak dia sekarang jadi Jurutera Mekanikal (Marin) kat pelabuhan mana ntah, apa aku peduli!
Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat sombong,angkuh dan bongkak
Saya berdosa kerana tidak menjaga diri dengan baik...Dalam fridge takde makanan berkhasiat pun...No veggie, no fruit, no meat, no chicken...tapau je food dari kedai. Saya lapar tapi bila makan tak selera...selalu tak abis...uhu...
Saya berdosa kerana tidak menguruskan masa dengan baik. tidak bersistematik...Banyak pending works...arghh segala macam...
Badan saya sakit sakit... Rambut saya luruh dengan dahsyatnya...isk isk isk
Saya rindu mak abah saya...Minggu depan nak balik kampung. Tak kesah lah kerja bertimbun banyak mana pun saya tetap nak balik!
Hari ini Sue tersilap bagi 'note for parents' with regard the textbook and workbook issues...(ada students yang belum ada kesemua buku yang yang diperlukan) Kesilapan teknikal dari pihak Sue yang membuatkan Mama Ezwan rasa tidak puas hati... Mak dia agak bengang...Sebab dia beli 2 set untuk setiap buku anak dia untuk setiap subject.1 set untuk kegunaan di sekolah, satu set lagi simpan di rumah. Cuba bayangkan harga kesemua buku 1 whole set is RM443, dia pulak beli 2 set...hui..dah berapa dah dia spent tu, tetiba de Sengal teacherSue minta beli lagi 2 buah buku (yang anak dia sepatutnya ada...siapa tak bengangkan...)
Tak jumpa buku MAth Ezwan kat dalam kelas...Sue pulak tak check betul betul, tengok sekali lalu je bookshelf and pigeon hole kat dalam kelas tu. Takut misplace atau terselit kat mana mana...Itu kesilapan no.1, no2, dia dah ada buku BM tapi sue minta beli lagi sebab tersilap baca report dari Guru Bahasa Melayu mereka yang meminta Sue sampaikan pesan pada ibubapa untuk belikan buku, sepatutnya untuk orang lain, tapi Sue ter 'tulis mesej dalam Communication Book Ezwan..uhu uhu
My mistake. I'll fix it. Kena jumpa juga mama Ezwan tu isnin nanti...Tadi dia cuma sampaikan pesan bengang pada admin, sebab tadi petang kami guru guru ada meeting Sports Day postMorterm. Semalam ada jumpa juga mama dia sebab, Ezwan menangis hiba macam la kena belasah sebab taknak pergi swimming lesson at 4.00pm. Dah bersiap bagai dengan swimmingsuit dan goggle, tiba tiba tak mahu pergi...Puas pujuk...plus terMARAH juga...pergi swimming lesson tak mahu, nak naik ke kelas sementara tunggu mama jemput pun tak mahu.berdiri kaku sambil nanges. takkan teacher nak tinggal je dekat muka pintu sekolah tu...Lagipun Sue pun tak sampai hati nak biarkan dia sorang sorang menangis...Boleh je biarkan dia di muka pintu, enche' Guard sekolah ada boleh tengokkan...TApi dia dah menangis macam tu, mana la sue sampai hati nak tinggalkan..
Walaupun baru 2minit sebelum tu teacher Sue jerkah, lepas tu teacher jadi lembut semula.. Tanggalkan kasut dia, tuntun naik ke kelas, pakaikan balik uniform sekolah dia, dudukkan dia dikerusi. Sue kemas kelas, simpan buku buku serta alat tulis anak anak, susun meja sambil ajak dia berbual bual. Tak sampai 15 minit dia dah senyum semula...fuhhh lega...NextWeek pergi swimming ye Ezwan, takpe teacher hantar sampai kat pintu bas, lepas tu nanti UstazAsghrar akan jagakan.Sue tak dapat bayangkan Ustaz Asghrar nak kena handle budak budak kecik (boys) berumur 6-9tahun yang seramai 40 orang tu sendirian...ahaks. Sepatutnya kena berdua, tapi dah guru lelaki kat sekolah tu kurang...naseb la ustaz...Swimming boys, jadi guru pengiring kena la male teacher. Teacher Sue and Teacher Dayana boleh tolong siapkan anak anak sebelum naik bas je...ehe
*Communication Book adalah salah satu medium untuk berkomunikasi dengan ibubapa. Guru kelas seperi Sue akan tampalkan memo dari management sekolah, timetable, dan pelbagai lagi hal berkaitan untuk tindakan ibubapa.
