
Assalamualaikum.
Harap kalian semua sihat...
lama benar rasanya membiarkan blog ni bersawang.eheh
OOO gambar sleeping baby kat atas tu sepupu sue'z. Dahi luas macam abah sue'z dan muka nya sangat serius. Baby pun pandai buat muka serius....Sue'z baby sit kan Haziqq during office hour. Belum pandai cakap dan berjalan lagi. Hari ni dia giat betul berlatih bertatih. Dah ada peningkatan. InsyaALLAH my Haziqq dah bleh jalan tak lama lagi. Chayo chayo.
Selamat berpuasa ye sahabat sahabat sekalian.
Selamat Menyambut Ramadhan
Wishing all Muslim friends - selamat berpuasa..
Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan
memahami
cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani
ibadah
Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam
hadisnya :
Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya
mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan
amal
supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik
disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan
mengikut sunnah.
CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut
Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk
hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dikejutkan
bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan
(Solat
Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah
baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca
Surah
Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga
satu
jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV
yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti
majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api
atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh
secara berjemaah.
KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah
setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar
khas
di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan
penuh
kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan
Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000
hajatnya di
akhirat.
Love
sue'z

No comments:
Post a Comment