About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

07 December 2007

-salam-

-geng cikgi cikgi-

Salam buat semua. Sihat? Kursus tamat 30hb aritu cuma malas nak blogging tu aje.Lalang dah jadi sama tinggi dengan tuan..

-keyboard ni 'keras'...susah nak menaip...

bye
Love
Sue



27 November 2007

aku dia dan titik noktah.

--rakan seperjuangan--
Sue sedang berkursus sekarang... aiza nak perkembangan 'cerita' ye? takkan berkembang kerana sudah ditamatkan...sekian terima kasih

06 November 2007

saya masih bizi..

-sue-
P.D 4th Nov 07

Salam. Report card pickup day hari sabtu ni. tak menang tangan dah ni...huhuh

31 October 2007

dah abih marking paper..ehe

Selepas ini Sue akan sibuk key in markah dan siapkan report card anak anak pulak..uhu. chayo chayo ^^


--salam sayang--
Teacher Sue aka Homeroom Teacher 2 alBuruj yang bizi...ehe

30 October 2007

my adib..

Rabbi zidni ilman...

Salam sayang

Teacher Sue yang sibuk sangat sekarang ni..uhu


24 October 2007

Salam hari rabu...

--raindrops-morning glory--
Sue pakai purple hari ni..Love purple!
Salam

8.30am


Teacher Sue escape dari assembly. kalau time time skolah dulu buat perangai camni, mesti kena denda punya..ehe.

Hari ni banyak kena jaga kelas exam. dari pagi sampai pukul 3.30...huhu.

2 hari yang gembira tidak boleh dipanjangkan lagi hari ini. huhu...Paper banyak nak mark..kerja homeroom teacher lagi...kerja2 pemfailan yang banyak tak ingat tuu...(mmmm ada rasa tak puas hati juga, elaun homeroom tak dapat pun..alasannya aku ni masih under probationary, tapi sekurang2nya bagi separuh la...kerja banyak bukan main...mereka mereka tu suka benar guna perkataan jihad bila bab gaji diungkitkan. Tapi bab kebajikan pekerja ada fikirkan sekali? Bukan duduk padang pasir la...I need to pay bills with money bukan air liur! hmm kalau nak kira menda tak puas hati, BANYAK...)

"wahai orang orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiaplah dan bertakwalah kepada Allah, moga moga kamu beruntung" surah Ali Imran: ayat 200

nak gi breakfast...babai

SueAbdullah






22 October 2007

selamat pengantin baru!!!

selamat pengantin baru!

Aman&Nadia

20Oktober2007


Assalamualaikum. Dah lama benar membiarkan blog ini bersawang. Dah lama benar tak menulis dalam erti kata sebenar menulis...


Alhamdulillah minggu minggu 'tak menang tangan kerja berlambak kejar dateline' tu baru berakhir (fasa pertamanya lah). Budak budak tengah exam sekarang. (Hari pertama final semester exam). Lepas ni nanti nak kena mark exam papers dan key in marks.


Sakit belakang yang dah lama menyepi tu tiba tiba menyerang pulak pagi ni..adoila. sakit mencucuk cucuk...Tapi sue tetap OK. alhamdulillah (^_^)


Pagi tadi Adzreel berdarah hidungnya. Biasa la budak budak. Cuma Sue agak kesal akan 'tindak balas' Sue yang slow cam kekura. kurang alert...impuls jalan lambat tul tadi...hehe. Dengan keadaan Adzreel yang dikurumuni orang..(di muka pintu lab-jarak Sue dalam 3m kot dari pintu tu) entah kenapa Sue masih melekat di kerusi, hanya jadi pemerhati kepada kekacauan sedangkan Sue adalah maknya Si Adzreel tu.Setelah dapat 'alarm siren' dari enchikB, baru Sue bangun. Bergegas ke dining hall cari tisu. Sue cuci kesan darah dihidung serta dimuka Adzreel sambil borak borak kosong.ehe. Adzreel ni kelakar budaknya, sempat pulak buat lawak...ehe. Terima kasih tak terhingga buat UstazA dan sesiapa sahaja yang telah menolong anak Sue ni tadi. THANX


Oh oleh kerana mood pengantin baru aman masih lagi 'in the air' Sue nak berkongsi sebuah artikel yang relate dengan perkahwinan. mmm pada saat tok Kadi membacakan khutbah nikah di hadapan Aman tempoh hari, ada rasa sebak dan insaf menyapa lubuk hati...

TUJUAN BERUMAHTANGGA
Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima
kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari
satu prinsip hidup saya yang penting, ‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’.

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan....

