About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

15 March 2007

-baby-

credit: barb uil

Assalamualaikum. Harap kalian semua seceria mentari. Kali ini Sue ingin berkongsi artikel ‘bersalin melalui caesarean’…Bukan apa teringatkan seorang rakan guru yang sedang menunggu masa je nak bersalin. Sue selalu pegang perut dia…Hee saja nak rasa kot kot baby tu bergerak…Dan KakHafizam tu berdoa sangat agar kelahiran kali ini tidak perlu di bedah.

‘Seksa Sue caesarean…biarlah bersalin normal, lepas beberapa jam bersalin dah boleh buat kerjarumah , kalau caesarean..alamatnya nak batuk pon azab…’ Dan kemudian dia bercerita soal kelahiran dengan bersungguhnya hingga buat Sue naik ngeri…Saja nak buat aku takut la tu…

Teringatkan student yang petah bertanya dengan confidentnya kat Sue: ‘Teacher how many babies do you have?’ Err aku tergamam sekejap. Dia ingat aku dah already married agaknya. Dan seorang lagi student asked sakitke bersalin kat aku yang bujang trang tang tang nih…alahai anak anak murid ku yang comel, Teacher Sue masih single laa…

~bersalin melalui caesarean~

Filed under: Dunia Bayi

~bersalin melalui caesarean~

KADANGKALA anda tidak boleh melahirkan anak secara biasa dan terpaksa melalui pembedahan di abdomen dan seterusnya di rahim untuk melahirkan bayi yang dikandung.

Prosedur ini dipanggil pembedahan caesarean. Apa yang penting, anda sihat dan anak selamat.

Mengapa anda dibedah?

Ada ibu yang merayu supaya dibedah. Ini merupakan satu isu dan keputusannya sangat rumit dan memerlukan perbincangan serta pertimbangan terperinci.

Kalau demikian niat anda, berbincanglah dahulu dengan doktor anda.

“Biasanya, keputusan pembedahan dibuat setelah anda berada di bilik bersalin menjalani proses kelahiran tetapi gagal disebabkan oleh kepelbagaian faktor yang akan diterangkan oleh doktor pakar perbidanan.

Ada juga ibu-ibu yang memang dijadualkan secara elektif untuk kelahiran melalui pembedahan disebabkan oleh faktor-faktor lampau,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Lain-lain faktor yang diambil kira termasuklah permasalahan perubatan semasa dan juga mungkin kerana wujudnya masalah-masalah obstetriks (perbidanan) yang menghalang kelahiran normal.

* Mengandung kembar/berganda - ramai ibu yang mengandung anak kembar dua melahirkan anak secara normal. Bagaimanapun, ada segelintir yang memerlukan pembedahan - bergantung bilangan janin dikandung.

Jika lebih ramai maka kebarangkalian untuk dibedah bertambah tinggi. Kedudukan janin turut mempengaruhi cara kelahiran.

* Proses kelahiran terbantut

Berjam-jam lamanya anda di bilik bersalin namun kemajuan pendilatan (pembesaran organ berongga) pangkal rahim tidak berlaku, walaupun ubat diberikan untuk menguatkan kontraksi (pengecutan) .

* Masalah pada janin dikandung

Bayi dikandung mungkin mengalami masalah di dalam rahim, bekalan oksigen tergendala, mungkin tali pusatnya terhimpit, terpulas dan sebagainya mengakibatkan bekalan darah dari uri ke bayi menurun.

Ini dikesan melalui pemerhatian elektronik ultrasound yang dipasang pada abdomen puan. Seterusnya, keputusan pembedahan dibuat.

* Masalah uri

“Uri mungkin berada di bawah (previa plasenta) yang menghalang bayi dari keluar. Satu lagi masalah, apabila uri terpisah dari dinding rahim dikenali sebagai placenta abruption.

“Pendarahan yang banyak berlaku, pengaliran darah serta oksigen kepada bayi terbantut, kematian boleh berlaku,” jelas Dr. Shah Reza.

* Sejarah kelahiran pembedahan lampau

Sekiranya anda sudah pun dua kali dibedah, kelahiran kali ini mestilah juga melalui pembedahan.

Seandainya sejarah hanya sekali sahaja, keputusan kali ini bergantung banyak pada kejadian semasa pembedahan lampau.

Contohnya, jika pemotongan pada rahim bukannya di segmen bawah secara melintang, bermakna anda tidak boleh di cuba untuk kelahiran melalui faraj.

* Kemungkinan lain seperti saiz bayi yang besar secara relatif dibandingkan dengan tulang pinggul, kedudukan bayi songsang dan infeksi pada ibu seperti herpes genitalia (inflamasi kulit pada alat kelamin) yang boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran.

Prosedur pembedahan

Dr. Shah Reza berkata, kebiasaannya di hospital, bilik bedah merupakan satu kawasan larangan.

Suami tidak digalakkan atau mungkin tidak dibenarkan berada di bilik bedah di samping isteri semasa pembedahan dijalankan.

“Jenis pembiusan mungkin secara setempat (anda sedar sepanjang pembedahan), mungkin juga pembiusan menyeluruh (anda tidur sepanjang tatacara).

