About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

31 March 2007

Hari semalam....

Lutfi and sarah
Malam ni jom tengok Kemuncak Cinta Cari Menantu kul 8.30 malam (^_^)

Assalamualaikum.
Harap kalian semua sihat dan seceria mentari...
Pertama tamanya: Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Syukur Alhamdulillah, Sue berjaya juga pulang ke rumah ni (Temerloh) malam semalam. Semalam abis sekolah kul 6.15 petang (ada sesi usrah sampai kul 6.00), terus bergegas berjalan sejauh 300meter dari sekolah untuk dapatkan taxi ke kelana jaya LRT station. Kemudian ke Masjik Jamek, dan amek PUTRA ke Titiwangsa. Sampai di pekeliling dalam kul 7.35 malam. Tiket sold out!!! hehe. Stay cool...Mundar mandir di pekeliling, hinggap dari satu kaunter ke satu kaunter buat buat bertanyakan tiket walaupun jawapannya dah pasti terang ngan nyata ada tertulis kat atas kertas putih yang dilekatkan pada sliding window kaunter tiket: TIKET KE TEMERLOH HARI INI HABIS!!!

Muka tetap maintain...cool je. Gi beli air jap. Then bila pakcik pakcik bas tu panggil penumpang untuk naik bas (sebab bas dah nak jalan nih, kul 8malam) Sue datang mendekat. Tunggu...mana tahu kot kot ada penumpang yang tak naik...hmm takde seh. Relax Sue relax...Ramai jugak orang yang tak dapat tiket (senasib dgn ku la tu). Sue perasan ada sorang girl ni tgh tersedu sedan...girl ni jalan pelan pelan kat pakcik tu dan cakap sesuatu. Tertinggal bas rupanya, dia nak ke Kuantan(bas baru beberapa minit jalan...ciannya) Tapi pakcik tu nak tumpangkan dia ke TOL Gombak, dan tolong call bus driver ke Kuantan tu supaya tunggu girl ni kat tol tu. Alhamdulillah. Sue pun dengan lafaz Bismillah berjalan ke arah pakcik tu, nak cuba nasib.

Sue : Pakcik, saya nak balik Temerloh... boleh lagi?
PakcikBas : Adik sorang je ke ni?
Sue : 'Angguk'
PakcikBas: 'Jerit' -Man sorang lagi Temerloh, bagi tiket. Adik ni kita bagi duduk atas tangga.
Kesian dia sorang...

Sue : 'Senyum'


Maka Sue and that Girl pun sama sama la duk atas tangga... Dia tangga atas, Sue tangga bawah. Sampai TOL Gombak, dia pun turun, bas Ke Kuantan tu tengah tunggu dia. jadi Sue pun beralih tempat, pergi tangga atas. Budak lelaki yang duduk kat kerusi terdekat offer kerusi dia. Tapi Sue cakap tak pe la...


Beberapa minit lepas tu:


BudakLelaki Tu: Akak, boleh tolong tak?

Sue : angguk

BudakLelaki Tu: Tolong la akak, naik la atas. Switch tempat

Sue : Ehh tak pe takpe...jauh lagi ni

LelakiSebelahBudakLelaki: Tolong la cik...tukar tempat. Sebab jauh lah saya

mintak tolong cik naik atas (dan bangun dari seat dia)

Sue: : Ok. 'Senyum'


BudakLelakiTu beranjak ke tepi(duk kat tempat yang asalnya milik lelaki tu) lelaki tu turun bawah dan Sue pun duduk kat seat budak lelaki tadi.


Sue : Terima kasih


Kalau dari segi logik nya, takkan la lelaki lelaki tu nak biarkan je Sue duk kat tangga tu kan. Kalau adik perempuan atau kakak mereka mengalami hal yang sama seperti Sue pun mesti mereka mengharapkan akan ada yang tolong jugak. Alhamdulillah dapat duduk setelah 30 minit bertenggek di tangga. Sakit jugak badan...


Ha Aiza, budak lelaki tu sebaya Aiza...lahir tahun 86(sempat akak bertaaruf) Budak engineering tahun 2 (ATMA_UTM). Sweet tau Aiza..hehee. Lelaki tu plak final year UM. Dan Sue graduan UKM (tapi saya muda lagi...22 tahun 7 bulan baruu.haha)


Budak lelaki tu ada cite kat Sue ada student perempuan tempat dia yang menangis kerana dipaksa untuk buka lilitan di leher(dia kena pakai swim suit untuk fizikal trainning-swimming- masa militan training-diaorang ni Tentera) .Student perempuan tu cuba cover aurat dia yang terdedah dengan kain...(ye la cuba bayangkan dah la kena pakai swim suit, masa latihan tu plak kena campur males and females). tapi dia cakap pas tu tak campur dah...


Untuk semua gadis gadis muda 'lone ranger' yang selalu ke sana sini berseorangan jaga diri baik baik ok. Jaga diri dan jaga penampilan. Moga kita semua mampu istiqamah untuk menjaga aurat kita...Ganbatte

salam sayang
-Sue-

28 March 2007

TTDI

Don't be Disappointed With This World's Life




Assalamualaikum

Already 3.30..Alhamdulillah kelas dah abis...

