About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

22 September 2007

Balik Kampung

--blackie--

Pagi tadi dengan nekadnya menggagahkan diri balik kampung. Balik temerloh..walau demam dan batuk masih belum sembuh spenuhnya. BIla balik rumah ni rasa disayangi sungguh...Abah duk sibuk mengingatkan aku supaya makan ubat. Mak pulak memandang muka aku tak henti henti..Naluri ibu..mungkin dia terasa ada sesuatu yang tak kena dgn anak dia yang sorang ni.. Ehe takde lah mak. dun worry...i'm OK!!! kan tadi along makan siap bertambah time berbuka...ehe

Time to Sleep...


thank you for loving me ^^
-sue-

21 September 2007

tagged

Salam
nampaknya adikku Aiza telah menge'tag' kakSue nya jadi untuk tidak menghampakan adik kesayangan, di sini kakSue tunaikan permintaan mu ok...

4 jobs I’ve had in my life :

1) baby sitter
2) tuition teacher
3) temporary teacher
4) still..a cute teacher...

4 movies I can watch over and over again :

1) my best friend's wedding
2) ??????
3) ???????
4) ???????

4 places I’ve been on vacation to :

1) kuantan
2) genting highlands
3) perak
4) penang

4 of my favorite dishes :

1) asam pedas
2) bubur nasi
3) sup cendawan
4) ikan singgang

4 places I would like to visit :

1) mecca & medina
2) Japan
3) ???????
4) ???????

4 most overused words :

1) sengal
2) janganlah
3) no lah
4) tak mo!

5 things found in my bag :

1) wallet
2) payung
3) pen, pencil etc
4) hp
5) kertas kertas-ehe

5 things found in my wallet :

1) duit
2) resit
3) biznes card 'ex special'
4) stamps
5) atm card

5 things i'm currently into :

1) sensitive
2) bookz
3) my Quran Terjemahan (hadiah hari lahir dari seorang abang)
4) ---sick--
5) ------------?????

19 September 2007

sayang...


“Ya Allah, Tuhan Pemilik Segala Cinta.. Letakkanlah dunia dalam genggamanku, jangan di hatiku.. Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah! Ya Allah, sungguh aku memohon redhaMu dan SyurgaMu! Amiin.”
Fitrah Manusia Merindui Kasih Sayang....
Sue

18 September 2007

salam.
hari ini kurang sihat.
demam batuk sakit tekak
Sebenarnya dari hari jumaat lagi terasa badan 'semacam'
Menangis...sedih..sepanjang hari, membawa kesan kepada kesihatan.
Cukup lah Sue, sayangilah diri.............
Penatnya hari ni test PAFA budak budak primary 1...
jumpa ssuatu di portal muslimah tadi...Rahsia sulit perempuan yang kaum adam boleh tau melalui pandangan....!!! huii
-tutup aurat-
sayangi diri anda

14 September 2007

Cukup Bagiku Allah
****************************
Penuhi jiwa ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan rahmat-Mu
Meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
Meski begitu hina ku bersimpuh
Cukup bagiku AllahSegalanya untukku
Dihati ku ini penuh terisi
Segala tentang Allah
Kepada Nabi Muhammad
Tercurah solawat
AllahTiada tuhan selain Allah
CUKUP BAGIKU ALLAH
Hasbi Rabbi Jalallah
Mafi Qalbi Ilallah
'Ala hadi solallahLa ilaha Illallah
Penuhi jiwa ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan rahmat-Mu
Meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
Meski begitu hina ku bersimpuh
*****************************
Semalam, 1 ramadhan. Anak anak jadi super baik pulak...Ada sesi 1 jam dgn mereka(2alburuj) semalam. Oleh kerana silibus pn dah abis, Sue hanya bagi worksheet utk dibincangkan bersama. Period masih berbaki 30 minit jadi mereka meminta izin utk mengisi masa dengan reciting alQuran. alhamdulillah.
Teringat minggu lepas, Adib (my Baby..ehe) praktis berpuasa. Awal pagi dah sibuk sibuk bagi tahu Sue dia berpuasa. Tetapi tak sampai jam sebelas dia dah cakap dia nak berbuka. eh budak2 nak guna komp lab ni, ada kelas plak. ok ptg ni sambg smula citer...ehe

10 September 2007

isnin

Banyak kerja...tapi malas. uhu.

Saya mahu jadi lebih RAJIN, lebih LEMBUT(grace ye bukan lembek atau lembap- tapi tadi baru je mengamuk kat 2 alburuj..maaf anak2, kebelakangan ni emosi teacher Sue tak berapa stabil-tapi kalau degil, buat perangai memang la Teacher Sue marah, marah kan tanda sayang) serta lebih BAIK. insyaAllah.

Terima kasih ustaz Badri (ajar subjek Art and Craft) yang sudi buatkan Sue kad yang sangat cantik tu. I really love it. (anak anak aku yang super excited, terlompat lompat di meja Sue and said: Ustaz badri gave you a letter teacher. Open teacher. open.. Its not a letter la, a birthday card from rakan sekerja..thanx again.

Jiwa kacau...

Tempoh seminggu untuk Sue istikharah (seperti diminta oleh 'pihak sebelah' sana) akan genap esok...Mungkin Sue akan minta tambah masa lagi. Hati Sue berkecamuk... tiba tiba ingatan melayang teringatkan seseorang. Astagfirullah. Kisah lalu hanya layak dipenjarakan di bawah dasar laut tanpa perlu diusik lagi...


Allah, tunjukkan aku jalan...
Wahai hati cukuplah..

bangkit dari jaga...

Assalamualaikum.
harap semua sihat.
Akhirnya Sue keluar dari kepompong hibernasi.
Semalam genap umur Sue, 23 tahun. Alhamdulillah.

Terima kasih buat rakan-rakan,sahabat-sahabat,abang-abang, kakak-kakak serta makcik makcik yang sudi memberikan ucapan/ wish birthday. Terima kasih atas doa doa tersebut.

dari PakTony: Happy birthday 2u. Semoga tambah solehah, dewasa dan segera dpt pendamping hidup yang soleh...

darikakNadia: Selamat hari lahir yang ke23, moga cepat cepat ketemu jodoh...hehe

dariAbangAfiz: Semoga dipertemukan jodoh yang beriman...Amin.

dari Pakwe: eh takde pakwe...perasan je lebih...





terima kasih semua....

04 August 2007

hibernasi

Atas faktor faktor yang tidak dapat dielakkan pemilik blog ini akan berhibernasi untuk tempoh waktu yang tak dapat dijangka bila tamatnya.
-Sibuk melampau serta graf emosi yang naik turun bak roller coster-
Salam Sayang
Sue

24 July 2007

Soal hati


sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO...
--entry kali ini sangatlah 'blues' sila jangan baca--

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapatdipergunakanlagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnyabegituistimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukanmudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL....

27 June 2007

EBIET G ADE NYANYIAN KASMARAN LYRICS

By Ebiet G. Ade

Sejak engkau bertemu lelaki bermata lembut
ada yang tersentak dari dalam dadamu
Kau menyendiri duduk dalam gelap
bersenandung nyanyian kasmaran
dan tersenyum entah untuk siapa
Nampaknya engkau tengah mabuk kepayang
Kau pahat langit dengan angan-angan
Kau ukir malam dengan bayang-bayang
Jangan hanya diam kau simpan dalam duduk termenung
Malam yang kau sapa lewat tanpa jawab
Bersikaplah jujur dan terbuka
Tumpahkanlah perasaan yang sarat
dengan cinta yang panas bergelora
Barangkali takdir tengah bicara
Ia diperuntukkan buatmu
dan pandangan matanya memang buatmu
du du du du du du du du du du du du du du du du
Mengapa harus sembunyi dari kenyataan?
Cinta kasih sejati kadang datang tak terduga
Bergegaslah bangun dari mimpi
atau engkau akan kehilangan
keindahan yang tengah engkau genggam
Anggap saja takdir tengah bicara
Ia datang dari langit buatmu
dan pandangan matanya khusus buatmu
du du du du du du du du du du du du du


23 June 2007

aku dan sesuatu...

Salam buat semua. Harap kalian semua sihat. Sudah lama benar tak update.. Pelbagai perkara berlaku dalam tempoh tersebut. Suka duka, tangis tawa, resah gundah ceria lara...

Kehidupan ini satu misteri...

Sekarang Sue berada di rumah, di Temerloh. Punya urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Sepatutnya hari ini Sue ke sekolah...Perlu bertugas sebagai 'guru pemerhati' bagi 'Karate grading'... Alhamdulillah Ustaz Arif dan Ustaz Fakha bersedia 'menggantikan'...Terima kasih tak terhingga buat kalian berdua.

