About Me
- d ordinary me
- just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.
26 December 2008
begitulah
23 December 2008
3 al Fajr '08
17 December 2008
baru habis meeting
sooo cute!- General Science (for Form 1 and Form 2)
- Biology (Form 3 -igcse)
- Chemistry (Form 3-igcse)
- Homeroom Teacher For Form 1 an-nahl (sue jadi guru kelas lagi nextyear.alhamdulillah.Seronok jadi homeroom sebenarnya.Terasa mcm ada 'anak anak' sendiri sungguh)
- Science Coordinator (hmm, post ni agak menggerunkan...besar tanggungjawabnya. Tapi Sue bersyukur , bukan lagi Exam Secretary. Aman dapat jawatan Exam Coordinator. Tahniah aman, jangan risau, sahabat akan tetap juga tolong sahabat. Sue akan cuba la juga siapkan materials exam for next year. Sue tetap salah seorang exam committee, InsyaAllah, together we unite. Semangat je bunyinya (^_^)
- Advanced Educational Psychology (Friday- 3.30-6.20pm)
- School testing programme (Tuesday- 8.30-11.20 a.m)
Dan malam malam sue di rumah sewa juga di meriahkan dengan anak anak kecil yang datang belajar. Isnin dan Selasa untuk tusyen. Rabu dan Khamis untuk mengaji...Ehe. Rumah sewa tu cuma ada Sue and KakRad, kakRad pula dah tengah malam baru ada kat rumah, jadi ada budak budak tu takde la sue sunyi sangat kan...
Nak beli kereta...ada cadangan? Nak yang comel dan murah serta jimat petrol. aha.
Sue akan sibuk seperti selalu la ye ^^
Moga dipermudahkan urusan. wassalam.
12 December 2008
kepala saya sakit...
Sue pergi butik Anakku kat town, beli hadiah. Esok bersama-sama mak kami akan pergi berziarah, tengok KakZura dan baby (baru bersalin, dapat baby boy)
OK.Sue mahu telan paracetamol 2 biji lalu tidur...
11 December 2008
Maafkanlah...
Pernah tak rasa marah yang meluap-luap, ikut hati nak tampar je orang kuat kuat biar jatuh tersembam atas lantai. Pernah tak rasa marah sampai rasa macam nak sound tahap laser makKiah?
Kadang kadang rasa marah yang kita tahankan itu akan buat kita sedih…kecewa…dalam diam, terpendam sekian lama bak gunung berapi…Dan apa yang lebih memburukkan keadaan adalah jika kita terlepaskan marah kita pada orang yang tak sepatutnya kita marah. Kadang kadang kita terlupa akan hakikat bahawa apabila kita menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka di hati…Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal bukan…Walau sejuta maaf dipinta, tapi parutnya tetap ada bukan…
Terkadang rasa marah yang kita simpan dan pendam itu entah bagaimana terlepaskan juga pada anak anak murid yang comel itu. Apa dosa mereka? Mereka bukan punchbags…Anda akan jadi semakin ‘parah’ bila mendengar kata kata pasrah mereka:
‘It’s ok teacher. We understand…Sometimes you're mad at us because you love us. You want to change us, right teacher?’
Ohh maafkan teacher…maka jadilah aku cikgu yang memeluk anak anak sambil menahan sebak di dada. Kanak kanak amat menakjubkan…Mereka menyentuh hati kita dengan ayat tulus mereka, mereka membuat kita tertawa dengan keletah comel mereka dan arghhh banyak lagi lah yang tak dapat diungkap dengan kata kata…
Dan ini adalah nasihat untuk diri sendiri.
- Maafkan lah.
- "Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
- Wahai diri,api jangan dilawan dengan api.
- Hidup terlalu singkat untuk membenci.
- Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya…
- Apabila ada orang menyakiti hati, doakan yang baik baik untuk dia…
- Pekakkan telinga, laksanakan kerja/ amanah dengan sehabis baik. Berusahalah!
- Belajarlah untuk redha dan sabar.
- Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku…
aku hanya manusia biasa
07 December 2008
Hadiah untuk diri sendiri

28 November 2008
jernihkan fikiran...
Comel kan? Baby memang adorable. Kakhasmah pernah cakap, semua babies comel, baby Dinosor pun comel! Err dinosor? Barney ungu tu pun comel apa...Asyik senyum je...ooo oK.Sue sebenarnya rasa nak marah... sue..jangan marah. Istighfar... Senyum^^
rindu kt anak2. Kadang kadang bila rasa nak 'marah kepada orang dewasa' pergi jenguk dan bermain serta bersembang ngan diaorang(students),semuanya style cheeky cheeky dan nakal belaka...sama je ngan cikgunya...(^_^)
rindunya pada swimming pool...swimming suit dah jadi penghias almari...