-Sekolah kami tak cukup guru. Memerlukan guru BM, Islamic Studies, serta Maths. Jika berminat boleh emel Sue-
Sue, al-Ikhlas Homeroom Teacher. Mama angkat untuk 21 anak anak darjah 1 Jumaat- hari ini anak anak sangat Hyper...cikgu cikgu sangat penat jadinya. Wassalam. Zzzzz
Alhamdulillah, Sports Day dah selesai dan selamat berlangsung sabtu lepas. Bila dapat gambar nanti Sue uploadkan kat sini.
Seronokkan sukan...Wadah untuk berjumpa dengan parents dalam suasana yang santai. Mak Umar Daniel sangat cool...Sempat tolong sue siapkan anak anak untuk march pass. Dia tolong sue pakaikan bandana, sematkan star pada bandana tu serta ikatkan riben pada lengan anak anak red house. ramai tau...tak menang tangan gak sue, berpeluh peluh kakak tu..Thanx akak...(sengal tak, punya la lama dia berdiri dengan Sue bawah tent Red House tu, tapi sue LUPA nak tanya nama dia apa..ish ish) Mak Fathin, Parents Bazil&Zarif, Mak Zarif Aiman, Ayah Ku Myrah, Ayah Aida Sofea, ayah Syasya dua beradik (yang buat aku bengang sekejap masa telematch...thanx enche' for that comments.Kita belajar dari kesilapan kan.takpe.Akan diperbaiki) dan Parents Ezwan adalah antara parents yang sempat sue tegur semalam.
Kawan kawan semengajar yang dah resign pun ramai juga yang datang. Azie, KakRaff dan Bro. Ismail.
KakRaff : Sue, dah terlebih 'cerah' dah awak ni...haha.
Sue : Biasalah kak, nama pun sukan..haha
Bro.Ismail d Nigerian : Sis, you look different...
Sue : Yeah, look a bit dark rite?
Bro. Ismail : No. not dark but...
Sue : Tan?
Bro. Ismail : Yeah..hmm, it's a good thing you know. because you look..fresh! ehe
Sue : haha haha (tan = fresh???? gee man, i donno dat. freshly baked,fresh from the oven.aha)
Saya dah hitam. Muka berbelang...Sangat...Malas nak pakai sunblock, dekat sebulan ke padang berpanas terik, mau nya tak gelap...Alah takpelah, 2, 3 minggu ni elok la nanti. Warna kulit akan kembali semula kepada asal. Kulit sue, sue tau la..ehe.
Alhamdulillah...Siap juga Order List (Exam Materials-hui penting ni, kalau takde orderList ni barang barang untuk exam tak dapat la..sure kena marah dengan administrator nanti bagi Order List lewat) dan Exam Taqwim(Exam Deadlines)
Aman dah resign, sue kna jadi Exam coordinator la..
Esok pagi kami semua warga sekolah akan ke padang untuk sportsTraining lagi. Tengahhari kembali kesekolah. Petang nak jumpa BondaBos nak tunjukkan List dan Taqwim ni,dapatkan approval.
Minggu ni kena siapkan Manual Exam yang tak siap siap tuh...
Saya berdoa agar anak anak saya berkelakuan baik esok...Tak mahu ada yang menangis bergaduh bertumbuk melompat dan berlari dalam kelas dengan kuasa kuda tanpa henti...Tolong jangan...
Sue ada beli tudung ber'awning dari satu online boutique. Tudung tu sampai hari jumaat. Tudung two pieces [tudung (dengan lining untuk elakkan nampak bayang bayang leher) plus selendang yang dijahit sekali] Selendang dia ala ala transparent sikit...(tapi cantik) Jadi kena fikirkan cara lilitan yang betul, serta baju yang sesuai untuk tetap nampak sopan. Sue rasa kena pakai pashmina sekali kat luar tudung ni untuk tutup apa yang patut ditutup.
Masa sue buat order, warna dia nampak macam peachy sikit...Tapi bila dapat kat tangan..Waaaaaa....menyalanya! oren terang..i love orange..but this one is too orange...tapi bila pakai, nampak macam ok pulak...(pujuk hati..aha) hmm, terang sangat kan...Menarik perhatian sangat kot...Hmm tertarik ke? err saya bukan magnet...
Sue ada baca artikel 'Bertudung atau Berfesyen' yang dijumpai di salah satu ruangan forum. Artikel tu macam tak menggalakkan sangat muslimah berfesyen...Untuk mengelakkan fitnah dan takut timbul rasa sombong dan riak, jadi tak perlu bergaya.
Tapi kan...dah namanya perempuan, kita mesti la nak cantek kan. Jadi bila kata tak boleh bergaya tu, rasa macam extrem sangat untuk orang-orang biasa macam saya ni (hehe, ada orang luar biasa ke?) Ini adalah pandangan Sue sahaja tau bukan untuk panduan. (perlu diingat, sue ni boleh tahan nakal juga orangnya) Ya, kita mesti berpakaian menutup aurat dengan warna yang tidak menarik perhatian. Tudung boleh digayakan dengan pelbagai cara selagi sopan dan kemas. Kerlipan batu manik atau labuci pula perlu la diminimumkan..tak perlu la sarat sangat...
Dulu, masa sekolah menengah, kami diwajibkan pakai tudung bulat labuh. Tapi sue, pakai tudung bundar, labuh la juga. Sue jahit sendiri tudung sue, tak nak labuh sangat...rimas...Masa remaja saya brutal juga orangnya. Bila keluar dengan family, sue cubacuba la juga pakai macam dalam sekolah, Tudung labuh berstoking bagai dengan baju kurung warna yang paling dull. Tapi abah cakap, 'Along, pakai je macam yang along nak, bukan seperti yang sekolah suruh'Hmm apa maksud abah? tapi pakaian Sue tetap sopan, berlengan panjang dengan seluar baggy tapi tak pakai stoking kaki..(mm tak lengkap juga la). Masa sue umur 15tahun, Sue belajar pakai tudung di rumah bila ada tetamu datang. Agak sukar juga bila balik kampung umah atuk untuk tetap bertudung hingga ke tengah malam kerana sepupu sepupu sue ramai lelaki (err belum termasuk suami makcik makcik) Nak memulakan sesuatu memang payah, tapi bila dah lama lama jadi biasa.
Apa yang sue perasan, abah tak la kata 'Jangan!' walaupun dia kadang kadang tak berapa setuju dengan pemilihan pakaian kami, anak dia yang 5 orang ni. Sue ingat lagi, sue pernah pakai seluar ketat warna puteh gading. tahun 2005 kot. masa tu Sue baru habis buat praktikal kat IMR KL, dan balik rumah untuk menghabiskan cuti semester. Beberapa hari sebelum balik kampung sue gi shopping kat SungeiWangPlaza, jumpa seluar tu (ala ala bell bottom, tight sikit kat paha, tapi loose kat betis) Berkenan, lalu Sue beli. Sue pakai seluar tu dengan blouse pendek (lepas pinggul juga la) Tapi, betul la, pakaian yang sopan menjauhkan gangguan dari lelaki gatal. Sepanjang perjalanan dari KL ke kampung, ada beberapa lelaki yang datang 'mendekat'...siapa suruh sexy kan(weii aku bertudung la, baju lengan panjang apa-sexy tang mana-huhu tak nak ngaku lagi tu) Sampai rumah abah cakap 'Kenapa pakai seluar tu? Baru beli?' Mak tambah sikit 'Seluar tu ikut bentuk kaki...'
