About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

26 September 2009

05 September 2009

Rambling of Nothing...


Bila kah kan tiba waktu luang untuk membaca novel ye...Dah lama rasanya sue tak baca novel...
Sue, sedar diri sikit. Nerd sungguh!
Kitab Belajar Memasak Langkah Demi Langkah awak tu dah berhabuk. Tak mahu turun ke dapur ke?
Weekend ini sue busy juga...Assignments, kerja sekolah yang bertimbun....
maaf ye sahabat-sahabat kalau anda rasa seperti dipinggirkan sue (-_-) percayalah, anda semua tetap dihati ...
mesti siapkan exam papers by this week, kalau tak, nextweek sah jadi zombie...kena berjaga malam...tak mahu...tak mahu....tak mo...kalau tak cukup tido, saya akan jadi pemarah.
Marah-marah = tak comel... uhu

Minggu depan (sabtu) ParentTeacherMeeting...
Minggu depan HomeroomTeachers akan kalut dengan data entering. Saya mahu pantau kerja semua orang. Cepat! cepat!
gelak secara gila kuasa! ..haha haha. (^_^)"

Moga semuanya berjalan lancar.InsyaAllah.
Petang jumaat sue nak pastikan kita semua tak perlu stay back...Saya tak mahu stay back, saya tak mahu stay back...Tolonglah.....


Penat iftar semalam tak hilang lagi...
Biasalah hari jumaat, memang level kepenatan naik mendadak.Accumulated.
Pagi tadi bangun dengan linangan airmata, sebab rasa macam tak mahu pergi kuliyah, nak duk umah je tidur..isk isk..(T_T)
Tapi sue gagahi juga diri. Bangun, drive, isi minyak, bank in duit untuk adik (semalam kami dapat gaji.alhamdulillah, walaupun agak lewat, takpelah, memang macam ni), drive dengan kusyuk pergi kuliyyah. Kemudian memaksa diri untuk tidak tertidur di dalam kelas. My eyes were wide open...but i think my soul was wandering around and my mind was busy chasing MsFocus..lol
Apalah MsFocus, nampak je macam focus tengok Prof Sahari, tapi pandangan sebenarnya dah tembus melepasi dinding.
Macam SuperMan la pulak, superVision.
.
Balik dari campus memecut sesuka hati sebab nak cepat sampai rumah, nak tidur sangat-sangat. Keinginan nak tidur tu mengatasi segalanya, melampau betul. Kalau sue ada hailer dalam kereta, rasa macam nak jerit je kat kereta depan supaya
sila ketepi.
"Perempuan dalam cheMyVi biru bersticker 'P' di lane kanan sekali ini sedang memecut bagai nak rak, sebab dia nak balik tidur.Sila beri laluan. Terima Kaseh"

Hidup ini indah..Percayalah.
Di saat anda rasa seperti dipinggirkan, akan ada anak-anak kecil datang memeluk membawa tawa.
Di saat anda rasa sedih sangat, akan ada kawan kawan baik yang buat lawak menghiburkan hati.
Di saat anda rasa seperti 'sesat', akan ada kakak-kakak yang datang mengusap bahu memberi nasehat.
Di saat anda rasa seperti tidak disayangi, mak anda akan bertanyakan khabar anda melalui adek anda (kerana handphone anda rosak, dan menyusahkan orang)
Di saat anda nak cepat pergi kuliyah ada pula kereta besar menjalar parking suka hati menutup pintu jalan, rilex, anda masih ada buku yang bagus untuk dibaca dalam kereta sementara menanti orang besar mengalihkan kereta besarnya.(anda yang salah. siapa suruh parking di lorong belakang sekolah? Tidak mahu bersedekah kepada MBPJ kah?)
Di saat anda terperangkap dalam traffic jam, anda masih boleh mendengar radio and your Flip Flap is flapping happily for you^^
Di saat anda sedang sakit kepala, sakit hati, sakit jantung meleteri students anda di dalam kelas, anda terpandang buruh-buruh indonesia sedang berhati-hati meniti metal rod, memanjat sini sana macam spiderman di bawahterik mentari di tapak pembinaan sebelah maka bersyukurlah kerana anda tak perlu sesusah susah itu menyabung nyawa...Bersyukurlah. Alhamdulillah..


(Ya Allah, permudahkan urusan enche'2 Buruh di tapak sebelah, lindungi mereka yaAllah. Dan permudahkan juga urusan Polis dan PolisTrafik serta Pak Guards UIA (plus pak Guard bank al-rajhi sebelah sekolah) Ameen

Allah sayangkan anda...(^_^)
Senyumlah
Jangan merungut, jangan mengeluh.Tak baik tau!

Sue nak jadi baik..Janganlah kiranya aku menyakiti hati orang.
Jika sue dah tersakitkan hati anda dengan kata-kata atau perbuatan sue, maafkan sue ye...maaf...

YA Allah, berikan hambaMu ini kekuatan...
sue, sabtu 11.18pm

01 September 2009

Bio-Terrorism = Keganasan Biologi



Assalamualaikum.
Ever heard of this term before?
Bioterrorism
H1N1, a capitalist propaganda?



hmmm...Masa balik kampung minggu lepas abah sue ada cakap begini "Virus H1N1 berlegar di udara...mungkin dilepaskan secara sengaja ke langit Malaysia"

Ok...sue agak terkejut...Abah sue cuma seorang orang kampung. Lulus sijil sekolah agama tahap tingkatan tiga sahaja, macam mana perkara macam
ni boleh kuar dari mulut abah ye...Wah, nampaknya sembang kopi pakcik-pakcik bukan sekadar berlegar tentang harga racun rumpai atau anak getah...
Mereka berdiskusi tentang dunia...(walaweh..malu aku...sue pun macam tak amek peduli sangat je dengan halEhwal semasa..busy sangatlah konon)
Pakcik-pakcik di kampung merasakan mungkin H1N1 adalah satu konspirasi kaum kapitalis, di samping tak menolak ini adalah bala dari Allah...

Mungkinkan H1N1 adalah senjata biologi yang dilahirkan di makmal super canggih mereka itu? hmmm...

Tuan tuan dan puan puan mungkin boleh menjenguk ke forum di bawah bila free^^ Baca untuk tambahkan pengetahuan dan meluaskan ruang lingkup pemikiran
(TAPI...anda diingatkan untuk tapis apa yang anda baca...Ada yang mungkin tak boleh diterima pakai...)


-Majalah i : Adakah H1N1 satu propaganda kapitalis?-

**********************************************************************************
-tomorrow is schooling day..i havent prepared my lesson plan..what to teach arr tomorrow? huhu
happily spent the weekend browsing the internet..sekarang baru cuak..padan muka..hoho

12.23 am, time for beauty sleep guys...

Wassalam...
(zzzzzzzzzzzzzzz ..in kiwi land....)

25 August 2009

kalau sue jadi polis?


credit: wanzu

Macam mana la ye kalau sue jadi polis? ahaks..Semalam tertengok drama polis polis dengan mak. Polis perempuan..ntah apa tajuknya...Agak merapu itu drama..Polis memang kena cakap jerit-jerit macam tu eh? Cakap lembut-lembut tak boleh ke? hee^^

Pengaruh kakHasmah lah ni, hari tu dia cakap nak tukar profesion, namun setelah fikir semasak-masaknya dia akur menjadi guru sangat sesuai untuk dirinya..ahaks.

nak jadi polis? ye lah tu,
Sue mana lah cukup syarat nak jadi polis,tinggi tak cukup, berat pun tak cukup, jadi cikgu aje lah...(mmm hasrat tak suci nak jadi penyanyi nasyeed tidak direstui kakHasmah, jadi kekal jadi guru lah...boleh melalak kat female staff room je, bukan dikhalayak ramai..ahaks)



Petang ni dah kena balik KL semula...huhu..esok kerja...


Selamat Kembali Berkerja pada geng semengajar.


-mahu baca buku "Menjadi Murabbi Sukses" sampai habis-

Tammat

(satu lagi entry mengarut dari cheSue)

23 August 2009

balik kampung^^ yeayyy


Cubaan suara 1 2 3, cubaan suara 1 2 3... Alhamdulillah, suara saya dah hampir pulih...Yeayyyyy...dah ada bunyi macam perempuan semula. Selama 3 hari
sue bersuara 'jantan' you..huhu. Sakit tekak, padah akibat tidak menjaga diri...Melanggar pantang...Tak boleh makan makanan yang digoreng secara banjir di dalam minyak
secara berlebihan, maka peti suara akan pecah...kaboommm..huhu...

Sue kat umah mak abah sekarang! yeayyy lagi...ehe.Sue sempat singgah di klinik uia tadi, lepas abih kelas. Ziarah mengeratkan ukhuwah dengan doktor. ahaks. Aku kan rajin bagi nasihat kat orang suh gi klinik, tapi diri sendiri tak mahu gi klinik, sangatlah memalukan bukan?

-Friday 21stAugust-
Kak Mimi cakap " Sue, please take good care of yourself. I can see from your eyes that you are not feeling well. Worst than yesterday"
My BondaR plak "Go home..to your mom. Spend the weekends with your family k "
Zaharina, a seven-year-old- girl " Teacher, go to sick bay..rest..teacher demam ni" sambil jamah dahi sue, pastu kiss and hug tight2..ala la..sweet la konon zaharina, pandai bodek teacher ye? habis kalau teacher melepek kat sickbay sape nak duk kat kelas? nak biar korang semua melompat riang ria ribena dalam kelas? cheewah budak tu, tak padan kecik...pandai politik ...ahaks

-saturday 22ndAugust-

Here i am...kat TEMERLOH..nak berehat sangat lah konon...Tu envelopes dalam cheMyVi tu nak biar terperam je? Cuti 4 hari ni kena marking papers sampai siap, buat draft untuk ParentsTeachersMeeting, buat draft SA2 preparation and siapkan assignments, lagi! Cuti ni mesti study! mesti mesti mesti



16 August 2009

Maafkan Sue wahai sahabat...


credit: kamal san

Assalamualaikum...

4.00 petang Ahad...

Alhamdulillah, hujan lebat baru saja sidang(berhenti). Turun sebanyak banyaknya menyimbah pergi zarah zarah kotoran serta debu..Alam nampak lebih indah, udara
pun terasa semakin segar^^ Alhamdulillah.

Demi masa..saya terasa cuak..demi masa...masa itu amanah...banyaknya assignment yang perlu disiapkan..Ya Allah, berikan ku kekuatan...Sabtu dan Ahad memang perlu diperuntukkan untuk kerja kuliyyah, nak harapkan masa weekdays sangatlah sibuk dengan kerja sekolah yang tak putus-putus dari pagi sampai ke petang. Dan malam, dah kelelahan, hanya mampu membaca tak sampai sejam pastu tido^^

Ramadhan is just around the corner...Cepat sungguh masa berlalu..Time flies really really fast...uhu..
Dah buat persiapan menyambut ketibaan ramadhan? Persiapan untuk membersihkan hati..agar mampu melafaz kata selamat datang kepada Ramadhan dengan matlamat
suci tersemat di hati... takkan nak biar Ramadhan datang dan pergi macam tu je, tanpa ada perubahan kepada diri kan...

"Ya Allah, celikkanlah mata hati ku..ampunkan dosa dosa ku, betapa aku lalai...telah KAU cintai aku dengan nikmat namun ku membalasnya dengan maksiat, dengan noda..ampun kan aku..Anugerahkan ku dengan rasa kusyuk di dalam solat..Hadirkan keikhlasan di hatiku...permudahkan urusanku, lindungi keluarga ku, ajari aku, bimbing aku..terimalah aku Ya Allah"





kepada semua, maafkan kesalahan Sue pada kalian, mungkin ada terkasar bahasa terguriskan hati, maaf...
Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem



andai ada makhluk makhluk yang datang 'menghadiahi air mata', membuatmu sedih dan kecewa atau terasa tak berguna, sedarlah, itu adalah tarbiyah...Allah mahu mengejutkan kamu dari kelalaian kamu..Allah menyayangi kamu..Allah sedang mengajarmu erti sabar...Allah mahu kamu usaha lebih lagi, untuk menggapai RedhaNYA, not because of fame or appreciation from people, no...
Setiap gerak geri insan adalah
dengan izin Allah jua.. DIA pemilik hati hati..pohon pada Dia dengan sepenuh pengharapan...pandanglah dengan mata hati..pujuklah hati..Berilah kemaafan...



with Love,
sue

22 July 2009

kepenatan berganda...

-heart is under construction. kalau nampak Sue 'emo' semacam sila jauhkan diri demi kesejahteraan sejagat- sekian terima kaseh



rabu, malam.

Alhamdulillah, satu lagi hari yang sibuk berjaya dilalui....Alhamdulillah...

Hari ini anak anak Primary 6 exam UPSR Trial.. Terima kaseh tak terhingga kepada enchik enchik yang membantu xerox exam paper. Moga Allah permudahkan urusan kalian..

Hari ini belajar cara solat sunat gerhana. Alhamdulillah atas rezeki kesempatan menambah ilmu.

Hari ini jari Dalia luka tersepit pintu.. Anak anak Sue di al-ikhlas tu memang lasak, baik lelaki mahupun perempuan...Jadi nak tinggalkan tanpa pengawasan memang agak risau...

Hari ini Batrisha terkencing dalam seluar. Sue pun dah sibuk dengan baldi dan mop nak 'menyucikan' kelas. kakHasmah datang, amek mop dan suruh Sue uruskan batrisha.Sue bawak batrisha naik atas, tukarkan seluar batrisha dengan seluar spare. Sue perlukan banyak pakaian spare untuk kes2 emergency sebegini...(kakHasmah, i love you...tak terbalas budi baik akak)
Hari ini selepas habis kelas dengan al-ikhlas, pergi UIA. perkara sengal berlaku di jalanan. Alhamdulillah segalanya OK..

Hari ini belajar pasal hmm belajar...statistik la. Belajar tentang nominal scale, ordinal dan bla bla bla... ya Allah dah seharian di sekolah dengan kerenah anak anak. Sungguh mujahadah nak focus dalam kelas. Mujur lepas tu ada sesi amali guna komputer, cerah lah mata che Sue.

Siapa ada SPSS installer? Meh sue nak pinjam...ehe.

Habis kelas hari dah malam. Sungguh badan dah longlai. kalau lah boleh bawak kereta sambil tido kan best..ahaks

Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah...

Sekarang masa berehat untuk menghadapi hari esok yang semestinya sibuk juga...ehe

(Ini adalah entri 'tiada modal' ...Tapi nak juga apdet, baru sue perasan sue biarkan blog bersawang selama 2 bulan. Patutlah enchikAman cakap mungkin ada toyol bermukim disini...ye lah tu. sue dah menulis semula. Sedang mencari 'aura'. tgh sindrom writer's block la...stuck)

sue, kena kuat macam kakhamah tu. go go!
(Aku juga seorang manusia....)

19 July 2009

strive mardhatillah...Hidup untuk berjuang!

credit: komikdakwah


Monolog

The Fitrah of Man is the innate tendency to worship Allah, to be good and to perform right action....(Yassien Mohamed)

"Hari ini melompat lagi dari satu blog ke satu blog (hop hop hop bloghopper). Kononnya online untuk cari materials assignments dan nak set up iium library proxy setting kat laptop (semalam BroAzlan demonstrate mcm mana nk buat menda alah tu masa kelas Prof Sahari yg disayangi- prof sahari, walaupun dia kedekut markah tapi dia baik, dia cam lg sue sebagai a teacher from kota Dsara. gee, sahlah dia akan giat point soalan utk sue lagi, mcm sem lepas..terpaksa lah sue goreng...huhu).

