Assalamualaikum…
Harap kalian semua sihat walafiat.
Alhamdulillah kita masih berpeluang melangkah ke tahun baru. Tahun 2006 tahun duka Sue…hoho. Penuh air mata…Menangisi sesuatu yang bukan milik adalah satu perbuatan bodoh! Sepatutnya aku gembira kerna orang yang disayangi(walau tak pernah aku lafazkan..namun memang aku sayang amat) ingin dan selamat mengadakan walimah dengan orang yang Alhamdulillah bagus orangnya...Penat aku pujuk hati ini...Alhamdulillah segala yang berlaku tetap ada hikmahNYA. Kudoakan mereka yang ku anggap 'abang dan kakak sendiri' ini tetap bahagia sampai bila-bila. Ukhwahh Fillah takkkan putus. Doa Along akan tetap mengiringi hidup kalian. InsyaALLAH. Smile(^_^)^
Menangis kerana....arghhh.
(Teringatkan sorang kawan, 'Ko sedih2 nih, ko frust putus cinta ker?' Sue: 'Ishhhh problem lain laa, aper ingat sedih2 nih untuk itu jer ker?') Terima kasih kepada sahabat yang 'sudi meminjamkan bahu' dikala Sue sangat membutuhkannya.(haha keluar perkataan Indon sebijik)
Tahun 2006, saat fasa2 getir dalam hidup... Saya tak mahu bersedih lagi! Saya tak mahu menzalimi diri sendiri lagi. Setiap orang punya masalah, tapi tak semua orang bijak menyelesaikan masalah. Saya Gadis Bijak kan. Gundah gulana dan nestapa cuma berada dalam minda... Vanish it...Kiss it away...Muahhh
Selamat tinggal tahun 2006. Saya Mahu Jadi WANITA BAHAGIA, TERSENYUM DAN CERIA SERTA MENCERIAKAN!!!
Errkkk umurku akan jadi 23 la ye tahun ni…Huh, besar dah ghupanya…
Sue beraya di umah atok seperti biasa setiap tahun… Bila balik umah tok, Sue automatic akan jadi seperti kanak-kanak riang ribena…Meredah semak dan belantara sekitar umah, mengejar anak ayam, dikejar ibu ayam, leka mengikut rama rama terbang, melihat kera bergayutan dan makan dengan banyoknya(sebab aktiviti-aktiviti ini kuat guna tenaga)…haha. Dulu masa kecik-kecik pernah main rakit-rakit kat sungai pahang(depan umah tok ada sungai…) Tapi lepas tu, teruk la kena marah ngan mak…Sekarang bila dah jadi gadis terpingit nih, takut dah nak main kat sungai…
Dengan Tshirt oversized warna kuning, seluar baggy + tudung hitam, Sue melilau sekeliling umah dengan Inchik Sony. Takut ‘ikut’ dek nyamuk, Sue sapu tangan dan kaki dengan almond oil. Terhendap-hendap la Sue di balik daun. Geramnya tengok tupai…Comey sungguh...Tapi susah betul nak tangkap gambar tupai, melainkan kena panjat pokok…kahkah.
Orang cakap jangan pegang anak ayam, nanti dia cepat mati…Sue nampak ada sekor anak ayam yang agak ‘lembab’ berbanding adikberadik nyer yang lain, terus Sue tangkap. Tangan Sue lembut, InsyaALLAH anak ayam tu tak tercedera.ahaks. Lembek betul anak ayam tu, selalu kena tinggal ngan mak dia…Sue tolong angkatkan kasi kat mak dia jer…heh. Sue rasa anakayam tuh tak boleh survive. Kalah kepada Hukum Pemilihan Semulajadi; yang lemah takkan hidup lama. Tak tegap. Tegap mengikut istilah Biologi, kemampuan untuk terus hidup, dan mempunyai generasi(offsprings) yang akan memastikan keturunannya tetap exist dalam dunia ni…jadi tak semestinya orang (hmm lelaki)yang kelihatan sasa dan macho itu TEGAP! ahaks




Sue

4 comments:
Eh, bila masa saya ada anak ni Sue?? Saya masih teruna lagi! =D
(Apsal komersil sgt nama Riz ni ha? haha)
alaahai comeynya anak ayam tu, rasa cam nak jentik je kepala dia.
anak hang la tuh riz, ngaku bujang laks...
nama baby tu, Johanrizq, memula dlu ingat Johanreese(omputeh bebenorrr)
Anak ayam tu memang comel...gegham koi nak bawok balik umoh...
(huhu terkeluor loghat pahang)
Fulamak Johanrizque Al'fonso d Albuqueque! Mengagumkan! Tapi yang penting dia mesti sama hensem cam ayah dia nanti. =D
Awok oghang mane sebenonye Sue? Pahang beloh mane? Koi leh cakap sket2. Ghodong2 ramai beloh sane! =D
bukan bahasa baru la aiyeza. loghat pahang nih.
Koi orang Temerloh Riz. Bandor Ikan Patin.(tapi koi takde le gemor ngat ikan patin masak tempoyok tu-yang goreng2 ok la).
Ghodong aok, pahang kat mane Riz?mana tahu tetiba ghodong koi jugek.
Post a Comment