About Me
- d ordinary me
- just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.
02 June 2007
01 June 2007
Assalamualaikum
Harap kalian sihat. Sue jumpa sesuatu yang menarik di mumsgather.com-where moms gather and chat. Yes although I am not a mom yet but I love to hang out there. I learn a lot from that site, it’s about mum’s life and kids. It’s fun to read about her experiences; a mom with 2 adorable kids.
One of the entry is about the counting discipline. Eg: "Pick up your toys before you play something else/we go out/we go to sleep etc. I'm going to count to 10. 1....2....3....4...5...6...7...8....9....10!"
I also practice this in my class. Ye lah sue
So Sue pun: ‘in 5 seconds I want to see everybody put your text and activity book on the table. 1 2 3 4 5 ‘
dan anak anak kecil tu berlari ke rak buku. Nampak comel je…
Sue: Everyone ready? Ok lets start our lesson with your dua’ Bismillah….
Tapi kadang kadang bila keadaan jadi tak terkawal bila anak anak kecil tu tak mahu senyap maka Sue pun : Ok children please say Astaghfirullahalazim 3 times… maka mereka ni termasuk Sue pun beristighfar la (sebenarnya supaya hati Sue cool, tak jadi marah) Memang ada masa budak budak ni meragam…menangis( girls la), merajuk( girls lagi) bertumbuk(boys la)…tapi ntah kehidupan rasa macam ‘ceria’ je dengan mereka ni.
Pagi pagi sebelum sesi akademik bermula, mereka masuk ke kelas mengheret beg, bagi salam kat Sue yang duduk terperosok kat homeroom’s cubicle tu.
Syifa: Assalamualaikum teacher Sue. You know teacher, just now I went to
Sue: And you eat roti canai…(hai tiap tiap pagi dia pekena roti canai kat situ dan bila time breakfast(
Anak anak, tengok wajah mereka pun dah buat aku tenang. Berserabut berselirat macam mana pun otak ni jadi ok balik bila tengok keletah mereka.. Lebih lebih lagi si Ainussofiyyah yang kelakar tu. Dia suka sebut, ‘ala teacher, Ain lupa la’...Dia tak suka pakai anak tudung, rambut dia akan berjuraian keluar berjuntai di dahi...Rimas betul Sue melihatnya...
Namun ada juga students yang punya masalah keluarga(yang buat aku jadi kasihan sungguh). Memang dari segi materialistiknya tak dinafikan mereka mewah,,,tapi dari segi ‘jiwa’….Mereka betul betul mengharapkan agar ada yang mendengar cerita mereka, yang tunjukkan betapa sayangnya kita kepada mereka, betapa prihatinnnya kita…(chewaahh prihatin sangat ke kau Sue, sampai kes Amar zarif terluka kat kelas pun kau tak perasan sehinggalah mak dia bagi tahu melalui communication book...)
Pernah sekali Sue sibuk menggunting name sticker untuk dilekatkan pada meja masing masing, one of the student suddenly say: Eh teacher, ni bukan ayah dia lagi, mak dia dah kahwin dengan lelaki lain. Nama ayah baru dia Ismail!
Sue tak tahu apa perasaan Sue masa tu…
Itu belum lagi dengan students yang parents sedang in process nak bercerai. Bila dia bercerita, Sue tak sampai hati nak buat tak layan jer (walaupun masa tu penat sangat…)
Amin: teacherSue, last night my father and I had a big dinner at a big restaurant…with my new mak tiri…
Umar: Teacher, how can I give this card to my mom? She’s in US now…
(masa ni Sue mintak dioarang buat kad sempena hari ibu)
Girl: My mom is not here teacher, my father too. They went to
(dan Sue yang 'teringin nak tahu' bertanya dengan lebih lanjut lagi....)
Aduhhh Sue pun pelik la macam mana ada parents yang sanggup tinggalkan anak dengan maid untuk jangka masa yang lama hanya atas urusan biznes?
Tapi segelintir je yang begini
Sue
29 May 2007
merapu

Cuti sekolah is in the air. dah 4 hari kat umah, maka 4 hari jugak la kerja aku asyik tidor aja. bagus betul. Esok adik adik ku dah buat plan nak balik umah atok. saya suka!!! Boleh berlari-larian di kebun sayur, mengejar anak anak ayam, dan pelbagai lagi aktiviti kanak kanak kecil yang boleh dilakukan oleh teacher Sue yang (berperangai terlebih teruja).