“Ini bergantung kepada penilaian doktor pakar bius. Kadangkala pembedahan dilakukan kerana kecemasan, jadi tidak sempat persediaan dilakukan seperti pembedahan-pembedah an elektif yang lain.

Persediaan

“Jururawat akan menyediakan anda bagi tujuan pembedahan, ubat diberikan untuk mengurangkan keasidan di dalam perut.

“Anda dikhuatiri akan muntah dan termasuk ke dalam sistem pernafasan yang boleh memudaratkan kesihatan selanjutnya, ” kata Dr. Shah Reza.

Bahagian untuk dibedah akan dicuci, bulu roma yang lebih akan dicukurkan. Tiub kateter akan dimasukkan ke dalam uretra (saluran air kencing) untuk mengosongkan pundi kencing.

Ia boleh mengurangkan insiden trauma pada pundi kencing semasa pembedahan. Ia juga sebagai pengawasan sistem perkumuhan buah pinggang.

Jarum dimasukkan ke sistem pembuluh vena di tangan untuk dimasukkan dengan cecair gantian seperti darah dan juga portal untuk ubat-ubat ke dalam badan anda, semasa dan selepas pembedahan.

Jenis-jenis pembiusan

Ia bertujuan menghilangkan kesakitan serta menenangkan anda semasa prosedur. Pembiusan, kata Dr. Shah Reza, mungkin secara menyeluruh dan juga berbentuk setempat seperti pembiusan epidural ataupun spinal, di mana anda akan sedar sepanjang prosedur.

“Doktor pakar bius akan berbincang dengan anda mengenai jenis-jenis pembiusan yang selamat untuk anda, bergantung sama ada pembedahan tersebut jenis kecemasan ataupun secara elektif. “Yang penting kesihatan puan semasa serta keadaan bayi diutamakan,’ ‘ kata beliau.

Kelahiran

Insisi dilakukan pada kulit dan tisu-tisu di abdomen.

“Lazimnya di Malaysia, insisi (torehan) di kulit dilakukan secara melintang. Otot-otot abdomen tidak dipotong.

“Insisi pada rahim juga secara melintang, ini mengurangkan pendarahan dan penyembuhannya bagus.”

Bayi akan dikeluarkan melalui insisi yang dibuat. Uri juga dikeluarkan melalui cara yang sama. Untuk kulit, jahitan dibuat, kadangkala stapel digunakan (mahal).

Komplikasi

Sebagaimana pembedahan yang lain, kelahiran melalui pembedahan juga berisiko. Bagaimanapun, risiko jarang berlaku dan ditangani dengan cepat serta berkesan.

Antara risiko-risikonya adalah:

* Infeksi boleh berlaku di rahim, tisu-tisu dalaman dan juga di kulit
* darah boleh hilang dengan pantas dan banyak, memerlukan transfusi (pemindahan) darah
* Insiden ketulan serta pembekuan darah berlaku di pelvis, paru-paru serta di bahagian kaki
* Usus dan pundi kencing juga boleh tercedera
* Reaksi pada ubat-ubat serta pembiusan yang diberikan.

Selepas pembedahan

Kata Dr. Shah Reza, sekiranya pembiusan diberikan dari jenis setempat, anda boleh memegang si bayi selepas pembedahan manakala pembiusan menyeluruh memerlukan masa untuk sedar.

Anda akan dihantar ke bilik pemulihan pembiusan, petanda seperti tekanan darah, nadi, kandungan oksigen dan lain-lain parameter akan dipantau rapat sehingga kesemuanya stabil, sebelum anda dihantar ke wad.

Penyusuan dada digalakkan walaupun baru dibedah. Lazimnya, ubat-ubatan yang diberikan adalah selamat untuk penyusuan dada.

Anda mungkin berada di wad selama tiga, empat hari. Pengawasan lanjut diteruskan walaupun sudah stabil.

Ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain diberikan agar anda selesa dan dapat bergerak seberapa segera.

Kembali ke rumah

Doktor akan membekalkan anda dengan ubat penahan sakit, antibiotik serta vitamin bagi membolehkan penyembuhan berjalan sempurna.

Walau bagaimanapun, anda perlu menjaga kesihatan diri, hadkan aktiviti berat.

Anda juga mungkin mengalami:

* Kekejangan pada bahagian bawah abdomen, terutamanya semasa memberikan susu badan
* Pendarahan dan juga lelehan untuk empat hingga enam minggu
* Pendarahan mungkin dalam bentuk ketulan dan kadangkala kekejangan berlaku semasa ketulan dikeluarkan
* Sakit di bahagian pembedahan.

“Untuk mengelakkan infeksi, jangan masukkan apa-apa cecair, tampon ataupun melakukan hubungan seks untuk beberapa minggu. Seorang suami yang baik seharusnya memahami keadaan isteri sekarang.

“Berikan badan anda masa untuk sembuh sebelum aktiviti-aktiviti lazim. Senaman ringkas yang tidak menyakitkan juga boleh dilakukan,” kata Dr. Shah Reza.

Segeralah berjumpa dengan doktor pakar perbidanan puan sekiranya demam berlaku, pendarahan semakin banyak, sakit yang tidak dapat dilegakan atau mana-mana pengalaman yang sebelum ini tidak pernah anda lalui.

Sumber: Utusan Malaysia

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN PEMBEDAHAN CAESAREAN

Pembedahan caesarean merupakan satu pembedahan yang melibatkan beberapa lapisan pada dinding perut wanita. Lapisan kulit, lapisan-lapisan otot dan dinding rahim dibuka bagi membolehkan bayi dilahirkan melalui pembedahan tersebut.

Pembedahan caesarean terbahagi kepada dua iaitu:
* IRISAN MELINTANG - atau lebih dikenali sebagai lower segment caesarean di mana irisan dinding rahim dilakukan pada bahagian bawah rahim.
* PEMBEDAHAN KLASIKAL - irisan dilakukan menegak pada rahim.

Bagaimanapun, irisan melintang merupakan pilihan hingga kini kerana ia dapat mengurangkan kadar pendarahan, di samping menurunkan risiko rahim pecah pada kandungan yang seterusnya.

Namun, pembedahan klasikal hanya diperlukan untuk kes-kes tertentu kerana ia meningkatkan risiko kehilangan darah, jangkitan kuman, rahim pecah pada kandungan yang seterusnya boleh menyebabkan kematian ibu dan anak.

Menurut Dr. Mohd. Hashim, sejak tahun 1960- an pembedahan caesarean meningkat kerana ia merupakan salah satu langkah untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak.

Pada masa yang sama, pembedahan ini semakin popular apabila timbulnya kesedaran berhubung perancang keluarga.

”Dengan penurunan kadar kelahiran, sesetengah golongan lebih menumpukan kesihatan bayi dalam kandungan,” katanya.

Tambahnya, dengan kaedah bius dan pembedahan ramai yang beranggapan bahawa pembedahan ini sesuatu yang selamat dan mudah walaupun tanpa satu alasan kurang jelas.

Namun, ramai yang beranggapan mereka yang pernah menjalani pembedahan ini perlu menjalani pembedahan yang sama untuk kelahiran seterusnya.

Sebenarnya, ia bergantung kepada keadaan ibu dan anak dalam kandungan, sekiranya tiada risiko yang berulang pesakit tidak perlu menjalani pembedahan caesarean.

Dr. Hashim memberitahu, biasanya doktor akan memaksimumkan menjalani hingga tiga kali pembedahan bagi mengelakkan risiko kecederaan pada organ berhampiran seperti pundi kencing, usus dan sebagainya.

Bagaimanapun, wanita yang pernah melahirkan anak secara caesarean sebelum ini dan bercadang untuk melahirkan anak secara biasa, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan dan rawatan tetap di hospital-hospital yang mempunyai kelengkapan lengkap.

FAKTOR PEMBEDAHAN CAESAREAN

* Tali pusat keluar dahulu semasa air ketuban pecah.
Tali pusat ini akan turun perlahan-lahan ke dalam saluran faraj, keadaan menurunkan beka oksigen pada bayi menyebabkan bayi bernafas dalam peranakan.

Keadaan ini boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan, justeru pembedahan kecemasan caesarean diperlukan.

* Uri di bawah (placenta praevia).
Uri berada di bawah daripada bahagian bayi pada pembukaan rahim. Sekiranya proses kelahiran biasa berlaku, pendarahan yang banyak akan membahayakan keselamatan ibu serta anak.

* Tulang punggung dan saiz kepala bayi tidak sepadan (dispropotion).
Keadaan ini akan mengakibatkan proses kelahiran mengambil masa agak lama tanpa banyak tanda-tanda ia akan berjaya jika kelahiran biasa berlaku.

(ini selalunya jadi kat perempuan yang bersaiz kecil kan…Kurus kecil macam Sue. Teringatkan kata kata seorang sahabat, 'Ko jangan kawen ngan orang besar nanti takut baby tu rangka besar macam ayah dia….Susah ko nanti’ Hehe macam macam...

* Terdapat tanda-tanda bayi dalam kandungan lemas dan tidak aktif semasa proses bersalin.
Pertumbuhan atau perkembangan bayi yang terencat atau kadar denyutan jantung bayi yang menurun.

Kedudukan anak yang tidak betul seperti melintang atau condong (oblique) atau berlaku kelainan presentasi anak seperti muka, tangan atau kaki semasa pembukaan rahim.

Status kesihatan ibu seperti hipertensi, diabetes atau sakit jantung.

RISIKO PADA BAYI YANG DILAHIRKAN

Bayi yang dilahirkan melalui pembedahan ini terutama sebelum ibu merasai sakit bersalin, mengalami masalah pernafasan lebih tinggi berbanding kelahiran biasa.

Keadaan ini ada kaitannya dengan kesilapan dalam kiraan jangkamasa kandungan.

Justeru, bayi ini dianggap prematur di mana keadaan ini akan mendedahkan bayi tersebut kepada jangkitan kuman di paru-paru, masalah penyusuan dan lain-lain lagi yang memerlukan rawatan di hospital dalam jangka masa panjang.