26 November 2008
Hari rabu...
second page Bonda minta update pada dia progress kerje by this Friday.
to Aman, my advisor
Bonda minta Sue buatkan Exam Manual untuk tahun 2009 (aduhhh sue
baru tulis dalam feedback form tak mahu dah jadi Orang Exam tahun depan...hmm
macam tak approve je sue punya request tu...macam kena je lagi...)Tapi sue tak mulakan lagi kerja buat manual tu..takde mood nak
fikir, mendraf, mengarang dan menaip. Sue sibuk mengemas exam room. nanti korang naik kerja semula kita bind exam papers sama sama.Mmm,Report SportsDay (yang dah lama sue tangguh tu) pun tak buat lagi...dalam proses ye..ehe. Sue sibuk dengan Placement Test la sehari dua ni..Cikgu cikgu lain gembira bercuti, tapi sue kena mark paper, kesian tau..uhuKalau ada apa2 idea dapat masa main ngan naqi (to improve
our Exam Unit) bagi tahu sue k. tq
Haha, ada ke patut tulis pasal kerja kat sini...sah takde modal.
Ok cukup. ada kerja..
22 November 2008
sama sama meredah mimpi
Cepatnya masa berlalu...adik yang dulunya chengeng (mudah nangis masa kecil kecil dulu) sekarang dah jadi tempat kakaknya mengadu. Tempat kakak dia bercerita, walau dia tak dapat bagi 'point of view' pun takpe..asalkan jadi pendengar yang setia dan buat lawak sengal bersama. ehe
isnin kerja.
Smile^^
Jaga diri
21 November 2008
pekerja berwawasan

Assalamualaikum
Abah Sue baru balik dari berkursus 3 hari di Hotel G*ld*o*rse, Klang. Kursus Motivasi Kerja, Peringkat Negeri Pahang anjuran unit Kaunseling dan Keutuhan Jabatan Pelajaran Pahang.
Along : Abah, kenapa kursus ni buat kat
Abah : Sebab..dia nak bawak melawat Putrajaya…eleh, orang dah pergi banyak kali dah..
Bila Sue tengok buku program tu,…70% aturcara program adalah lawatan. Lawatan ke taman botani, lawatan sekitar putrajaya, lawatan ke INTAN BukitKiara…hmm. Hoo ni kira macam program motivasi sambil makan angin la kot…
Abah cakap dia penat sangat duduk dalam bas…Dengar ceramah kat hall pun badan dah lesu, dah kanyor…Kecian abah. Kanyor tu maksudnya hmmm maksudnya, drowsiness- tired and almost asleep. Ya, itulah maksudnya.
Apa yang Sue nak kongsikan dengan sahabat sahabat ialah apa yang sue baca kat dalam buku program abah sue ni.
Kategori Pekerja
a) MAHU dan TAHU
Memahami standard/piawaian yang cemerlang
Berusaha ke arah yang cemerlang
Kometmen dan iltizam tinggi (mmm, iltizam tu apa ye?)
Meningkatkan ilmu, kemahiran dan kepakaran
Boleh menyumbang idea dan tenaga
Menjadi sumber rujukan oleh orang lain
Kehadirannya sentiasa dinanti dan dirindui....awww
b) MAHU tetapi TAK TAHU
Menerima kritikan dan cemuhan
Sentiasa ingin berusaha
Suka bertanya dan merujuk
Memerlukan motivasi, dorongan dan bimbingan
Kehadirannya akan membantu
c) TAK MAHU tetapi TAHU
Komitmen rendah
Patuh arahan tahap minima (tahap minima? ahaksss..ayat dia...)
Tiada inisiatif
Tidak aktif dan proaktif
Memerlukan motivasi dan dorongan yang tinggi
Kehadirannya ada atau tiada sama sahaja ...ouch
d) TAK MAHU dan TAK TaHU
Kurang berdisplin
Suka menghabiskan masa
Suka melawan (??? memberontak, tak mahu dengar cakap boss...)
Pemalas dan menyusahkan orang
Kerja sambil lewa dan tidak cekap
Penghasut
Kehadirannya tidak disukai....aduhai
-ok sue, where should I put you? Under which category? erkk
Berusahalah!
Ok cukupla…Sue nak gi tengok tv.
Seronoknya cuti...
Potato Chips, please la...leave me..go away...Jajan tak elok untuk kesihatan..Tapi dia sedap.ahaks
20 November 2008
12 November 2008
alFajrians
Yang lelaki jual eraser gambar bola...hai macam macam...
Cepatla cuti sekolah...sue dah tak larat betul dah ni...Hari ahad ni hari penyampaian Hadiah sekolah (Ihtifal day). kami cikgu cikgu tetap sibuk seperti biasa..ehe. Saya nak bercuti, balik kampung dan makan sepuasnya...Ni dah jadi moving skeleton dah ni...uhu
13thNovember
kami ada rehearsal ihtifal day, tadi
04 November 2008
cinta, air mata, kenapa?