Entah kenapa sekarang ni asyik terbaca pasal poligami. Tengah bloghopping mesti terjumpa isu poligami (kenapa lelaki suka cakap pasal poligami eh?). Kat sekolah plak ada desus desas seorang ustaz ingin 'mencari calon isteri lagi' . Sue sebenarnya (dalam diam) 'suka' kat ustaz tu...[kalau dia tanya aku, hmm mungkin boleh dipertimbangkan jugak kot-kalau dia nak tanya aku la...kan] ahaks (hish Sue, tak malu betul!!! ha semua orang senyap shhhh). Tapi kesian kat isteri dia....apa yang dia rasa ye, bila suami dia cakap nak kawen lagi. Mesti sedih kan...Moga moga ustaz tu tak jadi meneruskan 'hasrat' dia tu...Mudah mudahan terbit jalan penyelesaian lain untuk masalah mereka....
Hmmm Pernah masa lunch ngan kakak kakak, one of the teacher cerita dia mimpi suami dia bawak balik madu untuk dia. Sue dengan cerdik pandai tanpa salam bertanya ' Akak, madu minum ke madu isteri?' sengal je aku... tak sensitif langsung!
Memang la kalau boleh setiap perempuan takmau bermadu, tapi kalau dah ditakdirkan bermadu......Tapi mesti sakit jugak kan hati....Fikirkanla perasaan orang...
takde idea nak tulih apa...saya nak meronda ronda di alam maya,
bye
aku hanya ombak yang merindui pantai berbatu
sue
01 May 2007
antologi puisi cinta

ok, Jiwang time... Sue jumpa puisi puisi ni masa surf internet ,niat di hati nak berkongsi dengan kalian...
Alang Kelana
Pada saat hujan dinihari
aku berdoa di sepertiga malam
memohon kebaikan untukmu
serta diubati rinduku.
Puas sudah ku meneliti
bicara sekeping hati
meminati ketenangan wajahmu
jernih bersih dek air wudhu.
Aduhai berilah peluang bagiku mendekatimu izinkan kunikmati suaramu bertadarrus sungguh jiwaku tenteram mendengar bisikan wirid dan zikirmu.
++++++++++++++++++++
Tajuk: Tentang cinta kita
Selamat untuk kita
semalam telah tersarung dijarimu
sebentuk cincin berbatu delima
kata bonda tanganmu lembut dan sejuk
pertunangan makin merapatkan kita
tetapi aku belum berhak memegang tangan itu
ini cuma bukti
tentang rindu kita
tentang cinta kita berdua
Sayang
cincin itu buktinya
kita akan bersatu nanti
tetapi hari ini
kita belum pantas berpegang tangan
belum pantas memadu
aku belum bisa membelai rambutmu
belum bisa merenung matamu
Cinta sekadar di jiwa
bukan terzahir di saat ini
Selamat untuk kita
menjaga suci pertalian ini
cincin pertunangan sekadar janji
bukti kemilikan kita
Tulisan: Raja Nur Qurshiyah bt Raja Hirdan
Tel no: 016-9056 994
emel: jendelaku06@yahoo.com
++++++++++++++++++++++++++++
SUDIKAH KAU TERIMA CINTAKU?
Sudikah kau terima
Duhai adinda yang mulia
Cinta yang kutawarkan untukmu jua
Bukan cinta palsu bersalut dusta
Jauh sekali kata-kata palsu penuh nista
Kerana kutahu kau akan tidak sedia menerima
Sebuah cinta berdasarkan nafsu hina?
Wahai adinda insan yang kusanjungi
Kupohon darimu dengan rendah hati
Suatu ikrar taat setia untuk insan bernama suami
Sudikah dinda menjadi isteri
Berdasarkan taqwa insan yang melata di bumi
Yang kita cari selama ini?
Dinda tentu bertanya
“Ke mana bahtera hendak dibawa?”
Akan kanda jawab dengan gembira
“Belayar di lautan penuh gelora”
“Panduan Al-Qur’an jadi kompasnya”
“Sunah Nabi sebagai petanya”
“Insya Allah lulus urusan segala.”
Maka sudikah kiranya dinda terima?
~alang kelana~
ada rasa rindu datang menjenguk hati...aduhai
Sue
17 April 2007
Kami guru malaysia...
