About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

24 August 2006

Perempuan...dan Bahasa


(diz comic is from www.alwancomics.com)

Assalamualaikum
Sue’z tertarik nak berkongsi satu ayat dari Faisal tehrani(dlm blog kak Salina Ibrahim:novelis) yang mengatakan bahawa perempuan ni multi focal.

Faisal tehrani kata perempuan ni bila tgh bincang isu ekonomi negara merudum pun boleh terfikirkan/terbayangkan mangga betik! Haha

Betul ke?Tapi hmm sue'z rasa la daya tumpuan lelaki lebih baik daripada perempuan(heh sue’z betul ke? Mana rujukannya?). Tapi perempuan ni kelebihannya ialah RAJIN.

Sue’z sendiri pun dulu masa duk dalam kelas/ dewan kuliah boleh merangka2 menu apa nak makan utk lunch nanti! Malah tgh tgn dok laju jot down setiap ulas kata lecturer tu pun boleh terbayangkan chicken chop ngn Sos lada hitam nya yang sedap tak ingat! At cafe MUhibbah...

Ala tapi sebenarnya lelaki pun gitu, saja jer Faisal Tehrani nih....

Tapi multi focal pun ada faedahnya. Ye la boleh buat banyak kerja/fikir banyak perkara dalam sesatu masa. Hmm Suez jenis yang buat kerja satu2, tak leh nak handle manyak menda satu2 masa.

(heh lupa nak cakap, bagi sesape yang tak tahu, Faisal Tehrani tu Penulis)

Sue'z nak cakap pasal penggunaan Bahasa Inggeris dan bahasa rojak plak. Kalau pada my opinion la Bahasa Rojak is Ok what!(isu ni makin panas pasal Amani tersalah cakap masa FFM 19 ari tuh) Sue'z tengok gak malam tu. Bagi Sue'z bukan la Amani tu bermaksud dia 'rasa seperti orang bodoh cakap BM' tapi dia akan kedengaran kelaka. Tapi Gubra & Sepet tu memang agak 'Kureng' la(sue'z tak tengok pun...heh. dengar member2 citer jer) Orang duk sebok2 pasal aper yang dikatakan AMani dan keburukan filem Gubra tapi Sue'z tgk masa FFM 19 tu majority artis pakai ala2 kemban jer...Dan makin tambah hampeh 'lawak lucah' Badul. Aku tengok ikut TV pun rasa malu(ye la sape suruh ide nerine pakai cam gituh)

Berbalik pada penggunaan bahasa.heh. Kita orang muda kan so tak salah la kalau ada variasi style bahasa. Rojak ke, Singlish ker, loghat Daerah ke(koi Oghang Temerloh weh) asalkan digunakan pada tempat & situation yang sesuai la. For formal purpose guna la bahasa standard. Borak2 ngn member2 lain, ngn orang tua lain, nak menulis kat weblog pun tentu tak sama cam menulis utk employer. Ala masuk kandang kucin mengiau, masuk kandang zirafah...ape yek.hehe

Bahasa Melayu takkan dipinggirkan...Walaupun most office use BI as their official lingua franca, and math and Science were teaching in English... Alah selagi BM tu jadi mata pelajaran wajib kat sekolah, tak de la merisaukan sangat pun. Novel cintun Bm pun laris lagi aper kat pasaran hehe.Cuma jadi menyedihkan, bila bebudak kat sekolah rasa belajar komponen sastera tu menyusahkan dan takde manfaatnya...Bagi sue'z sastera ni membentuk jati diri juga, sama pentingnya macam mana perlunya kita belajar sejarah...

Takkan Melayu Hilang Di dunia...

Love-Sue'z

No comments: