About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

09 February 2009

yang lepas

Alhamdulillah, Sports Day dah selesai dan selamat berlangsung sabtu lepas. Bila dapat gambar nanti Sue uploadkan kat sini.



Seronokkan sukan...Wadah untuk berjumpa dengan parents dalam suasana yang
santai. Mak Umar Daniel sangat cool...Sempat tolong sue siapkan anak anak untuk
march pass. Dia tolong sue pakaikan bandana, sematkan star pada bandana tu serta
ikatkan riben pada lengan anak anak red house. ramai tau...tak menang tangan gak
sue, berpeluh peluh kakak tu..Thanx akak...(sengal tak, punya la lama dia
berdiri dengan Sue bawah tent Red House tu, tapi sue LUPA nak tanya nama dia
apa..ish ish) Mak Fathin, Parents Bazil&Zarif, Mak Zarif Aiman, Ayah Ku
Myrah, Ayah Aida Sofea, ayah Syasya dua beradik (yang buat aku bengang sekejap
masa telematch...thanx enche' for that comments.Kita belajar dari kesilapan
kan.takpe.Akan diperbaiki) dan Parents Ezwan adalah antara parents yang sempat
sue tegur semalam.

  • Kawan kawan semengajar yang dah resign pun ramai juga yang datang. Azie,
    KakRaff dan Bro. Ismail.
  • KakRaff : Sue, dah terlebih 'cerah' dah awak ni...haha.
  • Sue : Biasalah kak, nama pun sukan..haha
  • Bro.Ismail d Nigerian : Sis, you look different...
  • Sue : Yeah, look a bit dark rite?
  • Bro. Ismail : No. not dark but...
  • Sue : Tan?
  • Bro. Ismail : Yeah..hmm, it's a good thing you know. because you look..fresh! ehe
  • Sue : haha haha
    (tan = fresh???? gee man, i donno dat. freshly baked,fresh from the oven.aha)



Saya dah hitam. Muka berbelang...Sangat...Malas nak pakai sunblock, dekat
sebulan ke padang berpanas terik, mau nya tak gelap...Alah takpelah, 2, 3 minggu
ni elok la nanti. Warna kulit akan kembali semula kepada asal. Kulit sue, sue
tau la..ehe.

06 February 2009

lumberJack

Mengalami sindrom 'letak kepala je terus lena'...
Penat betul...
Macam la kerja tebang balak...



02 February 2009

at last...

Alhamdulillah...Siap juga Order List (Exam Materials-hui penting ni, kalau takde orderList ni barang barang untuk exam tak dapat la..sure kena marah dengan administrator nanti bagi Order List lewat) dan Exam Taqwim(Exam Deadlines)

Aman dah resign, sue kna jadi Exam coordinator la..

Esok pagi kami semua warga sekolah akan ke padang untuk sportsTraining lagi. Tengahhari kembali kesekolah. Petang nak jumpa BondaBos nak tunjukkan List dan Taqwim ni,dapatkan approval.

Minggu ni kena siapkan Manual Exam yang tak siap siap tuh...

Saya berdoa agar anak anak saya berkelakuan baik esok...Tak mahu ada yang menangis bergaduh bertumbuk melompat dan berlari dalam kelas dengan kuasa kuda tanpa henti...Tolong jangan...

2.26 a.m

Ok...ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzz

31 January 2009

gee...orennya kaklong...







Sue ada beli tudung ber'awning dari satu online boutique. Tudung tu sampai hari jumaat. Tudung two pieces [tudung (dengan lining untuk elakkan nampak bayang bayang leher) plus selendang yang dijahit sekali] Selendang dia ala ala transparent sikit...(tapi cantik) Jadi kena fikirkan cara lilitan yang betul, serta baju yang sesuai untuk tetap nampak sopan. Sue rasa kena pakai pashmina sekali kat luar tudung ni untuk tutup apa yang patut ditutup.

Masa sue buat order, warna dia nampak macam peachy sikit...Tapi bila dapat kat tangan..Waaaaaa....menyalanya! oren terang..i love orange..but this one is too orange...tapi bila pakai, nampak macam ok pulak...(pujuk hati..aha)
hmm, terang sangat kan...Menarik perhatian sangat kot...Hmm tertarik ke? err saya bukan magnet...