KESAN PSIKOLOGI PADA IBU

Pembedahan ini boleh menyebabkan beban psikologi dan fizikal yang lebih tinggi berbanding kelahiran biasa. Ini kerana keadaan fizikal selepas pembedahan menyukarkan keinginan ibu terbabit untuk bersama anak yang dilahirkan.

Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan rasa marah, hampa dan tertekan kepada ibu.

Namun, sokongan ahli keluarga dapat membantu mengurangkan bebanan psikologi ini.

KES-KES YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN CAESAREAN

Bagi kes-kes tertentu, pembedahan caesarean merupakan pilihan terbaik yang dapat menyelamatkan nyawa ibu dan anak dalam kandungan seperti:

* Uri di bawah
* Pendarahan yang banyak pada peringkat akhir kehamilan.
* Kelahiran tersumbat
* Rahim pecah
* Bayi dalam kandungan terlalu besar
* Jangkitan kuman herpes pada kemaluan yang akan menjangkiti bayi sekiranya ia dilahirkan secara biasa
* Tali pusat terkeluar dahulu (cord prolapse)

Bayi kecil itu mampu memberi segaris rasa damai di dada, membasuh duka pada lara dengan hanya senyumannya yang menggetar jiwa...

-salam sayang, Sue-

14 March 2007

Wanita...

Rushdee art: www.alwancomics.com

12 March 2007

Err saya takut...


Assalamualaikum semua...Harap kalian semua dalam keadaan yang sihat sihat selalu hendaknya. Cuti sekolah sudah bermula...Dan sebagai seorang 'Guru Sekolah' Sue juga turut riang gembira!!! hehe.

Penangan SportsDay sekolah...
Hmm gurunya yang terlebih bersemangat, ikut berlari dengan participants ditepi trek sambil bersorak sampai keluar anak tekak!!! Muka pun jadi hitam...Ohh Aiza, kakSue nyer digicam masih tersadai di pusat service...Jadi gambar gambar anak murid kakSue yang comel tu kakSue perlu minta dari seorang male teacher@ustaz yang jadi fotografer untuk hari tu(sports day). InsyaALLAH buka sekolah nanti la ye baru upload kat sini. Ada emel yang agak 'mengerikan' datang bertamu ke Inbox Sue... Mari baca bersama-sama Sue:
assalammualaikum, maaf jika email ini mengganggu awak. saya sebenarnya ingin berkenalan dengan awak. dari hati ke hati. sebabnya hati saya dah berkenan. maaflah jika saya terlalu berterus terang dan terlalu cepat. saya harap email saya ini tidak menakutkan awak atau membuat awak menjauhkan diri dari saya. jika sudi atau tidak, saya harap awak balas email saya ini ataupun bila jumpa saya just beritahu aje. sekian. assalammualaikum.
**** *a***


Memang aku jadi takut plus tak selesa...Sudahlah pengirimnya rakan sekerja sendiri(one of the ustaz kat sekolah Sue). Hmm rasa-rasanya Sue memang akan menjauhkan diri dari dia lepas ni...Entah, Sue yang terasa malu...Patutla dia ni selalu bertanya Sue soalan soalan yang diluar syllabus...Mungkin sebab dia tengok jari jemari Sue langsung tak dihiasi cincin, tu yang dia berani 'bertanya'..hehe.

Maaf ustaz, hati saya dah dihuni oleh sebaris nama indah milik dia...

Doakan destinasinya seperti yang Sue impikan ye kawan kawan...

28 February 2007

Allah makes us Glad

Sometimes when you're feeling sad
You may start to brood
But Allaah will make you glad!
He will lift your mood!
Trouble or pain,
do not worry
Leave it in His Hands
Try to be a bit more patient
Allaah understands
Always ask Allaah for help
He hears what we say Difficulty
pain and sadness He will wipe away!

WHEN YOU FEEL DISTRESSED:
Allaahu Allaahu Rabbi laa ashriku bihi shay-aa

This du’aa means: Allaah, Allaah is my Lord, I do not associate anything with Him. [Ibn Maajah: saheeh]

-ini sebenarnya some of the materials yang Sue akan gunakan untuk penerapan nilai nilai Islam utk students Sue.dikongsi bersama dengan kalian.Moga ada manfaatnya.InsyaALLAH.
Salam Sayang
-Teacher Sue-(new teacher in new school)

islamic family



Black or white,

brown or yellow

We are sisters, brothers

All the Muslims come together

And we love each other
Colour does not matter to us

Side by side we stand

Ready to give all our help

With a caring hand.
Rich or poor,

young or old

All of us unite

One Islaamic family

we are Under Allaah's Sight!