salam. sekarang sue sedang dalam musim exam .tadi dah sit 1 paper. ada lagi 2 yang akan menyusul. Doakan^^
-sue-
segalanya akan jadi baik...kuatkan diri...simpan air mata untuk perkara yang lebih patut!
terserempak ngn kakKanneggi tadi kat Lab ITD IIUM ni...lepas juga rindu nak bercanda dgn dia yg lembut ayu tu (^_^)
Ini sahaja buat kali ini. Ada keja nak buat.
SMILE
08 October 2008
26 September 2008
raya
22 September 2008
delusion?

credit: alwanComics
Entry kali ini akan jadi sedikit Blues...serta Gwang. Jangan baca sekiranya anda alergik kepada tulisan yang 'jiwa jiwa'
Sekian Harap maklum.
Cuti Nuzul Quran yang lepas-Sue duduk di rumah menyiapkan exam paper.-tengahHari-Tidur sekejap menunggu Zuhur.Sue bermimpi suami sue nak bunuh Sue guna pisau (pisau
tu sebijik ngan pisau dapur umah sewa Sue sekarang ni..ehe)Sangat takut. Sue lari sungguh2 nak selamatkan diri. Berlari
dengan pantasnya, menyorok balik pintu, terjun dalam sungai, berenang, kayuh
sampan, panjat pokok serta terbang! ahaks.Tapi akhirnya sue pulang semula ke rumah. Adik lelaki Sue dah
tunggu kat rumah. Dia marah Sue...Meir : Dah la Along...Asyik nak lari je. Kesian abang. Kenapa
sebenarnya?Sue : Dia nak tikam along dgn pisau...mesti la
along lari.Meir : Adoi...along, kenapa la...takkan la abang nak tikam
along dgn pisau. Along sakit ni. n bla2Adik sue nasihatkan sue serta membebel juga. Sue pun dah
ingat2 lupa apa yang dia cakap dalam mimpi tu. tapi yang sue faham dia cakap Sue
sakit mental...Suka fikir yang bukan2. Terbayang yang bukan2. Langsung tiada
rasa percaya kepada hubby sue sedangkan menurut meir Suami sue sayang
sue...
16 September 2008
hibernateTerminate
Nak cerita apa ye..Ok, hari ini Sue dapat hadiah dari students. TShirt Sumayya warna magenta. Esok Sue nak pakai g ngaja. Esok Sue nak pakai kasual aje. TShirt labuh+seluar baggy+tudungPink+stokingkakiHitam+sarunglenganHitam+spekBingkaiHitam. Juga dapat sepasang brooch pearl. Thanx ye anak2, susah susah aje…segan teacher…
Sue banyak kerja sangat…Polisi ‘kerja Sekolah jgn bawa balik ke rumah’ dah tak boleh nak di praktikkan lagi akhir akhir ni…Allah je tahu betapa penatnya saya. Pinggang sakit, tumit sakit…Kerja semakin menimbun nimbun. Baru je habis exam, dah nak exam lagi…Exam papers pun tak siap set lagi. Preparation nak mengajar, nak mark buku, kadang kadang kena ganti cikgu yang absent, working hours yg sampai ptg (bunyi macam lama, tapi kalau dah kelas penuh, bila nak buat lesson preparation lagi?). Tak baik mengeluh bukan. Saya tak mengeluh, Cuma nak meluah…
Tapi Sue suka kerja Sue tau…tersangat suka…
Sebagai cikSetiausahaExamSkolah, sue jga ada kerja2 administrative. Kena buat exam timetable dan memastikan exam preparation berjalan lancar. InsyaAllah dgn tenaga examCommitte yg berdedikasi tu, semuanya akan berjalan lancar hendaknya.
Kelakarnya, Boss (PuanH) sambil pegang pegang Sue “Suzlim, what happened to you sue? You look sooooo skinny. Sambil cubit2 pipi yang tulang pipi je yang makin menonjol, pegang lengan yang dah tinggal tulang aje. “Why?” is it bCoz of the fasting Month? Or? What? Sue?” Aku tak tahan tengok mata dia…
--Rasa tak selesa pula Boss tanya macam tu..macam ada double meaning plak. Sebelum ni my kakak ada cakap Boss Boss ‘ada tanya pasal personal life, personal matters Sue pada dia (my kakak la). Ye la aku kan penuh kontroversi…macam2 orang bercerita, bergosip jga mfitnah—
Saya tak apa apa. Cuma penat. Banyak yang nak dikejar. Segala-galanya akan jadi baik.
Be positive, think positive, it will give us energy. What you think the most, It will,InsyaAllah happen to you.
05 September 2008
hmm...
Salam.Sue terlalu penat...
Stress sehingga jadi 'terlebih gembira dan terlebih bising' plak.
Semenjak kakSham pindah ke rumah family, dan kakRad yg sekejap ada sekejap takde kat rumah sewa tu...sue rasa macam 'sendirian' sgt la plak. KakRad dpt MC 2 hari, dari hari Rabu mlm dah stay kat umah kakak dia, tinggal la aku sendirian...bosan nya la....takde org nak lawan bercakap kat umah. Jadi bila duk kat Skolah T.Sue jadi terlebih 'petah' la pula...alahai