Hari ini 'sesat' di TTDI.. (tawaf TTDI cari Maybank). Pagi pagi lagi mintak bos approval sebab Sue dan Ogy nak gi Maybank. Dekat dalam form kami tulis nak balik kul 10.30, tapi masuk semula ke sekolah pukul 11.20pagi...Naik public transportation memang lah lama, plus sesat lak tu...hee



Tadi belajar buat origami dari one of the students. Sebenarnya Sue suruh dia orang buat 'thank you' card for their mother. Sue bagi diaorang sugar paper. Alih alih Sue nampak 'Farhan' ni buat menda lain. Aku suruh tulis Thank You note dia pergi lipat lipat kertas buat Burung...Menarik pulak.... Tak jadi nak marah...



-salam sayang-
Sue

27 March 2007

SEngallll

Assalamualaikum...

Harap semua OK!!!
Sue alhamdulillah OK.
hmm macam mana nak sampaikan rasa ketidakpuashatian kita kepada boss kita. Sue bengang betul, hari ni tetiba je dapat timetable baru with new workloads...New responsibility...
--Dipaksa jadi homeroom teacher--huhu. sifat keibuan akan jadi berganda-ganda la lepas ni...Kena jadi 'ibu' untuk anak anak kecil tu...ahaks.

Memang berazam tak mo merungut...tapi warghh banyak perkara yang membuat aku berkeluh kesah jugak....hukhukkkkk. Bersemangat lah SUE!!!!!Ganbatte nehhhh

Tapi, Sue tak bercadang untuk 'lama' di sekolah ni...huhu.
Aiza, doakan agar jalan akak akan dipermudahkan....kakSue ingat nak further study la...Dah apply pon(tgh kumpul duit nih..chayok chayok)

Hidupku penuh ranjau...haha cam apa je tulis cam ni...


Jom layan blues tengok kartun:


Ehh ini bukan kartun...
Teacher Sue and Teacher Ogy(sports day--under the sunshine)
Sue rumah merah...Semangat Merah membara la konon...kihkihh
Aiza, gambar students tu nanti ye....Tengok gambar teacher dulu...KakSue dah susut sangattttt kan...huhu...

Sabar, sabar, sabar,

(credit:Wanzu)


original art: alwancomiks

Tukang touchup tak bertauliah:Sue Abdulllah(hoho)

-sabarlah duhai hati-


Private School Teacher
Sue Abdullah

22 March 2007

Saya sedih hari ini (-_-)

7.30-8.30 am
Entah kenapa hari ini rasa sedih datang bertimpa-timpa tapi tak tahu apa sebab yang pastinya. (haa sendiri pun tak tahu kenapa...) Pagi pagi datang sekolah dah buat muka seposen... Masa take breakfast dengan guru guru lain pun, Sue senyap aja....Concentrate la kononnya kat Lontong (yang nampak macam sedap tu). Others teacher pun rasa pelik jugak apasal lah Teacher Sue ni nampak semacam je...


9.00-10.00am
Then rasa sedih itu tak dapat ditahan lagi....(dah mula rasa nak nangis...huhu sengal je) Teacher Hasmah adviced me to perform Dhuha Prayer(when she saw my 'muka semacam' face'). Tapi Sue malas nak bukak bukak tudung amik wuduk...(apa daa). Then I go to the musolla and read alMathurat sambil nangis dengan sendunya...Dah lah musolla tu tak ditarik tirainya, mesti other teachers and Ustazs yang ter'lalulalang' depan musolla tu fikir semacam...Hah lantak lah...



Lepas tu dengan mata merahnya pergi masuk kelas...Students pun pandang semacam je...'Senyap sunyi' jadinya kelas tu yang sebelumnya 'bagai dilanda garuda'....(ish tak malu betul la Teacher Sue ni, bawak muka sememeh ke kelas)



Kenapa rasa sedih ye. Tak tahu sebab apa...(sakit hati, tensen???) Yang pasti, SEDIH...



Mungkin sebab hati ni tak tenang...

Doa ketika dukacita.
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
"Tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesunggugnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim".

salam sayang
-Sue Abdullah-

18 March 2007

Fahri, sambutlah huluran cinta ku ini...

pic ni diculik dari blog nurkaseh (aka Mrs Azi)

Assalamualaikum

Pagi ahad yang indah datang lagi…Syukur Alhamdulillah kerna masih diberi peluang oleh ALLAH untuk menghirup udara segar dari balik jendela rumah ibubapaku. Oh hari ini dah kena balik ke kota metropolitan semula… How I wish I got the chance to work at a country side…Dalam suasana desa, pasti lebih aman kan (kurang sikit segala habuk serta asap ekzos yang tanpa segan silu menerobos masuk ke sistem pernafasanku…dah memang itu udara yang aku inhaled…hoho)

Ok, Sinopsis ‘Ayat ayat’ Cinta (seperti yang Sue janjikan..)