Mak dan abah memang tak banyak cakap...Tapi Sue faham la mesej diaorang. Itulah kali pertama dan kali terakhir Sue pakai seluar tu...aha. Sue pernah tengok abah marah sungguh satu hari tu . Tahun 2007 rasanya. Dia ternampak dari jauh anak dia duduk melepak dengan geng sengal mana ntah kat town tak pakai tudung. Waa..adek aku...Tapi adik sue perasan, lalu sempat lari (angah, mujur sempat ko lari.kalau tak memang parah kena belasah dengan abah.. free hair, hilang akal apa!) Masa tu adeq sue liar sikit. Sekarang dah banyak berubah, walaupun baju tak berapa nak longgar lagi tapi lengan panjang dan bertudung...Tak boleh paksa, karang langsung tak mahu pakai tudung pulak. Lagipun dia jenis yang soft, lambat laun sue yakin dia kan faham apa maksud 'menutup aurat dengan sempurna'
Sekarang ni adik lelaki Sue (meir) dah mula rasa tanggungjawab menjaga kakak. Kalau keluar dengan dia tak pakai sarung kaki kena la juga se das. Sue suka pakai selipar..sangat selekeh...
Sue sebenarnya garang juga. Adek sue yang bongsu (lelaki) pernah pakai tShirt dengan gambar setan apa ntah. Sue dengan kuasa veto : Along tak mahu tengok lagi baju ni dalam rumah. Baik ko buang sebelum aku bakar! Berbeza dengan abah Sue, lembut je cara dia tegur. Mungkin sebab abah dah tua kot, dia jadi lembut. Dulu masa muda garang wooo.
E eh, apasal jadi panjang lak ni…Karangan dah tersasar ni. Bertudung lah, tapi jangan mencemarkan nilai tudung…Perempuan memang makhluk yang menarik…tapi kalau nak kata tak boleh bergaya langsung, saya memang tak boleh terima!
-Sue-
saya ajar anak anak kecil. Kanak kanak suka warna terang…Mesti diaorang suka kan kalau teacherSue pakai oren menyala ni. Ahaks.
Sekarang demam tudung ber 'awning' ni...yang lelaki tertanya tanya...awning? tudung ada awning? Ye, bahagian keras atas kepala ni kita panggil awning la.
Yang bestnya tudung ber'awning' ni senang pakai..sarung je, siap! (ini kalau yang bukan ada belahan tengah dan tak perlu lilit...)
tapi, kalau yang harga murah RM15 tu, pendek la sangat...tak lepas bahu, macam yang dalam gambar diatas...Kalau nak pakai, kena beli yang saiz M atau L.
Yang panjang labuh, harganya boleh tahan mahal: Rm 50-RM 70...huhu. Kenapa mahal? mmm sebab dia guna fabrik spandex dan sutera thai..tu yang jadi mahal..(tahan lasak dan tak payah iron-jimatkan elektrik.err)
Memang mahal..tapi sue nak la...nak survey, kot kot ada yang jual murah dari Rm50, nak cari warna hitam arang ber'awning' koko...ehe.
Apa ye yang sue dah buat dalam tempoh 3 hari bercuti ? Penyakit malas datang menyerang. Membuang masa dengan bersenang senang je...Hari jumaat hanya duduk di rumah berehat (demam dan sakit tekak, suara tak keluar langsung-penangan SportsDay Training-Guru guru dah jadi komandan kem tentera, termasuk la sue...Gagah di padang, kemudian demam..ehe. InsyaAllah sukan besar awal februari nanti..tunggu...ahaks)
Sabtu sue kesekolah sekejap (ahad dan isnin..termenung merenung). Menyusun dan mengkoordinasi semula susun atur kelas alIkhlas. Sue pindah kelas lagi...An-nahl sue tinggalkan dengan berat hati (walau baru 2minggu sue jadi 'ibu' mereka, tapi dah rapat...Malah sue dah mula berkawan berSMS dengan ibu mereka. 16 Januari yang lepas Sue pindahkan barang barang Sue dari an-Nahl ke al-Ikhlas.Anak anak remaja yang 7 orang tu (6 lelaki dan 1 perempuan) berkali kali bertanya, 'kenapa teacher...kenapa? Teacher stay la...' Sue hanya senyum..