Sue ada baca artikel 'Bertudung atau Berfesyen' yang dijumpai di salah satu ruangan forum. Artikel tu macam tak menggalakkan sangat muslimah berfesyen...Untuk mengelakkan fitnah dan takut timbul rasa sombong dan riak, jadi tak perlu bergaya.

Tapi kan...dah namanya perempuan, kita mesti la nak cantek kan. Jadi bila kata tak boleh bergaya tu, rasa macam extrem sangat untuk orang-orang biasa macam saya ni (hehe, ada orang luar biasa ke?) Ini adalah pandangan Sue sahaja tau bukan untuk panduan. (perlu diingat, sue ni boleh tahan nakal juga orangnya) Ya, kita mesti berpakaian menutup aurat dengan warna yang tidak menarik perhatian. Tudung boleh digayakan dengan pelbagai cara selagi sopan dan kemas. Kerlipan batu manik atau labuci pula perlu la diminimumkan..tak perlu la sarat sangat...

Dulu, masa sekolah menengah, kami diwajibkan pakai tudung bulat labuh. Tapi sue, pakai tudung bundar, labuh la juga. Sue jahit sendiri tudung sue, tak nak labuh sangat...rimas...Masa remaja saya brutal juga orangnya. Bila keluar dengan family, sue cuba cuba la juga pakai macam dalam sekolah, Tudung labuh berstoking bagai dengan baju kurung warna yang paling dull. Tapi abah cakap, 'Along, pakai je macam yang along nak, bukan seperti yang sekolah suruh' Hmm apa maksud abah? tapi pakaian Sue tetap sopan, berlengan panjang dengan seluar baggy tapi tak pakai stoking kaki..(mm tak lengkap juga la). Masa sue umur 15tahun, Sue belajar pakai tudung di rumah bila ada tetamu datang. Agak sukar juga bila balik kampung umah atuk untuk tetap bertudung hingga ke tengah malam kerana sepupu sepupu sue ramai lelaki (err belum termasuk suami makcik makcik) Nak memulakan sesuatu memang payah, tapi bila dah lama lama jadi biasa.

Apa yang sue perasan, abah tak la kata 'Jangan!' walaupun dia kadang kadang tak berapa setuju dengan pemilihan pakaian kami, anak dia yang 5 orang ni. Sue ingat lagi, sue pernah pakai seluar ketat warna puteh gading. tahun 2005 kot. masa tu Sue baru habis buat praktikal kat IMR KL, dan balik rumah untuk menghabiskan cuti semester. Beberapa hari sebelum balik kampung sue gi shopping kat Sungei Wang Plaza, jumpa seluar tu (ala ala bell bottom, tight sikit kat paha, tapi loose kat betis) Berkenan, lalu Sue beli. Sue pakai seluar tu dengan blouse pendek (lepas pinggul juga la) Tapi, betul la, pakaian yang sopan menjauhkan gangguan dari lelaki gatal. Sepanjang perjalanan dari KL ke kampung, ada beberapa lelaki yang datang 'mendekat'...siapa suruh sexy kan (weii aku bertudung la, baju lengan panjang apa-sexy tang mana-huhu tak nak ngaku lagi tu) Sampai rumah abah cakap 'Kenapa pakai seluar tu? Baru beli?'
Mak tambah sikit 'Seluar tu ikut bentuk kaki...'

Mak dan abah memang tak banyak cakap...Tapi Sue faham la mesej diaorang. Itulah kali pertama dan kali terakhir Sue pakai seluar tu...aha. Sue pernah tengok abah marah sungguh satu hari tu . Tahun 2007 rasanya. Dia ternampak dari jauh anak dia duduk melepak dengan geng sengal mana ntah kat town tak pakai tudung. Waa..adek aku...Tapi adik sue perasan, lalu sempat lari (angah, mujur sempat ko lari.kalau tak memang parah kena belasah dengan abah.. free hair, hilang akal apa!) Masa tu adeq sue liar sikit. Sekarang dah banyak berubah, walaupun baju tak berapa nak longgar lagi tapi lengan panjang dan bertudung...Tak boleh paksa, karang langsung tak mahu pakai tudung pulak. Lagipun dia jenis yang soft, lambat laun sue yakin dia kan faham apa maksud 'menutup aurat dengan sempurna'

Sekarang ni adik lelaki Sue (meir) dah mula rasa tanggungjawab menjaga kakak. Kalau keluar dengan dia tak pakai sarung kaki kena la juga se das. Sue suka pakai selipar..sangat selekeh...

