About Me

My photo
just an ordinary emotional woman...in a journey of her life..to be a good person...InsyaAllah.

26 September 2008

raya





Buat sahabat sahabat yang balik kampung hati hati ya. Yang kampung kat KL tu, hati2 juga ye.ehe

Jaga diri

Take Care

Esok saya balik kampung^^

cikSue-PAHANGian

22 September 2008

delusion?


credit: alwanComics

Entry kali ini akan jadi sedikit Blues...serta Gwang. Jangan baca sekiranya anda alergik kepada tulisan yang 'jiwa jiwa'
Sekian Harap maklum.
-
Cuti Nuzul Quran yang lepas-
Sue duduk di rumah menyiapkan exam paper.
-tengahHari-
Tidur sekejap menunggu Zuhur.
Sue bermimpi suami sue nak bunuh Sue guna pisau (pisau
tu sebijik ngan pisau dapur umah sewa Sue sekarang ni..ehe)
Sangat takut. Sue lari sungguh2 nak selamatkan diri. Berlari
dengan pantasnya, menyorok balik pintu, terjun dalam sungai, berenang, kayuh
sampan, panjat pokok serta terbang! ahaks.
Tapi akhirnya sue pulang semula ke rumah. Adik lelaki Sue dah
tunggu kat rumah. Dia marah Sue...
Meir : Dah la Along...Asyik nak lari je. Kesian abang. Kenapa
sebenarnya?
Sue : Dia nak tikam along dgn pisau...mesti la
along lari.
Meir : Adoi...along, kenapa la...takkan la abang nak tikam
along dgn pisau. Along sakit ni. n bla2
Adik sue nasihatkan sue serta membebel juga. Sue pun dah
ingat2 lupa apa yang dia cakap dalam mimpi tu. tapi yang sue faham dia cakap Sue
sakit mental...Suka fikir yang bukan2. Terbayang yang bukan2. Langsung tiada
rasa percaya kepada hubby sue sedangkan menurut meir Suami sue sayang
sue...
Sehari sebelum tu, ada kawan semengajar yang mengadu meminta pandangan pada kawan2 seperjuangan; dia ada masalah dengan suami dia. Sue jadi 'takut' bila dengar kisah dia. Sue tak ikut secara aktif pun cuma jadi pendengar dan pemerhati dalam perbincangan tu...Ye la nak bagi point of view pun, bukannya tahu...
Kisah dia betul betul memberi kesan pada Sue. Asyik terngiang-ngiang...
Dia dah kahwin 4tahun. Timbul masalah komunikasi. Suami dia semakin dingin...Mudah marah. Tak membantu dengan kerja rumah. Kawan kami ni siang mengajar (dari 8am to 5pm kat sekolah) malam nya pula mengajar kat pusat tuisyen...(Suami dia kerja syif malam)
Penat usah cerita, nak layan kerenah anak lagi, suami pula semakin hari makin menyakitkan jiwa...tapi kawan kami ni baik..lembut orangnya. Dia cuba ajak suami dia berbincang..tapi lelaki, biasa la ego!
Apa yang buat Sue jadi sedih sangat bila dengar dia cakap 'Apa ye yang boleh saya buat supaya Suami saya ni jadi lembut hati sikit..tak baran. Ada doa? Atau amalan ke...Selected Surah ke..apa ke...apa apa la yang boleh...'
Masa untuk pulang. nanti sue sambung ye. InsyaAllah.
Senyum selalu^^
-nanti nak tulis pasal 'Kerja Keras tak Selalunya Membawa makna. Tapi Tanggungjawab kita untuk memastikan segala usaha kita membawa makna memberi erti'
salam. Bye

16 September 2008

hibernateTerminate

-ini adalah entry yang sepatutnya dipublish semalam-

Salam. Hmm oleh kerana encik AlifMimYaNun dah rindu pada saya, dah bising bising suruh saya si Cikgu yang Chun ini mengapdet, maka dengan ini ‘saya mengapdet’ . [Aku tak puas hati betul mamat tu, ada ke kat aku yang ayu ni boleh guna :hei. “Hei chekgu, apdet la” apa hei hei, tak leh berlembut sikit ke dgn perempuan? Eh tetiba plak aku hangin..]