13 April 2007
Semalam
10 April 2007
Banyak keje....
aiyarkkkk!!!(credit:alwancomics)Watch your thoughts, they become words.
31 March 2007
Hari semalam....
Harap kalian semua sihat dan seceria mentari...
Pertama tamanya: Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Syukur Alhamdulillah, Sue berjaya juga pulang ke rumah ni (Temerloh) malam semalam. Semalam abis sekolah kul 6.15 petang (ada sesi usrah sampai kul 6.00), terus bergegas berjalan sejauh 300meter dari sekolah untuk dapatkan taxi ke kelana jaya LRT station. Kemudian ke Masjik Jamek, dan amek PUTRA ke Titiwangsa. Sampai di pekeliling dalam kul 7.35 malam. Tiket sold out!!! hehe. Stay cool...Mundar mandir di pekeliling, hinggap dari satu kaunter ke satu kaunter buat buat bertanyakan tiket walaupun jawapannya dah pasti terang ngan nyata ada tertulis kat atas kertas putih yang dilekatkan pada sliding window kaunter tiket: TIKET KE TEMERLOH HARI INI HABIS!!!
Muka tetap maintain...cool je. Gi beli air jap. Then bila pakcik pakcik bas tu panggil penumpang untuk naik bas (sebab bas dah nak jalan nih, kul 8malam) Sue datang mendekat. Tunggu...mana tahu kot kot ada penumpang yang tak naik...hmm takde seh. Relax Sue relax...Ramai jugak orang yang tak dapat tiket (senasib dgn ku la tu). Sue perasan ada sorang girl ni tgh tersedu sedan...girl ni jalan pelan pelan kat pakcik tu dan cakap sesuatu. Tertinggal bas rupanya, dia nak ke Kuantan(bas baru beberapa minit jalan...ciannya) Tapi pakcik tu nak tumpangkan dia ke TOL Gombak, dan tolong call bus driver ke Kuantan tu supaya tunggu girl ni kat tol tu. Alhamdulillah. Sue pun dengan lafaz Bismillah berjalan ke arah pakcik tu, nak cuba nasib.
Sue : Pakcik, saya nak balik Temerloh... boleh lagi?
Kesian dia sorang...
28 March 2007
TTDI
Don't be Disappointed With This World's Life Assalamualaikum
Already 3.30..Alhamdulillah kelas dah abis...
Hari ini 'sesat' di TTDI.. (tawaf TTDI cari Maybank). Pagi pagi lagi mintak bos approval sebab Sue dan Ogy nak gi Maybank. Dekat dalam form kami tulis nak balik kul 10.30, tapi masuk semula ke sekolah pukul 11.20pagi...Naik public transportation memang lah lama, plus sesat lak tu...hee
Tadi belajar buat origami dari one of the students. Sebenarnya Sue suruh dia orang buat 'thank you' card for their mother. Sue bagi diaorang sugar paper. Alih alih Sue nampak 'Farhan' ni buat menda lain. Aku suruh tulis Thank You note dia pergi lipat lipat kertas buat Burung...Menarik pulak.... Tak jadi nak marah...
27 March 2007
SEngallll
Ehh ini bukan kartun...
(credit:Wanzu)
original art: alwancomiks
Tukang touchup tak bertauliah:Sue Abdulllah(hoho)
-sabarlah duhai hati-
Private School Teacher
Sue Abdullah
22 March 2007
Saya sedih hari ini (-_-)
7.30-8.30 amEntah kenapa hari ini rasa sedih datang bertimpa-timpa tapi tak tahu apa sebab yang pastinya. (haa sendiri pun tak tahu kenapa...) Pagi pagi datang sekolah dah buat muka seposen... Masa take breakfast dengan guru guru lain pun, Sue senyap aja....Concentrate la kononnya kat Lontong (yang nampak macam sedap tu). Others teacher pun rasa pelik jugak apasal lah Teacher Sue ni nampak semacam je...
9.00-10.00am
Then rasa sedih itu tak dapat ditahan lagi....(dah mula rasa nak nangis...huhu sengal je) Teacher Hasmah adviced me to perform Dhuha Prayer(when she saw my 'muka semacam' face'). Tapi Sue malas nak bukak bukak tudung amik wuduk...(apa daa). Then I go to the musolla and read alMathurat sambil nangis dengan sendunya...Dah lah musolla tu tak ditarik tirainya, mesti other teachers and Ustazs yang ter'lalulalang' depan musolla tu fikir semacam...Hah lantak lah...
Lepas tu dengan mata merahnya pergi masuk kelas...Students pun pandang semacam je...'Senyap sunyi' jadinya kelas tu yang sebelumnya 'bagai dilanda garuda'....(ish tak malu betul la Teacher Sue ni, bawak muka sememeh ke kelas)
Kenapa rasa sedih ye. Tak tahu sebab apa...(sakit hati, tensen???) Yang pasti, SEDIH...
Mungkin sebab hati ni tak tenang...
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
"Tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesunggugnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim".
18 March 2007
Fahri, sambutlah huluran cinta ku ini...
Assalamualaikum
Pagi ahad yang indah datang lagi…Syukur Alhamdulillah kerna masih diberi peluang oleh ALLAH untuk menghirup udara segar dari balik jendela rumah ibubapaku. Oh hari ini dah kena balik ke
Ayat Ayat Cinta : Sebuah Novel Pembangun Jiwa
Karya Habiburrahman El Shirazy (Novelis, Sarjana al Azhar Universiti Cairo)
(setebal 500 halaman)
Sebenarnya Fahri pun ada hati kat Nurul(sebelum Aisya jadi isteri dia la)…Tapi kedua duanya (Fahri dan Nurul) tak ada yang memulakan. Nurul pun mestilah malu..Namun akhirnya rasa malu itu ditolak tepi, dikhabarkan jua pada Fahri(secara berhemah, melalui utusan pakcik dan makciknya)…Tapi dah terlambat…kesian
Kisah Noura yang dianiaya keluarganya, then ditolong Fahri. Noura juga ada melayangkan
Novel ini sarat dengan ilmu…Hadis dan dalil serta dihiasai puisi puisi indah… Happy ending tau..jangan risau. Sue sangat lega pabila Maria yang jadi Fahri’s second wife menghembuskan nafas terakhirnya tak berapa lama setelah bernikah(nikah kat hospital lak tu). Kesian la kat Aisya kalau Maria tu sembuh dan hidup lama bersama sama mereka...
-Sue Aisya-
(edited at 12:52)
17 March 2007
Tonsilitis...
hukhuk seksanya...
16 March 2007
Hari ini...
Hari ini keluar outing ke bandar Temerloh(bandor Ikan Patin..hehe) dengan ditemani adik tercinta, Wa (a going to face SPM diz year teenage boy). Hari sangat panas...bahangnya amat terasa mencucuk hingga buatkan kepala rasa berdenyut denyut.
Pergi beli tiket nak balik ke KL ahad ni, cucuk mesin ATM (walau 'apa yang ada' di dalam tu amat lah 'kurang'..hehe, cepat lah gaji...) Kemudian merayau di sekitar bandar kecil tu. Singgah ke Pustaka Saujana beli novel yang di promote Mrs AZi 'Ayat Ayat Cinta' (karya Habiburrahman el shirazy). InsyaALLAH bila Sue dah habis baca nanti, Sue tulis sinopsis nya di sini.
Entah macam mana terperasan majalah 'Blues Selamanya' yang edisi lampau...Edisi edisi yang terbit semasa Sue belum kenal lagi 'Blues Selamanya'...Apa lagi, grab aja lah.
Kemudian pergi shopping 'barang barang perempuan'. Sedang asyik membelek segala macam losyen cologne facial wash and cream tiba tiba ada satu suara menyapa dari belakang...
'Cikgu, Cikgu...'
Oh rupanya student Sue semasa Sue mengajar sementara di sebuah Sek Men Agama dulu. Student SPM 06, ambil kursus komputer, sementara menanti tawaran mana mana institusi. Namun apa yang buat Sue agak terkilan adalah dress code nya... Sue cuba sedaya mungkin untuk tidak give dat look (pandangan serong 45 degree)
Tapi betul betul Sue rasa terkilan...Sayang, di sekolah bukan main 'tutup' lagi orangnya...Bertudung labuh, berjubah...Tapi apa yang berada di depan mata Sue masa tu adalah gadis ranggi ber baby T dan Jeans 'gantung'...kalau tshirt lengan panjang Sue boleh terima...Sebab diri sendiri pun pakai jugak Tshirt and jeans. Tapi kalau baby T dgn jeans yanky plus tudung kan nampka janggal tu...Sue doakan agar student Sue itu akan sedar...Sayang sangat, sebab orangnya jenis lembut lagi ayu gitu...