Sue sebenarnya garang juga. Adek sue yang bongsu (lelaki) pernah pakai tShirt dengan gambar setan apa ntah. Sue dengan kuasa veto : Along tak mahu tengok lagi baju ni dalam rumah. Baik ko buang sebelum aku bakar! Berbeza dengan abah Sue, lembut je cara dia tegur. Mungkin sebab abah dah tua kot, dia jadi lembut. Dulu masa muda garang wooo.



***********************************************************************

E eh, apasal jadi panjang lak ni…Karangan dah tersasar ni. Bertudung lah, tapi jangan mencemarkan nilai tudung…Perempuan memang makhluk yang menarik…tapi kalau nak kata tak boleh bergaya langsung, saya memang tak boleh terima!

-Sue-

saya ajar anak anak kecil. Kanak kanak suka warna terang…Mesti diaorang suka kan kalau teacherSue pakai oren menyala ni. Ahaks.


27 January 2009

perihal tudung..

tudung ekin


Sekarang demam tudung ber 'awning' ni...yang lelaki tertanya tanya...awning? tudung ada awning? Ye, bahagian keras atas kepala ni kita panggil awning la.

Yang bestnya tudung ber'awning' ni senang pakai..sarung je, siap! (ini kalau yang bukan ada belahan tengah dan tak perlu lilit...)

tapi, kalau yang harga murah RM15 tu, pendek la sangat...tak lepas bahu, macam yang dalam gambar diatas...Kalau nak pakai, kena beli yang saiz M atau L.

Yang panjang labuh, harganya boleh tahan mahal: Rm 50-RM 70...huhu. Kenapa mahal? mmm sebab dia guna fabrik spandex dan sutera thai..tu yang jadi mahal..(tahan lasak dan tak payah iron-jimatkan elektrik.err)



Memang mahal..tapi sue nak la...nak survey, kot kot ada yang jual murah dari Rm50, nak cari warna hitam arang ber'awning' koko...ehe.


***********************************************************************************

Check 'beg sekolah' sebentar tadi..Sue ada banyak kerja sekolah la..Hapesal la buat perangai 'relax' macam ni..ish ish apa nak jadi la..

Ok. mahu buat kerja sekolah. Bye^^
jaga diri

-sue-

26 January 2009

tentang cinta...

Assalamualaikum

Apa ye yang sue dah buat dalam tempoh 3 hari bercuti ? Penyakit malas datang menyerang. Membuang masa dengan bersenang senang je...Hari jumaat hanya duduk di rumah berehat (demam dan sakit tekak, suara tak keluar langsung-penangan SportsDay Training-Guru guru dah jadi komandan kem tentera, termasuk la sue...Gagah di padang, kemudian demam..ehe. InsyaAllah sukan besar awal februari nanti..tunggu...ahaks)




Sabtu sue kesekolah sekejap (ahad dan isnin..termenung merenung). Menyusun dan mengkoordinasi semula susun atur kelas alIkhlas. Sue pindah kelas lagi...An-nahl sue tinggalkan dengan berat hati (walau baru 2minggu sue jadi 'ibu' mereka, tapi dah rapat...Malah sue dah mula berkawan berSMS dengan ibu mereka. 16 Januari yang lepas Sue pindahkan barang barang Sue dari an-Nahl ke al-Ikhlas.Anak anak remaja yang 7 orang tu (6 lelaki dan 1 perempuan) berkali kali bertanya, 'kenapa teacher...kenapa? Teacher stay la...' Sue hanya senyum..


Al-Ikhlas dan penghuninya (anak kecil, 19 orang, Primary 1) lebih memerlukan Sue...Kasihan, Homeroom mereka tidak 'muncul'. Si Azie jadi makAngkat mereka untuk 2minggu, dan Azie dah resign...jadi,Sue masuk alIkhlas, Ustaz Asghrar Khan take over an-Nahl. Memang la sedih juga, dah mula rapat dengan an-nahl.Dah berkongsi cerita, bergelak tawa, malah sempat juga 'berduka' bersama...






Jadi lah Sue sekarang ibu kepada 19 anak kecil yang pelbagai ragam...(10 lelaki+9perempuan)
Yang lelaki, lasaknya bukan main...Meja, tingkap habis dipanjatnya...Sue kadang kadang risau nak tinggalkan tanpa pengawasan.





Subjects yang Sue ajar pun berubah...My new subjects :

Science: Primary 1 and 2

plus Biology untuk budak IGCSE.

Ajar anak kecil, dan anak remaja (kelas IGCSE belum mula lagi-soon)


Eh, sekejap sekejap...tajuk bukan pasal CINTA ke? Bila nak mula?
Ehe, sue asyik bercerita pasal students...itukan satu tanda cinta guru pada anak murid. Adat orang bila cinta, mesti selalu sebut...aha

***********************************************************************************

Minggu lepas, masa lunch dengan rakan rakan guru.

  • Jun : Sumie nak kawen bulan 4. Ada sape lagi tak antara kita nak kawen tahun ni?Seronok la gi kawen member..Takde ke lagi yang nak kawen..aku memang la lambat lagi..
  • Azliha : Tu lah...ada lagi tak. syok gak penuhkan kalendar dengan walimah kawan kawan. Sue, kawen lah..


-Aku yang sedang menyuap...Terhenti...la...apa pulak sebut nama eden ni...Topik sensitif ni...

  • Sue : (senyum dulu) Nak kawen? Belum lagi...Aku nak orang, orang tak nak aku...ehe (cakap dengan perlahan..takut kakSham my kakak dengar,lalu cubit dengan geram)
  • Jun+Azliha : Aduh...Kisah sedih la pulak...Perempuan sekarang kena aggresif.Lelaki sekarang slow..hmm Kita nak, kita cakap. Kalau tak jadi takpe la, nak wat camner.Cari lain. Yang penting usaha. Usaha tangga Kejayaan.

  • Dayana : dayana rasa kita kena buat resume la...untuk purpose ni..ehe

Dah..geng cikgu cikgi mula mengarut dan merapu..Tak perlu disebut details kemengarutan kami di sini (malu...ehe)

kakAzeanti : ha, pastu nanti mamat tu cakap 'Your application will be considered. u will get the results in 10 days working days'



HAHA HAHA. kita orang dah gelak sakan...Nak pecah dining hall...





***********************************************************************************************

Sue dalam urusan nak beli kereta. bank minta EPF statement...Pejabat KWSP petaling jaya jauh betul...kat jalan Gasing tu..sue pulak 'pandai', tak buka iAkaun..kan dah susah sekarang...hee, kena gi Jalan gasing semata mata nak print penyata kwsp dari kiosk...lecehnya...arghhh saya tertekan!




25 January 2009

Workspace aka meja study

Bagaimana rupa meja studi saya?
haa, macam ni la. warna hijau yang mendamaikan.


bagimana rupa meja studi kalian? Sue nak tengok boleh?

Aiza, Poji dan AlifMimYanun (korang la kalian yang sue maksudkan ni)




*****************************************************

Ini lah dia my pencilCase. hadiah dari farhan pada tahun 2007 (tahun 2008 diz boy pindah ke Holland. Farhan, teacher rindu sangat pada kamu dan suara kamu yang husky tu!Farhan ni petah dan cheeky, tapi cepat merajuk...ehe)

Koala Bear yang comel tu pula faridIzany hadiahkan...Budak tu suka bagi bear...gee...obvious sangat ke teacher Sue suka teddyBear?

Allah anugerahkan airmata untuk 'meluahkan' rasa...




menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia

-firdaus-


Sue jumpa lagu ni di iLuvIslam.Menyentuh hati...



12 January 2009

cutie pink

Senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyum lah dari hati duniamu berseri...



-sue-

palestine


USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah.. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam. Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net

6 Januari 2009

08 January 2009

KEHIDUPAN....

KADANG KADANG KITA TERPAKSA LEPASKAN PERKARA YANG KITA NAK DAN SAYANG SANGAT... KITA JUGA TAK SELALUNYA DAPAT APA YANG KITA NAK...

BELAJARLAH TERIMA HAKIKAT...

sue


Redha dan sabar


07 January 2009

sangat sibuk...kesihatan sangat teruk....






ok, sahabat sahabat, Jaga diri ye...


