AssalamualaikumApa ye yang sue dah buat dalam tempoh 3 hari bercuti ? Penyakit malas datang menyerang. Membuang masa dengan bersenang senang je...Hari jumaat hanya duduk di rumah berehat (demam dan sakit tekak, suara tak keluar langsung-penangan SportsDay Training-Guru guru dah jadi komandan kem tentera, termasuk la sue...Gagah di padang, kemudian demam..ehe. InsyaAllah sukan besar awal februari nanti..tunggu...ahaks)
Sabtu sue kesekolah sekejap (ahad dan isnin..termenung merenung). Menyusun dan mengkoordinasi semula susun atur kelas alIkhlas. Sue pindah kelas lagi...An-nahl sue tinggalkan dengan berat hati (walau baru 2minggu sue jadi 'ibu' mereka, tapi dah rapat...Malah sue dah mula berkawan berSMS dengan ibu mereka. 16 Januari yang lepas Sue pindahkan barang barang Sue dari an-Nahl ke al-Ikhlas.Anak anak remaja yang 7 orang tu (6 lelaki dan 1 perempuan) berkali kali bertanya, 'kenapa teacher...kenapa? Teacher stay la...' Sue hanya senyum..
Al-Ikhlas dan penghuninya (anak kecil, 19 orang, Primary 1) lebih memerlukan Sue...Kasihan, Homeroom mereka tidak 'muncul'. Si Azie jadi makAngkat mereka untuk 2minggu, dan Azie dah resign...jadi,Sue masuk alIkhlas, Ustaz Asghrar Khan take over an-Nahl. Memang la sedih juga, dah mula rapat dengan an-nahl.Dah berkongsi cerita, bergelak tawa, malah sempat juga 'berduka' bersama...
Jadi lah Sue sekarang ibu kepada 19 anak kecil yang pelbagai ragam...(10 lelaki+9perempuan)
Yang lelaki, lasaknya bukan main...Meja, tingkap habis dipanjatnya...Sue kadang kadang risau nak tinggalkan tanpa pengawasan.
Subjects yang Sue ajar pun berubah...My new subjects :
Science: Primary 1 and 2
plus Biology untuk budak IGCSE.
Ajar anak kecil, dan anak remaja (kelas IGCSE belum mula lagi-soon)
Eh, sekejap sekejap...tajuk bukan pasal CINTA ke? Bila nak mula?
Ehe, sue asyik bercerita pasal students...itukan satu tanda cinta guru pada anak murid. Adat orang bila cinta, mesti selalu sebut...aha
***********************************************************************************
Minggu lepas, masa lunch dengan rakan rakan guru.
- Jun : Sumie nak kawen bulan 4. Ada sape lagi tak antara kita nak kawen tahun ni?Seronok la gi kawen member..Takde ke lagi yang nak kawen..aku memang la lambat lagi..
- Azliha : Tu lah...ada lagi tak. syok gak penuhkan kalendar dengan walimah kawan kawan. Sue, kawen lah..
-Aku yang sedang menyuap...Terhenti...la...apa pulak sebut nama eden ni...Topik sensitif ni...
- Sue : (senyum dulu) Nak kawen? Belum lagi...Aku nak orang, orang tak nak aku...ehe (cakap dengan perlahan..takut kakSham my kakak dengar,lalu cubit dengan geram)
- Jun+Azliha : Aduh...Kisah sedih la pulak...Perempuan sekarang kena aggresif.Lelaki sekarang slow..hmm Kita nak, kita cakap. Kalau tak jadi takpe la, nak wat camner.Cari lain. Yang penting usaha. Usaha tangga Kejayaan.
- Dayana : dayana rasa kita kena buat resume la...untuk purpose ni..ehe
Dah..geng cikgu cikgi mula mengarut dan merapu..Tak perlu disebut details kemengarutan kami di sini (malu...ehe)
kakAzeanti : ha, pastu nanti mamat tu cakap 'Your application will be considered. u will get the results in 10 days working days'
HAHA HAHA. kita orang dah gelak sakan...Nak pecah dining hall...
***********************************************************************************************
Sue dalam urusan nak beli kereta. bank minta EPF statement...Pejabat KWSP petaling jaya jauh betul...kat jalan Gasing tu..sue pulak 'pandai', tak buka iAkaun..kan dah susah sekarang...hee, kena gi Jalan gasing semata mata nak print penyata kwsp dari kiosk...lecehnya...arghhh saya tertekan!

5 comments:
pastikan anda menggunakan pembiayaan dari sistem perbankan Islam...
guna maybank. tak tahu la itu guna sistem perbankan islam ke tak..???
kena tanya...kalau bukan, wajib ditukar...maybank pun ada pembiayaan kenderaan guna SPI jugak.
waaaaaa..da nak bli kereta!good..good..
saye dapat bayangkan.
sue (sambil tangan memegang sudu berisi mi goring sedie disuap ke mulut yang separuh terngange: "Nak kawen? Belum lagi...Aku nak orang, orang tak nak aku...ehe"
lalu terus, ngaa um.. nyam nyam.. nyam.
Post a Comment