Tapi bila dah on9, 'lupa' kerja...aha. leka browse internet...hanyut...tiba tiba smpai kt blog seorg adik UM ni. kami satu sekolah lah pulak...Jejak kasihan...ehe. ex TAHAPian juga. Teringat zaman duduk asrama dulu. Zaman qudus bak kata Ruby Aya^^ Memang sangat kudus. Lebih2 lagi kelas sue (5 ibnu sina 2001) yg ahlinya memang sangatlah 'SOPAN'...bercakap dgn bdk lelaki dr sebalik 'tabir'...Itu pun kalau ada urusan, kalau tak...mmg tak bercakap.

Rindu zaman remaja time sekolah yg sangat menggembirakan penuh tawa ceria (oppss ada juga air mata bergenang kalau kena jerkah dgn ustaz Syed bila baca buku teks arabic yg takde baris tu...kena bariskan sendiri, mana pandai...main belasah je nahu...) Rindu juga dengan masakan UstazSyed (dia suka jamu kami dgn makanan) Dia ajar arabic merangkap warden asrama...Garang macam singa, tapi kami sayang...kalau time kuliyyah maghrib, dia akan baca kitab sirah dalam bhs arab lalu dia translatekan (tapi dia selalu juga buat kitaorg putus napas bila dia panggil nama kami Budak Form 5sina sorg2 untuk translatekan text tu..hadoi..malu giler kat adek2 junior kalau tak bleh jawab, sebab kononnya lah kami ni dari kelas elit yg pandai lah sangat kononnnya...Rindu juga pada teacher Hew yg ajar biology..Rajin sungguh dia 'paksa' kami datang kelas hr sabtu. Sungguh rasa terpaksa... Tapi sekarang bila dah ajar Biologi baru sue faham kenapa...Nak kejar silibus yang tahap gaban banyak tu memang lah kena buat extra kelas...Aku pun dah cuak sangat skrg ni sempat ke nak cover semua sebelum budak2 tu exam IGCSE thn dpn? Cuti sekolah perlu dikorban kan demi kesejahteraan sejagat la...Nak amek kelas sabtu pun teacher Sue pun kena gi kelas hr sabtu kat UIA tu...

habis spm, masuk matrix kat kuantan... kami semua berubah sikit. Young and wild! ehe....time tu memang gila! ke memang gila? era kegelapan...tak payah cerita sangat...ehe.

Habis matrix, terpisah dgn geng sekolah, Sue masuk UKM. kenal Ain dan Nurul (2 muslimah ni memang sangat baik...tabik spring kat korang berdua) Zaman UKM la baru kenal jemaah. Bergiat aktif dengan persatuan, ikut Ain&Nurul pergi usrah, iftar sama2 makan sedulang kat masjid ukm tu, ada sekali tu, masa malam pilihanraya kampus diaorang culik sue dari kolej bawak lari keluar ke markas*** kat Teras Jernang bangi . ...dengar ceramah pastu berbaiah..Sue memang sungguh blur masa tu. I was only 19 at that time..still a baby....tapi malam tu membawa perubahan besar jga kepada hidup sue...Mula mencari.... mencari....sampai rasa stress sebab rasa macam ada konflik identiti...

habis UKM bawa haluan diri, berpisah....tapi apa yg menyebabkan kami ber tiga sama, masing2 memilih profesion perguruan...tiga2 jatuh cinta pada kerja CIKGU...geng satu sekolah dulu pun kebanyakkan jadi cikgi..ehe...sekarang ni semua dah dewasa, memandang kehidupan dgn worldview tersendiri...


jadi guru tak la gah mana, tapi kita happy. Tp jadi guru juga tak semudah yang disangka...tak setiap hari kita rasa sangat berinspirasi, ada hari rasa macam tak mahu datang ke sekolah langsung, kadang2 ada rasa bersalah kat anak murid dan parents, semua tu ada dalam dada dan hati setiap guru..ada perkara yang cikgu tak mampu luahkan walau perkara tu kadang sangat menyesakkan..

Dan sekarang..masih mencari...Life is a journey, to strengthen belief and shape noble character to be useful..."

26 April 2009

Bizi...

credit: iluvislam


Sibuk dengan persiapan First Semestral Assessment. Nak set exam papers dan mengejar silibus.

18 April 2009

escapism

Sue Abdullah, sabtu, Temerloh, Pahang.
Current mood: alhamdulillah. Ok.

saya balik kampung, 'charge' bateri...bukan lari ke mana pun la...

16 April 2009

betul?



betul ke sue tu stress kerja sampai makan tak lalu...pucat dan hilang seri...betul ke...

betul ke dia merajuk dengan bos sampai macam tu sekali bawa diri?


Betul ke Sue?



Sue: entah lah...aku nak bawak diri ...tak nyusahkan hidup orang lain pun. jangan kacau la
!



Kesilapan terbesar seorang manusia, ialah terlalu meletakkan harapan pada manusia...Allah lah pemilik hati-hati...Pohonlah padaNYA...Dia yang meletakkan rasa Kasih dalam hati...

09 April 2009

realiti itu...


sue ada cakap kan sue tak mahu menangis...tapi hari ini saya nak menangis juga...


saya sedih...



-hati hancur-



kenapa...kenapa...

3.33 pm.al-ikhlas

-tears in my eyes-

02 April 2009

Tenangkan fikiran sekejap....




BEN 10 go!


Ezwan's Birthday
6-Year-old
Primary 1 al-Ikhlas 2009
3oth March



Ezwan sayang...dah besar tau, tak mau nanges nanges lagi ye. Teacher memang 'kalah' dengan awak, nak marah awak bila awak meragam pun tak sampai hati. mata bulat awak tu buat hati teacher cair...ahaks



29 March 2009

Pengumuman lagi...

credit: alwanComics.
color: Che'Sue


Pemilik blog ini sangat busy...
Dia akan:

  • Exam di UIA (3hb April dan 7hb April)
  • berusaha memastikan persediaan Parent-TeacherMeeting (11hb April) berjalan lancar- kena pastikan guru-guru (termasuk dia sendiri) tanda kertas exam anak-anak dan submit results kepada Homeroom Teachers sebelum 7hb. Kemudian homeroom teachers (pemilik blog ini juga seorang homeroom teacher) mesti menyiapkan report card anak-anak.
  • mengajar dengan bos ada dalam kelas. Bos nak masuk kelas Biologi aku. uhu. Aku cuak...Lesson plan tak siap lagi...
  • siapkan assignment!
  • cuba sedaya upaya jadi kuat walau punya timetable mengajar yang full dari pagi sampai pukul4 petang, straight in a row.
  • cuba tidak lepaskan marah pada anak-anak kecil walaupun kerenah mereka buat hati TeacherSue kadang-kadang jadi panas. Mengajarlah dengan penuh kasih sayang...mereka kan penawar, penyejuk hati...pembawa tawa^^
  • minum banyak air. jaga kesihatan
  • cuba jadi tabah. Tak mahu menangis walaupun rasa sangat stress atau dimarahi bos...


Segalanya akan jadi baik. Berusahalah!
with love
TeacherSue,
yang ajar 2 level. anak-anak kecil Primary 1&2 juga remaja 15&16 tahun





20 March 2009

tengah malas...sangat...

TeacherSue kepala tengah tak betul, serabut, berasap sampai tumbuh tanduk? Astagfirullah...



Hari ini adalah hari kelam kabut tapi ceria. walaupun kepala serabut tapi tetap gelak-gelak padahal dalam hati punyalah merabak meraung. ikut hati yang fed up mau aku tinggalkan kerja, pastu balik pahang berehat...haha. ishh takkan la saya nak buat begitu kan...sayakan pekerja yang dedikasi, tekun dan sabar. ahaks

selepas kelas di uia pukul 6.30 tadi sue terus mendrive balik kerumah. Jalan jem...hee..benci betul...Adik sue telah menSET radio kepada channel IKIM.Fm..jadi..sue nak tukar channel lain pun rasa sedikit bersalah..sedikit la..ehe. Ok jadi,tadi petang ada ustaz bagi talk kat radio tu. Pasal rezeki...Ok. bagus juga ada pengisian sambil mengharungi jalan jem tanpa adeq di sisi. kalau ada adek, sah la Sue jadi radio, bercakap tak henti henti macam bertih jagung meletup. Adek pula jadi pendengar sejati yang lali..ehe


Sue dah merapu, bukan patut kupas apa yang dapat masa dengar pengisian agama di radio tu ke? cakap pasal rezki. nanti lah... tengah malas nyer...tulis pun merapik meraban.


cukup lah. Sue dah baik dari demam dan batuk. alhamdulillah^^

Bilik sangat sepah. esok pagi mahu bangun awal, kemas bilik, pergi library, ajak adek gi servis kereta, gi window shopping kemudian di petang hari mahu singgah ke swimming pool!


senyumlah

17 March 2009

PENGUMUMAN

PEMILIK BLOG INI SEDANG DEMAM.
PEMILIK BLOG INI JUGA PERLU BEKERJA SEMASA CUTI SEKOLAH INI.
TIADA CUTI.



SEKIAN, HARAP MAKLUM.

09 March 2009

mari cuci mata


Salam. takde mood nak bercerita. Letak gambar je lah ye.
Ok, gambar pertama, Ini Aisyah. Primary 1, student sue. masa ni sports day training. hari panas, dia dah merungut rungut dan mengadu pening pening...Usahkan dia, Teacher Sue pun pening kepala panas tapi buat buat gagah je depan budak...ahaks
s



sports training (feb 2009)


march 2009- Ini Exam Room merangkap office sue (bilik ni sangat kecik serta panas..sue mintak air-cond, macam tak dapat je...kipas pun orait la kan, takpe lah yang duduk dalam bilik tu pun sue sorang je... ofis ku sangat sepah...alahai)



Err ini kereta ku...Enche'Poji dah melihat secara 'Live' myVi biru yang dah tercalar akibat terlanggar divider jalan hari jumaat tempoh hari,uhu...sob sob sob


Cukuplah..ngantuk...nak tido.


wassalam

06 March 2009

insyirah



Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad),

Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu,
Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah...


InsyaAllah, segalanya kan jadi baik...

(^_^)^

che'Gu sue tgh bz la..

25 February 2009

terkejar mengejar...

Banyak nya deadlines nak dikejar...OCTOPUSism...uhu.

Oh ya, kereta sue dah selamat sampai selasa lepas. Sekarang saya bergelar lady driver pula...
Malam semalam, ada group discussion di library uia. Pulang dalam pukul 11 lebih. Dan entah macam mana dan entah masa bila silap lane sedar sedar sue dah 'TERSESAT JALAN' uhu uhu

Memang tak tahu langsung dah sampai mana...kiri kanan semuanya nampak tak familiar. Dekat 2jam berpusing pusing....nak cari penchala link tak jumpa tak jumpa...betul betul sesat. Hari dah lewat sangat, meter minyak dah blinking, petrol station tak tahu kat mana...tawakal je...Sendirian...drive sambil cry...sebab takut...tak tahu kenapa mesti nanges...sebab takut la kot...akhirnya sue sampai ke TOL Kota Damansara...Sepatutnya tak lalu situ...takpe, asalkan sampai rumah...kalau sue tersilap amek lane kat highway kota damansara tu, sue akan sampai ke JB...uhu...Alhamdulillah...sue sampai juga rumah (di seksyen 11 kota damansara) pada pukul 1.30 pagi...