Ayat Ayat Cinta : Sebuah Novel Pembangun Jiwa

Karya Habiburrahman El Shirazy (Novelis, Sarjana al Azhar Universiti Cairo)

(setebal 500 halaman)

Hmm ketika mula membaca bab pertamanya, Sue dah mula rasa tertarik dengan sistem ‘nota kaki’ pada halamannya. Persis macam baca tesis aja… Oleh kerana latar cerita ini adalah di Mesir maka banyak perkataan Arab yang digunakan. Tidak seperti novel novel lain yang melampirkan maksud perkataan asing di bahagian glosari…Sistem ‘nota kaki’ itu benar benar membantu Sue untuk lebih memahami jalan cerita tersebut [and oso improving my vocabulary (^_^)]

Ayat ayat Cinta mengisahkan perihal seorang pelajar Sarjana di al Azhar University yang bernama Fahri. Fahri, pelajar dari Indonesia berketurunan jawa (juga ada diselitkan akan budaya Jawa yang bagus amalannya). Habiburrahman menggambarkan Fahri sebagai seorang pria yang sungguh tulus, berpendidikan tinggi, ada visi dan misi serta menjadi rebutan para gadis (hehe, Sue pun sudah jatuh cinta sama Fahri..haha sengal je) Plus sifat ‘romantis’ malu malunya itu… Multilingual lak tu, Indonesia, Arab, Jerman and English…ish ishhh

Kisah bagaimana Maria (gadis kristian koptik) jiran Fahri, yang dalam diam menyimpan segaris rasa cinta dalam jiwanya, jatuh sakit akibat merana apabila Fahri menikah dengan Aisya. Maria sakit tenat, koma jadinya…Meracau racau menyebut nama Fahri dalam keadaan tak sedarnya itu… Love is a sweet torment. Sungguh Maria terseksa apabila tahu Fahri yang dicintai senyap senyap sepenuh hati mengahwini gadis lain. Aku tahu bagaimana rasanya itu…

Bagaimana Nurul dengan beraninya (Kamikaze sungguh) mengutus surat cinta kepada Fahri yang sudah punya isteri, dengan tujuan sanggup untuk jadi second wife berkongsi Fahri yang satu itu. Tegarkah seorang isteri untuk dimadukan??? Kalau tanya aku, pasti jawapannya TIDAK!!! Sue takkan sanggup….(melainkan atas sebab yang ‘terpaksakan’)

Sebenarnya Fahri pun ada hati kat Nurul(sebelum Aisya jadi isteri dia la)…Tapi kedua duanya (Fahri dan Nurul) tak ada yang memulakan. Nurul pun mestilah malu..Namun akhirnya rasa malu itu ditolak tepi, dikhabarkan jua pada Fahri(secara berhemah, melalui utusan pakcik dan makciknya)…Tapi dah terlambat…kesian kan

Kisah Noura yang dianiaya keluarganya, then ditolong Fahri. Noura juga ada melayangkan surat cinta kepada Fahri. Kemudiaan penganiayaan Noura terhadap Fahri yang membuatkan Fahri dipenjara…Kesulitan dan penderaan yang diterima Fahri semasa di penjara betul betul mengusik hati…Sungguh pilu. Dibuang dari universiti, dilucutkan penganugerahan ‘Ijazah sarjana Mudanya’…segala usaha kerasnya terasa sia sia…Sudahlah asalnya hanya anak seorang petani miskin…Datang ke Mesir dengan hasil jualan tanah sawah pusaka…

Novel ini sarat dengan ilmu…Hadis dan dalil serta dihiasai puisi puisi indah… Happy ending tau..jangan risau. Sue sangat lega pabila Maria yang jadi Fahri’s second wife menghembuskan nafas terakhirnya tak berapa lama setelah bernikah(nikah kat hospital lak tu). Kesian la kat Aisya kalau Maria tu sembuh dan hidup lama bersama sama mereka...

OK, novel ini sangat bagus…10 bintang dari Sue! Thumbs up!!! Cepat la pergi toko buku dan beli novel ini…Sue nak baca second round nih…


Salam sayang

-Sue Aisya-

(edited at 12:52)

17 March 2007

Tonsilitis...

wallpaper bleach plus Dee'z art

ohh, Sue kurang sihat... Sakit tekak..makan tak pantang langsung, mana taknya...Sue memang tak boleh makan pedas dan berminyak...macam ni la jadinya...[tapi mak masak sedap, tak bleh tahan..hehee]

hukhuk seksanya...

16 March 2007

Hari ini...

masyaALLAH cantiknya dia...(ada rasa jeles bertamu di dada..ahaksss)

Assalamualaikum. Harap kalian seceria mentari...
Hari ini keluar outing ke bandar Temerloh(bandor Ikan Patin..hehe) dengan ditemani adik tercinta, Wa (a going to face SPM diz year teenage boy). Hari sangat panas...bahangnya amat terasa mencucuk hingga buatkan kepala rasa berdenyut denyut.

Pergi beli tiket nak balik ke KL ahad ni, cucuk mesin ATM (walau 'apa yang ada' di dalam tu amat lah 'kurang'..hehe, cepat lah gaji...) Kemudian merayau di sekitar bandar kecil tu. Singgah ke Pustaka Saujana beli novel yang di promote Mrs AZi 'Ayat Ayat Cinta' (karya Habiburrahman el shirazy). InsyaALLAH bila Sue dah habis baca nanti, Sue tulis sinopsis nya di sini.
Entah macam mana terperasan majalah 'Blues Selamanya' yang edisi lampau...Edisi edisi yang terbit semasa Sue belum kenal lagi 'Blues Selamanya'...Apa lagi, grab aja lah.

