About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

10 January 2007

Semalam nyer...

-i love this pic-

[ini tulisan semalam, tapi tak dapat publish kerna server blogger ada problem smlm. Hmm mcm tu la kot)

Assalamualaikum.

Harap kalian semua sihat. Tekak masih dalam mood ‘meragam’. Heh.

Tadi adik Sue call, katanya ada seorang student di kolej matrixnya cuba bunuh diri. Bad injured la, syukur tak mati. Bikin kecoh je budak tu. Ditimpa masalah apa sampai sanggup kelar tangan macam tuh.

Satu perbuatan menzalimi diri sendiri yang terlampau. Oh untuk pengetahuan semua, student tu perempuan, budak architecture (kalau tak silap apa yang adik cakap tadi). Serta seorang Muslim. Astaghfirullah. Macam mana dia boleh tergamak buat macam tu? Masalah apa ye? Di fikiran Sue gadis-gadis muda selalunya terdorong untuk bunuh diri kerana ‘termengandung out of wedlock’. Perut makin besar, kepala makin risau, balak cabut lari, nak bagitahu parents takut kena belasah sampai mati….Jadi jiwa makin kacau, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, mulalah dengar ‘suara halus yang bukan-bukan’. Itu pasal bila kita tengah stress atau runsing terhadap sesuatu perkara elakkan duduk seorang diri termenung sana sini. Syaitan suka…

Pernah dulu Sue masa matrix level, seorang student satu batch berhenti sebab terpregnant. Syukurlah pakwe dia kira tanggungjawab jugak. (Ye lah masa tu pakwe dia dah 25tahun, dan dah kerja). Diaorang terus kawen. Tapi bagi Sue tak perlu lah sampai berhenti…Kami dah masuk 2nd semester masa tu. Then our lecturer plak bagi nasihat ‘jangan couple ngan orang dewasa’…Huhu. Dia cakap, (masa tu lah) kami ni masih budak sangat(still a baby, only 18), TAK PANDAI NAK KATA TIDAK lagi. (sebenarnya kalau dengan yang sebaya pun kalau dua dua ‘tak jaga batas pergaulan’ jadi jugak-Cuma apa yang membezakan budak lelaki dengan orang lelaki, orang lelaki ni dah pandai memanipulasi dan memujuk kot. Ntah!)Hoho. Heee tapi masa tu fikir, kalau lah aku berada di tempat budak tu, mesti takut sangat sangat. Ada ‘orang’ dalam perut seh. Huh mesti rasa alienated giler, dah lah lum kawen lagi,Huh cuak-cuak.

Ok berbalik kepada budak nak bunuh diri tadi, masalah sebenar budak tu masih belum diketahui lagi. Takkan tension study bunuh diri…ataupun break up….huh bodoh la.Bunuh diri bukan lah satu penyelesaian! Atau dia ada masalah psikologi. Ada sesetengah orang menderita atas tabiat ‘suka mencederakan diri sendiri’. Ada tau orang yang macam nih…Sue pernah jumpa dulu masa sekolah. Hee ngerinya. Tak dapat dibayangkan, Sue, pegang pisau lipat hiris hiris kulit lengan yang mulus nih. OOOooooo TIDAK!

Jangan lah menzalimi diri sendiri. Contoh contoh lain menzalimi diri:

1) Bila sakit liat nak makan ubat, tak pergi klinik

2) Dah tahu sakit tak reti-reti nak pantang makan?

Hee ni cakap kat diri sendiri nih. Heheh

[malam tadi mimpi buruk…Perang dingin antara kedua belah keluarga. Huhu takutnya... yaAllah jauhkan lah musibah dan bencana ke atas keluarga ku.Ameen]

Ok Sayangi diri anda. Sue juga sayang kamu.

(maaf tulisan dan bahasa tunggang langgang)

-Sue-

6 comments:

riz said...

Hah! Cakap pasal bunuh diri ni, saya ada satu citer best gak ah. Sue cakap pasal pompuan, yang ni budak laki lak nak bunuh diri pasal pompuan.

Kisah ni terjadi kat member punya member saya, dia ugut budak pompuan a.k.a. girlpren dia supaya putus kawan dengan sorang laki ni (yg digosipkan sbg kekasih baru bdk pompuan ni), kalo tak dia lemaskan diri kat dalam laut! Dan memang dia ada kat dalam laut masa tu pd tgh mlm! Astaghfirullah~!

Pompuan ni tak berenti2 nangis sambil pujuk laki tu. pastu cepat2 dia kol kengkawan boifren dia, mintak tolong selamatkan laki tu. Apa lagi, habis satu bala tentera dtg nak selamatkan laki gila ni. Sampai je area tersorok di pantai Teluk Chempedak, nampak la si bdk laki tu dah ada kat dalam laut, menghampiri paras leher. Si budak pompuan ni plak mcm dah nak pengsan menangis...

Member2 dia abis pujuk, sambil cuba menghampiri laki tolol tu. Ada la nak dekat 30 minit (berdasarkan apa yang diberitau), baru la dapat tarik laki tu ke daratan. On da way balik, laki tu tak berkata apa sampai ke rumah, manakala minah tu plak masih lagi dengan sedu tangisan.

Balik umah tu dah la kene lempang dek mak ayah dia, tak bley kluar umah plak tu. Isk isk isk... =\

Gadis said...

hmm..ckp psl bunuh diri,kebanyakkannya mesti girl..klau laki jarang gak ar..sbb laki ni rasional sket..well, kdg2 diorg fikir,mati tu the best solution..tp tu la, kene kuatkan iman..well, x nafikan,klau azi ade problem ke yg mmg x tahan sgt, slalu je ckp 'feel like dying' ataupun 'baik mati je mcm ni'..tp x brani pun nk mati pun..huhu..mintak jauhhh

Anonymous said...

Sebut pasal tensen ni...ada dulu dkt maktab isteri saya, ada sorang pelajar mati sebab putus urat di kepala...ada kawan2nya kata dia tgh tension study dan menelaah dan tiba2 je collapse.

Eh btw...sayang awak juga...hihihihih

d ordinary me said...

wah riz and inchik nabil nyer citer agak mengerikan. putus urat kepala?

betul aiza, moga dielakkan lelaki yang suka buat perangai menyusahkan cam tu. Azi jaga diri bebaik ek.

Ok mari la kita semua sayang menyayangi. Kempen sayang sayang...bagus jugak ni inchik nabil.
ucapkan sayang selagi sempat.(^_^)^

riz said...

Uuurgh~! Jadi bleh buat moral la kat sini: DON'T STUDY HARD, IT KILLS. XD

Eh ape ni encik Nabil!! Berani ko cakap camtu kat Sue?? Mana boleh~~~~~ ko je yang cakap! Aku pun nak cakap gak ah

SAYA JUGA SAYANG KAMU~~! (bunyi mcm endon lak) XD

d ordinary me said...

ahah Don't Study hard it kills...heheh

takpe bunyik cam indon takpe, asalkan maksudnya sampai.

ok semua marilah ber'sayang sayang'

Saya SAYANG kalian!!!