23 February 2007

05 February 2007

lirik lagu

(credit: Dan Bush)

Biar lah bulan bicara sendiri, b.marantika

Bulan sabit yang jatuh di pelantaran
bintang redup tanpa cahaya gemintang langkah tanpa arah,
sesat di jalan yang terang

aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan
Air mata tulus jatuh di sudut bibirmu

tak terlintas dendam di bening mata indahmu

aku yang merasa sangat berdosa padamu

masih pantaskah mendampingimu
Biarlah bulan bicara sendiri

biarlah bintang kan menjadi saksi
tak kan kuulangi walau sampai akhir
nanti
cukup derita sampai di sini


berdiam diri memendam rasa, tapi ku cuba jaga jiwa, janganlah kiranya gundah gulana membawa celaka, iman senipis membran allium cepa tetap dipelihara, kerna ku tak mahu jadi seperti orang tak berguna, musibah tak kurang dosanya bertambah pula...

dariku : Sue Abdullah
(ku terfikir alangkah indahnya jika boleh bertransformasi menjadi sang kameleon hijau)

02 February 2007

- -

Penulis blog ini memasuki mode hibernasi...
-akan menyepi buat beberapa ketika-

Sekian terima kasih

Kutitipkan utusan sayang buat kalian
-Muahhhh-
Sue

28 January 2007

we are abdullahs


Assalamualaikum.

Harap kalian semua ceria dan bahagia.

Ok inilah projek Sue hari ini, Abdullahs Wallpaper Abdullahs. Heh.

Pabila kita berduka, salah satu terapi yang baik ialah dengan melihat wajah-wajah orang yang kita sayangi dan kasihi…

Di samping itu, ceritakanlah masalah anda kepada ibubapa anda…Sue cuba latih diri Sue untuk mengutamakan ibubapa terlebih dahulu dalam menceritakan masalah atau perkara yang penting dalam hidup (yang remeh temeh lain hal la) kepada orang lain yakni sahabat atau si dia (yang belum tentunya jadi milik kita bukan, tapi yang penting kena USAHA juga…ahaks). Walau kadangkala, ibubapa hanya boleh mendengar…dan bersimpati ataupun turut sama tumpang bergembira. Redha ILAHI, bergantung kepada redhanya ibubapa terhadap kita anaknya.(kalau salah, betulkan ye)

Sue juga ingin kongsikan manfaat amalan Surah alWaqiah yang Sue jumpa di page Tazkirah Online bersama Haruman Syurgawi (kakANa).

Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

(Notes taken from Ustazah Fatma's lecture session)

Nampaknya cukup sampai disini sahaja entry kali ini…Perkara yang baik itu bolehlah dikongsikan bersama ye. Ok sebelum tidur, eloklah minum susu dahulu supaya senang lena. Susu merangsang penghasilan serotonin (kalau Sue tak silap, betulkan kalau salah…tapi rasanya betul..ahakss) lalu menjadikan badan jadi lebih relax. Kadangkala Sue campurkan susu dengan sedikit kulitkayu manis(cinnamon). Kulit kayu manis ini bukan sahaja gah kerana dipercayai boleh melambatkan proses penuaan(nak awet muda) tapi bermanfaat mengawal kolesterol dan gula darah. Sue dapat dari majalah RAPI fakta ni. Tapi Sue belum cari rujukan yang betul-betul diyakini dari mana-mana jurnal dan page yang berkaitan.(Botanical). Selamat malam!!!

Salam Sayang sangat sangat.

-Sue-

25 January 2007

-hmm-

-hee ntah hape hape jer tulis macam ni...(*_*)


tangisan pilu berlagu di tasik hati
-penganggur bergaya-
-Sue-

23 January 2007

-jiwa-jiwa-


'oh betapa kita masih mengaku hamba,
walau mengingati DIA, hanya tatkala berduka kerna rezki tertunda,
namun jadi LUPA pabila gembira'

-Sue yang jiwa-jiwa-
ahaks

19 January 2007

-awal Muharam-

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


-Salam awal tahun untuk kawan-kawan sekalian. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah kerana Sue diberi peluang untuk menjalinkan untaian ukhwah ini dengan kalian semua; Riz&Aiza, KakEl&KakAna, Hafiz dan Azi, EnchikNabil, Chika, Rnysa, kakSuraya dan kepada sesiapa sahaja yang sudi hadir menjenguk blog ini.

Moga kita dimurahkan rezeki dan berada di bawah limpahan rahmat ALLAH. Moga dipermudahkan segala urusan kita. Moga segala kesusahan yang Sue sedang tempuhi ini menjadikan Sue lebih tabah lagi hendaknya. Setiap segala kesempitan pasti ada jalan keluarnya, kita sebagai hambaNYA perlu berusaha tanpa ada rasa kecewa(kadangkadang Sue rasa sungguh 'lelah dan give up' hingga terfikir alangkah bagusnya menjadi kameleon hijau yang comel, tanpa masalah...Astagfirullah)

-Allah Lebih Mengetahui Apa yang Lebih Sesuai Untuk HambaNYA-

-Allah Juga Takkan Menguji HambaNYA melainkan dengan Apa Yang Termampu untuk Dihadapi oleh Hamba-HambaNYA-

-salam sayang bersulam madu-

Sue

18 January 2007

Cara terbaru menyebar kuman HIV

Cara terbaru menyebar kuman HIV

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum
membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif
seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen
Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah
merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila
berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum
penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati.... .

4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis
dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan
mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila
'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially
orang yang anda cintai, anak anda
dan sesiapa saja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA.

-forwarded email-

17 January 2007

Berangan atau blur?

Assalamualaikum.
Harap semua sihat.
Kepala Sue terasa bagai melayang sahaja hari ini.(huhuu)
Hari ini Sue ke Menara Yayasan Tun Razak (BktBintangKL). Atas 'urusan seri paduka baginda'...hmm ye lah tu.