Kemudian pergi shopping 'barang barang perempuan'. Sedang asyik membelek segala macam losyen cologne facial wash and cream tiba tiba ada satu suara menyapa dari belakang...
'Cikgu, Cikgu...'
Oh rupanya student Sue semasa Sue mengajar sementara di sebuah Sek Men Agama dulu. Student SPM 06, ambil kursus komputer, sementara menanti tawaran mana mana institusi. Namun apa yang buat Sue agak terkilan adalah dress code nya... Sue cuba sedaya mungkin untuk tidak give dat look (pandangan serong 45 degree)

Tapi betul betul Sue rasa terkilan...Sayang, di sekolah bukan main 'tutup' lagi orangnya...Bertudung labuh, berjubah...Tapi apa yang berada di depan mata Sue masa tu adalah gadis ranggi ber baby T dan Jeans 'gantung'...kalau tshirt lengan panjang Sue boleh terima...Sebab diri sendiri pun pakai jugak Tshirt and jeans. Tapi kalau baby T dgn jeans yanky plus tudung kan nampka janggal tu...Sue doakan agar student Sue itu akan sedar...Sayang sangat, sebab orangnya jenis lembut lagi ayu gitu...

Godaan Syaitan terhadap Insan bernama Wanita

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su').

Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?


Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua,
Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga,
Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan
pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya." Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya
sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersos i a l , pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia. Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita." Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu"
Syaitan tak ingin ambil risiko.


Penutup

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka,
selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat. Wallahu a'lam bissawab. Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah (teratak santai)

ohh teringatkan dia yang pernah berkata,
"Sue, masa orang kerja kat Arab (lebih spesifik lagi di Jeddah) nak nampak muka perempuan pun susah.. Dekat sana wanitanya 'bertutup' aja. All in black... Terkadang hati ni 'nakal' jugak nak tengok perempuan...heh"

Sue: (^_^) bagus la, pergi la kerja kat sana lagi, buat apa balik Malaysia...mata pun terjaga kan...

-huhu Sue ada problem nak activatekan norton antivirus...ntah dia cakap ada problem dgn product keys...betul la yang itu...isk iskk-

-Hmm 'life insurance' dari segi syarak apa hukumnya ye? Sue dapat job offer dari Prudential utk post executive (biz development) (ada gi interview dulu, tapi utk post exec(underwriting), tetiba dia call kata nak bagi post biz exec (kontrak)...hmm 'life insurance company'... Tak terima kot, dah mula rasa suka kat sekolah ni...

-Sue Abdullah-

15 March 2007

-baby-

credit: barb uil

Assalamualaikum. Harap kalian semua seceria mentari. Kali ini Sue ingin berkongsi artikel ‘bersalin melalui caesarean’…Bukan apa teringatkan seorang rakan guru yang sedang menunggu masa je nak bersalin. Sue selalu pegang perut dia…Hee saja nak rasa kot kot baby tu bergerak…Dan KakHafizam tu berdoa sangat agar kelahiran kali ini tidak perlu di bedah.

‘Seksa Sue caesarean…biarlah bersalin normal, lepas beberapa jam bersalin dah boleh buat kerjarumah , kalau caesarean..alamatnya nak batuk pon azab…’ Dan kemudian dia bercerita soal kelahiran dengan bersungguhnya hingga buat Sue naik ngeri…Saja nak buat aku takut la tu…

Teringatkan student yang petah bertanya dengan confidentnya kat Sue: ‘Teacher how many babies do you have?’ Err aku tergamam sekejap. Dia ingat aku dah already married agaknya. Dan seorang lagi student asked sakitke bersalin kat aku yang bujang trang tang tang nih…alahai anak anak murid ku yang comel, Teacher Sue masih single laa…

~bersalin melalui caesarean~

Filed under: Dunia Bayi

~bersalin melalui caesarean~

KADANGKALA anda tidak boleh melahirkan anak secara biasa dan terpaksa melalui pembedahan di abdomen dan seterusnya di rahim untuk melahirkan bayi yang dikandung.

Prosedur ini dipanggil pembedahan caesarean. Apa yang penting, anda sihat dan anak selamat.

Mengapa anda dibedah?

Ada ibu yang merayu supaya dibedah. Ini merupakan satu isu dan keputusannya sangat rumit dan memerlukan perbincangan serta pertimbangan terperinci.

Kalau demikian niat anda, berbincanglah dahulu dengan doktor anda.

“Biasanya, keputusan pembedahan dibuat setelah anda berada di bilik bersalin menjalani proses kelahiran tetapi gagal disebabkan oleh kepelbagaian faktor yang akan diterangkan oleh doktor pakar perbidanan.

Ada juga ibu-ibu yang memang dijadualkan secara elektif untuk kelahiran melalui pembedahan disebabkan oleh faktor-faktor lampau,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Lain-lain faktor yang diambil kira termasuklah permasalahan perubatan semasa dan juga mungkin kerana wujudnya masalah-masalah obstetriks (perbidanan) yang menghalang kelahiran normal.

* Mengandung kembar/berganda - ramai ibu yang mengandung anak kembar dua melahirkan anak secara normal. Bagaimanapun, ada segelintir yang memerlukan pembedahan - bergantung bilangan janin dikandung.

Jika lebih ramai maka kebarangkalian untuk dibedah bertambah tinggi. Kedudukan janin turut mempengaruhi cara kelahiran.

* Proses kelahiran terbantut

Berjam-jam lamanya anda di bilik bersalin namun kemajuan pendilatan (pembesaran organ berongga) pangkal rahim tidak berlaku, walaupun ubat diberikan untuk menguatkan kontraksi (pengecutan) .

* Masalah pada janin dikandung

Bayi dikandung mungkin mengalami masalah di dalam rahim, bekalan oksigen tergendala, mungkin tali pusatnya terhimpit, terpulas dan sebagainya mengakibatkan bekalan darah dari uri ke bayi menurun.