Salam sayang...Teacher Sue



26 December 2008

begitulah

Sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat Sibuk...............................Selamat bercuti dan menyambut awal muharam. apa resolusi anda ?
Weekend ni Sue akan bizi memplanning kehidupan sebagai student-teacher juga sebagai seorang SueAbdullah, study silibus IGCSE, serta siap kan administrative dan pending works.
Begitulah....
Take Care
Love, Sue

23 December 2008

3 al Fajr '08




Tipu lah kalau Sue cakap sue tak rasa sayu nak ‘tinggalkan’ kelas ni…Sue suka duduk sendirian dalam kelas ni, buat kerja Sue di meja guru dalam keadaan yang agak samar tanpa cahaya lampu. Romantik aje. (memang Sue sengaja tak switch on bila duduk sendirian, kadang kadang orang lain confused puas cari Sue merata rata sebab tengok kelas gelap macam takde orang..ehe). Oh ye, bangunan sekolah sue bukan macam sekolah kerajaan..Sekolah tempat Sue bekerja ni kecik la sangat sangat..Dari Preschool sampai Secondary 3 duduk dalam satu bangunan 4 tingkat (tingkat G hinggga 3) Jadi kat sini boleh nampak budak kecik ala ala baby juga boleh nampak remaja perasan dewasa juga orang dewasa yang perasan remaja..haha..Tingkap kelas kami semua tinted, jadi dalam kelas agak gelap. Tapi, Sue suka…Biasan cahaya matahari yang menerobos melalui tingkap tu terasa amat menenangkan hati…Damai…

Cuba teka al-Fajr kat bahagian mana? Kalau betul, Sue bagi flying kiss^^

17 December 2008

baru habis meeting

sooo cute!


3.00p.m

Alhamdulillah, teka teki akan subjects apa yang akan diajar untuk next year telah terjawab. Kami guru-guru baru siap meeting dengan management tadi. nextYear sue akan ajar anak anak remaja pula. Sue akan ajar subjects :




  • General Science (for Form 1 and Form 2)


  • Biology (Form 3 -igcse)


  • Chemistry (Form 3-igcse)

Total credit hours : 25


Lain lain responsibilities:



  • Homeroom Teacher For Form 1 an-nahl (sue jadi guru kelas lagi nextyear.alhamdulillah.Seronok jadi homeroom sebenarnya.Terasa mcm ada 'anak anak' sendiri sungguh)


  • Science Coordinator (hmm, post ni agak menggerunkan...besar tanggungjawabnya. Tapi Sue bersyukur , bukan lagi Exam Secretary. Aman dapat jawatan Exam Coordinator. Tahniah aman, jangan risau, sahabat akan tetap juga tolong sahabat. Sue akan cuba la juga siapkan materials exam for next year. Sue tetap salah seorang exam committee, InsyaAllah, together we unite. Semangat je bunyinya (^_^)

Kuliyyah sue untuk 2ndSemester pun akan mula minggu depan. This sem sue ambil subjects:




  • Advanced Educational Psychology (Friday- 3.30-6.20pm)


  • School testing programme (Tuesday- 8.30-11.20 a.m)

Dan malam malam sue di rumah sewa juga di meriahkan dengan anak anak kecil yang datang belajar. Isnin dan Selasa untuk tusyen. Rabu dan Khamis untuk mengaji...Ehe. Rumah sewa tu cuma ada Sue and KakRad, kakRad pula dah tengah malam baru ada kat rumah, jadi ada budak budak tu takde la sue sunyi sangat kan...



Nak beli kereta...ada cadangan? Nak yang comel dan murah serta jimat petrol. aha.



Sue akan sibuk seperti selalu la ye ^^


Moga dipermudahkan urusan. wassalam.


12 December 2008

kepala saya sakit...

-jalan jalan menyusuri desa bersama adik-


Ada lembu sedang makan rumput di pinggir batas ladang sawit tu...(Gambar agak sedikit gelap, hari dah petang sangat) Lembu, jangan naik atas jalan ye, bahaya...

Sue pergi butik Anakku kat town, beli hadiah. Esok bersama-sama mak kami akan pergi berziarah, tengok KakZura dan baby (baru bersalin, dapat baby boy)

OK.Sue mahu telan paracetamol 2 biji lalu tidur...


-Demam-

11 December 2008

Maafkanlah...

Pernah tak rasa marah yang meluap-luap, ikut hati nak tampar je orang kuat kuat biar jatuh tersembam atas lantai. Pernah tak rasa marah sampai rasa macam nak sound tahap laser makKiah?