Hari ini ada rasa terkejut sedikit dengan kedatangan emel daripada orang yang Sue tak pernah jangka pun... Siap dengan ucapan 'Tahniah di atas pertunangan'... herkkkk. Kepulangan Sue ke ke kampung bukanlah atas tujuan nak bertunang pun, Sue hanya bergurau je kat Ustaz ustaz di sekolah (yang bertanya :'kenapa tiba tiba nak balik kampung ni?') Sue kata nak balik bertunang...Sengal kan Sue, perkara macam ni pun nak buat bergurau....Astagfirullah...


Terkadang aku tak sedar,
Terkadang aku leka,

seringkali juga alpa

dan akhirnya bersarang di dada

Teacher Sue and Teacher Awie

Acara berbalas pantun Minggu Bahasa Melayu
Apa diharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap padanya orang,
Entahkan sudi entahkan tidak...


Teachers' Training

Love
Sue

02 June 2007

of me and you...


Salam, harap kalian sihat...

Semalam ke bandar ikan patin. Urusan KWSP. Kemudian membeli tiket untuk pulang KL. Esok teacher Sue akan kembali semula ke Kota Damansara. Singgah ke maybank. Alhamdulillah gaji dah masuk. Rasa bangga juga kerana dengan gaji yang tak seberapa itu, masih boleh 'membelanja' mak abah dan adik adik, masih boleh juga simpan sedikit sedikit dan masih boleh juga digunakan untuk menyara hidup sendiri dan memanjakan diri. Masih mampu beli baju baru sebulan sekali serta masih mampu pergi shopping di kedai buku...

Terkadang rasa takut juga bila kawan kawan se'mengajar' bersama berkata: 'Sampai bila kita nak stay kat sekolah ni?' Serius kawan, aku takut...Bunyi macam tiada masa depan je...(sengal je cakap macam ni) Dan aku bertambah kecut sekarang kerana antara kita berempat hanya aku yang tak pergi ambil ujian MTest tempoh hari. Ditakdirkan ALLAH, aku sakit dan tak berupaya untuk pergi pada hari itu...Dan ditakdirkan Allah borang permohonan master aku 'sesat'...tidak sampai ke UKM.

Maka sekarang aku berkira kira untuk hantar lagi borang permohonan master tapi kepada UIA pula. Nak rasa 'angin' lain pula... Di mana silapnya ya kawan, kita rasa 'tak selamat' di sekolah itu. Serius aku cakap, aku dah rasa sayang (sama anak anak didik aku, sama rakan rakan guru) namun untuk kekal lama...susah!!! Paling lama rasanya, seperti yang kita berempat rancang sehingga hujung tahun ini... Betapa kelakar, ungkapan 'aku nak resign' yang kita asyik asyik sebut tu masih tak terrealisasi...faktor utama, aku kasihankan anak-anak...Guru silih berganti. Itupun kalau ada ganti....Aku jadi sebak bila ada student yang cakap; Ahhh teachers always come and go...I like you teacher Sue, can you please stay here a little bit longer?

Aku tak tahu apa yang sedang berlaku dalam diri aku, dalam jiwa aku... rasa itu datang bertalu talu...Cuba ku usir namun tetap mendekat, mendakap erat hati ini... Mungkin salah aku...Ego melangit, menafikan rasa hati sehingga buat kau terguris, merajuk dan menjauh...Itu rahsia hati yang sepatutnya tetap jadi rahsia bukan... Walau tak kuluah namun aku yakin kau tahu... Cukuplah...aku dah terlalu penat...hentikan permainan ini! hati aku dah terlalu sakit....aku mahu kau yang dulu. Pulanglah, aku tunggu...

Ya Allah kurniakan kepadaku kecintaan kepadaMU...
Seandainya telah Engaku takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

tak perlu lagi hati...

credit: inchik 3:9

--hmm saya masih memerlukan hati saya--


01 June 2007

aaron aziz

ha aiza, ini sebab emil emilda la ni. kalau tak, kakSue pun tak kenal dia ni siapa...
yang seksi kat belakang tu wife dia, mamat ni dah ada anak berumur dua tahun. Comel!!!(dah ayahnya comel...ahaks)


teacher sharly dan anak anak

Assalamualaikum

Harap kalian sihat. Sue jumpa sesuatu yang menarik di mumsgather.com-where moms gather and chat. Yes although I am not a mom yet but I love to hang out there. I learn a lot from that site, it’s about mum’s life and kids. It’s fun to read about her experiences; a mom with 2 adorable kids.