Ini dikesan melalui pemerhatian elektronik ultrasound yang dipasang pada abdomen puan. Seterusnya, keputusan pembedahan dibuat.

* Masalah uri

“Uri mungkin berada di bawah (previa plasenta) yang menghalang bayi dari keluar. Satu lagi masalah, apabila uri terpisah dari dinding rahim dikenali sebagai placenta abruption.

“Pendarahan yang banyak berlaku, pengaliran darah serta oksigen kepada bayi terbantut, kematian boleh berlaku,” jelas Dr. Shah Reza.

* Sejarah kelahiran pembedahan lampau

Sekiranya anda sudah pun dua kali dibedah, kelahiran kali ini mestilah juga melalui pembedahan.

Seandainya sejarah hanya sekali sahaja, keputusan kali ini bergantung banyak pada kejadian semasa pembedahan lampau.

Contohnya, jika pemotongan pada rahim bukannya di segmen bawah secara melintang, bermakna anda tidak boleh di cuba untuk kelahiran melalui faraj.

* Kemungkinan lain seperti saiz bayi yang besar secara relatif dibandingkan dengan tulang pinggul, kedudukan bayi songsang dan infeksi pada ibu seperti herpes genitalia (inflamasi kulit pada alat kelamin) yang boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran.

Prosedur pembedahan

Dr. Shah Reza berkata, kebiasaannya di hospital, bilik bedah merupakan satu kawasan larangan.

Suami tidak digalakkan atau mungkin tidak dibenarkan berada di bilik bedah di samping isteri semasa pembedahan dijalankan.

“Jenis pembiusan mungkin secara setempat (anda sedar sepanjang pembedahan), mungkin juga pembiusan menyeluruh (anda tidur sepanjang tatacara).

“Ini bergantung kepada penilaian doktor pakar bius. Kadangkala pembedahan dilakukan kerana kecemasan, jadi tidak sempat persediaan dilakukan seperti pembedahan-pembedah an elektif yang lain.

Persediaan

“Jururawat akan menyediakan anda bagi tujuan pembedahan, ubat diberikan untuk mengurangkan keasidan di dalam perut.

“Anda dikhuatiri akan muntah dan termasuk ke dalam sistem pernafasan yang boleh memudaratkan kesihatan selanjutnya, ” kata Dr. Shah Reza.

Bahagian untuk dibedah akan dicuci, bulu roma yang lebih akan dicukurkan. Tiub kateter akan dimasukkan ke dalam uretra (saluran air kencing) untuk mengosongkan pundi kencing.

Ia boleh mengurangkan insiden trauma pada pundi kencing semasa pembedahan. Ia juga sebagai pengawasan sistem perkumuhan buah pinggang.

Jarum dimasukkan ke sistem pembuluh vena di tangan untuk dimasukkan dengan cecair gantian seperti darah dan juga portal untuk ubat-ubat ke dalam badan anda, semasa dan selepas pembedahan.

Jenis-jenis pembiusan

Ia bertujuan menghilangkan kesakitan serta menenangkan anda semasa prosedur. Pembiusan, kata Dr. Shah Reza, mungkin secara menyeluruh dan juga berbentuk setempat seperti pembiusan epidural ataupun spinal, di mana anda akan sedar sepanjang prosedur.

“Doktor pakar bius akan berbincang dengan anda mengenai jenis-jenis pembiusan yang selamat untuk anda, bergantung sama ada pembedahan tersebut jenis kecemasan ataupun secara elektif. “Yang penting kesihatan puan semasa serta keadaan bayi diutamakan,’ ‘ kata beliau.

Kelahiran

Insisi dilakukan pada kulit dan tisu-tisu di abdomen.

“Lazimnya di Malaysia, insisi (torehan) di kulit dilakukan secara melintang. Otot-otot abdomen tidak dipotong.

“Insisi pada rahim juga secara melintang, ini mengurangkan pendarahan dan penyembuhannya bagus.”

Bayi akan dikeluarkan melalui insisi yang dibuat. Uri juga dikeluarkan melalui cara yang sama. Untuk kulit, jahitan dibuat, kadangkala stapel digunakan (mahal).

Komplikasi

Sebagaimana pembedahan yang lain, kelahiran melalui pembedahan juga berisiko. Bagaimanapun, risiko jarang berlaku dan ditangani dengan cepat serta berkesan.

Antara risiko-risikonya adalah:

* Infeksi boleh berlaku di rahim, tisu-tisu dalaman dan juga di kulit
* darah boleh hilang dengan pantas dan banyak, memerlukan transfusi (pemindahan) darah
* Insiden ketulan serta pembekuan darah berlaku di pelvis, paru-paru serta di bahagian kaki
* Usus dan pundi kencing juga boleh tercedera
* Reaksi pada ubat-ubat serta pembiusan yang diberikan.

Selepas pembedahan

Kata Dr. Shah Reza, sekiranya pembiusan diberikan dari jenis setempat, anda boleh memegang si bayi selepas pembedahan manakala pembiusan menyeluruh memerlukan masa untuk sedar.

Anda akan dihantar ke bilik pemulihan pembiusan, petanda seperti tekanan darah, nadi, kandungan oksigen dan lain-lain parameter akan dipantau rapat sehingga kesemuanya stabil, sebelum anda dihantar ke wad.

Penyusuan dada digalakkan walaupun baru dibedah. Lazimnya, ubat-ubatan yang diberikan adalah selamat untuk penyusuan dada.