-mahu baca selanjutnya? sila ke http://saifulislam.com/?p=75

-salam sayang bergula-

Sue Abdullah


22 September 2007

Balik Kampung

--blackie--

Pagi tadi dengan nekadnya menggagahkan diri balik kampung. Balik temerloh..walau demam dan batuk masih belum sembuh spenuhnya. BIla balik rumah ni rasa disayangi sungguh...Abah duk sibuk mengingatkan aku supaya makan ubat. Mak pulak memandang muka aku tak henti henti..Naluri ibu..mungkin dia terasa ada sesuatu yang tak kena dgn anak dia yang sorang ni.. Ehe takde lah mak. dun worry...i'm OK!!! kan tadi along makan siap bertambah time berbuka...ehe

Time to Sleep...


thank you for loving me ^^
-sue-

21 September 2007

tagged

Salam
nampaknya adikku Aiza telah menge'tag' kakSue nya jadi untuk tidak menghampakan adik kesayangan, di sini kakSue tunaikan permintaan mu ok...

4 jobs I’ve had in my life :

1) baby sitter
2) tuition teacher
3) temporary teacher
4) still..a cute teacher...

4 movies I can watch over and over again :

1) my best friend's wedding
2) ??????
3) ???????
4) ???????

4 places I’ve been on vacation to :

1) kuantan
2) genting highlands
3) perak
4) penang

4 of my favorite dishes :

1) asam pedas
2) bubur nasi
3) sup cendawan
4) ikan singgang

4 places I would like to visit :

1) mecca & medina
2) Japan
3) ???????
4) ???????

4 most overused words :

1) sengal
2) janganlah
3) no lah
4) tak mo!

5 things found in my bag :

1) wallet
2) payung
3) pen, pencil etc
4) hp
5) kertas kertas-ehe

5 things found in my wallet :

1) duit
2) resit
3) biznes card 'ex special'
4) stamps
5) atm card

5 things i'm currently into :

1) sensitive
2) bookz
3) my Quran Terjemahan (hadiah hari lahir dari seorang abang)
4) ---sick--
5) ------------?????

19 September 2007

sayang...


“Ya Allah, Tuhan Pemilik Segala Cinta.. Letakkanlah dunia dalam genggamanku, jangan di hatiku.. Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah! Ya Allah, sungguh aku memohon redhaMu dan SyurgaMu! Amiin.”
Fitrah Manusia Merindui Kasih Sayang....
Sue

18 September 2007

salam.
hari ini kurang sihat.
demam batuk sakit tekak
Sebenarnya dari hari jumaat lagi terasa badan 'semacam'
Menangis...sedih..sepanjang hari, membawa kesan kepada kesihatan.
Cukup lah Sue, sayangilah diri.............
Penatnya hari ni test PAFA budak budak primary 1...
jumpa ssuatu di portal muslimah tadi...Rahsia sulit perempuan yang kaum adam boleh tau melalui pandangan....!!! huii
-tutup aurat-
sayangi diri anda

14 September 2007

Cukup Bagiku Allah
****************************
Penuhi jiwa ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan rahmat-Mu
Meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
Meski begitu hina ku bersimpuh
Cukup bagiku AllahSegalanya untukku
Dihati ku ini penuh terisi
Segala tentang Allah
Kepada Nabi Muhammad
Tercurah solawat
AllahTiada tuhan selain Allah
CUKUP BAGIKU ALLAH
Hasbi Rabbi Jalallah
Mafi Qalbi Ilallah
'Ala hadi solallahLa ilaha Illallah
Penuhi jiwa ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan rahmat-Mu
Meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
Meski begitu hina ku bersimpuh
*****************************
Semalam, 1 ramadhan. Anak anak jadi super baik pulak...Ada sesi 1 jam dgn mereka(2alburuj) semalam. Oleh kerana silibus pn dah abis, Sue hanya bagi worksheet utk dibincangkan bersama. Period masih berbaki 30 minit jadi mereka meminta izin utk mengisi masa dengan reciting alQuran. alhamdulillah.
Teringat minggu lepas, Adib (my Baby..ehe) praktis berpuasa. Awal pagi dah sibuk sibuk bagi tahu Sue dia berpuasa. Tetapi tak sampai jam sebelas dia dah cakap dia nak berbuka. eh budak2 nak guna komp lab ni, ada kelas plak. ok ptg ni sambg smula citer...ehe

10 September 2007

isnin

Banyak kerja...tapi malas. uhu.

Saya mahu jadi lebih RAJIN, lebih LEMBUT(grace ye bukan lembek atau lembap- tapi tadi baru je mengamuk kat 2 alburuj..maaf anak2, kebelakangan ni emosi teacher Sue tak berapa stabil-tapi kalau degil, buat perangai memang la Teacher Sue marah, marah kan tanda sayang) serta lebih BAIK. insyaAllah.

Terima kasih ustaz Badri (ajar subjek Art and Craft) yang sudi buatkan Sue kad yang sangat cantik tu. I really love it. (anak anak aku yang super excited, terlompat lompat di meja Sue and said: Ustaz badri gave you a letter teacher. Open teacher. open.. Its not a letter la, a birthday card from rakan sekerja..thanx again.