Nak cerita apa ye..Ok, hari ini Sue dapat hadiah dari students. TShirt Sumayya warna magenta. Esok Sue nak pakai g ngaja. Esok Sue nak pakai kasual aje. TShirt labuh+seluar baggy+tudungPink+stokingkakiHitam+sarunglenganHitam+spekBingkaiHitam. Juga dapat sepasang brooch pearl. Thanx ye anak2, susah susah aje…segan teacher…

Sue banyak kerja sangat…Polisi ‘kerja Sekolah jgn bawa balik ke rumah’ dah tak boleh nak di praktikkan lagi akhir akhir ni…Allah je tahu betapa penatnya saya. Pinggang sakit, tumit sakit…Kerja semakin menimbun nimbun. Baru je habis exam, dah nak exam lagi…Exam papers pun tak siap set lagi. Preparation nak mengajar, nak mark buku, kadang kadang kena ganti cikgu yang absent, working hours yg sampai ptg (bunyi macam lama, tapi kalau dah kelas penuh, bila nak buat lesson preparation lagi?). Tak baik mengeluh bukan. Saya tak mengeluh, Cuma nak meluah…

Tapi Sue suka kerja Sue tau…tersangat suka…

Sebagai cikSetiausahaExamSkolah, sue jga ada kerja2 administrative. Kena buat exam timetable dan memastikan exam preparation berjalan lancar. InsyaAllah dgn tenaga examCommitte yg berdedikasi tu, semuanya akan berjalan lancar hendaknya.
Sabtu lepas, kami kerja, ParentsTeacherMeet (13/9)
Kelakarnya, Boss (PuanH) sambil pegang pegang Sue “Suzlim, what happened to you sue? You look sooooo skinny. Sambil cubit2 pipi yang tulang pipi je yang makin menonjol, pegang lengan yang dah tinggal tulang aje. “Why?” is it bCoz of the fasting Month? Or? What? Sue?” Aku tak tahan tengok mata dia…
Teringat kat mak. Ntahlah, rasanya seorang ibu tahu kan kalau anak dia bersedih…
--Rasa tak selesa pula Boss tanya macam tu..macam ada double meaning plak. Sebelum ni my kakak ada cakap Boss Boss ‘ada tanya pasal personal life, personal matters Sue pada dia (my kakak la). Ye la aku kan penuh kontroversi…macam2 orang bercerita, bergosip jga mfitnah—

Saya tak apa apa. Cuma penat. Banyak yang nak dikejar. Segala-galanya akan jadi baik.
Be positive, think positive, it will give us energy. What you think the most, It will,InsyaAllah happen to you.

05 September 2008

hmm...

Salam.
Sue terlalu penat...
Stress sehingga jadi 'terlebih gembira dan terlebih bising' plak.
Semenjak kakSham pindah ke rumah family, dan kakRad yg sekejap ada sekejap takde kat rumah sewa tu...sue rasa macam 'sendirian' sgt la plak. KakRad dpt MC 2 hari, dari hari Rabu mlm dah stay kat umah kakak dia, tinggal la aku sendirian...bosan nya la....takde org nak lawan bercakap kat umah. Jadi bila duk kat Skolah T.Sue jadi terlebih 'petah' la pula...alahai

--Sue- kat Skolah, ada majlis berbuka puasa-

29 August 2008

SELAMAT BERPUASA, WITH LOVE:cikSue

Sue, terharu...


Sedihnya..atiqah akan pindah sekolah...
9September tu birthday sue..tak dapat teddy bear pun tak pe Atiqah, doakan aje Teacher dapat Abang Bear yang soleh. (ish TeacherSue, bersopan la sikit!)

--musim exam-Sgt Bizi--

20 August 2008

aku di tag?

aku cuma ada 2 minit je utk buat mende ni skrg. memula, hmmm

5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH

hape yekkk.. i ni baik masa sekolah. susah ni..

  1. ponteng usrah (bila time 'malas' je. ada lah sekali dlm setahun)
  2. Ponteng prep malam. kengkonon nak jaga kawan yang sakit. tapi join tido sekali dgn member yg sakit tu. jadi siapa yang jaga siapa sebenarnya?
  3. tido masa kelas sejarah ms Form4&form 5. yg ajaibnya spm dpt A1..uhu
  4. e e e. esok tak pun jemaat sambung balik. dah kul 4. inchik guard dah halau balik.nak tutup skolah. daaa

Ok. hari khamis kul 2.38 ptg.