Anda mungkin berada di wad selama tiga, empat hari. Pengawasan lanjut diteruskan walaupun sudah stabil.

Ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain diberikan agar anda selesa dan dapat bergerak seberapa segera.

Kembali ke rumah

Doktor akan membekalkan anda dengan ubat penahan sakit, antibiotik serta vitamin bagi membolehkan penyembuhan berjalan sempurna.

Walau bagaimanapun, anda perlu menjaga kesihatan diri, hadkan aktiviti berat.

Anda juga mungkin mengalami:

* Kekejangan pada bahagian bawah abdomen, terutamanya semasa memberikan susu badan
* Pendarahan dan juga lelehan untuk empat hingga enam minggu
* Pendarahan mungkin dalam bentuk ketulan dan kadangkala kekejangan berlaku semasa ketulan dikeluarkan
* Sakit di bahagian pembedahan.

“Untuk mengelakkan infeksi, jangan masukkan apa-apa cecair, tampon ataupun melakukan hubungan seks untuk beberapa minggu. Seorang suami yang baik seharusnya memahami keadaan isteri sekarang.

“Berikan badan anda masa untuk sembuh sebelum aktiviti-aktiviti lazim. Senaman ringkas yang tidak menyakitkan juga boleh dilakukan,” kata Dr. Shah Reza.

Segeralah berjumpa dengan doktor pakar perbidanan puan sekiranya demam berlaku, pendarahan semakin banyak, sakit yang tidak dapat dilegakan atau mana-mana pengalaman yang sebelum ini tidak pernah anda lalui.

Sumber: Utusan Malaysia

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN PEMBEDAHAN CAESAREAN

Pembedahan caesarean merupakan satu pembedahan yang melibatkan beberapa lapisan pada dinding perut wanita. Lapisan kulit, lapisan-lapisan otot dan dinding rahim dibuka bagi membolehkan bayi dilahirkan melalui pembedahan tersebut.

Pembedahan caesarean terbahagi kepada dua iaitu:
* IRISAN MELINTANG - atau lebih dikenali sebagai lower segment caesarean di mana irisan dinding rahim dilakukan pada bahagian bawah rahim.
* PEMBEDAHAN KLASIKAL - irisan dilakukan menegak pada rahim.

Bagaimanapun, irisan melintang merupakan pilihan hingga kini kerana ia dapat mengurangkan kadar pendarahan, di samping menurunkan risiko rahim pecah pada kandungan yang seterusnya.

Namun, pembedahan klasikal hanya diperlukan untuk kes-kes tertentu kerana ia meningkatkan risiko kehilangan darah, jangkitan kuman, rahim pecah pada kandungan yang seterusnya boleh menyebabkan kematian ibu dan anak.

Menurut Dr. Mohd. Hashim, sejak tahun 1960- an pembedahan caesarean meningkat kerana ia merupakan salah satu langkah untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak.

Pada masa yang sama, pembedahan ini semakin popular apabila timbulnya kesedaran berhubung perancang keluarga.

”Dengan penurunan kadar kelahiran, sesetengah golongan lebih menumpukan kesihatan bayi dalam kandungan,” katanya.

Tambahnya, dengan kaedah bius dan pembedahan ramai yang beranggapan bahawa pembedahan ini sesuatu yang selamat dan mudah walaupun tanpa satu alasan kurang jelas.

Namun, ramai yang beranggapan mereka yang pernah menjalani pembedahan ini perlu menjalani pembedahan yang sama untuk kelahiran seterusnya.

Sebenarnya, ia bergantung kepada keadaan ibu dan anak dalam kandungan, sekiranya tiada risiko yang berulang pesakit tidak perlu menjalani pembedahan caesarean.

Dr. Hashim memberitahu, biasanya doktor akan memaksimumkan menjalani hingga tiga kali pembedahan bagi mengelakkan risiko kecederaan pada organ berhampiran seperti pundi kencing, usus dan sebagainya.

Bagaimanapun, wanita yang pernah melahirkan anak secara caesarean sebelum ini dan bercadang untuk melahirkan anak secara biasa, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan dan rawatan tetap di hospital-hospital yang mempunyai kelengkapan lengkap.

FAKTOR PEMBEDAHAN CAESAREAN

* Tali pusat keluar dahulu semasa air ketuban pecah.
Tali pusat ini akan turun perlahan-lahan ke dalam saluran faraj, keadaan menurunkan beka oksigen pada bayi menyebabkan bayi bernafas dalam peranakan.

Keadaan ini boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan, justeru pembedahan kecemasan caesarean diperlukan.

* Uri di bawah (placenta praevia).
Uri berada di bawah daripada bahagian bayi pada pembukaan rahim. Sekiranya proses kelahiran biasa berlaku, pendarahan yang banyak akan membahayakan keselamatan ibu serta anak.

* Tulang punggung dan saiz kepala bayi tidak sepadan (dispropotion).
Keadaan ini akan mengakibatkan proses kelahiran mengambil masa agak lama tanpa banyak tanda-tanda ia akan berjaya jika kelahiran biasa berlaku.

(ini selalunya jadi kat perempuan yang bersaiz kecil kan…Kurus kecil macam Sue. Teringatkan kata kata seorang sahabat, 'Ko jangan kawen ngan orang besar nanti takut baby tu rangka besar macam ayah dia….Susah ko nanti’ Hehe macam macam...

* Terdapat tanda-tanda bayi dalam kandungan lemas dan tidak aktif semasa proses bersalin.
Pertumbuhan atau perkembangan bayi yang terencat atau kadar denyutan jantung bayi yang menurun.

Kedudukan anak yang tidak betul seperti melintang atau condong (oblique) atau berlaku kelainan presentasi anak seperti muka, tangan atau kaki semasa pembukaan rahim.

Status kesihatan ibu seperti hipertensi, diabetes atau sakit jantung.

RISIKO PADA BAYI YANG DILAHIRKAN

Bayi yang dilahirkan melalui pembedahan ini terutama sebelum ibu merasai sakit bersalin, mengalami masalah pernafasan lebih tinggi berbanding kelahiran biasa.

Keadaan ini ada kaitannya dengan kesilapan dalam kiraan jangkamasa kandungan.

Justeru, bayi ini dianggap prematur di mana keadaan ini akan mendedahkan bayi tersebut kepada jangkitan kuman di paru-paru, masalah penyusuan dan lain-lain lagi yang memerlukan rawatan di hospital dalam jangka masa panjang.

KESAN PSIKOLOGI PADA IBU

Pembedahan ini boleh menyebabkan beban psikologi dan fizikal yang lebih tinggi berbanding kelahiran biasa. Ini kerana keadaan fizikal selepas pembedahan menyukarkan keinginan ibu terbabit untuk bersama anak yang dilahirkan.

Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan rasa marah, hampa dan tertekan kepada ibu.

Namun, sokongan ahli keluarga dapat membantu mengurangkan bebanan psikologi ini.

KES-KES YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN CAESAREAN

Bagi kes-kes tertentu, pembedahan caesarean merupakan pilihan terbaik yang dapat menyelamatkan nyawa ibu dan anak dalam kandungan seperti:

* Uri di bawah
* Pendarahan yang banyak pada peringkat akhir kehamilan.
* Kelahiran tersumbat
* Rahim pecah
* Bayi dalam kandungan terlalu besar
* Jangkitan kuman herpes pada kemaluan yang akan menjangkiti bayi sekiranya ia dilahirkan secara biasa
* Tali pusat terkeluar dahulu (cord prolapse)

Bayi kecil itu mampu memberi segaris rasa damai di dada, membasuh duka pada lara dengan hanya senyumannya yang menggetar jiwa...

-salam sayang, Sue-

14 March 2007

Wanita...

Rushdee art: www.alwancomics.com

12 March 2007

Err saya takut...


Assalamualaikum semua...Harap kalian semua dalam keadaan yang sihat sihat selalu hendaknya. Cuti sekolah sudah bermula...Dan sebagai seorang 'Guru Sekolah' Sue juga turut riang gembira!!! hehe.

Penangan SportsDay sekolah...
Hmm gurunya yang terlebih bersemangat, ikut berlari dengan participants ditepi trek sambil bersorak sampai keluar anak tekak!!! Muka pun jadi hitam...Ohh Aiza, kakSue nyer digicam masih tersadai di pusat service...Jadi gambar gambar anak murid kakSue yang comel tu kakSue perlu minta dari seorang male teacher@ustaz yang jadi fotografer untuk hari tu(sports day). InsyaALLAH buka sekolah nanti la ye baru upload kat sini. Ada emel yang agak 'mengerikan' datang bertamu ke Inbox Sue... Mari baca bersama-sama Sue:
assalammualaikum, maaf jika email ini mengganggu awak. saya sebenarnya ingin berkenalan dengan awak. dari hati ke hati. sebabnya hati saya dah berkenan. maaflah jika saya terlalu berterus terang dan terlalu cepat. saya harap email saya ini tidak menakutkan awak atau membuat awak menjauhkan diri dari saya. jika sudi atau tidak, saya harap awak balas email saya ini ataupun bila jumpa saya just beritahu aje. sekian. assalammualaikum.
**** *a***


Memang aku jadi takut plus tak selesa...Sudahlah pengirimnya rakan sekerja sendiri(one of the ustaz kat sekolah Sue). Hmm rasa-rasanya Sue memang akan menjauhkan diri dari dia lepas ni...Entah, Sue yang terasa malu...Patutla dia ni selalu bertanya Sue soalan soalan yang diluar syllabus...Mungkin sebab dia tengok jari jemari Sue langsung tak dihiasi cincin, tu yang dia berani 'bertanya'..hehe.

Maaf ustaz, hati saya dah dihuni oleh sebaris nama indah milik dia...

Doakan destinasinya seperti yang Sue impikan ye kawan kawan...

28 February 2007

Allah makes us Glad

Sometimes when you're feeling sad
You may start to brood
But Allaah will make you glad!
He will lift your mood!
Trouble or pain,
do not worry
Leave it in His Hands
Try to be a bit more patient
Allaah understands
Always ask Allaah for help
He hears what we say Difficulty
pain and sadness He will wipe away!

WHEN YOU FEEL DISTRESSED:
Allaahu Allaahu Rabbi laa ashriku bihi shay-aa

This du’aa means: Allaah, Allaah is my Lord, I do not associate anything with Him. [Ibn Maajah: saheeh]

-ini sebenarnya some of the materials yang Sue akan gunakan untuk penerapan nilai nilai Islam utk students Sue.dikongsi bersama dengan kalian.Moga ada manfaatnya.InsyaALLAH.
Salam Sayang
-Teacher Sue-(new teacher in new school)

islamic family



Black or white,

brown or yellow

We are sisters, brothers

All the Muslims come together

And we love each other
Colour does not matter to us

Side by side we stand

Ready to give all our help

With a caring hand.
Rich or poor,

young or old

All of us unite

One Islaamic family

we are Under Allaah's Sight!