Kemudian ke Sungei Wang Plaza. Banyaknya 'SALE'...Berjalan sambil menutup sebelah mata! Godaan!!! Cari kedai Sony. My inchik Sony 'kena ward in' untuk dibaiki. harap-harap Enchik Sony boleh sembuh!

-Sue ternampak seorang budak pengemis hari ini...Seorang remaja perempuan. Sedang tidur di kaki lima(pengemis ke? nampak macam pengemis...) Homeless kot, kesiannya-(weih ke drug addict? ntah lah...comot semacam jer)

(walau muka Sue nampak macam 'jenis perempuan murah hati dan cepat kesian' tapi bila budak-budak peminta sedekah datang dekat, Sue buat tak reti aje...huhu)

Tolong Sampaikan pada si dia...

bannahakimi menulis "Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
(www.ukhwah.com)

-salam sayang-
Sue

15 January 2007

Oh Enchik sony...

Inchik sony kesayangan sakit...Tak function...Bila Sue on kan, screen dia hanya tunjukkan kaler putih(blank)...Cuba on kan semula, tapi macam tu jugak...Kenape ni inchik Sony...hukhuk sedih sungguh...esok kena pergi kedai sony la...(Sue beli digicam ni tahun 2005, selama ni sihat sejahtera...)

-sedihnya saya-
Sue

14 January 2007

malu lah

Setelah melihat kembali kepada semua entry / hasil tulisan yang sudah Sue publishkan di sini, maka datang perasaan malu yang menimpa-nimpa kerana telah mencacatkan bahasa melayu yang indah.(kerana aras bahasa yang digunakan sangat rendah).

Kalau mahu menulis dalam bahasa melayu, biarlah betul tatabahasanya, susun ayatnya Sue ( ini monolog dalaman mindaku).

Ini, caca merba macam apa sahaja…(percakapan kepada diri sendiri lagi)

Sue berazam ingin menggunakan bahasa standard, namun tak salah bukan menyelitkan ‘ayat-ayat lazim percakapan seharian kita, buat penambah rasa’-kerana blog ini adalah ‘life journal’ Sue…huhu

Oh…teringatkan isteri pakcik yang bekerja di DBP. Sue pernah datang ‘melepak’ ke pejabat makcik. Melihat kerja-kerja makcik, buat Sue jadi kagum. Menyunting teks untuk buku buku rujukan sekolah rendah. (dan anak saudaranya jadi perosak bahasa, huh takkah itu memalukan dan menyedihkan? )

Cukup sampai di sini. Sue mahu menonton BLEACH. Ahaks. Terima kasih TV3 kerana menyiarkan anime ini untuk Sue…haha. Sue suka gaya rambut Rukia, cantikkan…

Salam TERLEBIH sayang dan Selamat Malam

-Sue-

(ohh kenapa la ‘orang itu’ masih tidak jemu-jemu membuat panggilan kepada telefon bimbitku. Kalau aku tidak mahu angkat-angkat itu maksudnya tidak mahu lah…tak faham-faham lagi? atau kerana aku pernah ‘keluar’ dengannya beberapa kali, lalu membuat dia terfikir bahawa dia punya peluang…(alah atas kerana faktor kita ‘bersaudara’ lah, aku baik kepada kamu!). Tapi kenapa aku ‘naif’ sangat, rela ‘keluar’ bersama dengannya dahulu…Bodoh betul…Bang my face to the wall…ayarkkk. Hanya dia di hati buat masa ini. NOKTAH!!!)

Sekadar peringatan untuk diri Sue dan Kawan-kawan, keluar berjumpa dengan lelaki yang halal kita kahwini wajiblah disusuli dengan mahram kita. yaALLAH jaga lah kami hambaMU yang lemah serba serbi(aku terlalu lalai sekarang...SEDAR LAH SUE JANGAN KAU NODAI PERHUBUNGAN INI DENGAN TITIK TITIK HITAM!!!) -saya selalu motivate diri saya sendiri dengan tulisan- ayark BLEAcH dah start...babai

kawan kawan

Salam ahad untuk semua.

Harap ceria dan bahagia.

Malam tadi Sue ‘bergayut’ lama sangat ngan one of my feveret fren Berry.RINDU!!!Lama tak jumpa…Giggles, gelak kekek kekek, ketawa nyaring macam pontianak , abis semua benda nak cerita…

Berry, heppy birthday. Umor dah 23 ni….huhu.

Maka pagi tadi Sue pun layan Blues tengok gambar lama. Gambar zaman sekolah, zaman matrix yang ria ria sunquick!!!



Belakang: Berry, Sue(Suhaiza), Tibet, Maharani, Puyoh

Depan : EsyahDodhek, Sue(penulis blog ini), E-jah


Miss Berry(Bariah) : Graduan Kustem(math)

MissSue(SueApis) : UMS(Education)

MissTibet : UMS (comp kot…aku lupa ko amik ape Tibet- ayark kena ‘backhand’)

Miss Maharani : UTM (bioIndustry)

MissPuyoh : UMS (environmental sc)

MissEsyah : Medic Student (UitM)

MissSue’zLin : UKM (Bio-Genetic)

MissE-Jah : UTM (BioIndustry)

Ini masa kami matrix level (kuantan). Kami semua ni datangnya dari sekolah yang sama, SMKA TAHAP Pahang. Geng kecoh…ahasss

Buat sahabat sahabat sekalian Sue doakan agar kalian dalam rahmat ALLAH selalu.

