About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

25 September 2006

Pantai Yang Tidak Diketahui....



-Belum terlambat lagi rasanya nak mengucapkan Selamat Hari lahir Yang Ke22 utk Ijah. Heppi Belated Birthday Ijah.Muahh!!! Ish tanpa sedar jer kita ni dah 22 kan. Rasanya baru semalam 18 tawun(riang ria remaja ribena). Bila tengok gambar 'Barisan Gadis Kacak' kat atas tu, teringat zaman-zaman kat matrix dulu. Sempoi jer hidup...Eheh.
Heh dah lah itu dulu, sekarang masing-masing dah dewasa kan...Mesti dah lain. Pantai lagikan berubah inikan pula manusia...(Berubah ke arah yang lebih positif). Dulu kita agak nakal juga kan.Hmmmmm

Kali ini Sue'z nak kongsi satu syair la ngan korang semua.

“Syiir “As-Syathi’ Al-Majhul” (Pantai yang Tidak Diketahui)

Ke sebuah pantai yang tidak diketahui
ke suatu alam yang ku rindukan pemandangannya
ke suatu pinggir yang lain
ke suatu yang tidak engkau ketahui
ke suatu yang tidak akan engkau lihat petunjuk
untuk zaman-zaman dan alam maya yang diamati
ke suatu yang tidak dapat kau bezakan sempadannya
ke suatu yang dilupakan oleh manusia, alam maya, dan masa.”

Sayyid Qutb Ibrahim Hussein Syazili (1923)


Ok sedikit kupasan mengenai syair di atas:
Pantai atau laut yang dimaksudkan adalah kehidupan kita. Yang tidak dapat kita ketahui kesudahannya. Ibarat lautan luas tanpa tepian…(ye la bila kita berada di laut lepas mana la kita nampak lagi daratannya bukan). Oleh kerana kita tak tahu apa yang bakal terjadi,maka kita mestilah sentiasa bersedia. Alwizz be prepared and well planned!!! Berusaha lalu bertawakkal. Dan sikap suka bertangguh dan "tengok la dulu" ni kena buang jauh- jauh ke Laut Mati eheh.Hmmm nak kupas lebih-lebih pun sue'z tak pandai...Bukan ahli.jadi korang kupas la lagik sendirik.eheh.

Sedikit biografi:
Sayyid Qutb Ibrahim Hussein Syazili, lahir pada 9 Oktober 1906, di Mosyah, dalam wilayah Asyut. Merupakan pemikir, pujangga, penulis, sasterawan, juga ulama ulung di Mesir pada kurun ke-20. Antara pendokong utama Ikhwanul Muslimin selepas kematian Imam Hasan al-Banna. Sudah terdidik dalam keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Khatam menghafaz al-Quran sejak berumur 10 tahun.

Sebagai penulis, Sayyid dikatakan paling banyak dicetak bukunya. Karyanya masih terus diterbitkan hingga kini malah diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Terutama tafsirnya “Fi Zilalil Quran” (Di Bawah Lindungan al-Quran) yang dianggap ‘karya agung’ oleh kebanyakan ulama. Sebagaimana petikan mukadimah tafsir itu yang berbunyi: Kehidupan di bawah lindungan al-Quran itu nikmat. Nikmat yang tidak akan dinikmati melainkan orang yang merasainya.


rujukan: artikel Tulisan Zaid Akhtar.

Di sini saja. Daa
LOve-Sue'z

No comments: