About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

19 January 2007

-awal Muharam-

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


-Salam awal tahun untuk kawan-kawan sekalian. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah kerana Sue diberi peluang untuk menjalinkan untaian ukhwah ini dengan kalian semua; Riz&Aiza, KakEl&KakAna, Hafiz dan Azi, EnchikNabil, Chika, Rnysa, kakSuraya dan kepada sesiapa sahaja yang sudi hadir menjenguk blog ini.

Moga kita dimurahkan rezeki dan berada di bawah limpahan rahmat ALLAH. Moga dipermudahkan segala urusan kita. Moga segala kesusahan yang Sue sedang tempuhi ini menjadikan Sue lebih tabah lagi hendaknya. Setiap segala kesempitan pasti ada jalan keluarnya, kita sebagai hambaNYA perlu berusaha tanpa ada rasa kecewa(kadangkadang Sue rasa sungguh 'lelah dan give up' hingga terfikir alangkah bagusnya menjadi kameleon hijau yang comel, tanpa masalah...Astagfirullah)

-Allah Lebih Mengetahui Apa yang Lebih Sesuai Untuk HambaNYA-

-Allah Juga Takkan Menguji HambaNYA melainkan dengan Apa Yang Termampu untuk Dihadapi oleh Hamba-HambaNYA-

-salam sayang bersulam madu-

Sue

4 comments:

Somebody said...

salam awal muharam juga buat sue..take care

Somebody said...

insyaAllah kita semua terpelihara dari segala dosa dan terjaga amalan sepanjang tahun ni..amin

d ordinary me said...

hmm aiza kita leh bukak persatuan 'kameleon ijo' seantero alam...huhu

-haFiz, thanx eh

Gadis said...

salam awal muharam to u too..all the best for u