About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

03 July 2006

2Julai




Tadi siang adik sue'z yang no4 dah selamat mendaftar matrikulasi.(2Julai)
Adik sue'z yang ini tak pernah bersekolah asrama...sangat la manja...baju skolah dia mak yang gosokkan hatta dah form 5!Tapi sebab dia lelaki, sue'z tak kisah sangat.

Mujurlah pernah kena Khidmat Negara so ada la jugak pengalaman duduk kat dorm.Tapi masa kat PLKN dulu selang 2 minggu call umah, mintak mak datang melawat...Syukur lah kem PKN dia kat Rompin je, jadi bleh lah jugak mak ngn abah turutkan kehendaknya.

Tapi sue'z perasan ngn yg no4 ni abah turutkan semua yang dia nakkan. Ye la nak dibandingkan dgn sedara lelakinya yang lain(abg&adik, dia ni tak banyak ragam.Budak baik.(Pendiam sangat kat sekolah...heh).Malam2 baca Quran sama2 ngn abah, berzanji, bermarhaban kat surau...Tak lepak2 macam teenagers lain.

Harap2 dia dapat la sesuai kan diri kat kampus.Teringat plak masa shopping barang2 dia kelmarin, sue'z suruh dia bawak susu sekali(sue'z ajar adik2 supaya minum susu tepung)dia cakap taknak.Segan nak bawak susu katanya,tapi kat umah itu la yang diminumnya...Heh.

No comments: