About Me
- d ordinary me
- just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.
08 October 2008
26 September 2008
raya
22 September 2008
delusion?

credit: alwanComics
Entry kali ini akan jadi sedikit Blues...serta Gwang. Jangan baca sekiranya anda alergik kepada tulisan yang 'jiwa jiwa'
Sekian Harap maklum.
Cuti Nuzul Quran yang lepas-Sue duduk di rumah menyiapkan exam paper.-tengahHari-Tidur sekejap menunggu Zuhur.Sue bermimpi suami sue nak bunuh Sue guna pisau (pisau
tu sebijik ngan pisau dapur umah sewa Sue sekarang ni..ehe)Sangat takut. Sue lari sungguh2 nak selamatkan diri. Berlari
dengan pantasnya, menyorok balik pintu, terjun dalam sungai, berenang, kayuh
sampan, panjat pokok serta terbang! ahaks.Tapi akhirnya sue pulang semula ke rumah. Adik lelaki Sue dah
tunggu kat rumah. Dia marah Sue...Meir : Dah la Along...Asyik nak lari je. Kesian abang. Kenapa
sebenarnya?Sue : Dia nak tikam along dgn pisau...mesti la
along lari.Meir : Adoi...along, kenapa la...takkan la abang nak tikam
along dgn pisau. Along sakit ni. n bla2Adik sue nasihatkan sue serta membebel juga. Sue pun dah
ingat2 lupa apa yang dia cakap dalam mimpi tu. tapi yang sue faham dia cakap Sue
sakit mental...Suka fikir yang bukan2. Terbayang yang bukan2. Langsung tiada
rasa percaya kepada hubby sue sedangkan menurut meir Suami sue sayang
sue...
16 September 2008
hibernateTerminate
Nak cerita apa ye..Ok, hari ini Sue dapat hadiah dari students. TShirt Sumayya warna magenta. Esok Sue nak pakai g ngaja. Esok Sue nak pakai kasual aje. TShirt labuh+seluar baggy+tudungPink+stokingkakiHitam+sarunglenganHitam+spekBingkaiHitam. Juga dapat sepasang brooch pearl. Thanx ye anak2, susah susah aje…segan teacher…
Sue banyak kerja sangat…Polisi ‘kerja Sekolah jgn bawa balik ke rumah’ dah tak boleh nak di praktikkan lagi akhir akhir ni…Allah je tahu betapa penatnya saya. Pinggang sakit, tumit sakit…Kerja semakin menimbun nimbun. Baru je habis exam, dah nak exam lagi…Exam papers pun tak siap set lagi. Preparation nak mengajar, nak mark buku, kadang kadang kena ganti cikgu yang absent, working hours yg sampai ptg (bunyi macam lama, tapi kalau dah kelas penuh, bila nak buat lesson preparation lagi?). Tak baik mengeluh bukan. Saya tak mengeluh, Cuma nak meluah…
Tapi Sue suka kerja Sue tau…tersangat suka…
Sebagai cikSetiausahaExamSkolah, sue jga ada kerja2 administrative. Kena buat exam timetable dan memastikan exam preparation berjalan lancar. InsyaAllah dgn tenaga examCommitte yg berdedikasi tu, semuanya akan berjalan lancar hendaknya.
Kelakarnya, Boss (PuanH) sambil pegang pegang Sue “Suzlim, what happened to you sue? You look sooooo skinny. Sambil cubit2 pipi yang tulang pipi je yang makin menonjol, pegang lengan yang dah tinggal tulang aje. “Why?” is it bCoz of the fasting Month? Or? What? Sue?” Aku tak tahan tengok mata dia…
--Rasa tak selesa pula Boss tanya macam tu..macam ada double meaning plak. Sebelum ni my kakak ada cakap Boss Boss ‘ada tanya pasal personal life, personal matters Sue pada dia (my kakak la). Ye la aku kan penuh kontroversi…macam2 orang bercerita, bergosip jga mfitnah—
Saya tak apa apa. Cuma penat. Banyak yang nak dikejar. Segala-galanya akan jadi baik.
Be positive, think positive, it will give us energy. What you think the most, It will,InsyaAllah happen to you.
05 September 2008
hmm...
Salam.Sue terlalu penat...
Stress sehingga jadi 'terlebih gembira dan terlebih bising' plak.
Semenjak kakSham pindah ke rumah family, dan kakRad yg sekejap ada sekejap takde kat rumah sewa tu...sue rasa macam 'sendirian' sgt la plak. KakRad dpt MC 2 hari, dari hari Rabu mlm dah stay kat umah kakak dia, tinggal la aku sendirian...bosan nya la....takde org nak lawan bercakap kat umah. Jadi bila duk kat Skolah T.Sue jadi terlebih 'petah' la pula...alahai
29 August 2008
Sue, terharu...
20 August 2008
aku di tag?
5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
hape yekkk.. i ni baik masa sekolah. susah ni..
- ponteng usrah (bila time 'malas' je. ada lah sekali dlm setahun)
- Ponteng prep malam. kengkonon nak jaga kawan yang sakit. tapi join tido sekali dgn member yg sakit tu. jadi siapa yang jaga siapa sebenarnya?
- tido masa kelas sejarah ms Form4&form 5. yg ajaibnya spm dpt A1..uhu
- e e e. esok tak pun jemaat sambung balik. dah kul 4. inchik guard dah halau balik.nak tutup skolah. daaa
Ok. hari khamis kul 2.38 ptg.
Sekarang di UIA. kul 3.30 nanti ada kelas lagi.
Jadi sekarang masa 'melenggang'. Sue amik masa 5 min utk sambung tag ni sikit.
Tabiat buruk time sekolah.
4. tak pandai 'lipat' tudung macam gadis2 lain. Sue kelepetkan je kebelakang. Habit ni kekal sampai sekarang.. Sue ni kan specky..jadi bila tudung di bahagian muka itu dilipatkan kebelakang secara kemas nanti muka jadi 'bulat' Tak Suka! nanti nampak cam kanak kanak...
5. Masa kecik kecik suka beli aiskrim patah kat dpn skolah. Bila makan baju jadi comot sangat. Tapi tak mengapa walaupun comot, tapi tetap comel..kehkeh
3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??
- Biology (menarik!!! sebab tu la first degree pun buat biology. tapi skrg master in Education (Educational Psychology)
- Syariah Islamiah (sebab.. Ustaz tu suka saya...ehe. Selalunya subjek ni time tengahhari.kawan2 yang lain semua mengantuk dan tido. Sue je yg tetap bagi respon dan bertanya soalan pada Ustaz tu. sebab tu Ustaz sayang saya!
- Arabic (walau ustaz tu garang sangat tapi Sue tetap fokus sebab minat dan abah suka sangat anak dara dia belajar b.Arab dgn bersungguh-sungguh. Malah masa form1-3 dulu abah akan tolong Sue buat homework arabic.. Masa form4-5 pulak Sue rajin terlampau buat karangan b.Arab (sdgkan kwn2 yg lain asyik cari excuse tak mahu buat) Jadi masa spm dpt A. tapi stlh meninggalkan sekolah...sue spt telah 'meninggalkan' B.Arab tu (dah 'lupa') ..rugi tul. takpe, masih belum terlambat utk belajar lagi kan walau bukan secara formal spt masa skolah..I must learn arabic!
3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
- Sejarah
- Geografi
- Add math
sebab sejarah dan geografi tu terasa sangat membosankan masa tu...Tapi bila dah dewasa baru faham kenapa kena belajar sejarah. Saya tak pandai Math...dapat tujuh utk Add Math masa SPM, tp Math Moden dpt A1. ntah la.
MENARIK PADA KAMU...?
saya ayu, saya lemah lembut, saya ini keibuan, saya juga keanakkan tapi saya juga sangat mudah 'hangin' ehe. Dan saya juga PANDAI . percaya lah! uhu
KAMU PALING SUKA...?
-anak kecil yang comel lagi petah-
saya juga suka kalau orang tunjuk yang dia sangat sayangkan saya, memandang saya dgn mata sarat kasih sayang. I can sense that... (selalunya ibu2 ada pandangan mata yg begini-mata dgn pancaran kasih sayang maksud saya)
ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...???
oxygen dan kasih sayang
SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?
--bergantung kpd mood, selalunya shbt2 la (kerna saya belum punya tunang atau suami ..ehe) tapi skrg sangat letih, amik wuduk, tutup lampu , set alarm clock dan kemudian terus terlena...
--ok la. dah lebih 5 minit ni. Sekarang dah kul 2.55ptg. Ada urusan nak disetelkan. Bye
19 August 2008
Cikgu yang bizi...seperti selalu.ehe