Sekarang di UIA. kul 3.30 nanti ada kelas lagi.

Jadi sekarang masa 'melenggang'. Sue amik masa 5 min utk sambung tag ni sikit.

Tabiat buruk time sekolah.

4. tak pandai 'lipat' tudung macam gadis2 lain. Sue kelepetkan je kebelakang. Habit ni kekal sampai sekarang.. Sue ni kan specky..jadi bila tudung di bahagian muka itu dilipatkan kebelakang secara kemas nanti muka jadi 'bulat' Tak Suka! nanti nampak cam kanak kanak...

5. Masa kecik kecik suka beli aiskrim patah kat dpn skolah. Bila makan baju jadi comot sangat. Tapi tak mengapa walaupun comot, tapi tetap comel..kehkeh

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??

  1. Biology (menarik!!! sebab tu la first degree pun buat biology. tapi skrg master in Education (Educational Psychology)
  2. Syariah Islamiah (sebab.. Ustaz tu suka saya...ehe. Selalunya subjek ni time tengahhari.kawan2 yang lain semua mengantuk dan tido. Sue je yg tetap bagi respon dan bertanya soalan pada Ustaz tu. sebab tu Ustaz sayang saya!
  3. Arabic (walau ustaz tu garang sangat tapi Sue tetap fokus sebab minat dan abah suka sangat anak dara dia belajar b.Arab dgn bersungguh-sungguh. Malah masa form1-3 dulu abah akan tolong Sue buat homework arabic.. Masa form4-5 pulak Sue rajin terlampau buat karangan b.Arab (sdgkan kwn2 yg lain asyik cari excuse tak mahu buat) Jadi masa spm dpt A. tapi stlh meninggalkan sekolah...sue spt telah 'meninggalkan' B.Arab tu (dah 'lupa') ..rugi tul. takpe, masih belum terlambat utk belajar lagi kan walau bukan secara formal spt masa skolah..I must learn arabic!

3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??

  • Sejarah
  • Geografi
  • Add math

sebab sejarah dan geografi tu terasa sangat membosankan masa tu...Tapi bila dah dewasa baru faham kenapa kena belajar sejarah. Saya tak pandai Math...dapat tujuh utk Add Math masa SPM, tp Math Moden dpt A1. ntah la.

MENARIK PADA KAMU...?

saya ayu, saya lemah lembut, saya ini keibuan, saya juga keanakkan tapi saya juga sangat mudah 'hangin' ehe. Dan saya juga PANDAI . percaya lah! uhu



KAMU PALING SUKA...?

-anak kecil yang comel lagi petah-

saya juga suka kalau orang tunjuk yang dia sangat sayangkan saya, memandang saya dgn mata sarat kasih sayang. I can sense that... (selalunya ibu2 ada pandangan mata yg begini-mata dgn pancaran kasih sayang maksud saya)

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...???

oxygen dan kasih sayang

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?

--bergantung kpd mood, selalunya shbt2 la (kerna saya belum punya tunang atau suami ..ehe) tapi skrg sangat letih, amik wuduk, tutup lampu , set alarm clock dan kemudian terus terlena...

--ok la. dah lebih 5 minit ni. Sekarang dah kul 2.55ptg. Ada urusan nak disetelkan. Bye

--sue yg bizi--


19 August 2008

Cikgu yang bizi...seperti selalu.ehe


salam. Sekarang cuti sekolah, tapi dek kerana Sue kan guru harapan dan 'orang penting' sekolah maka aku korbankan cuti sekolah (yang sememangnya memang sudah TERBUNUH itu-Perasaaan!!! ko memang dah tiada cuti sekolah lagi kan-kena ganti utk hari khamis dat Thursday leave-kelas di UIA). Pelbagai kerja perlu dilakukan, nextweek 2nd Continual Assessment. Jadi banyak kerja administrative seperti Printing, Exam Room Make up dsb nya perlu disetelkan. Alhamdulillah tadi placement test utk Pre-Skul level berjalan dgn jayanya atas komitmen kaksham si guru dedikasi itu (walaupun pagi pagi buta masa aku tercacak dpn pintu baru sampai skolah mengah berjalan dari umah kesekolah pun tak sempat hilang aku dah dikejutkan dgn berita yg kurang enak-tapi alhamdulillah dgn sikap 'cool' aku yang sedang cuba dipupuk dari hari ke sehari segalanya OK. alhamdulillah)


Malam tadi sue sent sms kepada hamba Allah berhati kayu dingin seperti airbatu.. aku dah jenuh bagi nasihat secara lembut lagi Motherly... tapi masih juga belum berubah. Mungkin kena kasar sikit baru nak berbekas dihati kot... ntah lah.