One of the entry is about the counting discipline. Eg: "Pick up your toys before you play something else/we go out/we go to sleep etc. I'm going to count to 10. 1....2....3....4...5...6...7...8....9....10!"


I also practice this in my class. Ye lah sue kan ajar kanak kanak kecil yang berumur lingkungan 7-9 tahun. When I step into the class, I give salam/answering salam; but they still playing…usik usik kawan, main rubber band tapi ada jugak la yang dah bersedia dengan buku teks atas meja.

So Sue pun: ‘in 5 seconds I want to see everybody put your text and activity book on the table. 1 2 3 4 5 ‘

dan anak anak kecil tu berlari ke rak buku. Nampak comel je…

Sue: Everyone ready? Ok lets start our lesson with your dua’ Bismillah….

Tapi kadang kadang bila keadaan jadi tak terkawal bila anak anak kecil tu tak mahu senyap maka Sue pun : Ok children please say Astaghfirullahalazim 3 times… maka mereka ni termasuk Sue pun beristighfar la (sebenarnya supaya hati Sue cool, tak jadi marah) Memang ada masa budak budak ni meragam…menangis( girls la), merajuk( girls lagi) bertumbuk(boys la)…tapi ntah kehidupan rasa macam ‘ceria’ je dengan mereka ni.

Pagi pagi sebelum sesi akademik bermula, mereka masuk ke kelas mengheret beg, bagi salam kat Sue yang duduk terperosok kat homeroom’s cubicle tu.


Syifa: Assalamualaikum teacher Sue. You know teacher, just now I went to Padang Kota

Sue: And you eat roti canai…(hai tiap tiap pagi dia pekena roti canai kat situ dan bila time breakfast(9.40 am), liat sungguh la bila aku suruh turun dining hall)


Anak anak, tengok wajah mereka pun dah buat aku tenang. Berserabut berselirat macam mana pun otak ni jadi ok balik bila tengok keletah mereka.. Lebih lebih lagi si Ainussofiyyah yang kelakar tu. Dia suka sebut, ‘ala teacher, Ain lupa la’...Dia tak suka pakai anak tudung, rambut dia akan berjuraian keluar berjuntai di dahi...Rimas betul Sue melihatnya...


Namun ada juga students yang punya masalah keluarga(yang buat aku jadi kasihan sungguh). Memang dari segi materialistiknya tak dinafikan mereka mewah,,,tapi dari segi ‘jiwa’….Mereka betul betul mengharapkan agar ada yang mendengar cerita mereka, yang tunjukkan betapa sayangnya kita kepada mereka, betapa prihatinnnya kita…(chewaahh prihatin sangat ke kau Sue, sampai kes Amar zarif terluka kat kelas pun kau tak perasan sehinggalah mak dia bagi tahu melalui communication book...)


Pernah sekali Sue sibuk menggunting name sticker untuk dilekatkan pada meja masing masing, one of the student suddenly say: Eh teacher, ni bukan ayah dia lagi, mak dia dah kahwin dengan lelaki lain. Nama ayah baru dia Ismail!

Sue tak tahu apa perasaan Sue masa tu…

Itu belum lagi dengan students yang parents sedang in process nak bercerai. Bila dia bercerita, Sue tak sampai hati nak buat tak layan jer (walaupun masa tu penat sangat…)


Amin: teacherSue, last night my father and I had a big dinner at a big restaurant…with my new mak tiri…

Umar: Teacher, how can I give this card to my mom? She’s in US now…

(masa ni Sue mintak dioarang buat kad sempena hari ibu)

Girl: My mom is not here teacher, my father too. They went to Indonesia for one month.

(dan Sue yang 'teringin nak tahu' bertanya dengan lebih lanjut lagi....)

Aduhhh Sue pun pelik la macam mana ada parents yang sanggup tinggalkan anak dengan maid untuk jangka masa yang lama hanya atas urusan biznes?

Tapi segelintir je yang begini kan, ramai lagi ibubapa yang bagus bagus di luar sana tu…

Maka cubalah jadi parents yang bagus untuk anak anak kita…chayo chayo

Sue

29 May 2007

merapu


Salam
Cuti sekolah is in the air. dah 4 hari kat umah, maka 4 hari jugak la kerja aku asyik tidor aja. bagus betul. Esok adik adik ku dah buat plan nak balik umah atok. saya suka!!! Boleh berlari-larian di kebun sayur, mengejar anak anak ayam, dan pelbagai lagi aktiviti kanak kanak kecil yang boleh dilakukan oleh teacher Sue yang (berperangai terlebih teruja).