Sue : Rasa bahagia dan gembira sebenarya memberi tenaga kepada diri. kalau dah rasa tak gembira lagi dgn *** (nama skolah) berhenti je la...
12 August 2008
saya penat...
11 August 2008
hari ini...

- Siap kan exam papers (Science)
- Siapkan exam timetable (invigilators)
- Siapkan explanation letter (sue tak mahu attend kursus syababFatayat yg 5 hari kat Perak tu ms cuti skolah-ada banyak lagi exam matters yang perlu disetelkan dlm ms cuti yg singkat..)
- STUDY!!!
- mesti gembira!
- mesti makan!
- mesti put on weight. mesti naikkan 5kg lg...kalau tak mahu jadi tiang telekom
- mesti jadi baik
- mesti simpan duit(nak beli kereta)
- dan mesti kahwin dgn lelaki bujang, bukan suami orang!
'Ya, Allah permudahkanlah urusanku. Kurniakanlah hambaMu pendamping hidup yang soleh'
amin
09 July 2008
entry ke 130

Allah knows
When you feel all alone in this world
And every word I share,
24 June 2008
29 May 2008
Kenapa memilih untuk tidak senyum? Senyumlah…

Lagi parah bila kita memilih untuk bersedih sepanjang masa…Air mata asyik bergenang je kat tubir mata. Kalau tak menangis pun, kita bawakla muka sedih tu ke hulu hilir. Time makan pun macam kena paksa…menggagahkan tangan menyuap makanan. Dah la muka tu pun pucat bukan main lagi dah.
Hai kenapa la menzalimi diri. Menzalimi diri berdosa tau. Apabila kita ‘moody’ marah marah atau bersedih orang di sekililing kita juga turut terkesan tau. Diaorang pun tak gembira bila kita tak gembira camtu. Macam nilah, bila kawan kita borak2 bercakap dengan muka ceria dengan mata yang bersinar sinar kita pun rasa senangkan. Dan
Allah tidak membebani seseorag melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Percayalah pada setiap kesusahan dan kesukaran pasti ada jalan keluarnya. Belajar lah untuk take things easy. Be cool dude. Senyumlah…
bye smua
-salam sayang dengan ciuman, cupp cupp...ahaks-
Sue
28 May 2008
saya...
Sekarang musim cuti sekolah. Sue dan rakan rakan guru IIS dapat cuti sampai 1hb. 2hb kene kesekolah smula. Tadi sue sibuk 'mengemas' folder dan files dalam PC ni. Mana mana yang dah tak berkenaan lagi telah selamat Sue delete. Terjumpa plak benda ni:
| Your Brain is 73% Female, 27% Male |
| Your brain leans female |
aduui...aku pernah buat kuiz mcm ni gak ek...ehe.
Rasa rindu kat kawan kawan sesekolah dan seseU bila tgk balik gambar2 lama tadi. InsyaAllah 7hb nanti nak g Tmn Melati Gombak la, nak menziarah Ita dan baby Girlnya (Nurul Khalisah). Sue dah dewasa rupanya..kawan kawan dah ramai yg berumahtangga dan beranakpinak.
Lama tak jumpa sahabat sahabat zaman belajar. Rindunya!
-smile-
sue
16 May 2008
tawa tangis suka duka
Seorang guru yang kukenal
Benar-benar guru
Sangat ramah dan merendah
Semakin tinggi ilmunya
semakin tinggi budi pekertinya
Bijaksana orangnya
Kutemukan arti sebenar kesarjanaan
Pada sosok peribadinya
Berani bercakap benar
menentang kezaliman
Sanggup menanggung risiko
Pantang berpura-pura
dan alergi dengan kemunafikan
Jiwanya besar
Godaan dunia tidak menggoyahkannya
bila kebaikan yang diberi
balasan bukan harapannya
Guruku
Tidak hanya ingin aku beradab kepadanya
tetapi menjaga adab terhadap muridnya
Dia tidak hanya bercakap tentang adab
tetapi menjelmakan adab pada dirinya
Selain ilmu
Guruku mengajarkan kebijaksanaan
Tentang bagaimana melakukan
sesuatu yang tepat pada masa dan tempatnya
emosi, keegoan dan kepentingan diri
diketepikan untuk sesuatu yang jauh lebih mulia
Seorang guru yang sejati
adalah seorang jauhari
yang tahu menilai manikam
Kebenaran, kebaikan dan keadilan
adalah matlamat hidupnya
hidupnya bukan untuk dirinya
Permasalahan dan nasib umat
selalu berada dihati sanubarinya
Khalif Muammar
8 Mei 2008