Sue : Rasa bahagia dan gembira sebenarya memberi tenaga kepada diri. kalau dah rasa tak gembira lagi dgn *** (nama skolah) berhenti je la...


aku betul betul tak faham kenapa hamba Allah itu boleh berperangai macam tu. Amanah dan tanggungjawab yang diberi bukan untuk dipandang remeh. Kalau dah rasa tak mahu lagi, dah jemu atau muak, resign aje cara baik bukan 'tenggelam timbul' datang kerje bila ada mood,bila takde mood haram nak nampak batang hidung (menyusahkan rakan sekerja yang lain tahu tak?)...ntahlah.


---mari baca ini--


Kemuliaan Suatu Pekerjaan http://www.iluvislam.com/ oleh: Mohammad Syazwan Maamin*


Moga bermanfaat




percayalah, segalanya kan jadi baik. insyaallah


(peringatan buat hati sendiri yang lemah, Kuatlah, jangan mengeluh, Tersenyumlah) ^^


aku sayang sebab tu aku kesah!

12 August 2008

saya penat...

'Laa, i feel so tired..'
'ok. You want a big hug?'
Teacher Sue pun angguk je la dengan lemahnya..
Laa pun hug la teacherSue nya kuat kuat...
banyak kerja, kuatkan diri!
-Laa adalah nama manja student Sue-

11 August 2008

nota dari anak murid...


hari ini...


Entah kenapa saya seperti tidak bersemangat hari ini...



Mesti bersemangat Sue! Mesti! Bersemangatlah!






My things to do:









  • Siap kan exam papers (Science)



  • Siapkan exam timetable (invigilators)



  • Siapkan explanation letter (sue tak mahu attend kursus syababFatayat yg 5 hari kat Perak tu ms cuti skolah-ada banyak lagi exam matters yang perlu disetelkan dlm ms cuti yg singkat..)



  • STUDY!!!



  • mesti gembira!



  • mesti makan!



  • mesti put on weight. mesti naikkan 5kg lg...kalau tak mahu jadi tiang telekom


  • mesti jadi baik


  • mesti simpan duit(nak beli kereta)


  • dan mesti kahwin dgn lelaki bujang, bukan suami orang!




'Ya, Allah permudahkanlah urusanku. Kurniakanlah hambaMu pendamping hidup yang soleh'



amin



say 'cheese' ^^


di satu petang rabu.

apabila cikgu yang bizi dah tak mampu mengadap kerja lagi, maka ini lah hasilnya...




09 July 2008

entry ke 130



Allah knows

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember,
no matter where you are Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take Allah knows
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon,
shout it to everyone
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs,
never fret never frown Allah knows
Every grain of sand,
In every desert land,
He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand,
He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash,
He knows.
Every thought I have,
And every word I share,
He knows. Allah knows.





























29 May 2008

Kenapa memilih untuk tidak senyum? Senyumlah…




Selama ni (mungkin) ada antara kita yang fikir mood tak baik kita tak akan memberi kesan kepada orang di sekeliling kita. Pada kita selagi kita buat kerja kita dan tak menyusahkan orang kira OK la, walau muka kita masam bukan main,macam tertelan biji kundang. Apabila mood tak baik kita mudah merengus, walaupun mungkin kita tak keluarkan dengan perkataan dari mulut tapi dizahirkan dengan perbuatan. Menaip kasar hempuk kuat kuat macam la keyboard tu diperbuat daripada batu. Lagi ‘tak best’ bila printer buat hal. Paper jammed la, toner habis lah itu pun boleh buat hangin satu badan.