-Bertemu dan berpisah kerana ALLAH-

Sue

11 January 2007

bahagia...

Yang di atas selamat dan selesai dibuat malam tadi di kala alam gelap nan pekat. Ingat nak publish terus , tapi dia tiba tiba call, beri sesi kaunseling dan brainwash (atas perkara yang didiscusskan siangnya) dan dengan kuasa veto(yang ntah siapa kasi….eks) terus mengarahkan Sue supaya masuk tido.

Dia: Ok pergi tido! Esok lepas solat subuh, baca surah alWaqiah… Assalamualaikum wa
ma’asalamah

Sue: Jawab salam pun dalam hati jer. Hehee. Tak bersuara pun sepanjang sesi ‘terapi
hati’ kerna air mata dah bergenang kat tubir mata. Senget tul.

Tepat ke penjodoh bilangan bagi hati adalah ‘sekeping’?

Sekeping? Macam papan jer, mudah patah…Prakkkk


Yani : Ko ingat tak ko pernah tunjuk kat aku kartun hati?

Sue : Karya Luzrafikr tu ke? Yang dia belah dada, then dia bawak keluar hati dia tu?

Yani : ha yang tu…ngeri tul. Lepas tu dia bungkus cantik cantik hati dia dalam kotak…

Sue : pas tu hanyutkan kat laut…hhaha

Yani : ahah…haha. Berkesan betul kat hati aku kartun tu….

Sue : Kat hati aku pun…

-Love-

Sue

10 January 2007

Semalam nyer...

-i love this pic-

[ini tulisan semalam, tapi tak dapat publish kerna server blogger ada problem smlm. Hmm mcm tu la kot)

Assalamualaikum.

Harap kalian semua sihat. Tekak masih dalam mood ‘meragam’. Heh.

Tadi adik Sue call, katanya ada seorang student di kolej matrixnya cuba bunuh diri. Bad injured la, syukur tak mati. Bikin kecoh je budak tu. Ditimpa masalah apa sampai sanggup kelar tangan macam tuh.

Satu perbuatan menzalimi diri sendiri yang terlampau. Oh untuk pengetahuan semua, student tu perempuan, budak architecture (kalau tak silap apa yang adik cakap tadi). Serta seorang Muslim. Astaghfirullah. Macam mana dia boleh tergamak buat macam tu? Masalah apa ye? Di fikiran Sue gadis-gadis muda selalunya terdorong untuk bunuh diri kerana ‘termengandung out of wedlock’. Perut makin besar, kepala makin risau, balak cabut lari, nak bagitahu parents takut kena belasah sampai mati….Jadi jiwa makin kacau, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, mulalah dengar ‘suara halus yang bukan-bukan’. Itu pasal bila kita tengah stress atau runsing terhadap sesuatu perkara elakkan duduk seorang diri termenung sana sini. Syaitan suka…

Pernah dulu Sue masa matrix level, seorang student satu batch berhenti sebab terpregnant. Syukurlah pakwe dia kira tanggungjawab jugak. (Ye lah masa tu pakwe dia dah 25tahun, dan dah kerja). Diaorang terus kawen. Tapi bagi Sue tak perlu lah sampai berhenti…Kami dah masuk 2nd semester masa tu. Then our lecturer plak bagi nasihat ‘jangan couple ngan orang dewasa’…Huhu. Dia cakap, (masa tu lah) kami ni masih budak sangat(still a baby, only 18), TAK PANDAI NAK KATA TIDAK lagi. (sebenarnya kalau dengan yang sebaya pun kalau dua dua ‘tak jaga batas pergaulan’ jadi jugak-Cuma apa yang membezakan budak lelaki dengan orang lelaki, orang lelaki ni dah pandai memanipulasi dan memujuk kot. Ntah!)Hoho. Heee tapi masa tu fikir, kalau lah aku berada di tempat budak tu, mesti takut sangat sangat. Ada ‘orang’ dalam perut seh. Huh mesti rasa alienated giler, dah lah lum kawen lagi,Huh cuak-cuak.

Ok berbalik kepada budak nak bunuh diri tadi, masalah sebenar budak tu masih belum diketahui lagi. Takkan tension study bunuh diri…ataupun break up….huh bodoh la.Bunuh diri bukan lah satu penyelesaian! Atau dia ada masalah psikologi. Ada sesetengah orang menderita atas tabiat ‘suka mencederakan diri sendiri’. Ada tau orang yang macam nih…Sue pernah jumpa dulu masa sekolah. Hee ngerinya. Tak dapat dibayangkan, Sue, pegang pisau lipat hiris hiris kulit lengan yang mulus nih. OOOooooo TIDAK!

Jangan lah menzalimi diri sendiri. Contoh contoh lain menzalimi diri:

1) Bila sakit liat nak makan ubat, tak pergi klinik

2) Dah tahu sakit tak reti-reti nak pantang makan?