Jiwa kacau...

Tempoh seminggu untuk Sue istikharah (seperti diminta oleh 'pihak sebelah' sana) akan genap esok...Mungkin Sue akan minta tambah masa lagi. Hati Sue berkecamuk... tiba tiba ingatan melayang teringatkan seseorang. Astagfirullah. Kisah lalu hanya layak dipenjarakan di bawah dasar laut tanpa perlu diusik lagi...


Allah, tunjukkan aku jalan...
Wahai hati cukuplah..

bangkit dari jaga...

Assalamualaikum.
harap semua sihat.
Akhirnya Sue keluar dari kepompong hibernasi.
Semalam genap umur Sue, 23 tahun. Alhamdulillah.

Terima kasih buat rakan-rakan,sahabat-sahabat,abang-abang, kakak-kakak serta makcik makcik yang sudi memberikan ucapan/ wish birthday. Terima kasih atas doa doa tersebut.

dari PakTony: Happy birthday 2u. Semoga tambah solehah, dewasa dan segera dpt pendamping hidup yang soleh...

darikakNadia: Selamat hari lahir yang ke23, moga cepat cepat ketemu jodoh...hehe

dariAbangAfiz: Semoga dipertemukan jodoh yang beriman...Amin.

dari Pakwe: eh takde pakwe...perasan je lebih...





terima kasih semua....

04 August 2007

hibernasi

Atas faktor faktor yang tidak dapat dielakkan pemilik blog ini akan berhibernasi untuk tempoh waktu yang tak dapat dijangka bila tamatnya.
-Sibuk melampau serta graf emosi yang naik turun bak roller coster-
Salam Sayang
Sue

24 July 2007

Soal hati


sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO...
--entry kali ini sangatlah 'blues' sila jangan baca--

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapatdipergunakanlagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnyabegituistimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukanmudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL....

27 June 2007

EBIET G ADE NYANYIAN KASMARAN LYRICS

By Ebiet G. Ade

Sejak engkau bertemu lelaki bermata lembut
ada yang tersentak dari dalam dadamu
Kau menyendiri duduk dalam gelap
bersenandung nyanyian kasmaran
dan tersenyum entah untuk siapa
Nampaknya engkau tengah mabuk kepayang
Kau pahat langit dengan angan-angan
Kau ukir malam dengan bayang-bayang
Jangan hanya diam kau simpan dalam duduk termenung
Malam yang kau sapa lewat tanpa jawab
Bersikaplah jujur dan terbuka
Tumpahkanlah perasaan yang sarat
dengan cinta yang panas bergelora
Barangkali takdir tengah bicara
Ia diperuntukkan buatmu
dan pandangan matanya memang buatmu
du du du du du du du du du du du du du du du du
Mengapa harus sembunyi dari kenyataan?
Cinta kasih sejati kadang datang tak terduga
Bergegaslah bangun dari mimpi
atau engkau akan kehilangan
keindahan yang tengah engkau genggam
Anggap saja takdir tengah bicara
Ia datang dari langit buatmu
dan pandangan matanya khusus buatmu
du du du du du du du du du du du du du


23 June 2007

aku dan sesuatu...

Salam buat semua. Harap kalian semua sihat. Sudah lama benar tak update.. Pelbagai perkara berlaku dalam tempoh tersebut. Suka duka, tangis tawa, resah gundah ceria lara...

Kehidupan ini satu misteri...

Sekarang Sue berada di rumah, di Temerloh. Punya urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Sepatutnya hari ini Sue ke sekolah...Perlu bertugas sebagai 'guru pemerhati' bagi 'Karate grading'... Alhamdulillah Ustaz Arif dan Ustaz Fakha bersedia 'menggantikan'...Terima kasih tak terhingga buat kalian berdua.

Hari ini ada rasa terkejut sedikit dengan kedatangan emel daripada orang yang Sue tak pernah jangka pun... Siap dengan ucapan 'Tahniah di atas pertunangan'... herkkkk. Kepulangan Sue ke ke kampung bukanlah atas tujuan nak bertunang pun, Sue hanya bergurau je kat Ustaz ustaz di sekolah (yang bertanya :'kenapa tiba tiba nak balik kampung ni?') Sue kata nak balik bertunang...Sengal kan Sue, perkara macam ni pun nak buat bergurau....Astagfirullah...


Terkadang aku tak sedar,
Terkadang aku leka,

seringkali juga alpa

dan akhirnya bersarang di dada

Teacher Sue and Teacher Awie

Acara berbalas pantun Minggu Bahasa Melayu
Apa diharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap padanya orang,
Entahkan sudi entahkan tidak...


Teachers' Training

Love
Sue