Lagi parah bila kita memilih untuk bersedih sepanjang masa…Air mata asyik bergenang je kat tubir mata. Kalau tak menangis pun, kita bawakla muka sedih tu ke hulu hilir. Time makan pun macam kena paksa…menggagahkan tangan menyuap makanan. Dah la muka tu pun pucat bukan main lagi dah.


Hai kenapa la menzalimi diri. Menzalimi diri berdosa tau. Apabila kita ‘moody’ marah marah atau bersedih orang di sekililing kita juga turut terkesan tau. Diaorang pun tak gembira bila kita tak gembira camtu. Macam nilah, bila kawan kita borak2 bercakap dengan muka ceria dengan mata yang bersinar sinar kita pun rasa senangkan. Dan cuba bila kawan kita buat muka tak siap, bercakap pun nak tak nak, kita pun rasa ‘tak best’ gak kan.


Allah tidak membebani seseorag melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Percayalah pada setiap kesusahan dan kesukaran pasti ada jalan keluarnya. Belajar lah untuk take things easy. Be cool dude. Senyumlah…




hmm kepingin nak dengar lagu puisi Zubir Ali laa.



bye smua



-salam sayang dengan ciuman, cupp cupp...ahaks-


Sue

28 May 2008

saya...

Assalamualaikum...

Sekarang musim cuti sekolah. Sue dan rakan rakan guru IIS dapat cuti sampai 1hb. 2hb kene kesekolah smula. Tadi sue sibuk 'mengemas' folder dan files dalam PC ni. Mana mana yang dah tak berkenaan lagi telah selamat Sue delete. Terjumpa plak benda ni:



Your Brain is 73% Female, 27% Male

Your brain leans female
You think with your heart, not your head
Sweet and considerate, you are a giver
But you're tough enough not to let anyone take advantage of you!


aduui...aku pernah buat kuiz mcm ni gak ek...ehe.

Rasa rindu kat kawan kawan sesekolah dan seseU bila tgk balik gambar2 lama tadi. InsyaAllah 7hb nanti nak g Tmn Melati Gombak la, nak menziarah Ita dan baby Girlnya (Nurul Khalisah). Sue dah dewasa rupanya..kawan kawan dah ramai yg berumahtangga dan beranakpinak.

Lama tak jumpa sahabat sahabat zaman belajar. Rindunya!


-smile-
sue

16 May 2008

sekolah kehidupan

tawa tangis suka duka


SEORANG GURU


Seorang guru yang kukenal
Benar-benar guru
Sangat ramah dan merendah
Semakin tinggi ilmunya
semakin tinggi budi pekertinya
Bijaksana orangnya
Kutemukan arti sebenar kesarjanaan
Pada sosok peribadinya
Berani bercakap benar
menentang kezaliman
Sanggup menanggung risiko
Pantang berpura-pura
dan alergi dengan kemunafikan
Jiwanya besar
Godaan dunia tidak menggoyahkannya
bila kebaikan yang diberi
balasan bukan harapannya
Guruku
Tidak hanya ingin aku beradab kepadanya
tetapi menjaga adab terhadap muridnya
Dia tidak hanya bercakap tentang adab
tetapi menjelmakan adab pada dirinya
Selain ilmu
Guruku mengajarkan kebijaksanaan
Tentang bagaimana melakukan
sesuatu yang tepat pada masa dan tempatnya
emosi, keegoan dan kepentingan diri
diketepikan untuk sesuatu yang jauh lebih mulia
Seorang guru yang sejati
adalah seorang jauhari
yang tahu menilai manikam
Kebenaran, kebaikan dan keadilan
adalah matlamat hidupnya
hidupnya bukan untuk dirinya
Permasalahan dan nasib umat
selalu berada dihati sanubarinya



Khalif Muammar
8 Mei 2008
--Selamat Hari Guru--

14 May 2008

anak anak...




3.30 ptg.



anak anak berhamburan keluar dari kelas. baru siap exam jawi. keadaan sangat huru hara.



jeritan bergema disegenap ruang..ohhh academic hours hanya akan berakhir pukul 4ptg. Teacher Sue sebagai homeroom perlu segera ke kelas utk memastikan tiada yang patah riuk...






sekian terima kasih.

21 April 2008

beginilah....

gambar ats ni saja je sue letak...ambik aura
Saya sibuk....sangat.....sangat....sangat.......