Entah kenapa sekarang ni asyik terbaca pasal poligami. Tengah bloghopping mesti terjumpa isu poligami (kenapa lelaki suka cakap pasal poligami eh?). Kat sekolah plak ada desus desas seorang ustaz ingin 'mencari calon isteri lagi' . Sue sebenarnya (dalam diam) 'suka' kat ustaz tu...[kalau dia tanya aku, hmm mungkin boleh dipertimbangkan jugak kot-kalau dia nak tanya aku la...kan] ahaks (hish Sue, tak malu betul!!! ha semua orang senyap shhhh). Tapi kesian kat isteri dia....apa yang dia rasa ye, bila suami dia cakap nak kawen lagi. Mesti sedih kan...Moga moga ustaz tu tak jadi meneruskan 'hasrat' dia tu...Mudah mudahan terbit jalan penyelesaian lain untuk masalah mereka....

Hmmm Pernah masa lunch ngan kakak kakak, one of the teacher cerita dia mimpi suami dia bawak balik madu untuk dia. Sue dengan cerdik pandai tanpa salam bertanya ' Akak, madu minum ke madu isteri?' sengal je aku... tak sensitif langsung!
Memang la kalau boleh setiap perempuan takmau bermadu, tapi kalau dah ditakdirkan bermadu......Tapi mesti sakit jugak kan hati....Fikirkanla perasaan orang...

takde idea nak tulih apa...saya nak meronda ronda di alam maya,
bye

aku hanya ombak yang merindui pantai berbatu
sue
kiSah klasik untuk mAsa Depan

teacher Sue and teacher Ogy yang sakan melaram dengan selendang pemberian student. thanx Sofea...

01 May 2007

antologi puisi cinta


++++++++++++++++++++++++++++++++++
ok, Jiwang time... Sue jumpa puisi puisi ni masa surf internet ,niat di hati nak berkongsi dengan kalian...

SURAT CINTA UNTUK USTAZAH
Alang Kelana

Pada saat hujan dinihari
aku berdoa di sepertiga malam
memohon kebaikan untukmu
serta diubati rinduku.

Puas sudah ku meneliti
bicara sekeping hati
meminati ketenangan wajahmu
jernih bersih dek air wudhu.

Aduhai berilah peluang bagiku mendekatimu izinkan kunikmati suaramu bertadarrus sungguh jiwaku tenteram mendengar bisikan wirid dan zikirmu.

++++++++++++++++++++

Tajuk: Tentang cinta kita

Selamat untuk kita
semalam telah tersarung dijarimu
sebentuk cincin berbatu delima
kata bonda tanganmu lembut dan sejuk
pertunangan makin merapatkan kita
tetapi aku belum berhak memegang tangan itu
ini cuma bukti
tentang rindu kita
tentang cinta kita berdua

Sayang
cincin itu buktinya
kita akan bersatu nanti
tetapi hari ini
kita belum pantas berpegang tangan
belum pantas memadu asmara
aku belum bisa membelai rambutmu
belum bisa merenung matamu

Cinta sekadar di jiwa
bukan terzahir di saat ini

Selamat untuk kita
menjaga suci pertalian ini
cincin pertunangan sekadar janji
bukti kemilikan kita

Tulisan: Raja Nur Qurshiyah bt Raja Hirdan
Tel no: 016-9056 994
emel: jendelaku06@yahoo.com

++++++++++++++++++++++++++++

SUDIKAH KAU TERIMA CINTAKU?

Sudikah kau terima
Duhai adinda yang mulia
Cinta yang kutawarkan untukmu jua
Bukan cinta palsu bersalut dusta
Jauh sekali kata-kata palsu penuh nista
Kerana kutahu kau akan tidak sedia menerima
Sebuah cinta berdasarkan nafsu hina?

Wahai adinda insan yang kusanjungi
Kupohon darimu dengan rendah hati
Suatu ikrar taat setia untuk insan bernama suami
Sudikah dinda menjadi isteri
Berdasarkan taqwa insan yang melata di bumi
Yang kita cari selama ini?

