pic ni diculik dari blog nurkaseh (aka Mrs Azi)Assalamualaikum
Pagi ahad yang indah datang lagi…Syukur Alhamdulillah kerna masih diberi peluang oleh ALLAH untuk menghirup udara segar dari balik jendela rumah ibubapaku. Oh hari ini dah kena balik ke kota metropolitan semula… How I wish I got the chance to work at a country side…Dalam suasana desa, pasti lebih aman kan (kurang sikit segala habuk serta asap ekzos yang tanpa segan silu menerobos masuk ke sistem pernafasanku…dah memang itu udara yang aku inhaled…hoho)
Ok, Sinopsis ‘Ayat ayat’ Cinta (seperti yang Sue janjikan..)
Ayat Ayat Cinta : Sebuah Novel Pembangun Jiwa
Karya Habiburrahman El Shirazy (Novelis, Sarjana al Azhar Universiti Cairo)
(setebal 500 halaman)
Hmm ketika mula membaca bab pertamanya, Sue dah mula rasa tertarik dengan sistem ‘nota kaki’ pada halamannya. Persis macam baca tesis aja… Oleh kerana latar cerita ini adalah di Mesir maka banyak perkataan Arab yang digunakan. Tidak seperti novel novel lain yang melampirkan maksud perkataan asing di bahagian glosari…Sistem ‘nota kaki’ itu benar benar membantu Sue untuk lebih memahami jalan cerita tersebut [and oso improving my vocabulary (^_^)]
Ayat ayat Cinta mengisahkan perihal seorang pelajar Sarjana di al Azhar University yang bernama Fahri. Fahri, pelajar dari Indonesia berketurunan jawa (juga ada diselitkan akan budaya Jawa yang bagus amalannya). Habiburrahman menggambarkan Fahri sebagai seorang pria yang sungguh tulus, berpendidikan tinggi, ada visi dan misi serta menjadi rebutan para gadis (hehe, Sue pun sudah jatuh cinta sama Fahri..haha sengal je) Plus sifat ‘romantis’ malu malunya itu… Multilingual lak tu, Indonesia, Arab, Jerman and English…ish ishhh
Kisah bagaimana Maria (gadis kristian koptik) jiran Fahri, yang dalam diam menyimpan segaris rasa cinta dalam jiwanya, jatuh sakit akibat merana apabila Fahri menikah dengan Aisya. Maria sakit tenat, koma jadinya…Meracau racau menyebut nama Fahri dalam keadaan tak sedarnya itu… Love is a sweet torment. Sungguh Maria terseksa apabila tahu Fahri yang dicintai senyap senyap sepenuh hati mengahwini gadis lain. Aku tahu bagaimana rasanya itu…
Bagaimana Nurul dengan beraninya (Kamikaze sungguh) mengutus surat cinta kepada Fahri yang sudah punya isteri, dengan tujuan sanggup untuk jadi second wife berkongsi Fahri yang satu itu. Tegarkah seorang isteri untuk dimadukan??? Kalau tanya aku, pasti jawapannya TIDAK!!! Sue takkan sanggup….(melainkan atas sebab yang ‘terpaksakan’)
Sebenarnya Fahri pun ada hati kat Nurul(sebelum Aisya jadi isteri dia la)…Tapi kedua duanya (Fahri dan Nurul) tak ada yang memulakan. Nurul pun mestilah malu..Namun akhirnya rasa malu itu ditolak tepi, dikhabarkan jua pada Fahri(secara berhemah, melalui utusan pakcik dan makciknya)…Tapi dah terlambat…kesian kan…
Kisah Noura yang dianiaya keluarganya, then ditolong Fahri. Noura juga ada melayangkan surat cinta kepada Fahri. Kemudiaan penganiayaan Noura terhadap Fahri yang membuatkan Fahri dipenjara…Kesulitan dan penderaan yang diterima Fahri semasa di penjara betul betul mengusik hati…Sungguh pilu. Dibuang dari universiti, dilucutkan penganugerahan ‘Ijazah sarjana Mudanya’…segala usaha kerasnya terasa sia sia…Sudahlah asalnya hanya anak seorang petani miskin…Datang ke Mesir dengan hasil jualan tanah sawah pusaka…
Novel ini sarat dengan ilmu…Hadis dan dalil serta dihiasai puisi puisi indah… Happy ending tau..jangan risau. Sue sangat lega pabila Maria yang jadi Fahri’s second wife menghembuskan nafas terakhirnya tak berapa lama setelah bernikah(nikah kat hospital lak tu). Kesian la kat Aisya kalau Maria tu sembuh dan hidup lama bersama sama mereka...
OK, novel ini sangat bagus…10 bintang dari Sue! Thumbs up!!! Cepat la pergi toko buku dan beli novel ini…Sue nak baca second round nih…
Salam sayang
-Sue Aisya-
(edited at 12:52)
9 comments:
bape page aa buku tu. xde masa nk bc kalu tebal2 sgt. maklum la student lg. byk menda nk study.
sinopsis tu nmpak bese je. mcm novel2 love story yg len gak. better kalau sue dpt jelaskan apa objektif atau motif cite tu. ke arah mana penulis tu nk bawak pemikiran pembaca ni sebenarnya?
Danialle, novel ni lain dari novel love story yang lain la...
Sue tak mau la tulis dengan terperincinya...tak saspen la.
ini novel matang...bukan novel picisan (hmm mungkin cara Sue menulis nampak cam biasa je kot...huhu)
Walau temanya juga berkait dgn cinta...namun segalanya cinta setelah berkahwin. Fahri hanya berbincang soal agama dgn mereka, contohnya menyemak bacaan Maria bagi surah Maryam di dalam LRT, menerangkan kepada Alicia betapa Islam tidak langsung memandang wanita sebagai golongan yang kurang dari segi statusnya seperti tanggapan barat, dll lagi persoalan yang digarap secara halus
Tiada perbualan melalaikan antara Fahri dgn kesemua wanita tersebut.
Novel ini menggambarkan Fahri sebagai lelaki yang sangat berpegang pada prinsip.
ooo..fahri tu sgt berpegang pd prinsip ek? sama la cam danialle. kuang3x
tahniah sue! dapat tulis sinopsis dia kat sini..azi tinggal sket lagi nk abis kan 2nd round..hehe..buku ni mmg best la, byk yg azi belajar dlm buku ni..buku lain dr yg lain..
fahri sambutlah huluran cintaku ini juga..haha..kita bermadu la mcm ni sue..haha
wah3 kan main suka ngan fahri nampak..nasib la fahri tu tak wujud..hoho
akhirnya dapat jugak saya tau sinopsis dia, aritu azi cerita tak habis, panjang sangat..dia cerita every single line and dialog dalam novel tu..tu yang dah sejam bercerita pun tak habis habis..hehe
hi kakSue yg klaka..
best ek cite nieh??bole la beli nnt..
wah,kunun la tepikat kat fahri la nieh..hehehe
dah baca... mmg best!!!
Itu novel Indonesia ya
Post a Comment