23 February 2007

05 February 2007

lirik lagu

(credit: Dan Bush)

Biar lah bulan bicara sendiri, b.marantika

Bulan sabit yang jatuh di pelantaran
bintang redup tanpa cahaya gemintang langkah tanpa arah,
sesat di jalan yang terang

aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan
Air mata tulus jatuh di sudut bibirmu

tak terlintas dendam di bening mata indahmu

aku yang merasa sangat berdosa padamu

masih pantaskah mendampingimu
Biarlah bulan bicara sendiri

biarlah bintang kan menjadi saksi
tak kan kuulangi walau sampai akhir
nanti
cukup derita sampai di sini


berdiam diri memendam rasa, tapi ku cuba jaga jiwa, janganlah kiranya gundah gulana membawa celaka, iman senipis membran allium cepa tetap dipelihara, kerna ku tak mahu jadi seperti orang tak berguna, musibah tak kurang dosanya bertambah pula...

dariku : Sue Abdullah
(ku terfikir alangkah indahnya jika boleh bertransformasi menjadi sang kameleon hijau)

02 February 2007

- -

Penulis blog ini memasuki mode hibernasi...
-akan menyepi buat beberapa ketika-

Sekian terima kasih

Kutitipkan utusan sayang buat kalian
-Muahhhh-
Sue

28 January 2007

we are abdullahs


Assalamualaikum.

Harap kalian semua ceria dan bahagia.

Ok inilah projek Sue hari ini, Abdullahs Wallpaper Abdullahs. Heh.

Pabila kita berduka, salah satu terapi yang baik ialah dengan melihat wajah-wajah orang yang kita sayangi dan kasihi…

Di samping itu, ceritakanlah masalah anda kepada ibubapa anda…Sue cuba latih diri Sue untuk mengutamakan ibubapa terlebih dahulu dalam menceritakan masalah atau perkara yang penting dalam hidup (yang remeh temeh lain hal la) kepada orang lain yakni sahabat atau si dia (yang belum tentunya jadi milik kita bukan, tapi yang penting kena USAHA juga…ahaks). Walau kadangkala, ibubapa hanya boleh mendengar…dan bersimpati ataupun turut sama tumpang bergembira. Redha ILAHI, bergantung kepada redhanya ibubapa terhadap kita anaknya.(kalau salah, betulkan ye)

Sue juga ingin kongsikan manfaat amalan Surah alWaqiah yang Sue jumpa di page Tazkirah Online bersama Haruman Syurgawi (kakANa).

Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

(Notes taken from Ustazah Fatma's lecture session)

Nampaknya cukup sampai disini sahaja entry kali ini…Perkara yang baik itu bolehlah dikongsikan bersama ye. Ok sebelum tidur, eloklah minum susu dahulu supaya senang lena. Susu merangsang penghasilan serotonin (kalau Sue tak silap, betulkan kalau salah…tapi rasanya betul..ahakss) lalu menjadikan badan jadi lebih relax. Kadangkala Sue campurkan susu dengan sedikit kulitkayu manis(cinnamon). Kulit kayu manis ini bukan sahaja gah kerana dipercayai boleh melambatkan proses penuaan(nak awet muda) tapi bermanfaat mengawal kolesterol dan gula darah. Sue dapat dari majalah RAPI fakta ni. Tapi Sue belum cari rujukan yang betul-betul diyakini dari mana-mana jurnal dan page yang berkaitan.(Botanical). Selamat malam!!!

Salam Sayang sangat sangat.

-Sue-

25 January 2007

-hmm-

-hee ntah hape hape jer tulis macam ni...(*_*)


tangisan pilu berlagu di tasik hati
-penganggur bergaya-
-Sue-

23 January 2007

-jiwa-jiwa-


'oh betapa kita masih mengaku hamba,
walau mengingati DIA, hanya tatkala berduka kerna rezki tertunda,
namun jadi LUPA pabila gembira'

-Sue yang jiwa-jiwa-
ahaks

19 January 2007

-awal Muharam-

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


-Salam awal tahun untuk kawan-kawan sekalian. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah kerana Sue diberi peluang untuk menjalinkan untaian ukhwah ini dengan kalian semua; Riz&Aiza, KakEl&KakAna, Hafiz dan Azi, EnchikNabil, Chika, Rnysa, kakSuraya dan kepada sesiapa sahaja yang sudi hadir menjenguk blog ini.

Moga kita dimurahkan rezeki dan berada di bawah limpahan rahmat ALLAH. Moga dipermudahkan segala urusan kita. Moga segala kesusahan yang Sue sedang tempuhi ini menjadikan Sue lebih tabah lagi hendaknya. Setiap segala kesempitan pasti ada jalan keluarnya, kita sebagai hambaNYA perlu berusaha tanpa ada rasa kecewa(kadangkadang Sue rasa sungguh 'lelah dan give up' hingga terfikir alangkah bagusnya menjadi kameleon hijau yang comel, tanpa masalah...Astagfirullah)

-Allah Lebih Mengetahui Apa yang Lebih Sesuai Untuk HambaNYA-

-Allah Juga Takkan Menguji HambaNYA melainkan dengan Apa Yang Termampu untuk Dihadapi oleh Hamba-HambaNYA-

-salam sayang bersulam madu-

Sue