Kadang kadang rasa marah yang kita tahankan itu akan buat kita sedih…kecewa…dalam diam, terpendam sekian lama bak gunung berapi…Dan apa yang lebih memburukkan keadaan adalah jika kita terlepaskan marah kita pada orang yang tak sepatutnya kita marah. Kadang kadang kita terlupa akan hakikat bahawa apabila kita menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka di hati…Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal bukan…Walau sejuta maaf dipinta, tapi parutnya tetap ada bukan…

Terkadang rasa marah yang kita simpan dan pendam itu entah bagaimana terlepaskan juga pada anak anak murid yang comel itu. Apa dosa mereka? Mereka bukan punchbags…Anda akan jadi semakin ‘parah’ bila mendengar kata kata pasrah mereka:

‘It’s ok teacher. We understand…Sometimes you're mad at us because you love us. You want to change us, right teacher?’

Ohh maafkan teacher…maka jadilah aku cikgu yang memeluk anak anak sambil menahan sebak di dada. Kanak kanak amat menakjubkan…Mereka menyentuh hati kita dengan ayat tulus mereka, mereka membuat kita tertawa dengan keletah comel mereka dan arghhh banyak lagi lah yang tak dapat diungkap dengan kata kata…

Dan ini adalah nasihat untuk diri sendiri.

  • Maafkan lah.
  • "Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
  • Wahai diri,api jangan dilawan dengan api.
  • Hidup terlalu singkat untuk membenci.
  • Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya…
  • Apabila ada orang menyakiti hati, doakan yang baik baik untuk dia…
  • Pekakkan telinga, laksanakan kerja/ amanah dengan sehabis baik. Berusahalah!
  • Belajarlah untuk redha dan sabar.
  • Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku…
-sue-


aku hanya manusia biasa

07 December 2008

Hadiah untuk diri sendiri


Siang tadi keluar bersiar siar dengan Meir. Jadi beli buku 2 buah buat mengisi waktu dengan perkara bermanfaat. Beli kerepek 3peket,beli barang dapur (sayur bayam dan lain lain lagi makanan berkhasiat) serta beli Digicam. Digicam ini sue hadiahkan khas untuk diri Sue yang telah bersusah payah bekerja (kadang kadang tak sempat nak tidor dek mengejar dateline) jadi guna la sikit duit tu untuk perkara yang sangat diidami.

Boleh la sue klik banyak banyak lepas ni^^


28 November 2008

jernihkan fikiran...

Comel kan? Baby memang adorable. Kakhasmah pernah cakap, semua babies comel, baby Dinosor pun comel! Err dinosor? Barney ungu tu pun comel apa...Asyik senyum je...ooo oK.

Sue sebenarnya rasa nak marah... sue..jangan marah. Istighfar... Senyum^^

rindu kt anak2. Kadang kadang bila rasa nak 'marah kepada orang dewasa' pergi jenguk dan bermain serta bersembang ngan diaorang(students),semuanya style cheeky cheeky dan nakal belaka...sama je ngan cikgunya...(^_^)

rindunya pada swimming pool...swimming suit dah jadi penghias almari...


26 November 2008

Hari rabu...



Assalamualaikum



Sibuk seperti biasa...Curi masa untuk berfoya-foya sebentar.

Tapi..tak ada apa nak ditulis pun sebenarnya...ehe

Meh tengok memo sue dapat pagi tadi,

second page Bonda minta update pada dia progress kerje by this Friday.

to Aman, my advisor

Bonda minta Sue buatkan Exam Manual untuk tahun 2009 (aduhhh sue
baru tulis dalam feedback form tak mahu dah jadi Orang Exam tahun depan...hmm
macam tak approve je sue punya request tu...macam kena je lagi...)

Tapi sue tak mulakan lagi kerja buat manual tu..takde mood nak
fikir, mendraf, mengarang dan menaip. Sue sibuk mengemas exam room. nanti korang naik kerja semula kita bind exam papers sama sama.Mmm,Report SportsDay (yang dah lama sue tangguh tu) pun tak buat lagi...dalam proses ye..ehe. Sue sibuk dengan Placement Test la sehari dua ni..Cikgu cikgu lain gembira bercuti, tapi sue kena mark paper, kesian tau..uhu

Kalau ada apa2 idea dapat masa main ngan naqi (to improve
our Exam Unit) bagi tahu sue k. tq

Haha, ada ke patut tulis pasal kerja kat sini...sah takde modal.

Ok cukup. ada kerja..