Al-Ikhlas dan penghuninya (anak kecil, 19 orang, Primary 1) lebih memerlukan Sue...Kasihan, Homeroom mereka tidak 'muncul'. Si Azie jadi makAngkat mereka untuk 2minggu, dan Azie dah resign...jadi,Sue masuk alIkhlas, Ustaz Asghrar Khan take over an-Nahl. Memang la sedih juga, dah mula rapat dengan an-nahl.Dah berkongsi cerita, bergelak tawa, malah sempat juga 'berduka' bersama...
Jadi lah Sue sekarang ibu kepada 19 anak kecil yang pelbagai ragam...(10 lelaki+9perempuan) Yang lelaki, lasaknya bukan main...Meja, tingkap habis dipanjatnya...Sue kadang kadang risau nak tinggalkan tanpa pengawasan.
Subjects yang Sue ajar pun berubah...My new subjects :
Science: Primary 1 and 2
plus Biology untuk budak IGCSE.
Ajar anak kecil, dan anak remaja (kelas IGCSE belum mula lagi-soon)
Eh, sekejap sekejap...tajuk bukan pasal CINTA ke? Bila nak mula? Ehe, sue asyik bercerita pasal students...itukan satu tanda cinta guru pada anak murid. Adat orang bila cinta, mesti selalu sebut...aha
Jun : Sumie nak kawen bulan 4. Ada sape lagi tak antara kita nak kawen tahun ni?Seronok la gi kawen member..Takde ke lagi yang nak kawen..aku memang la lambat lagi..
Azliha : Tu lah...ada lagi tak. syok gak penuhkan kalendar dengan walimah kawan kawan. Sue, kawen lah..
-Aku yang sedang menyuap...Terhenti...la...apa pulak sebut nama eden ni...Topik sensitif ni...
Sue : (senyum dulu) Nak kawen? Belum lagi...Aku nak orang, orang tak nak aku...ehe (cakap dengan perlahan..takut kakSham my kakak dengar,lalu cubit dengan geram)
Jun+Azliha : Aduh...Kisah sedih la pulak...Perempuan sekarang kena aggresif.Lelaki sekarang slow..hmm Kita nak, kita cakap. Kalau tak jadi takpe la, nak wat camner.Cari lain. Yang penting usaha. Usaha tangga Kejayaan.
Dayana : dayana rasa kita kena buat resume la...untuk purpose ni..ehe
Dah..geng cikgu cikgi mula mengarut dan merapu..Tak perlu disebut details kemengarutan kami di sini (malu...ehe)
kakAzeanti : ha, pastu nanti mamat tu cakap 'Your application will be considered. u will get the results in 10 days working days'
HAHA HAHA. kita orang dah gelak sakan...Nak pecah dining hall...
Sue dalam urusan nak beli kereta. bank minta EPF statement...Pejabat KWSP petaling jaya jauh betul...kat jalan Gasing tu..sue pulak 'pandai', tak buka iAkaun..kan dah susah sekarang...hee, kena gi Jalan gasing semata mata nak print penyata kwsp dari kiosk...lecehnya...arghhh saya tertekan!
Ini lah dia my pencilCase. hadiah dari farhan pada tahun 2007 (tahun 2008 diz boy pindah ke Holland. Farhan, teacher rindu sangat pada kamu dan suara kamu yang husky tu!Farhan ni petah dan cheeky, tapi cepat merajuk...ehe)
Koala Bear yang comel tu pula faridIzany hadiahkan...Budak tu suka bagi bear...gee...obvious sangat ke teacher Sue suka teddyBear?