Godaan Syaitan terhadap Insan bernama WanitaSyaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su').
Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya. Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab." Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua,
Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis." Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga,
Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya." Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersos i a l , pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia. Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita." Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu"
Syaitan tak ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat. Wallahu a'lam bissawab. Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah (teratak santai)
ohh teringatkan dia yang pernah berkata,"Sue, masa orang kerja kat Arab (lebih spesifik lagi di Jeddah) nak nampak muka perempuan pun susah.. Dekat sana wanitanya 'bertutup' aja. All in black... Terkadang hati ni 'nakal' jugak nak tengok perempuan...heh"
Sue: (^_^) bagus la, pergi la kerja kat sana lagi, buat apa balik Malaysia...mata pun terjaga kan...
-Hmm 'life insurance' dari segi syarak apa hukumnya ye? Sue dapat job offer dari Prudential utk post executive (biz development) (ada gi interview dulu, tapi utk post exec(underwriting), tetiba dia call kata nak bagi post biz exec (kontrak)...hmm 'life insurance company'... Tak terima kot, dah mula rasa suka kat sekolah ni...
15 March 2007
-baby-
Assalamualaikum. Harap kalian semua seceria mentari. Kali ini Sue ingin berkongsi artikel ‘bersalin melalui caesarean’…Bukan apa teringatkan seorang rakan guru yang sedang menunggu masa je nak bersalin. Sue selalu pegang perut dia…Hee saja nak rasa kot kot baby tu bergerak…Dan KakHafizam tu berdoa sangat agar kelahiran kali ini tidak perlu di bedah.
‘Seksa Sue caesarean…biarlah bersalin normal, lepas beberapa jam bersalin dah boleh buat kerjarumah , kalau caesarean..alamatnya nak batuk pon azab…’ Dan kemudian dia bercerita soal kelahiran dengan bersungguhnya hingga buat Sue naik ngeri…Saja nak buat aku takut la tu…
Teringatkan student yang petah bertanya dengan confidentnya kat Sue: ‘Teacher how many babies do you have?’ Err aku tergamam sekejap. Dia ingat aku dah already married agaknya. Dan seorang lagi student asked sakitke bersalin kat aku yang bujang trang tang tang nih…alahai anak anak murid ku yang comel, Teacher Sue masih single laa…
~bersalin melalui caesarean~
Filed under: Dunia Bayi
~bersalin melalui caesarean~
KADANGKALA anda tidak boleh melahirkan anak secara biasa dan terpaksa melalui pembedahan di abdomen dan seterusnya di rahim untuk melahirkan bayi yang dikandung.
Prosedur ini dipanggil pembedahan caesarean. Apa yang penting, anda sihat dan anak selamat.
Mengapa anda dibedah?
Kalau demikian niat anda, berbincanglah dahulu dengan doktor anda.
“Biasanya, keputusan pembedahan dibuat setelah anda berada di bilik bersalin menjalani proses kelahiran tetapi gagal disebabkan oleh kepelbagaian faktor yang akan diterangkan oleh doktor pakar perbidanan.
“
Lain-lain faktor yang diambil kira termasuklah permasalahan perubatan semasa dan juga mungkin kerana wujudnya masalah-masalah obstetriks (perbidanan) yang menghalang kelahiran normal.
* Mengandung kembar/berganda - ramai ibu yang mengandung anak kembar dua melahirkan anak secara normal. Bagaimanapun, ada segelintir yang memerlukan pembedahan - bergantung bilangan janin dikandung.
Jika lebih ramai maka kebarangkalian untuk dibedah bertambah tinggi. Kedudukan janin turut mempengaruhi cara kelahiran.
* Proses kelahiran terbantut
Berjam-jam lamanya anda di bilik bersalin namun kemajuan pendilatan (pembesaran organ berongga) pangkal rahim tidak berlaku, walaupun ubat diberikan untuk menguatkan kontraksi (pengecutan) .
* Masalah pada janin dikandung
Bayi dikandung mungkin mengalami masalah di dalam rahim, bekalan oksigen tergendala, mungkin tali pusatnya terhimpit, terpulas dan sebagainya mengakibatkan bekalan darah dari uri ke bayi menurun.
Ini dikesan melalui pemerhatian elektronik ultrasound yang dipasang pada abdomen puan. Seterusnya, keputusan pembedahan dibuat.
* Masalah uri
“Uri mungkin berada di bawah (previa plasenta) yang menghalang bayi dari keluar. Satu lagi masalah, apabila uri terpisah dari dinding rahim dikenali sebagai placenta abruption.
“Pendarahan yang banyak berlaku, pengaliran darah serta oksigen kepada bayi terbantut, kematian boleh berlaku,” jelas Dr. Shah Reza.
* Sejarah kelahiran pembedahan lampau
Sekiranya anda sudah pun dua kali dibedah, kelahiran kali ini mestilah juga melalui pembedahan.
Seandainya sejarah hanya sekali sahaja, keputusan kali ini bergantung banyak pada kejadian semasa pembedahan lampau.
Contohnya, jika pemotongan pada rahim bukannya di segmen bawah secara melintang, bermakna anda tidak boleh di
* Kemungkinan lain seperti saiz bayi yang besar secara relatif dibandingkan dengan tulang pinggul, kedudukan bayi songsang dan infeksi pada ibu seperti herpes genitalia (inflamasi kulit pada alat kelamin) yang boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran.
Prosedur pembedahan
Dr. Shah Reza berkata, kebiasaannya di hospital, bilik bedah merupakan satu kawasan larangan.
Suami tidak digalakkan atau mungkin tidak dibenarkan berada di bilik bedah di samping isteri semasa pembedahan dijalankan.
“Jenis pembiusan mungkin secara setempat (anda sedar sepanjang pembedahan), mungkin juga pembiusan menyeluruh (anda tidur sepanjang tatacara).
“Ini bergantung kepada penilaian doktor pakar bius. Kadangkala pembedahan dilakukan kerana kecemasan, jadi tidak sempat persediaan dilakukan seperti pembedahan-pembedah an elektif yang lain.
Persediaan
“Jururawat akan menyediakan anda bagi tujuan pembedahan, ubat diberikan untuk mengurangkan keasidan di dalam perut.
“Anda dikhuatiri akan muntah dan termasuk ke dalam sistem pernafasan yang boleh memudaratkan kesihatan selanjutnya, ” kata Dr. Shah Reza.
Bahagian untuk dibedah akan dicuci, bulu roma yang lebih akan dicukurkan. Tiub kateter akan dimasukkan ke dalam uretra (saluran air kencing) untuk mengosongkan pundi kencing.
Ia boleh mengurangkan insiden trauma pada pundi kencing semasa pembedahan. Ia juga sebagai pengawasan sistem perkumuhan buah pinggang.
Jarum dimasukkan ke sistem pembuluh vena di tangan untuk dimasukkan dengan cecair gantian seperti darah dan juga portal untuk ubat-ubat ke dalam badan anda, semasa dan selepas pembedahan.
Jenis-jenis pembiusan
Ia bertujuan menghilangkan kesakitan serta menenangkan anda semasa prosedur. Pembiusan, kata Dr. Shah Reza, mungkin secara menyeluruh dan juga berbentuk setempat seperti pembiusan epidural ataupun spinal, di mana anda akan sedar sepanjang prosedur.
“Doktor pakar bius akan berbincang dengan anda mengenai jenis-jenis pembiusan yang selamat untuk anda, bergantung sama ada pembedahan tersebut jenis kecemasan ataupun secara elektif. “Yang penting kesihatan puan semasa serta keadaan bayi diutamakan,’ ‘ kata beliau.
Kelahiran
Insisi dilakukan pada kulit dan tisu-tisu di abdomen.
“Lazimnya di Malaysia, insisi (torehan) di kulit dilakukan secara melintang. Otot-otot abdomen tidak dipotong.
“Insisi pada rahim juga secara melintang, ini mengurangkan pendarahan dan penyembuhannya bagus.”
Bayi akan dikeluarkan melalui insisi yang dibuat. Uri juga dikeluarkan melalui cara yang sama. Untuk kulit, jahitan dibuat, kadangkala stapel digunakan (mahal).
Komplikasi
Sebagaimana pembedahan yang lain, kelahiran melalui pembedahan juga berisiko. Bagaimanapun, risiko jarang berlaku dan ditangani dengan cepat serta berkesan.