Dinda tentu bertanya
“Ke mana bahtera hendak dibawa?”
Akan kanda jawab dengan gembira
“Belayar di lautan penuh gelora”
“Panduan Al-Qur’an jadi kompasnya”
“Sunah Nabi sebagai petanya”
“Insya Allah lulus urusan segala.”
Maka sudikah kiranya dinda terima?

~alang kelana~7/1/2007~


ada rasa rindu datang menjenguk hati...aduhai

Love
Sue


17 April 2007

Kami guru malaysia...


Assalamualaikum.


di atas adalah gambar Sue and the gang. Teacher teacher muda lagi sempoi...
-Teacher Sharly,Teacher Ogy,Teacher Awie and Teacher Sue-
(sempoi jer,kat sekolah ayu bukan main...ahaks)
masa ni bertandang ke rumah Sharly kat Pahang. Sabtu yang lepas. Saja weekend nak larikan diri dari kesibukan kota. Menghabiskan masa dgn kawan kawan(sementara bujang ni kan) . Semua sekepala...Bila dengan kawan kawan lupa segala duka, kerja bertimbun, masalah hati dan perasaan serta (masalah kewangan???) InsyaALLAH sabtu yang dkat ni nak gi umah Ogy plak kat Perak pastu gi Penang umah Awie,mengeratkan ukhwah...baguskan kami.ahaks
Sue ada interview Khamis ni kat UIA, jawatan Science officer. Doakan ye kawan kawan moga dipermudahkan urusan Sue
ok got to go...my 'anak anak' dah berlari larian dengan girangnya...
-You can't be healthy if you are not happy-
EVERYBODY sMILE!!!!
((^_^))
LOVE
-SuE-

13 April 2007

Semalam



(tulisan semalam yang tak sempat di publish)

Assalamualaikum.

Hari ini ditempuhi dengan payahnya. masalah dengan student. kecoh satu sekolah...Jangan la buat teacher Sue semput macam ni. ngeri betul la. Disebabkan kes tu board of governor sekolah nak check rekod CCTV kelas Sue(kelas di bawah tanggungjawab aku). Penat aku disoal siasat dek FBI tu....Heh ini bukan kes Sue dera student tau. Lain hal...masalah student tu sendiri.



Semalam ajar topik The Etiquette and Rules of the Masjid. Alhamdulillah, most of the students tau doa entering the masjid, "In the name of Allah, O Allah, open for me the door of your mercy." Cuma bila Sue suruh diorang tulis yang arabicnya tak tahu la plak...Dimaafkan sebab mereka masih kanak kanak kecil.... Tempoh hari Sue ajarkan hadis ni 'Seeking Knowledge is a requirement for all muslim' Alhamdulillah semua dah hafal yang arabicnya dan the translation...(tapi yang lebih penting ialah diaorang faham maksud sebenar hadis tu. Betapa pentingnya kita sebagai Muslim perlu menimba ilmu)Tapi risau jugak Sue boleh ke dia orang tulis balik hadis tu??? (tanpa tengok nota) Lupa plak nak test sorang sorang tulis hari tu...Sue plak masukkan dalam monthly test bulan ni. Hmm siapa yang tak boleh tulis nanti Sue nak gigit kepala sorang sorang....



Petang tadi ngamuk kat Adib.(my son-I am his homeroom teacher-kalau jadi guru kelas, students dalam kelas tu kira dah adopted jadi cam anak sendiri la) Garang jugak aku ni rupanya. Sergah sikit, boleh menangis budak tu...Sue bagi monthlytest, dia boleh cakap ' This is crazy teacher.... I don't understand at all' then pap dia buang kertas tu...mana la Sue tak hangin...Sue cakap cam ni je dengan volume halilintar " You have to read the instruction first.... Then read the passage and turn to the next page. Try to answer those questions according to the passage. AND That's very rude you know, what u just said to me. You make me upset Adib...and please don't shout at me, i'm not deaf yet!!! And... he is starting to cry. Sue pun pegi la pujuk...haha. Memang kuat dan menakutkan agaknya sebab si Amar zarif and Dzarfan tu pun boleh pandang Sue sambil buat muka takut sangat... Dan kakHasmah yang mengajar kat kelas sebelah pun datang jenguk jenguk... tapi kalau boleh tak mahu marah marah...tak elok untuk jantung dan nanti cepat nampak tua. Tak comel la. haha



salam sayang

Sue Abdullah