About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

18 December 2006

Entry hari ini...

credit: Barb Uil
-bila tengok baby comel, Saya rasa teruja untuk punya satu(from my own)...Wah wahhh...Tapi bila memikirkan perkahwinan, rasa itu jadi tawar plak(takut dengan tanggungjawab???)...ahaksss-

Assalamualaikum

Isnin datang lagi. Alhamdulillah.

Tadi Sue baca satu artikel di theCicak.com. Artikel yang menarik bertajuk ; I attacked a Sikh boy. Penulis itu menceritakan bagaimana dia di zaman kanak-kanak (zaman nakal dan ‘kejam’) telah membuli seorang kanak-kanak lelaki Sikh. Penulis tersebut dan rakan-rakannya punya rasa ‘ingin tahu sangat-sangat’ apa yang ‘tersembunyi’ di sebalik turban(kain lilit kepala sikh tu…) yang dipakai budak tersebut.

Jadi kawan-kawan penulis itu telah mencabut turban tersebut dari kepala budak malang tersebut(tentunya atas arahan penulis itu: wahh gangster betul budak tu[penulis itu seorang perempuan]). Budak malang itu hanya mampu menangis…huhu. Tak melawan pun? Penulis dan gengnya yang berhati kering gelak suka hati. But then the writer pat the boy’s back and said: “Don’t cry”… haha…kelakar betul la…Lepas buli orang, pujuk plak. Tapi mereka semua masa tu langsung tak sedar betapa ‘salahnya’ perlakuan mereka itu(ye la sebab budak sangat lagi, masa tu).

Dan setelah bertahun-tahun berlalu dan penulis itu sendiri makin dewasa…maka penulis itu sedar betapa ‘salahnya’ perbuatan dia dan gengnya terhadap budak lelaki itu. Betapa kita di zaman kanak-kanak sangat ‘tidak sensitif’ terhadap perasaan (dan agama) orang lain.

Teringat sesuatu:

-Lokasi: Bilik kuliah sebuah uni tempatan(3tahun lepas)

-aktiviti: menunggu lecturer masuk kelas

ShiauBin: ‘I suka la tudung u Sue. Dan cara u pakai pun menarik. Semacam ada fesyen pulak’

Sue: ‘Oo thanx.’

(sambil melirik tudung koko feveret yang dipakai. Sebenarnya pakai silang pangkah macam biasa aja…Tapi mungkin sebab Sue yang pakai, Shiau bin nampak tudung tu jadi extra cantik plak. Ahaks.)

Shiau bin: ‘Tapi dia tak pakai tudung pun.’(sambil mengunjukkan tangan ke arah salah seorang teman sekuliah(girl) yang berbangsa Melayu[dan Islam] ).

‘Boleh ke?’

Sue: ‘Tak boleh! Berdosa!’

Shiau bin: ‘Ooo berdosa’

Teringatkan Shuh Pying…(disaat kami di tahun akhir (awal tahun 06)

Sue and Yani: Ala Shuh Pying nape u tak pakai sexy-sexy macam kawan-kawan u yang lain? Ni nampak cam amoi kampong jer.

(hee memang Shuh Pying datang dari desa pun…Jahat tul kitaorang. kami pun gadis desa yang terpingit juga.ahaks)

Shuh Pying: Hmm tak elok lah. Dalam Islam tak elokkan. Pakai sexy berdosa, orang yang tengok pun berdosa kan?

Sue and Yani: Jaw dropped…

Kadang kadang kita jadi malu sendiri pada kawan kawan seagama yang terang-terangan mengingkari perintah agama dan menimbulkan perasaan pelik pada kawan-kawan ‘non muslim’ yang tahu perlakuan itu tidak dibolehkan dalam agama! Islam!

-Islam is the way of life-

Sue


4 comments:

Chika Chika said...

mmm.btol. kdg2 malu dgn diri sendiri. :)

Somebody said...

salam,
dah lama tak singgah blog sue ni..banyak dah entry..semua nya menarik2..keep it up..!

d ordinary me said...

[chika] betul tu Chika...

[hafiz] Waalaikumussalam.
thanx kerana masih sudi meluangkan masa melawat blog Sue.
Sue nak 'Hubby Azi' ni pun rajin-rajin lah kongsi informasi kat blog.

Somebody said...

hehe..tengah tak de idea nak tulis apa..