Antara risiko-risikonya adalah:
* Infeksi boleh berlaku di rahim, tisu-tisu dalaman dan juga di kulit
* darah boleh hilang dengan pantas dan banyak, memerlukan transfusi (pemindahan) darah
* Insiden ketulan serta pembekuan darah berlaku di pelvis, paru-paru serta di bahagian kaki
* Usus dan pundi kencing juga boleh tercedera
* Reaksi pada ubat-ubat serta pembiusan yang diberikan.
Selepas pembedahan
Kata Dr. Shah Reza, sekiranya pembiusan diberikan dari jenis setempat, anda boleh memegang si bayi selepas pembedahan manakala pembiusan menyeluruh memerlukan masa untuk sedar.
Anda akan dihantar ke bilik pemulihan pembiusan, petanda seperti tekanan darah, nadi, kandungan oksigen dan lain-lain parameter akan dipantau rapat sehingga kesemuanya stabil, sebelum anda dihantar ke wad.
Penyusuan dada digalakkan walaupun baru dibedah. Lazimnya, ubat-ubatan yang diberikan adalah selamat untuk penyusuan dada.
Anda mungkin berada di wad selama tiga, empat hari. Pengawasan lanjut diteruskan walaupun sudah stabil.
Ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain diberikan agar anda selesa dan dapat bergerak seberapa segera.
Kembali ke rumah
Doktor akan membekalkan anda dengan ubat penahan sakit, antibiotik serta vitamin bagi membolehkan penyembuhan berjalan sempurna.
Walau bagaimanapun, anda perlu menjaga kesihatan diri, hadkan aktiviti berat.
Anda juga mungkin mengalami:
* Kekejangan pada bahagian bawah abdomen, terutamanya semasa memberikan susu badan
* Pendarahan dan juga lelehan untuk empat hingga enam minggu
* Pendarahan mungkin dalam bentuk ketulan dan kadangkala kekejangan berlaku semasa ketulan dikeluarkan
* Sakit di bahagian pembedahan.
“Untuk mengelakkan infeksi, jangan masukkan apa-apa cecair, tampon ataupun melakukan hubungan seks untuk beberapa minggu. Seorang suami yang baik seharusnya memahami keadaan isteri sekarang.
“Berikan badan anda masa untuk sembuh sebelum aktiviti-aktiviti lazim. Senaman ringkas yang tidak menyakitkan juga boleh dilakukan,” kata Dr. Shah Reza.
Segeralah berjumpa dengan doktor pakar perbidanan puan sekiranya demam berlaku, pendarahan semakin banyak, sakit yang tidak dapat dilegakan atau mana-mana pengalaman yang sebelum ini tidak pernah anda lalui.
Sumber: Utusan
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN PEMBEDAHAN CAESAREAN
Pembedahan caesarean merupakan satu pembedahan yang melibatkan beberapa lapisan pada dinding perut wanita. Lapisan kulit, lapisan-lapisan otot dan dinding rahim dibuka bagi membolehkan bayi dilahirkan melalui pembedahan tersebut.
Pembedahan caesarean terbahagi kepada dua iaitu:
* IRISAN MELINTANG - atau lebih dikenali sebagai lower segment caesarean di mana irisan dinding rahim dilakukan pada bahagian bawah rahim.
* PEMBEDAHAN KLASIKAL - irisan dilakukan menegak pada rahim.
Bagaimanapun, irisan melintang merupakan pilihan hingga kini kerana ia dapat mengurangkan kadar pendarahan, di samping menurunkan risiko rahim pecah pada kandungan yang seterusnya.
Namun, pembedahan klasikal hanya diperlukan untuk kes-kes tertentu kerana ia meningkatkan risiko kehilangan darah, jangkitan kuman, rahim pecah pada kandungan yang seterusnya boleh menyebabkan kematian ibu dan anak.
Pada masa yang sama, pembedahan ini semakin popular apabila timbulnya kesedaran berhubung perancang keluarga.
”Dengan penurunan kadar kelahiran, sesetengah golongan lebih menumpukan kesihatan bayi dalam kandungan,” katanya.
Tambahnya, dengan kaedah bius dan pembedahan ramai yang beranggapan bahawa pembedahan ini sesuatu yang selamat dan mudah walaupun tanpa satu alasan kurang jelas.