Hee ni cakap kat diri sendiri nih. Heheh

[malam tadi mimpi buruk…Perang dingin antara kedua belah keluarga. Huhu takutnya... yaAllah jauhkan lah musibah dan bencana ke atas keluarga ku.Ameen]

Ok Sayangi diri anda. Sue juga sayang kamu.

(maaf tulisan dan bahasa tunggang langgang)

-Sue-

06 January 2007

Tak sihatttt...

my roommate

Sudah tiga hari tekak meragam..perit...
Sakit tekak, batuk sampai sakit-sakit dada, plus demam and selsema=sengsara...huhu.

--hee dia pun sakit tekak jugak--
(Sue: senyum gatal, sambil geleng kepala pandang skrin hp)

02 January 2007

1st for 07

Assalamualaikum…

Harap kalian semua sihat walafiat.

Alhamdulillah kita masih berpeluang melangkah ke tahun baru. Tahun 2006 tahun duka Sue…hoho. Penuh air mata…Menangisi sesuatu yang bukan milik adalah satu perbuatan bodoh! Sepatutnya aku gembira kerna orang yang disayangi(walau tak pernah aku lafazkan..namun memang aku sayang amat) ingin dan selamat mengadakan walimah dengan orang yang Alhamdulillah bagus orangnya...Penat aku pujuk hati ini...Alhamdulillah segala yang berlaku tetap ada hikmahNYA. Kudoakan mereka yang ku anggap 'abang dan kakak sendiri' ini tetap bahagia sampai bila-bila. Ukhwahh Fillah takkkan putus. Doa Along akan tetap mengiringi hidup kalian. InsyaALLAH. Smile(^_^)^

Menangis kerana....arghhh.
(Teringatkan sorang kawan, 'Ko sedih2 nih, ko frust putus cinta ker?' Sue: 'Ishhhh problem lain laa, aper ingat sedih2 nih untuk itu jer ker?') Terima kasih kepada sahabat yang 'sudi meminjamkan bahu' dikala Sue sangat membutuhkannya.(haha keluar perkataan Indon sebijik)

Tahun 2006, saat fasa2 getir dalam hidup... Saya tak mahu bersedih lagi! Saya tak mahu menzalimi diri sendiri lagi. Setiap orang punya masalah, tapi tak semua orang bijak menyelesaikan masalah. Saya Gadis Bijak kan. Gundah gulana dan nestapa cuma berada dalam minda... Vanish it...Kiss it away...Muahhh

Selamat tinggal tahun 2006. Saya Mahu Jadi WANITA BAHAGIA, TERSENYUM DAN CERIA SERTA MENCERIAKAN!!!

Errkkk umurku akan jadi 23 la ye tahun ni…Huh, besar dah ghupanya…

Sue beraya di umah atok seperti biasa setiap tahun… Bila balik umah tok, Sue automatic akan jadi seperti kanak-kanak riang ribena…Meredah semak dan belantara sekitar umah, mengejar anak ayam, dikejar ibu ayam, leka mengikut rama rama terbang, melihat kera bergayutan dan makan dengan banyoknya(sebab aktiviti-aktiviti ini kuat guna tenaga)…haha. Dulu masa kecik-kecik pernah main rakit-rakit kat sungai pahang(depan umah tok ada sungai…) Tapi lepas tu, teruk la kena marah ngan mak…Sekarang bila dah jadi gadis terpingit nih, takut dah nak main kat sungai…

Dengan Tshirt oversized warna kuning, seluar baggy + tudung hitam, Sue melilau sekeliling umah dengan Inchik Sony. Takut ‘ikut’ dek nyamuk, Sue sapu tangan dan kaki dengan almond oil. Terhendap-hendap la Sue di balik daun. Geramnya tengok tupai…Comey sungguh...Tapi susah betul nak tangkap gambar tupai, melainkan kena panjat pokok…kahkah.

Orang cakap jangan pegang anak ayam, nanti dia cepat mati…Sue nampak ada sekor anak ayam yang agak ‘lembab’ berbanding adikberadik nyer yang lain, terus Sue tangkap. Tangan Sue lembut, InsyaALLAH anak ayam tu tak tercedera.ahaks. Lembek betul anak ayam tu, selalu kena tinggal ngan mak dia…Sue tolong angkatkan kasi kat mak dia jer…heh. Sue rasa anakayam tuh tak boleh survive. Kalah kepada Hukum Pemilihan Semulajadi; yang lemah takkan hidup lama. Tak tegap. Tegap mengikut istilah Biologi, kemampuan untuk terus hidup, dan mempunyai generasi(offsprings) yang akan memastikan keturunannya tetap exist dalam dunia ni…jadi tak semestinya orang (hmm lelaki)yang kelihatan sasa dan macho itu TEGAP! ahaks

Juadah time raya korban nih dimonopoli dek daging ajer. Sup daging, gulai daging, daging goreng, daging masak kicap+ daging pekasam! Masa makan tak sedar dunia, bila dah sehari dua baru lah terasa nak demam…Demam DAGING!!!Huhu







--ntry 1st utk tahun 2007--
Sue