Namun, ramai yang beranggapan mereka yang pernah menjalani pembedahan ini perlu menjalani pembedahan yang sama untuk kelahiran seterusnya.
Sebenarnya, ia bergantung kepada keadaan ibu dan anak dalam kandungan, sekiranya tiada risiko yang berulang pesakit tidak perlu menjalani pembedahan caesarean.
Dr. Hashim memberitahu, biasanya doktor akan memaksimumkan menjalani hingga tiga kali pembedahan bagi mengelakkan risiko kecederaan pada organ berhampiran seperti pundi kencing, usus dan sebagainya.
Bagaimanapun, wanita yang pernah melahirkan anak secara caesarean sebelum ini dan bercadang untuk melahirkan anak secara biasa, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan dan rawatan tetap di hospital-hospital yang mempunyai kelengkapan lengkap.
FAKTOR PEMBEDAHAN CAESAREAN
* Tali pusat keluar dahulu semasa air ketuban pecah.
Tali pusat ini akan turun perlahan-lahan ke dalam saluran faraj, keadaan menurunkan beka oksigen pada bayi menyebabkan bayi bernafas dalam peranakan.
Keadaan ini boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan, justeru pembedahan kecemasan caesarean diperlukan.
* Uri di bawah (placenta praevia).
Uri berada di bawah daripada bahagian bayi pada pembukaan rahim. Sekiranya proses kelahiran biasa berlaku, pendarahan yang banyak akan membahayakan keselamatan ibu serta anak.
* Tulang punggung dan saiz kepala bayi tidak sepadan (dispropotion).
Keadaan ini akan mengakibatkan proses kelahiran mengambil masa agak lama tanpa banyak tanda-tanda ia akan berjaya jika kelahiran biasa berlaku.
(ini selalunya jadi kat perempuan yang bersaiz kecil kan…Kurus kecil macam Sue. Teringatkan kata kata seorang sahabat, 'Ko jangan kawen ngan orang besar nanti takut baby tu rangka besar macam ayah dia….Susah ko nanti’ Hehe macam macam...
* Terdapat tanda-tanda bayi dalam kandungan lemas dan tidak aktif semasa proses bersalin.
Pertumbuhan atau perkembangan bayi yang terencat atau kadar denyutan jantung bayi yang menurun.
Kedudukan anak yang tidak betul seperti melintang atau condong (oblique) atau berlaku kelainan presentasi anak seperti muka, tangan atau kaki semasa pembukaan rahim.
Status kesihatan ibu seperti hipertensi, diabetes atau sakit jantung.
RISIKO PADA BAYI YANG DILAHIRKAN
Bayi yang dilahirkan melalui pembedahan ini terutama sebelum ibu merasai sakit bersalin, mengalami masalah pernafasan lebih tinggi berbanding kelahiran biasa.
Keadaan ini ada kaitannya dengan kesilapan dalam kiraan jangkamasa kandungan.
Justeru, bayi ini dianggap prematur di mana keadaan ini akan mendedahkan bayi tersebut kepada jangkitan kuman di paru-paru, masalah penyusuan dan lain-lain lagi yang memerlukan rawatan di hospital dalam jangka masa panjang.
KESAN PSIKOLOGI PADA IBU
Pembedahan ini boleh menyebabkan beban psikologi dan fizikal yang lebih tinggi berbanding kelahiran biasa. Ini kerana keadaan fizikal selepas pembedahan menyukarkan keinginan ibu terbabit untuk bersama anak yang dilahirkan.
Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan rasa marah, hampa dan tertekan kepada ibu.
Namun, sokongan ahli keluarga dapat membantu mengurangkan bebanan psikologi ini.
KES-KES YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN CAESAREAN
Bagi kes-kes tertentu, pembedahan caesarean merupakan pilihan terbaik yang dapat menyelamatkan nyawa ibu dan anak dalam kandungan seperti:
* Uri di bawah
* Pendarahan yang banyak pada peringkat akhir kehamilan.
* Kelahiran tersumbat
* Rahim pecah
* Bayi dalam kandungan terlalu besar
* Jangkitan kuman herpes pada kemaluan yang akan menjangkiti bayi sekiranya ia dilahirkan secara biasa
* Tali pusat terkeluar dahulu (cord prolapse)
-salam sayang, Sue-








